Oku

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Oku as PDF for free.

More details

  • Words: 135
  • Pages: 1
KOSMO 23 Jun 2009

SPA sedia 3,500 jawatan untuk OKU PETALING JAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini berusaha memenuhi kuota sekurang-kurangnya tujuh peratus atau 3,500 daripada 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) akhir tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, Kabinet memutuskan perkara itu dan mempelawa golongan berkenaan menyertai sektor awam agar mereka tidak berasa tersisih. "Kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan OKU memohon jawatan ini terutamanya bagi mereka yang berkelulusan dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan penghantaran kira-kira 200 golongan OKU ke Kem Motivasi Keluarga Integrasi OKU di sini semalam. Menurut Murugiah, golongan OKU perlu mengambil peluang itu untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada memandangkan kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan kepada penjawat awam.

Related Documents

Oku
June 2020 10
Oku
October 2019 8
Beni Oku
June 2020 10
Rang Undang2 Oku
April 2020 10