Tugasan Individu Terkini.docx

  • Uploaded by: Athiah Shafie
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Individu Terkini.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,596
  • Pages: 16
LATIHAN 2a

BIL

TAJUK

TUJUAN/OBJEKTIF/SOALAN

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

KAJIAN 1

Keefektifan Kaunseling Kelompok

Kaedah Kajian:

Hasil dapatan

REBT untuk meningkatkan Self Esteem Pengkaji mahu melihat

Pengkaji

diperolehi dalam dua

Mahasiswa.

keberkesanan pendekatan

menggunakan kaedah

bentuk iaitu sebelum

Penulis : Eva Kartika Wulan Sari₁ &

kaunseling kelompok menggunakan Kuantitatif dengan

ujian (pre test) dan

Laily Tiarami₂

teori rasional emotif tingkahlaku

pengambilan sampel

selepas ujian (post

Sumber : ejournal.unikama.ac.idVol.2

(REBT) dalam membantu

menggunakan metode

test) dilaksanakan.

No.1

meningkatkan self esteem

sampling purporsive .

Hasil dapatan pre test

Tahun : 1 April 2016

mahasiswa.

Halaman : 8 muka surat

Tujuan :

iaitu sebelum mendapat khidmat kaunseling REBT, mahasiswa seramai 10 orang berada pada tahap self esteem rendah. Manakala hasil dapatan selepas menerima khidmat kaunseling REBT,

menunjukkan semua mahasiswa yang menjadi sampling menunjukkan 60 peratus berada pada tingkat self esteem tinggi dan 40 peratus berada pada tahap sedang mengalami perubahan. Hipotesis ini signifikan menunjukkan bahawa variable khidmat kaunseling kelompok REBT meningkatkan self esteem mahasiswa. 2

Penggunaan Teori Rasional Emotif

Tujuan :

Kedah Kajian:

Tingkah Laku (REBT) Dalam

Pengkaji mahu meneroka masalah Pengkaji

menunjukkan bahawa

Menangani Isu Murid Ponteng Kelas :

yang dialami oleh klien dengan menggunakan kaedah

penggunaan Teori

Satu Kajian Kes

menggunakan

REBT dapat

pendekatan

teori kualitatif kerana

Hasil dapatan

Penulis : Mohammah Syarul

REBT dalam khidmat kaunseling melibatkan edaran

membantu dalam

Nizamshah Bin Mannan

individu.

borang soal selidik,

menangani isu

Sumber :

Objektif :

pemerhatian semasa

ponteng kelas murid

Tahun : 2016

1. Mengenal pasti punca klien sesi kaunseling dan

Halaman : 11 muka surat

ponteng kelas 2. Mencari

temu bual. penyelesaian

yang dijadikan sebagai klien dalam sesi kaunseling.

terhadap isu yang dihadapi

Penggunaan Teori

klien dengan menggunakan

REBT sesuai

Teori REBT

diaplikasikan kepada mana-mana individu yang berhadapan dengan tingkah laku negatif.

3

Faktor

Persekitaran

Sosial

dan Tujuan Kajian :

Kaedah Kajian:

Hasil Dapatan:

Hubungannya Dengan Pembentukan Bertujuan membincangkan faktor- Pengkaji

Pengkaji membuat

Jati Diri

kesimpulan bahawa

Penulis

faktor persekitaran sosial :

Zakaria

Stapa,

yang menggunakan kaedah

Ahmad boleh mempengaruhi pembentukan kualitatif iaitu

Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf

jati diri setiap individu.

faktor persekitaran

pengumpulan data

terutama ibu bapa,

Sumber : Jurnal Hadhari Special

melalui pembacaan

rakan sebaya, guru,

Edition-ISSN 155-172

dan perbandingan

media massa

Tahun : 2012

daripada kajian-kajian

memainkan peranan

Halaman : 15 halaman

4

lepas yang pernah

penting dalam

dibuat oleh pengkaji

pembentukan jati diri

lain.

individu.

Sikap dan motivasi pelajar terhadap Persoalan Kajian;

Kaedah Kajian:

Hasil Dapatan:

pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian ini dilaksanakan untuk

Kajian yang

Secara keseluruhannya

Penulis : Zaliza Mohamad Nasir dan

merungkai persoalan

dijalankan ini adalah

dapatan kajian ini

Zaitul Azma Zainon Hamzah

bagaimanakah sikap dan motivasi

berbentuk deskriptif.

menunjukkan bahawa

Sumber : ISSN; 18770428 Vol 134

pelajar asing di

Dalam kajian ini,

guru dan masyarakat

Tahun : 2014

UTM Skudai dalam pembelajaran penyelidik ingin

sekeliling sangat

Halaman : 8 Halaman

bahasa Melayu sebagai bahasa mendapatkan

penting peranannya

kedua.

maklumat tentang

dalam meningkatkan

sikap dan motivasi

motivasi pelajar serta

pelajar asing

mendalami sikap

terhadap

mereka dalam proses

pembelajaran bahasa

pembelajaran bahasa.

Melayu di UTM

Hakikatnya pelajar

Skudai, Johor.

asing gemar untuk

Kajian ini

mencuba bertutur

melibatkan

dengan menggunakan

pengedaran borang

bahasa Melayu

soal selidik kerana

sekiranya mereka

kaedah ini adalah

mendapat dorongan

lebih mudah ditadbir

dan galakan daripada

oleh pihak

masyarakat sekitar.

berkenaan dan data

Di samping itu,

yang diperolehi

motivasi pelajar

senang untuk

juga dapat

dianalisis. Justeru,

ditingkatkan dengan

pengedaran borang

melaksanakan

soal selidik dalam

penilaian

kajian ini

pengajaran. Penilaian

adalah bertujuan

ini secara tidak

untuk mendapatkan

langsung dapat

maklum balas

memberitahu pelajar

terhadap persoalan-

tentang kelemahan

persoalan kajian

dan kekuatannya

serta maklumat yang

dalam proses

diperlukan .daripada

penguasaan bahasa.

responden iaitu maklumat yang berkaitan dengan sikap dan motivasi

pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa. Soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi pelajar, bahagian B berkaitan dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu yang mengandungi 22 soalan dan bahagian C soal selidik adalah berkaitan motivasi pelajar terhadap subjek bahasa

Melayu yang mengandungi 11 soalan. 5

Hubungan Antara Tahap Motivasi Tujuan:

Kaedah Kajian:

Pelajar mempunyai

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Mengkaji hubungan antara tahap Pengkaji

motivasi intrinsik yang

Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains motivasi

tinggi disebabkan

Malaysia

dengan

pencapaian menggunakan kaedah

akademik pelajar pendidikan jarak kajian tinjauan

mereka suka belajar di

Penulis : Hee Jee Mei & Siti Liyana jauh Universiti Sains Malaysia.

deskriptif dan

universiti dan mereka

Binti Mohamad Yusuff

kuantitatif

menyukai subjek yang

menggunakan soal

ditawarkan yang

Sumber :

Objektif:

Tahun : 2011

1.Untuk mengenal pasti hubungan selidik di mana ia

membolehkan mereka

Halaman : 12 halaman

antara

berfikir secara kritikal

dengan pelajar

tahap

motivasi

pencapaian pendidikan

intrinsik bertujuan untuk akademik melihat hubungan

jarak

Universiti Sains Malaysia.

jauh antara tahap motivasi dengan pencapaian

Motivasi intrinsik terbina apabila terdapat dorongan

2. Untuk mengenal pasti hubungan akademik pelajar

dalaman di dalam diri

antara tahap motivasi ekstrinsik pendidikan jarak jauh

pelajar untuk turut

dengan

serta dalam

pelajar

pencapaian pendidikan

akademik (PJJ) Universiti Sains jarak

Universiti Sains Malaysia.

jauh Malaysia (USM).

pembelajaran. Selain itu, kajian ini mendapati pelajar

yang mempunyai tahap motivasi intrinsik yang tinggi, mereka lebih suka menyelesaikan tugasan dengan usaha mereka sendiri Motivasi intrinsik terjadi apabila aktiviti dan persekitaran pembelajaran dapat menimbulkan motivasi kepada pelajar. Hasil kajian ini juga mendapati pelajar membuat tugasan tambahan kerana mereka boleh belajar perkara yang boleh menarik minat mereka.

LATIHAN 2b – Rumusan sintesis literatur tentang kajian lepas yang berkaitan Kajian Ilmu pengetahuan sememangnya penting kepada rakyat kerana untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kepentingan pertama pendidikan kepada rakyat ialah dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berpendidikan, maka kehidupan rakyat akan menjadi semakin baik dan rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan negara. Sehubungan itu, untuk memastikan semua rakyat menerima peluang pendidikan sama rata, pelbagai pendekatan diguna pakai dalam memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam bidang pendidikan. Justeru, pelajar yang seringkali mencuri perhatian guru atau media sosial ialah pelajar yang berada di kelas-kelas belakang dan sering menimbulkan masalah sama ada ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, ponteng sekolah ataupun masalah sosial perlu diambil berat. Mereka juga antara masyarakat yang memerlukan pendidikan dan tidak wajar dibiar hanyut ketinggalan dalam dunia mereka. Sebagai kaunselor, perkhidmatan kaunseling yang boleh diguna pakai untuk membantu para pelajar dalam kelompok kelas belakang ialah pendekatan Rasional Emotif Tingkah Laku (Teori REBT) . Pendekatan Teori REBT dalam kaunseling dipilih kerana di dalam kajian lepas oleh Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014) menyokong teori ini dalam membantu meningkatkan motivasi pelajar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan Teori REBT dalam perkhidmatan kaunseling berjaya meningkatkan motivasi pelajar. Malahan menerusi pendekatan Teori REBT dalam kaunseling dapat memberi penilaian secara tidak langsung kepada pelajar tentang kelemahan dan kekuatan yang mereka miliki. Apabila pelajar mula mengetahui apa kelebihan yang mereka miliki dan boleh digilap, maka secara tanpa disedari perasaan “Yakin pada kemampuan diri” atau “Self Esteem” mula terbentuk. Situasi ini disokong oleh Hee Jee Mei & Siti Liyana Binti Mohamad Yusuff (2012) di dalam kajian sebelum ini yang menyentuh tentang hubungan motivasi dan sikap belajar memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti Sains Malaysia. Sepertikan yang sedia lihat, jika pelajar yang memiliki semangat untuk memperbaiki kelemahan jika diberi peluang, mereka akan berusaha sebaik yang mungkin. Keadaan ini di dorong oleh motivasi positif yang ada dalam diri mereka dan persekitaran mereka.

Kesedaran diri dalaman pula terbentuk apabila pelajar mula ada keyakinan diri dan motivasi untuk sama bersaing dengan pelajar lain dalam memperolehi kejayaan dalam bidang akademik. Oleh itu, keberkesanan pendekatan Teori REBT dalam perkhidmatan kaunseling adalah amat membantu para pelajar, seperti mana yang diulas oleh Eva Kartika Wulan Sari₁ & Laily Tiarami₂ (2016), kerana pelajar dari kelompok kelas belakang sering diberi pelbagai gelaran oleh guru, rakan dan media serta sering dipandang negatif dan ini memberi impak negatif kepada “Self esteem” pelajar. Untuk membina “self esteem” bukan mudah kerana pelajar perlu melalui pelbagai fasa dalam kaunseling yang dapat membantu membina keyakinan diri dalam diri pelajar dan pendekatan yang paling berkesan diguna pakai untuk situasi sebegini ialah pendekatan Teori REBT. Menerusi langkah ABCD di dalam Teori REBT, dapat menyedarkan para pelajar kelas belakang untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Pelajar kelas belakang akan dapat berfikir secara rasional jika mereka memilih jalan penyelesaian yang betul dan impak yang diterima akan mempengaruhi gaya pembelajaran mahupun sosial mereka. Contoh yang mudah dilihat dan dinilai ialah dalam menangani isu murid ponteng kelas dapat membuktikan bahawa pendekatan Teori REBT dalam perkhidmatan kaunseling (2011) sesuai diaplikasikan kepada manamana individu yang berhadapan dengan tingkah laku negatif. Kenyataan yang di sokong oleh Mohammad Syarul (2011) jelas menegaskan bahawa pendekatan Teori REBT sesuai diguna pakai untuk pelajar yang bertingkah laku negatif untuk berubah ke arah tingkah laku yang positif . Pelajar yang bermotivasi mempunyai hubungan lebih tinggi untuk melonjak pencapaian di dalam akademik kerana pelajar yang memiliki motivasi intrinsik tinggi disebabkan mereka suka belajar di universiti dan mereka menyukai subjek yang ditawarkan. Ini akan menyebabkan mereka akan bertindak sendiri kerana dorongan motivasi dalaman akan menggerak mereka berfikir secara kritikal untuk mencapai objektif yang diingini atau yang disasarkan oleh pelajar. Secara kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada sintesis lima buah artikel menunjukkan hasil dapatan yang dikumpulkan adalah meyakinkan dan menyokong kepada tajuk cadangan kajian projek iaitu “Keberkesanan Pendekatan REBT Dalam Meningkatkan Motivasi dan Pencapaian Akademik Kelas Belakang di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)”. Malahan, keberkesanan pendekatan Teori REBT dalam meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik kelas belakang, bukan sahaja terletak kepada usaha gigih para kaunselor dan guru, malahan sokongan berterusan daripada ahli keluarga setiap pelajar adalah penting. Faktor persekitaran terutama ibu bapa, rakan sebaya, guru, media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri individu (2012).

LATIHAN 2c - Kerangka Konseptual Kajian

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)

MURID DARI KELAS BELAKANG 6 MIMOSA SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

MOTIVASI

PENCAPAIAN AKADEMIK

Kerangka Konsep Keberkesanan Pendekatan REBT Dalam Meningkatkan Motivasi dan Pencapaian Akademik Kelas Belakang di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)

Kerangka konsep ialah suatu hubungan atau kaitan antara satu konsep terhadap konsep yang lain iaitu daripada masalah yang ingin diselesaikan. Kerangka konsep digunakan untuk menghubungkan atau menerangkan secara terperinci supaya pembaca faham topik atau perkara yang ingin dikaji. Bentuk konsep terhasil daripada pemahaman pengkaji berkenaan perkara yang ingin dikaji dan pendekatan teori yang akan diguna pakai supaya dapat dijadikan landasan penelitian untuk menjawab segala permasalahan di dalam kajian ini. Kerangka konseptual juga dapat memberi gambaran dan petunjuk kepada pengkaji di dalam merumuskan masalah penelitian. Pengkaji akan menggunakan kerangka konseptual yang telah disusun untuk menentukan pertanyaan-pertanyaan mana yang harus dijawab dan bagaimana prosedur empirikal dilaksanakan dalam kajian ini. Di dalam kertas cadangan, pengkaji akan mengkaji bagaimana ISU MURID TAHUN 6 MIMOSA DARI KELAS BELAKANG yang akan dijadikan sampel untuk melihat bagaimana keberkesanan pendekatan Teori REBT dalam perkhidmatan kaunseling kelompok mempunyai hubung kait antara tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Teori yang akan diguna pakai sebagai landasan penelitian dalam kajian ini ialah teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT). Teori REBT merupakan antara Teori Psikoterapi yang mendapat sambutan dalam kalangan terapis dan kaunselor. Malah, ramai antara pakar motivasi masa kini menyampaikan ceramah dan penulisan buku bantu diri dengan menggunakan konsep asas yang diolah oleh pengasas REBT iaitu Albert Ellis berfikir secara rasional. Teori REBT mula dibangunkan oleh Albert Ellis pada tahun 1955 yang pada mulanya dikenali sebagai Terapi Rasional. Terapi REBT memberi penekanan terhadap hubungan di antara kognisi, emosi dan tingkah laku iaitu ketiga-tiga elemen ini saling bertindak balas dan mempengaruhi antara satu sama lain. Menerusi pendekatan terapi REBT, pemikiran tidak rasional akan dikaitkan dengan permasalahan emosi manusia serta mengetengahkan pendapat bahawa manusia mempunyai pilihan untuk terus menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi atau mengambil langkah untuk menghentikan proses permasalahan itu. Di dalam Teori REBT, klien sering diberi pilihan dan mereka tahu bahawa pilihan boleh dibuat dan untuk menggerakkan perubahan tingkah laku, kerana sama ada sedar atau tidak, manusia dapat membuat tafsiran atau penilaian kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Malahan Corey (2013) pernah memberi kenyataan berkenaan perspektif REBT iaitu kelompok manusia yang berfikiran negatif dan bertingkah laku negatif dapat dibantu dan di dorong mengubah tingkah laku mereka ke arah yang lebih positif kerana setiap manusia mempunyai “Keinginan”, “Impian”,

“Kesukaan”, dan “Kebencian”. Bagi menonjolkan ciri-ciri dalaman yang positif ini, manusia perlu di bantu dengan dorongan dalaman atau luaran sama ada persekitaran mereka. Oleh itu, pendekatan Teori REBT diguna pakai dalam membantu pelajar dari kelas belakang untuk mengubah sikap mereka dan akhirnya membawa kepada impak perubahan dalam pencapaian akademik. Berdasarkan pendekatan Teori REBT akan memberi peluang kepada pengkaji untuk melihat bagaimana keberkesanan Teori REBT dalam perkhidmatan kaunseling kelompok membantu pelajar dari kelas belakang di SK Putrajaya Presint 11(1) iaitu kelas 6 Mimosa. Impak atau kesan perubahan yang dapat dilihat dan dinilai oleh pengkaji apabila menggunakan pendekatan Teori REBT kepada pelajar kelas belakang dari SK Putrajaya Presint 11(1) ialah dalam dua bentuk iaitu perubahan dari segi motivasi pelajar dan perubahan dari segi pencapaian akademik. Ini disebabkan dalam pendekatan Teori REBT, fokus terapi adalah kepada pemikiran, emosi dan tindakan kerana tiga elemen ini dilihat sebagai proses pembelajaran (Corey, 2013). Pendekatan Teori REBT membantu klien mengenal pasti kepercayaan atau tanggapan yang merugikan diri sendiri, serta mendorong klien untuk mengubah pandangan ke arah yang lebih mendorong memotivasikan diri iaitu membantu diri sendiri. Dalam kajian ini, kaunselor akan memainkan peranan bagi membimbing klien cara untuk mengaplikasikan teknik REBT dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kaunselor yang menggunakan pendekatan Teori REBT perlu bersikap terbuka dan menjelaskan pandangan atau pendapatnya kepada klien mengenai perkara yang dialami oleh klien supaya mereka dapat berfikir secara rasional. Selain daripada perubahan kepada sikap motivasi pelajar, perubahan dalam pencapaian akademik juga akan berlaku. Ini kerana, klien sudah dapat berfikir secara rasional dan dapat membuat jangkaan sekiranya mereka memilih tindakan negatif atau positif akan memberi perbezaan dalam pencapaian akademik mereka. Carta alir dalam kerangka konsep di atas menunjukkan secara jelas bahawa pendekatan Teori REBT akan membawa kepada dua perubahan iaitu perubahan sikap motivasi pelajar dan perubahan dalam pencapaian akademik pelajar. Kedua-dua perubahan ini pula akan saling berkaitan kerana ini akan melahirkan dorongan dalaman yang mana apabila motivasi seseorang tinggi dan berada pada tahap positif maka kesan yang dapat dilihat ialah pemilihan tindakan. Pemilihan tindakan yang positif hasil dorongan motivasi pelajar akan membawa kepada pencapaian akademik yang lebih baik daripada sebelumnya. Inilah hasil kajian yang mahu pengkaji lihat iaitu keberkesanan pendekatan Teori REBT dalam membantu muri kelas belakang.

LATIHAN 2d - Senarai rujukan Gaya UKM Nurul Ain Hamsari, A.Y. 2012. Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling 5(Mac) :30-57 Eva Kartika Wulan Sari₁ & Laily Tiarami₂.2016. Keefektifan kaunseling kelompok REBT untuk meningkatkan self esteem mahasiswa. ejournal.unikama.ac.idVol.2 1(April) :8 Mohammah Syarul Nizamshah Bin Mannan. 2016. Penggunaan teori rasional emotif tingkah laku (REBT) dalam menangani isu murid ponteng kelas : satu kajian kes : 11 Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf . 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri Jurnal Hadhari Special Edition : 155-172 Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu : 18770428 Vol 134 Hee Jae Mei & Siti Liyana Binti Mohamad Yusuff. 2011.Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education : pp. 1-11 Corey. 2013. Case Approach to Counselling and Psychotherapy .9TH Edition. California State University. Fullerton. Aina Razlin Mohammad Roose. 2014. Terapi Rasional Emotif Tinkah Laku: Kenali REBT Semudah ABC. Teori dan Konsep Asas. Sarawak : UNIMAS

Terapi Rasional EmotifTingkah Laku TUGASAN 3

TUGASAN 3a - Definisi Pembolehubah / konsep / konstruk TUGASAN 3b - Prosedur pembinaan instrumen TUGASAN 3c - Kesahan dan kebolehpercayaan TUGASAN 3d - Skala pengukuran dan penskoran TUGASAN 3e - Contoh instrumen

TUGASAN 3b PENULISAN

Related Documents

Tugasan Individu
May 2020 19
Tugasan Individu
May 2020 11
Tugasan+individu+sem1
October 2019 16
Tugasan Individu Kissm
April 2020 23

More Documents from "Athiah Shafie"