Gggb6373 Refleksi Sebagai Kllien.docx

  • Uploaded by: Athiah Shafie
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gggb6373 Refleksi Sebagai Kllien.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,621
  • Pages: 6
GGGB6373 DASAR BIMBINGAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. REFLEKSI SESI SEBAGAI KLIEN

1.0

LATAR BELAKANG SESI

SESI 1: Pada 8 November 2017, satu sesi kaunseling telah dijalankan bersama seorang kaunselor berdaftar Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Sesi berjalan sekitar jam 2.45 petang hingga 4.30 petang di

bilik bertugas Pegawai

Kaunselor JPWPP. SESI 2 : Pada 16 November 2017, Sesi berjalan sekitar jam 3.00 petang hingga 4.00 petang di bilik bertugas Pegawai Kaunselor JPWPP. SESI 3 : Pada 29 November 2017, Sesi berjalan sekitar jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di bilik bertugas Pegawai Kaunselor JPWPP.

2.0

LATAR BELAKANG KAUNSELOR

Kaunselor merupakan seorang guru yang berumur 45 tahun dan kini berkhidmat sebagai kaunselor sepenuh masa di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai tahun 2015. Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1998.

3.0

APLKASI KEMAHIRAN NON VERBAL KAUNSELOR

Daripada apa yang saya perhatikan sepanjang sesi kaunseling ini berlangsung, kaunselor sangat mengaplikasikan kemahiran melayan non verbal. Bentuk dari komunikasi non verbal ialah gerakan tubuh badan misalnya : ekspresi wajah, kontak mata dan kekerapan pergerakan tubuh badan. Sepanjang sesi berlangsung, klien berasa begitu selesa dan tenang. Keadaan ini dipanggil terapeutik kerana keadaan susun atur

bilik yang kemas dan cantik. Malahan saya sebagai klien berasa selesa sepanjang berada di dalam sesi kerana amat bersesuaian dan mengikut keselesaan saya sebagai klien. Sepanjang sesi berlangsung, kaunselor memberi perhatian yang sepenuhnya kepada saya sebagai klien. Ini dapat dilihat menerusi cara pandangan mata kaunselor, anggukan kepala dan posisi badan kaunselor ketika sesi berlangsung. Misalnya anggukan kepala yang ditunjukkan oleh kaunselor merupakan dorongan minima yang membawa maksud bahawa kaunselor masih mengikuti sesi bersama saya. Kaunselor juga kadang kala menunjukkan reaksi ekspresi wajah yang sesuai semasa sesi berlangsung seperti seorang yang ingin mengetahui segala masalah dan bersedia untuk mendengar. Ini ditambahkan dengan nada suara kaunselor yang tenang dan nampak begitu bersedia menerima saya sebagai klien pada masa tersebut. Selain itu, keadaan posisi tubuh badan kaunselor juga menggambarkan kaunselor begitu bersedia untuk mendengar permasalahan saya dan ini benar-benar menggembirakan saya. Keadaan ini banyak mempengaruhi saya untuk terus berkongsi masalah yang saya sedang hadapi waktu itu kerana kaunselor cuba untuk mendengar dengan baik masalah saya dan berusaha untuk membantu serta memahami masalah yang dikongsi bersama klien.

4.0

APLIKASI KEMAHIRAN MELAYAN VERBAL KAUNSELOR

Pada pandangan saya sebagai klien, saya dapati kaunselor saya juga mahir mengaplikasikan

kemahiran melayan verbal iaitu apabila kemahiran membina

hubungan dijalankan dengan baik semasa sesi kaunseling berlangsung. Walaupun kaunselor ialah seorang lelaki, namun saya sebagai klien berasa selesa sepanjang sesi berlangsung. Ini disebabkan kaunselor nampak ramah dan mudah didekati apabila memulakan perbualan. Setelah sesi membina hubungan telah berjaya, proses penstrukturan pula di aplikasikan di mana kaunselor menerangkan tugas-tugas sebagai kaunselor dan tugas-tugas sebagai klien, memperkatakan tentang etika kerahsiaan, masa sesi dan sebagainya. Sesi kaunseling ini berlangsung selama 2 jam walaupun jika ikut kebiasaannya adalah dalam sekitar 45minit untuk setiap sesi. Situasi ini berlaku kerana keadaan klien iaitu saya yang begitu memerlukan sesi dalam meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hati saya pada hari kejadian. Antara kemahiran lain yang digunakan oleh kaunselor terhadap saya ialah penggunaan verbal dorongan minima seperti “ya”, “ooooo”. Penggunaan verbal dorongan minima ini, benar-benar

membuatkan saya rasa seperti masalah saya diambil perhatian dan ada orang lain yang memahami saya. Di dalam sesi kaunseling ini, kaunselor menggunakan pendekatan ‘Rational Emotive Behavior Therapy” (REBT) terhadap klien dan banyak mengajukan soalan-soalan terbuka untuk melihat pandangan atau masalah sebenar dan mendorong saya untuk terus bercerita. Secara tidak langsung, saya telah berkongsi punca permasalahan saya kepada kaunselor pada pertemuan pertama. Manakala soalan tertutup diajukan kepada saya untuk mendapatkan kepastian masalah saya. Kaunselor juga banyak memberi respon pendek iaitu parafrasa untuk membuktikan kefahaman kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh saya. Namun, ada satu perkara yang saya sebagai klien tidak gemar semasa sesi berlangsung. Sepanjang menggunakan pendekatan REBT dan teknik ABCD, kaunselor banyak memberi tekanan kepada klien untuk mengubah kepercayaan “Believe” klien kepada yang lebih rasional. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan klien kerana klien merasakan kaunselor tidak merasakan apa yang dirasakan oleh klien walaupun kaunselor cuba menunjukkan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.

5.0

PROSES ATAU PERINGKAT- PERINGKAT SESI KAUNSELING

Secara umumnya dalam kaunseling terdapat beberapa peringkat iaitu sesi kaunseling yang digunakan. Contohnya untuk pertemuan pertama sesi, kaunselor akan banyak mencuba untuk membina hubungan atau kejeleketan dengan klien. Ini bertujuan supaya klien lebih selesa dan yakin untuk berkongsi masalah bersama kaunselor yang baharu pertama kali berjumpa. Namun begitu, untuk kes saya, saya telah datang secara sukarela untuk membuat temu janji bersama klien, maka sesi lebih mudah dikendalikan. Peringkat kedua di dalam proses sesi kaunseling ialah penerokaan. Pada tahap ini merupakan proses paling penting dalam mengesan masalah yang dialami oleh klien. Dalam proses ini, kaunselor cuba membantu saya untuk melihat dan mengenal pasti punca masalah yang saya hadapi walaupun pada mulanya saya sendiri keliru dengan apa masalah yang saya hadapi. Sepanjang sesi ini, kaunselor banyak mendorong saya untuk bercerita tentang perkara yang menyebabkan saya rasa marah atau tidak puas hati. Dalam peringkat ini kaunselor mahu melihat kepercayaan atau “believe” saya yang menjadi punca kepada permasalahan yang sedang saya hadapi kini. Pada peringkat yang ketiga ialah mengenal pasti masalah dan membina matlamat dalam sesi. Masalah yang dihadapi oleh saya dapat dikenal pasti oleh

kaunselor menerusi proses penerokaan. Kaunselor banyak menggunakan kemahiran soalan tertutup dalam memastikan masalah yang saya cerita adalah betul dan itulah yang saya sedang hadapi. Kaunselor juga kerap menggunakan parafrasa untuk pengesahan masalah. Sepanjang sesi, saya dapati saya banyak mengangguk dan menepuk tangan tanda setuju atau memahami apa yang diperkatakan oleh klien. Saya juga dapati kaunselor banyak menjaga tutur katanya dan tidak menasihatkan saya, malahan menggalakkan saya berfikir sendiri dalam menyelesaikan masalahnya. Kaunselor banyak memberi pencerahan kepada saya supaya tidak keliru dengan apa yang saya mahu selesaikan. Akhirnya saya dapat merasionalkan diri saya sendiri dan lebih berfikiran positif setelah mendapat bantuan daripada kaunselor. Proses yang keempat ialah membina alternatif dan pelan tindakan . Dalam proses ini, kaunselor memberi sepenuhnya tindakan kepada saya untuk mencari jalan penyelesaian . Kaunselor banyak bertanya soalan yang terbuka dan tertutup iaitu yang mendorong saya untuk berfikir tentang masalah yang saya hadapi. Daripada berfikir tersebutlah, maka saya akan lebih fokus untuk mencari jalan alternatif dalam menyelesaikan masalah saya. Dalam proses ini, kaunselor hanya membantu saya untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Proses yang kelima ialah sesi mengambil tindakan . Dalam sesi ini, setelah jalan penyelesaian ditemui, kaunselor membincangkan penyelesaian tersebut bagi memastikan penyelesaian yang saya pilih adalah yang terbaik. Dalam proses ini, kaunselor banyak bertanya, apa yang saya mahu dari sesi ini dan penyelesaian serta bila saya mahu bertindak. Setelah pasti segala yang ingin disampaikan diterima oleh saya dan saya dapat merasionalkan diri saya, maka kaunselor akan menamatkan rumusan keseluruhan sesi dengan terperinci.

6.0

KEUPAYAAN KAUNSELOR MENGENALPASTI MASALAH Berdasarkan pandangan saya, kaunselor dapat mengenal pasti masalah saya dengan mudah, apabila beliau mendapati saya kerap menggunakan perkataan yang sama berulang kali. Kaunselor mula membuat parafrasa untuk mengesahkan semula kenyataan yang saya buat dan membuat soalan tertutup yang kesannya membuatkan saya sebagai klien berfikir semula dengan rasional.

7.0

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN KAUNSELOR Daripada apa yang saya perhatikan semasa sesi kaunseling ini berlangsung, kaunselor banyak kali bertanya mengenai matlamat saya apabila bertemu dengan beliau untuk membuat sesi. Kaunselor menggunakan pendekatan REBT dalam merasionalkan klien dan dalam banyak-banyak pandangan yang saya lontarkan untuk menyelesaikan masalah saya, kaunselor hanya menekankan kepada “key point” tindakan yang dapat membantu saya. Dengan dorongan sebegini, banyak membantu saya untuk berfikir secara rasional dan lebih berfokus dalam mencari alternatif penyelesaian masalah saya.

8.0

REFLEKSI SEBAGAI KLIEN

Saya sebagai seorang klien, amat berpuas hati dengan pertemuan sesi saya bersama klien. Walaupun ini baharu pertama kali saya berjumpa dengan kaunselor Jabatan, tetapi saya berasa selesa untuk meluahkan masalah saya. Oleh itu, tanpa saya sedari sesi yang sepatutnya memakan masa selama 45 minit telah berlanjutan sehingga dua jam kerana saya percaya dan rasa selamat untuk meluahkan masalah saya. Sepanjang sesi saya bersama kaunselor, saya dapati kaunselor lebih banyak mendengar luahan masalah saya sambil memberi dorongan minima yang menunjukkan bahawa kaunselor sedang memberi sepenuh perhatian terhadap permasalahan saya. Saya rasa cukup lega kerana ada orang yang sudi mendengar luahan masalah saya tanpa membuat penilaian atau andaian. Kaunselor memberi peluang kepada saya untuk meluahkan isi hati saya sehingga tanpa saya sedari, saya menitiskan air mata. Keadaan ini berlaku tanpa sengaja dan ini mungkin reaksi daripada tekanan yang saya hadapi. Sedikit sebanyak selepas saya mengikuti sesi pertama berjumpa dengan klien berdaftar, saya tidak sabar untuk membuat temu janji yang kedua, kerana saya dapat merasai kelegaan dan rasa beban yang hilang daripada kepala. Kaunselor membantu saya untuk betul fokus kepada permasalahan saya yang jika sebelum ini, saya terlalu serabut dengan permasalahan saya tanpa mengetahui punca yang sebenar. Saya rasa tidak rugi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor berdaftar kerana ianya benar-benar membantu saya. Kaunselor juga memberi tugasan kepada saya supaya saya dapat bertindak dan menyusun perancangan bagaimana untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam kes saya, tugasan yang diberi adalah berdasarkan teori REBT, dan saya cuba

merasionalkan diri saya dengan menukar kepercayaan negatif saya kepada yang lebih positif. Pada pertemuan kedua, kaunselor banyak mengupas lebih terperinci permasalahan saya satu persatu bersama saya. Saya sememangnya dapat rasa keikhlasan kaunselor dapat membimbing serta membantu saya mengendalikan masalah saya. Alhamdulillah, pada pertemuan kedua, saya telah datang berjumpa dengan kaunselor dengan lebih bersemangat. Saya telah melengkapkan tugasan yang diberi oleh beliau dan dapat berfikir rasional dan positif. Malah perasaan marah atau tidak kepuasan hati saya telah dapat dikawal Begitu juga pada pertemuan ketiga, tidak banyak bicara yang dibuat kerana atas permintaan saya, untuk menamatkan sesi kaunseling bersama beliau. Saya merasakan saya telah mencapai objektif saya dalam menyelesaikan permasalahan saya. Saya rasa cukup berterima kasih kepada kaunselor yang banyak membantu saya dengan profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47

More Documents from "Park Eun Joon"