Kelas Pertama

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelas Pertama as PDF for free.

More details

  • Words: 927
  • Pages: 4
Kelas pertama - Rahsia monopoli pelajar wanita Oleh Rohana Man SEMUA pelajar Muslim cemerlang yang menerima Anugerah Siswazah Muslim Cemerlang 2002, baru-baru ini adalah perempuan. Para penerima yang terdiri daripada lapan pelajar Muslim cemerlang itu ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, mereka bersyukur kerana bukan sahaja mencipta sejarah peribadi tetapi turut memartabatkan bangsa dan agama. Mereka yang semuanya pelajar Melayu menerima ijazah kelas pertama dalam bidang sains dan teknologi dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2001/2002. Ikuti rahsia kejayaan pelajar-pelajar kelas pertama ini. ``Kecemerlangan ini adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepada saya. ``Tetapi kita perlu ingat bahawa rezeki tidak datang bergolek. Kita kena berusaha dan rajin belajar. ``Tidak ada istilah malas dalam diari hidup pelajar dan jangan belajar pada saat akhir. ``Selain itu, jika tak faham topik yang diajar pensyarah, jangan segan untuk bertanya dan kita juga perlu memberi perhatian penuh kepada pengajaran di kuliah.'' - Haliza Katas, 24, graduan Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.7 dan akan melanjutkan pelajaran di University of London, United Kingdom (UK) pada bulan September ini. Kecemerlangannya itu melayakkannya terus mengikuti program di peringkat ijazah doktor falsafah (Mphil/PhD). ``Saya berpegang kepada tiga prinsip iaitu usaha, doa dan tawakal. ``Usaha perlu konsisten dan saya lebih suka belajar sikit-sikit tetapi setiap hari. ``Saya juga selalu jumpa pensyarah dan cara belajar biarlah sistematik dan ideal iaitu selain belajar, kita juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti kolej. ``Ini penting untuk membina personaliti yang sesuai dengan persekitaran masyarakat apabila tamat pengajian kelak.'' - Zariyantey Abd. Hamid, 23, graduan Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian dari UKM.

Beliau memperoleh PNGK 3.72 dan akan melanjutkan pelajaran ke King's College, London, UK di peringkat ijazah sarjana dalam bidang terapi gen. ``Saya telah menetapkan satu matlamat apabila berjaya menjejak kaki ke universiti. ``Matlamat itu ialah saya mahu memberi kegembiraan kepada ibu bapa saya dengan cara menghadiahkan mereka ijazah paling cemerlang. ``Saya juga mahu membuktikan bahawa pelajar Melayu boleh cemerlang setanding pelajar bukan Melayu. ``Apatah lagi di UM yang kecemerlangan akademik dalam bidang sains lebih menonjol di kalangan pelajar bukan Melayu. ``Kesedaran itulah yang menyuntik semangat kepada saya untuk belajar bersungguhsungguh dan konsisten mengekalkan kecemerlangan sejak semester pertama.'' - Fazliana Mansor, 27, graduan Sarjana Muda Sains (Teknologi Bioperubatan) dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM). Beliau memperoleh PNGK 3.72 dan kini merupakan seorang pegawai penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia. ``Sebagai pelajar, kita kena bijak mengurus masa kerana di kampus, tugas pelajar bukan setakat mengejar kecemerlangan ilmu tetapi kita juga perlu kena aktif dalam kegiatan persatuan. ``Yang penting, saya belajar secara konsisten dan tidak pernah belajar pada saat akhir menjelang peperiksaan. Justeru setiap hari saya akan mengulang kaji topik yang diajar pensyarah di kelas. ``Jika tidak faham, saya akan cepat-cepat berjumpa pensyarah berkenaan untuk bertanya,'' katanya - Nor Afzalina Azmee, 22, graduan Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau memperoleh PNGK 3.78 dan akan menyambung pelajaran ke Universiti Warwick di UK dalam bidang statistik pada bulan September ini. ``Pengajian di universiti berbeza di sekolah. Selain rajin, cekal dan tabah, kita kena ada minat terhadap bidang pengajian yang diikuti. ``Saya tidak mempunyai masa yang spesifik iaitu menetapkan setiap hari mesti belajar tiga atau empat jam. Apa yang saya pegang ialah mempunyai matlamat yang spesifik terhadap setiap bab. ``Jika saya tetapkan bab ini mesti dihabiskan ulang kajinya dalam minggu ini maka itulah yang akan saya lakukan.

``Memang sesekali mood untuk belajar tidak ada tetapi saya kuatkan semangat untuk habiskan juga bab-bab yang telah saya tetapkan itu. ``Mungkin inilah rahsia kejayaan saya selain memahami bab-bab yang disampaikan pensyarah di bilik kuliah.'' Fazlina Ahmad, 26, graduan Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau kini merupakan seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Alor Star, Kedah. ``Saya banyak buat latihan dan setiap kali selepas kelas, saya akan ke perpustakaan untuk mencari dan membaca buku-buku yang ada kaitan dengan topik yang diajar oleh pensyarah. ``Jika tidak faham, saya akan bertanya dan jika buku yang saya baca itu tidak cukup maklumat yang saya mahu maka saya akan merujuk kepada beberapa buku lain. ``Saya juga menyediakan nota-nota ringkas untuk digunakan menjelang peperiksaan. Isi nota ini lebih kepada fakta-fakta penting yang sukar untuk dihafal.'' - Noorlianni Rosli, 24, graduan Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau memperoleh PNGK 3.9 dan kini merupakan Eksekutif Kanan, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara. ``Saya dapati belajar di universiti lebih mudah berbanding di sekolah. ``Ini kerana markah peperiksaan boleh dikumpul dari awal semester menerusi kerja kursus. ``Untuk mendapat markah yang tinggi juga tidak sukar kerana kehadiran ke kelas tanpa rekod ponteng kuliah turut membantu pelajar mengumpul markah yang boleh digunakan untuk menampung kekurangan markah pada mata pelajaran tertentu.''- Zeratul Izzah Mohd. Yusoh, 23, graduan Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau memperoleh PNGK 3.83 dan kini merupakan tutor di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). ``Saya kerap mengadakan sesi perbincangan ilmiah dengan rakan sekuliah kerana saya yakin belajar secara berkumpulan lebih bermanfaat dan baik berbanding belajar bersendirian. ``Selain dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, pendapat dan idea daripada beberapa orang lebih baik daripada pendapat sendiri. Saya juga suka membaca banyak buku dan tidak hanya bergantung kepada satu buku untuk setiap kursus yang diikutinya di kampus.''

``Ini lebih baik kerana jika membaca banyak buku maka ia akan membantunya menjawab soalan dengan lebih yakin.'' - Ainol Azifa Mohd Faik, 27, adalah graduan Sarjana Muda Sains Bioteknologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau kini sedang mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang yang sama di UMS.

Related Documents

Kelas Pertama
November 2019 24
Minda Kelas Pertama
June 2020 8
Pertemuan Pertama
May 2020 27
Malam Pertama
November 2019 37
Kepergian Pertama
November 2019 37

More Documents from "Indonesiana"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31