Pengajian Alhadith Dan Tuntutan Masa Kini

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajian Alhadith Dan Tuntutan Masa Kini as PDF for free.

More details

  • Words: 5,024
  • Pages: 37
PENGAJIAN AL-HADITH DAN TUNTUTAN MASAKINI Oleh Ustaz Muhammad Asri Yusoff

MUQADDIMAH SISTEM RIWAYAH DAN DIRAYAH DALAM PENGAJIAN AL-HADITH BEBERAPA FENOMENA SEMASA YANG MENUNTUT PEGAJIAN AL-HADITH DAN METODNYA DISEBARLUASKAN: Anti Hadith Syiah Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta:

Penyelewengan Fakta-fakta Seerah dan Sejarah Meninjau Al Hadith dari perspektif yang sempit Komprehensifnya hadith-hadith Rasullullah (saw) berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku sesudah kewafatan Baginda (saw) hingga kiamat.

KEPERLUAN KEMBALI KEPADA SISTEM TALAQQI DALAM PENGAJIAN HADITH DI MANA WUJUDNYA SISTEM INI SEKARANG KITA BERTANGGUNGJAWAB MENGHIDUPKAN SISTEM INI PENUTUP

PENGAJIAN AL-HADITH DAN TUNTUTAN MASAKINI

1.0

MUQADDIMAH

Di antara ciri Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah menyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan sumber kedua utama di dalam hukum hakam, gerak kerja dan penilaian terhadap segala yang berlaku di dalam kehidupan manusia di dunia.

Sementara golongan-golongan yang mendakwa Islam selain mereka, ada yang menolak hadith, ada yang hanya menerima sebahagian daripada hadith dan ada pula yang memahaminya dengan pemahaman-pemahaman yang jauh terpesong daripada kehendak syari’e dan roh syariah Islam yang terbukti dalam kehidupan para sahabat Rasullullah (SAW).

Lantaran itu mereka tersasul dan dihukum oleh ulamak-ulamak Ahlul Haq yang datang kemudian daripada generasi sahabat sebagai golongan “Ahlul Baathil Wal Ahwaa”. Golongan yang mengikut sunnah Rasullullah (SAW) dan para sahabat Baginda (SAW) dinamakan Ahlul Haq atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun dalam praktiknya Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengutamakan dan mendahulukan AlQuran daripada Al-Hadith atau As Sunnah namun sebabnya mereka tidak dinamakan Ahlul

Quran atau Ahlul Kitab kerana Al-Quran atau Al-Kitab itu didakwa oleh semua golongan yang mengaku Islam sebagai ikutan dan panduan serta pegangan mereka tetapi sikap mereka tentang As Sunnah adalah tidak sama iaitu mereka mempertikaikannya dan menolaknya sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah selain dari berpegang teguh dengan Al-Quran, mereka juga berpegang dengan As Sunnah dengan memeliharanya dengan sebaik-baiknya dan mempertahankannya. Kerana ciri inilah Ahlus Sunnah ini dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kedudukan dan keutamaan Ahlul Sunnah atau Ahlul Hadith dapat dilihat dengan jelas sekali di dalam hadith-hadith Rasulullah saw dan di dalam pendapat-pendapat para ulama salaf . Antara lain Nabi (saw) bersabda; “Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71 puak dan orangorang Kristian

berpecah kepada 72 puak.

Umatku akan berpecah kepada 73 puak.

Semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja iaitu golongan yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku.” (Nasai’I-Tarmizi-Abu Daud-Ahmad-Haakim-Ibn Majah – Baihaqi)

Ibn Mas’ud (r.a) pula berkata bermaksud, “Sesiapa yang mahu mengikut jejak langkah seseorang maka hendaklah ia mengikut jejak langkah sahabat Nabi Muhammad (saw) kerana mereka adalah golongan yang paling baik hatinya dari kalangan ummat ini, paling dalam ilmunya, paling sedikit cerewetnya, paling teguh karektornya dan paling baik keadaannya. Mereka adalah satu golongan yang telah dipilih oleh Allah (SWT) untuk menjadi sahabat kepada Nabinya dan menegakkan ugamaNya. Maka hendaklah kamu sedari keutamaan

mereka dan mengikut jejak langkah mereka kerana mereka adalah golongan yang berada di atas jalan yang betul”. (Imam Ahmad-Razin)

Dan Nabi (SAW) bersabda, “Akan terus ada satu golongan dari ummatku yang tegak di atas kebenaran dan diberi pertolongan. Mereka tidak tergugat oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah”. (Bukhari – Muslim)

Imam Ahmad berkata berhubung dengan golongan yang tersebut di dalam hadith ini; “Bahawa mereka ini adalah golongan Ahlul Hadith” Untuk mengetahui kepentingan dan keistimewaan Al-Hadith sebagai satu bentuk pengajian di dalam sistem pendidikan Islam, kiranya perbincangan yang akan disentuh nanti akan dapat menyingkap sebahagian kecil daripadanya. Atas 2.0

SISTEM RIWAYAH DAN DIRAYAH DALAM PENGAJIAN AL-HADITH

Secara kasar dapat dikatakan bahawa seluruh pengajian dan pengkajian hadith itu tersimpan di dalam dua sistem yang unik pernah dipersembahkan oleh manusia dalam dunia ilmu pengetahuan iaitu: (i)

Sistem Riwayah

(ii)

Sitem Dirayah

2.1

Sitem Riwayah 2.1.1

Sebenarnya pemakaian sistem riwayah dalam penilaian sesuatu fakta adalah khususiyyah ummat Islam. Ibn Hazm berkata, “Nukilan orang yang dipercayai daripada orang yang dipercayai juga dengan bersambung-sambung sampai kepada Nabi (saw), adalah satu keistimewaan yang diberikan oleh Allah (swt) kepada orang-orang Islam berbeza dengan penganut-penganut agama lain.

Ajaran yang disampaikan oleh Nabi (saw) kepada mereka tetap segar dan baru dengan adanya sistem ini walaupun berlalu sekian lama waktu. Nukilan dengan “irsal” dan “I’dhal” boleh didapati dengan banyak sekali di kalangan Yahudi dan Nasara. Cuma Yahudi tidak hampir kepada Nabi Musa (a.s). sehampirnya kita kepada Nabi Muhammad (saw), kerana jarak nukilan mereka dari Nabi Musa (a.s) ialah lebih daripada 30 abad”. (Tadrib Ar Rawi jilid 2 m.s. 159) Hafidz Abu Ali Al Jayyaani berkata,

“Allah SWT telah mengistimewakan ummat Muhammad SAW ini dengan 3 perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang-orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan I’rab”. (Tadribu Ar Rawi-jilid 2 muka surat 160)

Kepentingan sistem riwayat ini juga dapat dilihat pada kata-kata ulamak salaf dari kalangan tabi’in seperti Abdullah Ibn Al Mubarak, Sufyan Ats Tsauri, Al Auzaa’i dan lainlain. Abdullah Ibn Al Mubarak berkata, “Isnad itu sebahagian daripada ugama. Jikalau tidak ada isnad nescaya akan berkata sesiapa sahaja apa yang ia mahu”. (Sahih Muslim –jilid 1, muka surat 87) Sufyan Ats Tsauri berkata, “Isnad itu senjata orang Mukmin”. (Tadribu Ar Rawi – jilid 2 muka surat 160)

Al Auzaa’i pula berkata, “Ilmu tidak akan hilang melainkan dengan hilangnya sistem isnad (riwayat),” (Muqaddimah At Tamheed –jilid 1 muka surat 15)

Hakikat ini diakui juga oleh musuh-musuh Islam dari kalangan orientalis barat . Guynball, penulis artikel “Al-Hadith” di dalam Daairatu Al Ma’arif Al Islamiyah (jilid 7,

ms 335) menyatakan kekagumannya terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh ulamak Islam di dalam memastikan kesahihan hadith-hadith Nabi mereka. Beliau juga berkata; “Sesuatu hadith itu tidak dikira sahih pada pandangan orang Islam kecuali bila silsilah isnadnya berterusan tanpa terputus.

Silsilah itu pula terbentuk daripada

peribadi-peribadi yang boleh dipercayai riwayat mereka.”

Kajian terhadap isnad membuat ulamak Islam yakin tentang perkara ini. Mereka bukan sahaja menyelidik nama-nama perawi dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman mereka hidup, keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain daripada perhubungan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain. Bahkan mereka juga memastikan kualiti seseorang tokoh hadith itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya di samping ketelitian dan amanah mereka di dalam menukilkan matan-matan untuk dihukum siapakah diantara perawi-perawi itu yang boleh dipercayai riwayatnya.” (Daairatu Al Maarif-jilid 7, muka surat 335 – dipetik dari Ilmu Rijal al Hadith karangan Dr. Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri).

2.1.2

Sesungguhnya kalangan ulamak mutaqaddimin tidak memberi penghargaan yang secukupnya kepada sesebuah kitab melainkan jika perawi kitab itu seorang tsiqah, dhabit lagi adil di samping membaca pula kitab itu di hadapan pengarang atau seseorang perawi itu mempunyai sanad yang muttasil di dalam membaca kitab itu dan menerimanya dari gurugurunya bersambung-sambung sampai kepada pengarang itu sendiri. (Dr. Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri – ms 23)

2.1.3

Pemakaian sistem riwayat itu adalah suatu yang dianjurkan oleh Al-Quran sendiri. Di dalam Al-Quran Allah (swt) berfirman bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman: jika datang kepadamu orang-orang fasiq membawa sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu”. (Surah Al Hujurat ayat 6)

Begitu juga Allah (swt) berfirman, “Demikianlah kami jadikan kamu suatu generasi yang sederhana (adil) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. (Surah Al Baqarah ayat 143). Generasi yang dimaksudkan di sini ialah generasi sahabat Rasulullah (SAW).

2.1.4

Pencapaian ummat Islam dalam bidang riwayat atau isnad ini telah melahirkan perpustakaan besar yang memuatkan buku-buku yang ada kaitannya dengan sistem riwayat atau isnad seperti ilmu Mustalahu Al Hadith, ilmu Rijal Al Hadith dan segala pecahan-pecahannya.

2.2

Sistem Dirayah, usul dan keistimewaannya

2.2.1

Sistem dirayah ini mempunyai pertalian yang rapat dengan sistem riwayat namun begitu tidak semestinya apa yang diterima dalam sistem riwayah itu akan diterima terus dalam dirayah. Begitu juga sebaliknya, tidak semestinya sesuatu yang diterima menurut sistem dirayah akan bertepatan pula dengan sistem riwayah. Bagaimanapun pada kebiasaannya dan kebanyakannya apa yang diterima melalui sanad yang sahih menurut sistem riwayah akan sampai kepada matan yang sahih juga menurut sistem dirayah. Begitulah sebaliknya matan yang bertepatan dengan system dirayah kebanyakannya datang melalui sanad yang sahih mengikut sistem riwayah. (lihat Dr. Subhi As Soleh- `Uloomu Al Hadith Wa Mushtalahuhu; ms 283).

2.2.2

Sistem dirayah yang dimaksudkan di sini ialah sistem yang termasuk di dalam ta’rif istilah khusus dalam ilmu hadith. Antara ta’rif yang diberikan berhubung dengan sistem dirayah ini ialah seperti yang telah dikemukakan oleh Nawab Siddiq Hasan Khan bahawa , “Ilmu dirayah Al-Hadith itu ialah satu ilmu yang membincangkan tentang erti yang

difahami

daripada

lafadz-lafadz

hadith.

Begitu

juga

maksud-maksudnya

berdasarkan kaedah-kaedah bahasa Arab dan peraturan-peraturan syariat di samping bersesuaian pula dengan keadaan Nabi (saw)”. (Nawab Siddiq Hassan Khan-Abjadu Al Uloom; jilid 2 ms 220)

Taarif ini dikemukakan juga oleh Hj. Khalifah dalam “Kasyfa Az Zunum” dan Tosy Kubra Zadeh dalam “Miftah As Sa’adah Wa Misbah As Siadah”. Hj Khalifah membincangkan tentang topik dirayah ini dengan katanya, “Topiknya (Dirayah Al Hadith) ialah hadith-hadith Rasullullah (SAW) dari segi makna dan maksud yang ditunjukkan olehnya”. (Hj. Khalifah-Kasyfu Az Zunun; jilid 1 – Ilmu Al Hadith – ms 635)

2.2.3

Pemakaian sistem dirayah ini juga adalah suatu yang berlandaskan Al Quraanul Karim. Di antara yang dapat disebutkan ialah firman Allah (SWT) bermaksud; “Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri (mengapa tidak) kamu berkata, ini adalah suatu berita bohong yang nyata”. (Surah An Nur-ayat 12)

FirmanNya lagi: “Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu mendengar berita bohong itu – sekali-kali tidaklah patut kita memperkatakan tentang perkara ini. Maha suci Engkau (wahai Tuhan kami) ini adalah dusta yang besar”. (Surah An Nur-Ayat 16)

2.2.4

Di antara usul sistem dirayah yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh hadith ialah:

2.2.4.1 Sesuatu riwayah itu tidak bercanggah dengan akal yang sejahtera 2.2.4.2 Tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ugama Islam yang telah diterima oleh semua. 2.2.4.3 Tidak bercanggah dengan Al-Quran, hadith mutawaatir atau ijma’ qati’i. 2.2.4.4 Tidak bercanggah dengan kenyataan. 2.2.4.5 Riwayat itu tidak mengandungi ancaman azab besar kerana sesuatu perkara yang remeh-temeh.

2.2.4.6 Riwayat itu tidak menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana pekerjaan yang remeh-temeh. 2.2.4.7 Riwayat itu tidak mengandungi pengertian yang lemah dan rapuh. 2.2.4.8 Riwayat itu bukan riwayat yang dikemukakan oleh seorang sahaja dan ia sendiri tidak bertemu dengan orang yang diriwayatkan riwayat itu daripadanya. 2.2.4.9 Riwayat yang menceritakan sesuatu peristiwa penting yang dapat disaksikan oleh ramai orang dan sepatutnya ia diriwayatkan oleh bilangan yang ramai, tetapi riwayat itu hanya diriwayatkan oleh seorang dua sahaja.

2.2.4.10

Riwayat itu tidak bercanggah dengan kedudukan Rasullullah (s.a.w.) dan kedudukan para Sahabat (r.a)

2.2.4.11 2.2.4.12

Riwayat itu tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip akhlak. Riwayat itu tidak mendorong ke arah memuaskan hawa nafsu atau kerosakan.

2.2.4.13

Riwayat itu tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah perubatan yang jelas dan terbukti benarnya.

2.2.4.14

Riwayat itu tidak bercanggah dengan kenyataan-kenyataan sejarah.

2.2.4.15

Riwayat itu tidak bercanggah dengan bukti-bukti daripada nas yang sahih.

2.2.4.16

Riwayat itu tidak bercanggah dengan kesucian dan kebesaran Allah (s.w.t).

2.2.4.17

Riwayat itu tidak merobohkan sunnah yang jelas.

2.2.4.18

Riwayat itu tidak bercanggah dengan kaedah bahasa Arab dan lain-lain lagi. (Lihat – Hafidz Sakhawi-Fathu Al Mughith, ms 114, Mulla Ali Al Qari Al As rar Al Marfu’ah Fi Al Akhbar Al Maudhu’ah ms 92, Syibli Nu’mani-Siratu An Nabi, ms 69 dan 101 dan lain-lain lagi).

Atas

3.0

BEBERAPA FENOMENA SEMASA YANG MENUNTUT PEGAJIAN AL-HADITH DAN METODNYA DISEBARLUASKAN:

Antara lain yang dapat disebutkan di sini ialah:

3.1

Anti Hadith Diantara permasalahan golongan Anti Hadith adalah seperti berikut: 3.1.1 akal.

Kononnya mereka mendakwa hadith-hadith banyak yang bercanggah dengan

3.1.2

Banyak hadith-hadith yang diriwayatkan oleh orang-orang yang ketika peristiwa yang diriwayatkan olehnya belum lagi memeluk agama Islam atau belum lagi lahir.

3.1.3

Sekian banyak hadith seperti yang didakwa oleh ulamak-ulamak hadith tidak mungkin diingat dan dihafal oleh manusia.

3.1.4

Banyak

hadith-hadith

yang

menyatakan

keserupaan

Allah

(swt)

dengan

makhlukNya. 3.1.5

Hadith-hadith itu tidak dikumpulkan secara bertulis seperti Al-Quran di zaman Nabi (s.a.w.) lagi.

3.1.6

Banyak hadith menyifatkan keadaan Nabi (s.a.w.) dengan sifat yang tidak layak dengan kedudukan Baginda saw yang dimaklumi.

3.1.7

Hadith-hadith

bukan

merupakan

wahyu

yang

dijamin

oleh

Allah

(swt)

keterpeliharaannya daripada tersalah. 3.1.8

Hadith-hadith menyebabkan perpecahan dan timbulnya semangat kepuakan dalam Islam.

3.1.9

Hadith-hadith itu banyak yang tidak disepakati tentang kesahihannya atau kedhaifannya. Jadi tidak diketahui yang manakah yang betul.

3.1.10

Golongan-golongan yang mendakwa Islam masing-masing mempunyai hadithnya yang tersendiri mengikut istilah mereka. Ahlus Sunnah tidak menerima hadith-hadith Syiah begitu juga Syiah tidak menerima hadith-hadith Ahlus Sunnah.

3.1.11

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak sekali hadith-hadith maudhu’, kerana itu tidaklah dapat untuk mempastikan kebenarannya dari kepalsuannya.

3.1.12

Banyak terdapat percanggahan di antara satu hadith dengan hadith yang lain.

3.1.13

Banyak hadith-hadith yang memberi gambaran lucah yang tidak sesuai dengan Rasullullah (s.a.w)

3.1.14

Sayyidina Umar pernah berkata “Cukuplah untuk kita Al-Quran.” Beliau tidak menyebut langsung tentang Al Hadith.

3.1.15

Untuk memahami Al-Quran kata mereka, tidak diperlukan kepada Al Hadith. Setiap orang boleh memahami Al-Quran dengan kecerdasan fikirannya.

3.1.16

Hukum-hukum yang diberikan oleh Rasullullah (s.a.w) hanya khusus untuk zaman Baginda (s.a.w). Kemudian hukum-hukum itu boleh berubah dan dpindahkan mengikut keperluan masa dan tempat.

3.1.17

Walaupun kata-kata dan perbuatan Nabi (s.a.w) merupakan hujjah tetapi oleh kerana ia tidak sampai kepada kita melalui saluran-saluran yang boleh diyakini, maka ia hanya berada di peringkat dzanni sahaja yang tidak layak dijadikan sandaran.

Atas

3.2

Syiah

Diantara permasalahan golongan Syiah adalah seperti berikut:

3.2.1

Rasullullah (SAW) ada bersabda “Bahawa aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya iaitulah pertama Kitab Allah dan kedua, Ahli Baitku”.

3.2.2

Hadith-hadith itu diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak ada nilainya menurut mereka walaupun seberat nyamuk seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin Al-Hakam, Imran bin Hitthan Al Khariji dan Amar bin Al Ash.

3.2.3

Hadith-hadith tidak boleh diterima kerana diriwayatkan oleh orang-orang yang murtad sesudah kewafatan Nabi (s.a.w.)

3.2.4

Ramai daripada Sahabat memeluk agama Islam secara terpaksa dan dalam keadaan ragu atau sebenarnya mereka munafiq. Kerana itu masih ada di antara mereka yang minum arak , membunuh dan melakukan beberapa kemungkaran dan kefasiqan.

3.2.5

Hadith- hadith itu dikumpulkan di zaman Khulafa’ Ar Rasyidin selain Sayyidina Ali yang mana mengikut pandangan orang-orang Syiah, mereka adalah orang-orang yang zalim bahkan kafir.

3.2.6

Banyak di antara hadith yang ditulis di zaman Khulafa’ Ar Rashidin selain Sayyidina Ali itu bermotifkan politik dan untuk mengampu Khulafa’ semasa.

3.2.7

Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kebanyakan Sahabat yang diterima oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada mereka tentunya tidak sahih kerana mereka itu telah menjadi fasiq atau kafir kerana memerangi Sayyidina Ali.

3.2.8

Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak terpelihara kerana ia diriwayatkan oleh orangorang yang tidak amanah bermula dari para sahabat sehinggalah kepada generasigenerasi yang datang kemudian.

3.2.9

Banyak daripada perawi-perawi di kalangan Sahabat (r.a) menceritakan suatu peristiwa yang ia tentu sekali tidak turut hadir dalam peristiwa itu.

3.2.10

Hadith bagi mereka bukan terhenti sekadar yang diriwayatkan daripada Rasullullah (saw) sahaja tetapi juga yang diriwayatkan daripada para Imam Duabelas yang

“maksum” sesudah Baginda Rasullullah (saw). Ini bermakna hadith Rasullullah (saw) bukanlah suatu yang muktamad.

3.2.11

Hadith-hadith Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak dapat diterima kerana banyak yang mutawaatir dan sahih di sisi Syiah tidak dianggap sebagai mutawaatir oleh Ahlus Sunnah kerana itulah berlaku perbezaan fahaman baik dari segi akidah atau dari segi furu’.

3.2.12

Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ia disebarkan dan dibawa oleh ulamak-ulamak kerajaan (kononnya) dan mereka mementingkan kehidupan duniawi.

3.2.13

Ulamak-ulamak hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ganjil sekali mereka menerima dengan sikap yang terbuka hadith-hadith daripada golongangolongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Murji’ah dan lain-lain sedangkan daripada ImamImam Ahlul Bait yang maksum tidak diterima oleh mereka (Ahlus Sunnah).

3.2.14

Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ulamak Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana mereka adalah golongan yang bersyubahat dengan kerajaan yang sentiasa

menzalimi Ahlul Bait dengan memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan tersebut atau dengan menganggapnya sebagai orang-orang yang adil sehingga bersembahyang berimamkan mereka. Atas

3.3

Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta:

Permasalahannya ialah: 3.3.1

Golongan ini sebenarnya tidak memahami apakah erti “Sunnah” sebenarnya. Umpamanya mereka tidak mengetahui pembahagian para ulamak tentang sunnah itu sendiri kepada Sunnah tasyriiyyah, Sunnah Ghairu tasyriiyyah. Ittiba’ Suuri, Ittiba’ Hakiki, Mu’aradhah Suuriyyah dan Mu’aradhah Hakikiyyah dan lainlain lagi.

3.3.2

Menganggap apa yang diucapkan atau diperbuat oleh Rasullullah (s.a.w) sebagai orang yang berkedudukan tertentu seperti sebagai muballigh atau mu’allim sahaja sedangkan ada hadith Rasullullah (s.a.w.) yang diucapkan atau dilakukan atau diperakuinya itu sebagai Baginda (s.a.w.) seorang pendidik, ketua negara, jeneral, hakim, bapa, suami, ahli saikologi dan lain-lain.

3.3.3

Sesuatu hadith yang dikemukakan oleh Nabi (s.a.w.) dalam konteks peribadi atau keadaan tertentu mungkin difahami oleh orang yang mempunyai penyakit ini sebagai untuk semua orang dan untuk semua keadaan. Misalnya hadith Rasullullah SAW menyuruh mandi selepas sembahyang Subuh dan menyelam 7 atau beberapa kali melawan arus bagi orang yang demam atau Nabi (s.a.w) memakai celak – mata bercelaklah sekian ramai orang; memakai kain ke paras tengah betis dan lain-lain lagi.

3.3.4

Mengamalkan segala apa yang dikatakan sebagai hadith tanpa mempastikan terlebih dahulu sama ada ia maudhu’ atau tidak dan menggunakan hadith untuk sesuatu perkara tanpa memandang kepada taraf hadith itu. Contohnya hadith dhaif hendak dipakai untuk menentukan sesuatu hukum jenayah dan hadith ahaad walaupun sahih hendak dijadikan sebagai asas aqidah.

3.3.5

Mengikut sesuatu hadith tanpa mengetahui

samada hadith itu sudah

dimansuhkan atau tidak, mubham atau mufassar, muhkam atau mutasyaabih, khusus untuk Nabi (s.a.w.) atau untuk generasi sahabat atau sahabat yang tertentu sahaja.

3.3.6

Mahu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) dengan tidak mengambil kira sama ada apa yang telah dapat dilakukan oleh Rasullullah

(s.a.w) itu adalah mukjizat Baginda (s.a.w.) seperti menyembelih unta sambil berdiri.

3.3.7

Mahu mengikut Nabi (s.a.w.) tanpa memikirkan sama ada Nabi (s.a.w.) berbuat begitu kerana sesuatu sebab atau tujuan yang tertentu seperti: i) ii)

Tawaf Ka’bah dengan mengenderai unta Tidur mengiring di atas lambung kanan selepas sembahyang sunat Subuh iaitu sebelum mengerjakan sembahyang Subuh dan lain-lain lagi.

3.3.8

Mengikut sunnah Nabi (saw) kononnya tetapi sebenarnya kerana bersesuaian dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira `asbabul wurud’ bagi hadith itu atau latar belakang di mana Nabi (saw) mengungkapkan hadith tersebut seperti beristeri empat dan lain-lain lagi.

3.3.9

Berpegang dan mengamalkan hadith-hadith tertentu sahaja seperti hadithhadith riqaq atau hadith-hadith zuhud dan lain-lain dengan tidak melihat kepada keseimbangan di dalam amalan dan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasullullah (saw) sendiri. Contohnya – tidak berasap dapur rumah Nabi (saw)

selama beberapa hari, sedangkan di waktu yang lain Nabi (saw) menyimpan makanan untuk setahun.

3.3.10 Berpegang dengan suatu Hadith Fadhilat dan mengamalkannya tetapi tidak berusaha memahami hikmat dan rahsia di sebalik galakan-galakan Nabi (saw) itu.

Atas

3.4

Penyelewengan Fakta-fakta Seerah dan Sejarah

Di antara yang dapat disenaraikan sebagai masalah di bawah fasal ini adalah seperti berikut:

3.4.1

Menganggap sumber seerah dan sejarah sebagai sumber yang muktamad tanpa dibandingkan terlebih dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang terdapat didalam AlQuran dan Al Hadith. Di antara yang dapat disebutkan sebagai contohnya ialah:-

3.4.1.1

Yakinnya Nabi saw dengan kemenangan dalam peperangan Hunain kerana

ramainya bilangan orang yang menyertai Baginda (saw)

3.4.1.2 Kisah Ammar bin Yaasir dalam pembinaan Masjid Nabi (saw).

3.4.1.3

Cerita tentang penduduk Madinah menerima kekalahan di dalam peperangan

Uhud secara mutlak.

3.4.1.4 Tentang tarikh tahun kewafatan isteri Sayyidina Abu Bakar, Ummu Ruman.

3.4.2

Menerima sesuatu cerita berdasarkan sesetengah kitab seerah walaupun cerita itu mengaibkan Rasullullah (saw) di samping bercanggah pula dengan al-Quran dan As Sunnah seperti kisah Mi’raj Nabi (saw) dari rumah Ummu Hani.

3.4.3

Tidak mengambil berat tentang penulis-penulis kitab seerah atau sejarah sama ada ia seorang yang telah ditolak oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar atau ia seorang yang mempunyai akidah yang tidak sihat terhadap generasi umat Islam seperti Ibn Ishaq, Al Kalbi, Al Mas’udi, Al Waaqidi, Al Ya’kubi, At Thabari dan lain-lain.

3.4.4

Menerima kisah-kisah yang tidak berdasarkan fakta yang benar seperti yang boleh ditemui di dalam kitab-kitab yang muktabar dengan tidak menyedari bahawa di sebalik

cerita yang seumpama itu ada motif tabarra’ yang mendorongnya lahir ke alam persuratan sejarah. Di antara yang dapat disebutkan sebagai contohnya ialah:

3.4.4.1 Nabi (saw) mengangkat Sayyidina Ali dengan membiarkan beliau berpijak di atas bahu Baginda (saw)

3.4.4.2

Sayyidina

Umar memukul

anaknya Abu

Syahmah

hingga

mati

sebagai

menjalankan hukum hudud ke atasnya.

3.4.4.3 Siti Aisyah disalak oleh anjing haw’ab.

3.4.4.4 Hadith Kisa’.

3.4.4.5 Hindun isteri Abu Sufyan memakan jantung Sayyidina Hamzah dan lain-lain lagi.

3.4.5

Menyesuaikan period-period yang tertentu atau kegemilangan zaman pemerintahan orang-orang tertentu dengan bersandarkan kepada hadith yang tidak sahih seperti – “Sistem khilafah sesudahku akan berterusan selama 30 tahun”.

Atas 3.5

Meninjau Al Hadith dari perspektif yang sempit

Penyakit ini juga menjadikan seseorang tidak sampai kepada maksud hadith yang sebenarnya atau terus akan meninggalkan hadith dengan menjadikan seorang Anti Hadith. Di antara permasalahannya ialah:

3.5.1

Melihat hadith dari kaca mata ilmu yang tertentu sahaja seperti nampak adanya pertentangan di antara kenyataan yang terdapat dalam Hadith Dajjal – di dalam sebuah hadith dikatakan “dajjal tidak dapat masuk di dalam dua Tanah Haram”, sementara di dalam hadith yang lain dikatakan “dajjal bertawaf mengelilingi Ka’bah.

3.5.2

Membataskan hadith-hadith Nabi (saw) yang umum dan bersifat universal kepada orang tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja. Misalnya apabila melihat contohcontoh yang diberikan oleh Nabi (saw) itu menggambarkan adanya penggunaan bahan-bahan semasa seperti Nabi (saw) memberikan tali dan kapak kepada seseorang untuk pergi mencari kayu api dan menjualnya atau apabila Nabi (saw) menganjurkan supaya melicinkan makanan daripada pinggan atau bekas.

3.5.2.1

Cuba menyelesaikan hadith dengan akal atau pengalaman semasa atau

berdasarkan gejala-gejala material seperti tidak dapat menerima hadith “syaqqu

sadr” (belah dada), hadith “mi’raj” dan hadith “Sungai Nil dan Sungai Furat berpunca dari Syurga”.

Atas 3.6

Komprehensifnya hadith-hadith Rasullullah (saw) berkaitan dengan perkaraperkara yang berlaku sesudah kewafatan Baginda (saw) hingga kiamat.

Hadith-hadith yang menyebutkan perkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk ini bertebaran di dalam kitab-kitab hadith terutamanya di dalam kitab “Al Fitan” dan “Bab Asyrat As Sa’ah”. Apa yang disebutkan oleh Rasullullah (saw) di dalam hadith-hadith ini tidak semestinya menunjukkan bahawa Rasullullah (saw) tidak merestui apa yang disebutkan

di dalam hadith-hadith itu bahkan ia bermaksud untuk menunjukkan

kenyataan-kenyataan yang akan terjadi sama ada baik atau buruk untuk ugama dan dunia manusia sepeninggalan Baginda (saw). Bagaimanapun kebanyakannya adalah merupakan perkara yang tidak baik dan perlu dihindari oleh ummatnya, di samping sentiasa berwaspada di dalam menghadapinya.

Banyak pula di antaranya disebutkan oleh Rasullullah (saw) dalam bentuk isyarat yang hanya difahami apabila apa yang diisyaratkan itu menjadi kenyataan yang disaksikan oleh orang yang hidup semasa kenyataan-kenyataan itu berlaku.

Di antara yang dapat disenaraikan di bawah fasal ini ialah: 3.6.1

Pimpinan daripada Al Hadith berhubung dengan soal-soal kemasyarakatan seperti:

3.6.1.1 Anak –anak menderhakai ibu bapa 3.6.1.2 Isteri menderhakai suami 3.6.1.3 Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki 3.6.1.4 Di suatu ketika orang-orang Islam ramai tetapi mereka hina dan lemah – sebabsebabnya. 3.6.1.5 Di suatu ketika yang lain pula orang Islam kuat walaupun mereka hanya sedikit – sebab-sebabnya. 3.6.1.6 Di suatu ketika ramai perempuan berbanding dengan lelaki sehingga 50 orang perempuan berada di bawah jagaan seorang lelaki dan lain-lain lagi. 3.6.2

Dari segi kemajuan sains dan teknologi

3.6.2.1 Manusia boleh menjelajah dunia dalam masa yang singkat. 3.6.2.2 Anak bulan di hari pertama akan kelihatan seperti sudah 2 atau 3 hari.

3.6.2.3

Manusia boleh berhubung dengan

seorang yang berada jauh daripadanya

dengan bercakap-cakap dan berbincang dengannya. 3.6.2.4 Manusia akan dapat menundukkan binatang dengan menghimpunkannya disuatu tempat seperti zoo. 3.6.2.5 Manusia akan menerokai bumi sehingga bumi akan kelihatan seperti kulit yang disamak. 3.6.3

Kemajuan dari segi ilmu perubatan

3.6.3.1

Kenyataan bahawa ada sesetengah penyakit boleh menjangkiti orang lain dan

perlu dikawal. 3.6.3.2 Kenyataan bahawa ada kuman menyerupai singa. 3.6.3.3

Terbukti banyak bahan-bahan yang disebutkan oleh Rasullullah (SAW) sebagai

penawar dimajukan sehingga ke peringkat antara bangsa seperti kulat, madu, jintan hitam dan lain-lain lagi. 3.6.3.4 Ternyata bahawa penawar bagi sesuatu racun ada berhampiran dengan racun itu sendiri. 3.6.3.5 Isyarat akan adanya penggunaan ubat yang dimakan, pembuangan sisa daripada tubuh dan penggunaan kejutan sesuatu yang panas terhadap pesakit untuk pemulihan. 3.6.3.6 Penggunaan doa dan jampi untuk menyembuhkan penyakit. 3.6.3.7 Penggunaan penawar dalam bentuk lawan bagi gejala penyakit.

3.6.4

Adanya pimpinan dan peringatan daripada Nabi (saw) berhubung dengan golongan yang sesat dan menyesatkan di akhir zaman. Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

3.6.4.1

Fitnah Syiah yang disebutkan oleh Baginda (saw) dengan golongan yang

dipanggil “Rafidhah”. 3.6.4.2 Golongan Khawarij. 3.6.4.3 Golongan Qadariyyah sebagai Majusi umat ini. 3.6.4.4 Faham kebendaan dan cintakan dunia yang berlebih-lebihan. 3.6.4.5

Golongan Anti Hadith sebagai golongan yang hanya mahu mengikut Al-Quran

sahaja dan tidak mahu berpandukan Al hadith. 3.6.4.6 Golongan dajjal yang disebutkan sampai 30 orang semuanya yang mendakwa diri mereka sebagai Nabi dan lain-lain lagi.

3.6.5

Pimpinan daripada Nabi (saw) berhubung dengan ekonomi.

Di antara yang boleh

disenaraikan di bawah fasal ini ialah kenyataan-kenyataan seperti berikut: 3.6.5.1 Akan meluasnya amalan riba di kalangan ummat ini sehingga jika tidak terlibat secara langsung, debu-debunya pasti akan mengenai mereka. 3.6.5.2 Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan serta tidak amanah di dalam soalsoal kewangan.

3.6.5.3 Ada suatu ketika, ummat Islam akan berada dalam kemewahan dari segi harta benda sehingga tidak mahu menerima apa-apa pemberian daripada sesiapapun. Harta melimpah ruah, boleh dikaut dengan tangan. 3.6.5.4

Akan ramai orang yang buncit perutnya – yang menunjukkan kekayaan dan

kemewahan hidup atau kerana tidak mempersoalkan haram atau halalnya suatu yang dimakan itu. 3.6.5.5 Akan adanya kekayaan berupa petrol dan gas dan lain-lain lagi.

3.6.6

Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang bencana alam yang akan menimpa ummat manusia dengan berbagai-bagai bentuknya seperti gempa bumi, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, wabak penyakit, penyakit-penyakit yang tidak pernah diketahui dan tidak dijumpai oleh orang-orang dahulu, kebakaran besar dan lain-lain lagi.

3.6.7

Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang pelbagai perkara dan fenomena yang akan berlaku kepada ummat akhir zaman sama ada orang Islam atau orang kafir. Di antara yang boleh disenaraikan di sini ialah: 3.6.7.1

Akan adanya golongan orang-orang kafir yang Allah kuatkan Islam dengan

mereka ugamaNya. 3.6.7.2 Masjid akan dilawati oleh orang-orang yang memakai topi, bagaikan bonggol unta tua dan mereka disuruh Nabi (saw) supaya dilaknat.

3.6.7.3

Akan dijadikan ketua orang-orang yang tidak berilmu, yang sesat, sehingga

mereka menyesatkan orang lain. 3.6.7.4 Masjid-masjid banyak tetapi sepi, Al-Quran ditinggalkan.

3.7

Mengabaikan ulamak yang ahli dalam usaha memahami Al – Hadith

Akibat daripada mengabaikan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan para ulamak dan ahli yang diakui di dalam bidang hadith maka timbullah beberapa gejala yang tidak sihat. Antara lain dapat disebutkan seperti dibawah:

3.7.1

Dangkal di dalam memahami maksud hadith Rasullullah saw.

3.7.2

Berlakunya percanggahan dan ketidakseimbangan di dalam mengamalkan sunnah Nabi saw.

3.7.3

Salah faham terhadap banyak hadith-hadith Rasullullah saw.

3.7.4

Mengamalkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab hadith tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Baginda (saw).

3.7.5

Tidak dapat mempraktikkan apa yang difahami sendiri daripada hadith-hadith Rasullullah SAW kerana memang begitu yang dikehendaki oleh Rasullullah saw.

3.7.6

Akan terputus silsilah isnad yang merupakan warisan turun temurun generasi didalam menerima hadith Rasullullah saw .

3.7.7

Akan timbul prasangka yang bukan-bukan terhadap tokoh-tokoh ulama dan mujtahidin yang begitu besar sumbangan terhadap Islam di zaman lampau.

3.7.8

Tidak ada keberkatan dalam ilmu yang diterima kerana telah memusuhi “auliaillah” yang telah pun diterima baik oleh tokoh-tokoh besar dalam agama Islam

Atas

4.0

KEPERLUAN KEMBALI KEPADA SISTEM TALAQQI DALAM PENGAJIAN HADITH

Diantara sebab yang memerlukan kita kembali kepada sistem ini adalah seperti berikut: 4.1 4.2

Sistem ini telah membuktikan kejayaannya semenjak dahulu sampai sekarang. Adanya keberkatan pada sistem ini kerana bersambung-sambungnya silsilah tahammul dan ada’ sampai kepada Nabi Muhammad (saw).

4.3

Adanya cirri-ciri yang unik di dalam sistem ini yang tidak dapat ditemui didalam sistem yang lain seperti: 4.3.1

Mengambil kira peribadi guru yang akan diterima hadith itu daripadanya daripadanya sama ada seorang murshid atau tidak , wara’ atau tidak dan lainlain lagi.

4.3.2

Adanya perhubungan peribadi di antara guru dengan murid seperti kasih sayang dan rasa tanggungjawab di dalam

menyampaikan amanah kepada

murid dan lain-lain lagi.

4.3.3

Persediaan murid dan guru dengan adab-adab tertentu yang tidak terdapat di dalam sistem yang lain seperti: i)

Mengikhlaskan niat kerana Allah.

ii)

Berakhlak dengan akhlak Islam dan lain-lain lagi.

Atas

5.0

DI MANA WUJUDNYA SISTEM INI SEKARANG

Sejauh yang saya tahu, pengajian secara talaqqi sebagai satu sistem yang teratur dan berdisiplin tidak lagi wujud sekarang kecuali di Benua Kecil India. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian di sini. Antara lain ialah:

5.1 Sistem ini hanya berkembang dengan pesat pada beberapa abad yang silam hinggalah ke hari ini. Sebelum itu, ilmu hadith di sana bukan merupakan sesuatu yang istimewa dan dipelajari sebagai suatu sistem.

5.2 Ulamak-ulamak India dan Pakistan yang boleh diiktiraf sebagai pewaris atau Khulafa’ Rasulullah (saw) hanyalah terdapat pada dua aliran pengajian hadith iaitu aliran: (i)

Deobandi

(ii)

Ahlil Hadith.

5.3 Berkembang dan majunya ilmu hadith khususnya dan ilmu-ilmu Islam yang lain amnya di sana adalah berkat kegigihan, kesungguhan dan sokongan yang padu dari seluruh masyarakat mereka.

5.4 Pencapaian mereka yang tinggi di bidang ini ialah kerana mereka mengikut sistem yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi oleh ummat Islam yakni “Sistem Pengajian Tradisional”.

Atas 6.0

KITA BERTANGGUNGJAWAB MENGHIDUPKAN SISTEM INI

Sebenarnya menghidupkan sistem ini adalah tanggungjawab kita bersama dan sepatutnya menjadi matlamat kita. Di antara sebab-sebabnya ialah:

6.1 Ahlul Hadithlah golongan yang dimaksudkan oleh Rasullullah (saw) di dalam hadithhadithnya. (i)

Sebagai khulafa’nya

(ii)

Sebagai orang-orang yang tetap berada di atas kebenaran dari ummatnya sampai kiamat.

(iii)

Dan lain-lain lagi.

6.2 Merekalah golongan yang sentiasa menjadi rujukan ummat Islam dan diperakui oleh tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan yang muktamad di dalam semua bidang ugama termasuk Tafsir, Fiqh dan lain-lain.

6.3 Merekalah sebenarnya yang layak dijadikan sebagai “Kaunselor” kepada masyarakat di setiap zaman dan tempat kerana mereka mengetahui berdasarkan hadith-hadith Rasullullah (saw) banyak perkara yang akan dihadapi dan dialami oleh ummat Islam khususnya dan manusia amnya sebelum kiamat, di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan mereka.

6.4 Ahlul Hadithlah golongan yang boleh dipercayai di dalam tafsiran Al-Quran kerana Al Hadith adalah sebagai “penjelas dan penghurai” kepada maksud-maksud Al-Quran yang tidak terang.

6.5 Pentafsiran Islam berdasarkan hadith-hadith Nabi saw adalah sesuatu yang direstui oleh ummat Islam baik dari golongan salaf atau khalaf.

6.6 Kita ummat Islam di Malaysia berada di dalam suasana yang damai dan makmur di samping mempunyai harta benda yang lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di India dan Pakistan.

6.7 Sebagaimana ilmu hadith berpindah dari negara Arab ke Benua Kecil India, ia mungkin berpindah pula ke negara kita jika ada keikhlasan, kegigihan, kesungguhan dan sokongan yang padu daripada ummat Islam di sini.

Atas 7.0

PENUTUP

Sebagai penutup marilah sama-sama kita perhatikan sebuah hadith Rasullullah (saw) yang merupakan doa kepada setiap orang yang mempunyai minat dan keyakinan yang teguh terhadap hadith-hadith Baginda saw. Sabda Baginda saw bermaksud:

“Semoga Allah menyerikan hidup orang yang mendengar hadithku lalu diingatknya kemudian disampaikannya kepada orang lain sebagaimana didengarnya”.

Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh Rasullullah (saw) itu

Related Documents


More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31