Minda Kelas Pertama

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minda Kelas Pertama as PDF for free.

More details

  • Words: 4,194
  • Pages: 26
No.KP : 570729-08-6588

Ringkasan Eksekutif

Modal Insan berminda kelas pertama adalah teras pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020 . Oleh kerana Malaysia telah mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur , tumpuan kini diberikan kepada pembangunan pengetahuan , kemahiran dan nilai serta etika yang positif. Kemajuan sesebuah negara itu akan hanya dapat dikecapi oleh rakyat apabila modal insannya mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan kerohanian. Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mencapai impian tersebut tetapi dari masa ke semasa perlu ada penambahbaikan dilakukan kerana kita sebagai insan yang sentiasa bertaqwa amat berkeyakinan bahawa manusia hanya dapat merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukannya. Dengan itu setiap usaha murni mestilah disertai dengan tekad dan iltizam supaya apa yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dicapai dengan jayanya.

No.KP : 570729-08-6588

1

Soalan 2 MINDA KELAS PERTAMA Saranan YAB Perdana Menteri dalam membangunkan modal insan sempena Hari Pekerja 2006. Dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2006, YAB Perdana Menteri berkata, dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian bukan lagi satu kemewahan. ( Utusan Malaysia,1 Mei 2006 )

a) Mengapakah pembangunan modal insan berminda kelas pertama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri? Pengenalan Definisi Modal Insan Menurut Kamus Dewan ( Edisi Ketiga hal. 894) :

Modal bermaksud

wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga. Modal juga bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau

mencapai sesuatu yang lain seperti contoh ayat yang diberikan dalam

kamus tersebut: i)

Kerbau itu cukup dijadikan modal untuk beristeri.

ii)

Baginya pelajaran adalah modal terpenting untuk mencapai kejayaan. No.KP : 570729-08-6588

2

Oleh itu modal boleh diertikan sebagai sumber. Dalam Kamus Dewan ( Edisi Ketiga hal. 493) ini juga mengatakan insan itu sebagai manusia. Kesimpulannya apabila digabungkan kedua-dua perkataan itu ianya menjadi modal insan yang bermaksud sumber manusia.

Kepentingan Modal Insan Berminda Kelas Pertama

Sumber manusia atau modal insan adalah aset terpenting kepada sesebuah organisasi atau sesebuah negara kerana jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Begitu juga dengan kecemerlangan sesebuah organisasi adalah terletak pada aset utamanya iaitu modal insan. Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan ( human capital ) adalah antara agenda yang diberi penekanan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ). Perdana Menteri telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006 ; ” Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur kelas pertama, tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga. Kita No.KP : 570729-08-6588

3

perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan, kemahiran, tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.”

Berdasarkan kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri bukan sahaja menghendaki modal insan sebagai teras utama untuk pembangunan negara tetapi apa yang lebih penting ialah modal insan yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka baik dari segi pendidikan, tingkahlaku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta menyedari peranannya kepada negara, masyarakat dan agama. Ciriciri

insan seperti ini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama

sebagaimana yang dinyatakan dalam perutusan beliau sempena Hari Pekerja 2006; ” Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan.” ( Utusan Malaysia, April 2007 )

4

No.KP : 570729-08-6588

Oleh itu jelas menunjukkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama

amat

diberi

penekanan

oleh

YAB

Perdana

Menteri

dalam

merealisasikan Wawasan 2020. Sesungguhnya rakyat yang kurang kesedaran sivik, cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan semata-mata sudah pasti tidak berupaya memiliki minda kelas pertama seperti yang diidamkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu berilmu ( intelektual), dan berperibadi mulia.

Sebab-Sebab Modal Insan Berminda Kelas Pertama Diberi Penekanan

Modal Insan Kelas Pertama adalah aset paling berharga kepada negara. Golongan inilah yang menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara itu. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau sempena Hari Pekerja 2006 bahawa golongan pekerja adalah aset terpenting sesebuah negara hingga mampu menentukan turun naik dan jatuh bangunnya sesebuah negara. Kenyataan ini membuktikan golongan pekerja atau modal insan adalah nadi penggerak sesebuah negara. Negara bergantung sepenuhnya kepada modal insan untuk menjana pembangunan negara.Oleh itu adalah satu kemestian modal insan ini mempunyai minda kelas pertama supaya kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh negara berkekalan selama-lamanya. Justeru benarlah seperti dikatakan oleh Perdana Menteri modal insan berminda kelas pertama mestilah yang berkualiti dalam semua aspek, bukannya

5

No.KP : 570729-08-6588

memiliki mentaliti kelas ketiga. Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional Negara. Oleh kerana itu Perdana Menteri melalui perutusan beliau di Hari Pekerja 2006 telah menyuarakan supaya modal insan terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan sepanjang hayat. Dalam menangani zaman ekonomi sejagat yang semakin mencabar, ekonomi yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi, dan untuk memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, maka modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa serta perubahan persekitaran. Walau bagaimanapun ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang dan kemahiran yang pelbagai juga belum tentu dapat menjamin keutuhan kemajuan negara kerana pembangunan modal insan mestilah seimbang dengan kemantapan kekuatan rohani rakyatnya. Lebih tepat lagi pembangunan fizikal dan

mental

seharusnya

seimbang

dari

aspek

material

dan

spritual. Keseimbangan dari segi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spritual (SQ) perlu ada kepada setiap manusia. Dengan adanya ketiga-tiga kecerdasan ini ( IQ,EQ dan SQ) dapat membentuk sahsiah seseorang

6

itu menjadi orang yang berguna pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Oleh itu dalam RMK-9 tumpuan yang lebih besar

diberikan

kepada

usaha

membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Negara tidak mahu modal insan yang tinggi ilmu dan kemahirannya tetapi mempunyai akhlak yang buruk hingga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Antaranya gejala rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak jujur. Gejala ini pasti membantutkan usaha kerajaan untuk merealisasikan kewujudan sebuah negara dan bangsa yang maju menjelang tahun 2020. Di samping mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, modal insan seharusnya juga mempunyai intergriti seperti yang ditegaskan di dalam ’ Pelan Intergriti Nasiaonal (PIN)’. Dengan berkurangnya gejala rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa adalah satu faktor dapat menjadikan Malaysia CEMERLANG,

GEMILANG

DAN

TERBILANG.

Bersikap

amanah,

jujur,

telus,ikhlas, bertanggungjawab, tegas, adil, cekap,rajin dan bijaksana sepatutnya menjadi

amalan kepada rakyat negara ini. Contoh terbaik dijadikan ikutan

adalah pada Rasulullah S.A.W. seperti firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 68 yang bermaksud: ” Dan sesungguhnya kamu (Ya Muhammad) benarbenar berbudi pekerti yang agung.”

Sifat-sifat mulia yang wujud pada diri

baginda seperti siddiq ( honesty), amanah ( trustworthiness), tabligh (advocacy) dan fatanah ( wisdom ) dapat membentuk peribadi yang syumul dan sejagat.

7

No.KP : 570729-08-6588

Dalam era globalisasi ini adalah penting bagi seseorang itu melengkapkan diri dengan menganuti sikap dan amalan yang secocok dengan pergolakan dunia moden iaitu ketelusan, kebijaksanaan dan ketahanan ( Ismail Noor dan Muhammad Azam,2000 :50 ). Justeru, modal insan yang mempunyai intergriti ini dapat membangunkan masyarakat, organisasi, industri dan negara. Modal insan yang beginilah diingini oleh YAB Perdana Menteri iaitu insan berminda kelas pertama.

Penutup Kesimpulannya, pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu. Oleh sebab itu YAB Perdana Menteri amat berharap agar rakyat Malaysia menghayati nilai jujur, berintergriti cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama

seiring

dengan

infrastruktur

kelas

pertama

yang

dimiliki

sekarang. Rakyat Malaysia juga diharapkan terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif selaras Hadhari.

8

dengan pendekatan Islam

Kemungkinan juga ada maksud yang tersirat di sebalik penekanan YAB Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama. YAB Perdana Menteri ingin membuka minda rakyat agar belajar dari sejarah.

No.KP : 570729-08-6588

Misalnya peristiwa yang berlaku ke atas negeri Melaka pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu. Bagaimana waktu itu kemewahan rakyat Melaka telah menyebabkan mereka lupa daratan dan akhirnya dijajah. Sebuah kerajaan Melayu yang gilang-gemilang hancur dan musnah dalam sekelip mata sahaja. Mereka tewas bukan kerana lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Malah sifat tamak, perasaan hasad dengki, rasuah dan gila kuasa itulah yang menyebabkan negara sendiri jatuh ke tangan bangsa asing. Terbukti bahawa negara yang tidak mempunyai modal insan berminda kelas pertama, akan kecundang bila-bila masa sahaja. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku ke atas negara kerana sejarah akan berulang kembali jika rakyat tidak mengubah sikap dan mentaliti mereka.

Sejauhmana institusi anda dapat menyahut seruan YAB Perdana Menteri dalam membangunkan modal insan seperti yang diharapkan? Nyatakan saranan penambahbaikan.

Pengenalan

9

Modal insan berminda kelas pertama dapat dibentuk melalui pendidikan. Pendidikan dan modal insan merupakan dua perkara yang saling bergantungan antara satu sama lain. Ini kerana melalui pendidikan dapat mengeluarkan modal insan modal insan berminda kelas pertama. No.KP : 570729-08-6588

Pendidikan adalah satu-satunya alat yang berkesan dan menjadi titik tolak kepada usaha ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP) 2006 – 2010 yang telah dilancarkan oleh

YAB

Perdana

Menteri,

Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi adalah tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan pendidikan nasional berteraskan kepada pembangunan modal insan ( Sarjit Singh Gill, Mac 2007 : 22 ). Ianya akan digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program yang dirancang oleh semua warga pendidik termasuklah tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Seruan YAB Perdana Menteri dilaksanakan Dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama ini, Institut Pendidikan Guru (IPG) amnya dan Institut Perguruan Ipoh (IPI) khususnya telah pun melaksanakan beberapa program peringkat demi peringkat. Anjakan paradigma ini berlaku adalah bertujuan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020.

10

Dalam membincangkan sejauhmana seruan YAB Perdana Menteri telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru ( IPG) , tumpuan akan diberikan kepada tempat saya bertugas iaitu di Institut Perguruan Ipoh. Fokus perbincangan adalah kepada tenaga pengajar dan guru pelatih kerana mereka adalah No.KP : 570729-08-6588

berperanan utama dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan negara ini berteraskan konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan. Malah mereka

juga

memainkan

peranan

penting

bagi

merealisasikan

cita - cita pendidikan negara bertaraf dunia serta menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

i ) Profesion Keguruan dimartabatkan Dengan

menaik

taraf

semua

Maktab

Perguruan

kepada

Institut

Pendidikan Guru (IPG) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,hal.107) merupakan langkah perrmulaan kerajaan memartabatkan profesion keguruan. Kelayakan tenaga pengajar juga telah dipertingkatkan dari hanya memiliki Ijazah Sarjana Muda kepada Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Buktinya di Institut Perguruan Ipoh yang mempunyai seramai 146 pensyarah; 133 daripadanya sudah memiliki Ijazah Sarjana dan 7 orang pensyarah telah memiliki Doktor Falsafah. Manakala 4 orang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dan 2 orang di

11

peringkat Ijazah Sarjana. Justeru, peningkatan kelayakan pensyarah ini dapat memenuhi kehendak YAB Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan sentiasa

No.KP : 570729-08-6588

memperkasakan ilmu pengetahuan serta membudayakan semangat pendidikan sepanjang hayat ( Utusan Melayu, 4 April 2007: 1 ). Peningkatan memartabatkan profesion keguruan ini bukan sahaja melibatkan para pensyarahnya tetapi juga kepada golongan guru pelatihnya. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah diperkembangkan lagi dengan melatih guru pada peringkat ijazah berbanding hanya pada peringkat sijil dan diploma sebelum ini. Pengambilan peringkat diploma telah bermula pada tahun 1996, manakala pengambilan sulung bagi peringkat ijazah yang dikenali sebagai Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) mulai Julai 2004. Ia merupakan satu langkah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti guru. Di samping itu, pengambilan guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) telah dimulai pada tahun 1990. Setelah tamat mengikuti kursus ini mereka akan ditempatkan di sekolah menengah. Walau bagaimanapun mulai Januari 2004, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menempatkan seramai 2,236 guru siswazah lulusan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di sekolah rendah. Ini adalah langkah permulaan

12

meningkatkan tahap pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga sebagai langkah pertama bagi mencapai sasaran menempatkan 50% guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010 nanti.

No.KP : 570729-08-6588

Sebenarnya hingga kini pelbagai program atau kursus terdapat di Institut Perguruan Ipoh selain dari yang telah dinyatakan di perenggan sebelum ini. Begitu juga di Institut - Institut Perguruan lain.

Antaranya Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan ( PISMP-OUM), Program Pengajian Perguruan Sekolah Rendah Empat Tahun ( PPPSRET ), Kursus Diploma Perguruan Malaysia – Kursus Dalam Cuti ( KDPM/KDC), Kursus Diploma Perguruan Malaysia – Latihan Perguruan Berasas Sekolah (KDPMLPBS), Kursus Perguruan Lepas Ijazah – Latihan Perguruan Berasas Sekolah (KPLI/ LPBS J-Qaf) , KPLI/KDC Guru-Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK),

KDPM/KDC

Guru-Guru

Sekolah

Agama

Rakyat

Bantuan

Kerajaan(SABK), KDC Guru-Guru Kemas Peringkat Diploma dan sebagainya lagi. Dengan kepelbagaian kursus ini jelaslah menunjukkan taraf pendidikan guru semakin meningkat. Ianya merupakan satu usaha untuk meningkatkan kelayakan guru ke tahap yang lebih tinggi (siswazah) dan bersesuaian dengan keperluan negara. Di samping itu, pihak Institut Perguruan Ipoh khasnya, juga berkerjasama

dengan

Jabatan

Pelajaran

13

Negeri

(JPN)

Perak

dalam

melaksanakan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) untuk guru-guru sekolah seluruh negeri Perak. Di mana dalam kursus ini, para guru didedahkan kepada beberapa kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) terkini, termasuk

No.KP : 570729-08-6588

kaedah dan teknik P&P dalam menangani masalah ketandusan ilham P&P mereka. Bagi memartabatkan profesion keguruan ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menambah baik sistem pemilihan calon guru supaya dapat menyediakan guru yang benar-benar berkualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru dari masa kesemasa. Misalnya, bagi calon-calon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), selain mempunyai ijazah yang tepat, mereka juga perlu menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MtesT), melepasi temuduga individu dan kumpulan, aktif dalam bidang ko-kurikulum, melepasi tapisan keselamatan dan bebas penyalahgunaan dadah.

Begitu juga bagi calon-calon yang ingin

mengikuti Program Kursus Perguruan Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), syarat pengambilan juga telah diperketatkan. Para calon mesti mendapat sekurang-kurangnya 6 kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Mereka juga akan menduduki Ujian Iventori Sahsiah Guru, Ujian Bertulis Bahasa Inggeris dan

14

melepasi temuduga individu serta kumpulan. ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 : 112). Kriteria dan cara pemilihan calon guru ini telah membuktikan bahawa bakal guru ini bukan sahaja kecemerlangan akademik mereka dipentingkan, malah memiliki sahsiah yang mulia juga diperlukan. Oleh itu hasrat YAB No.KP : 570729-08-6588

Perdana Menteri ingin membangunkan

modal insan yang holistik, lengkap

dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh dapat dilaksanakan. Justeru dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

ii)

Pembinaan Modal Insan Berminda Kelas Pertama Dari aspek kurikulum, para guru pelatih mengikuti pelbagai bidang kursus

iaitu Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Ilmu Pendidikan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Moral, Muzik, Teknologi Maklumat, Teknik dan Vokasional,

Pendidikan

Khas

dan

Pra Sekolah.

Bidang kursus ini dapat melahirkan modal insan kelas pertama, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggariskan bahawa individu insan yang diimpikan ialah individu insan yang baik dan sempurna, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.

15

Dari aspek ko-kurikulum pula, pelbagai program dan aktiviti telah mereka jalani bagi memantapkan jati diri dan kerohanian mereka. Antaranya, mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG), menjalani Praktikum (Latihan Mengajar), menyertai dan melaksanakan pelbagai aktiviti Unit Beruniform, Permainan, Sukan dan Persatuan , termasuklah aktiviti sukan dan olahraga tahunan sama ada di peringkat institut , zon mahu pun peringkat kebangsaan. Di mana aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan pada peringkat zon dan kebangsaan lebih No.KP : 570729-08-6588

dikenali dengan nama KAGUM ( Kejohanan Aktiviti Gerakerja Ko-Kurikulum Untuk Institut Pendidikan Guru Malaysia ). Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang diperlukan. Program ini diperkenalkan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005 sukatan pelajarannya telah diseragamkan bagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan disusun rapi serta mempunyai falsafah yang tersurat dan tersiratnya tersendiri seperti aktiviti air, aktiviti darat, latihan dalam kumpulan, kuliah subuh dan moral, dan latihan kawad kaki telah dapat menerapkan pelbagai ilmu pengetahuan, membina daya tahan dan keyakinan diri yang tinggi, sahsiah diri yang positif serta nilai kepimpinan sebagai seorang insan guru yang berkualiti dan berwawasan. Secara jujurnya

16

dapatlah dikatakan bahawa program ini (BIG) disediakan dalam program kursus kependidikan guru merupakan satu elemen ke arah membina modal insan berminda kelas pertama sebagaimana yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Penglibatan guru pelatih di dalam pasukan unit beruniform, sukan dan permainan, dan persatuan tidak terbatas di Institut Perguruan Ipoh sahaja. Malah sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, setiap tahun diadakan pertandingan di No.KP : 570729-08-6588

peringkat zon dan peringkat kebangsaan yang melibatkan semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia yang lebih dikenali sebagai KAGUM ( Kejohanan Aktiviti Gerakerja Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia ). Melalui kegiatan ko-kurikulum ini dapat melahirkan insan guru yang berfikiran terbuka, berdaya

saing,

menguasai

kemahiran

interpersonal,

perpaduan

dan

meningkatkan semangat berpasukan serta mengamalkan hidup bermuafakat. Secara tidak langsung dapat memperkukuhkan dan menambahkan lagi satu elemen dalam usaha membina modal insan kelas pertama. Di samping itu, banyak lagi aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak institut untuk dilaksana dan disertai oleh para guru pelatih dengan bimbingan dan nasihat para pensyarah berpengalaman untuk melahirkan insan guru yang berkualiti atau insan guru yang berminda kelas pertama. Antara aktiviti-aktiviti itu adalah

seperti

program

khidmat

masyarakat,

gotong-royong,

malam

kebudayaan, sambutan Hari Guru, Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan, kempen

17

budi bahasa, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Kesimpulannya segala yang telah dilalui dan dijalani oleh para guru pelatih di institut ini telah dapat memberi pendedahan dan membuka minda mereka. Ia menjadi salah satu faktor atau elemen untuk melengkapkan diri mereka sebagai seorang insan guru yang seimbang dari segi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan spiritual (SQ), dan kecerdasan emosi (EQ). Diharapkan apabila mereka keluar berkhidmat di sekolah-sekolah nanti, mereka akan

menggunakan segala pengetahuan dan

pengalaman yang telah No.KP : 570729-08-6588

dibekalkan bagi meneruskan usaha membina modal insan berkualiti untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Untuk memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik, guru pelatih bukan sahaja dinilai melalui peperiksaan tetapi juga berdasarkan Kerja Kursus Berasas Ilmu ( KKBI ). atas

beberapa

semasa

aspek kemahiran

menyediakan

Pemerolehan

Ilmu

,

tugasan

Markah akan diberi ke

yang perlu dilalui oleh para guru pelatih KKBI

Penguasaan

tersebut.

Ilmu

dan

Antaranya Kemahiran,

ialah

aspek

Pemindahan

Pembelajaran,( Pemberatan ketiga-tiga aspek ini ialah 90% ) dan Sikap serta Sahsiah (10%). Mereka perlu mempunyai kemahiran tersebut dengan sahsiah yang baik untuk mencapai prestasi yang cemerlang sebagai insan guru yang berkualiti.

18

iii) Kualiti Pensyarah Sebagai Modal Insan Dipertingkatkan - Latihan Kemajuan Staf Di samping dinaik taraf kelayakan akademik mereka seperti yang telah diterangkan sebelum ini, para pensyarah juga telah menghadiri pelbagai kursus dan latihan bertujuan menambahkan ilmu dan kepakaran mereka. Kursus-kursus tersebut meliputi pelbagai bidang . Dengan harapan input-input atau ilmu yang diperolehi bukan sahaja untuk kegunaan diri sendiri tetapi juga untuk disalurkan kepada para guru pelatih. Antara kursus-kursus yang telah dihadiri oleh mereka No.KP : 570729-08-6588

ialah seperti Kursus

Peningkatan Etika Kerja, Kursus Peningkatan Bahasa

Inggeris, Kursus Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran, Kursus Pengurusan Tatacara Kewangan dan Arahan Keselamatan ( untuk Ketua Jabatan sahaja ), Kursus Profesional Analisis dan Bank Item, Kursus Latihan Projek Bimbingan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kursus Kejurulatihan Pembestarian Sekolah, Kursus Art Terapi, Kursus Kecerdasan Emosi , Kursus Kecergasan Eksekutif , Kursus Intranet , Kursus Pembelajaran Koperatif dan sebagainya. Walaupun kursus-kursus tersebut tidak melibatkan semua pensyarah menyertainya hanya diwakili oleh dua orang pensyarah bagi setiap jabatan; namun ia tidak menimbulkan masalah kerana setiap pensyarah yang mengikuti kursus-kursus tersebut akan menjalankan kursus yang berkaitan di peringkat institut untuk jabatan masing-masing sekembalinya nanti. Oleh itu perolehan ilmu dan kemahiran yang mereka miliki

19

dapat dikongsi bersama dengan para pensyarah lain yang mana dapat meningkatkan lagi kepakaran dan kreativiti mereka. Selain daripada menghadiri kursus-kursus tersebut, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya sebahagian besar bilik-bilik kuliah telah dilengkapi dengan peralatan audio visual seperti LCD dan OHP. Dengan adanya peralatan seperti ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

No.KP : 570729-08-6588

berkesan. Bukan sahaja memudahkan para pensyarah malah juga kepada para guru pelatih ketika membuat pembentangan individu atau kumpulan. Untuk mencari maklumat atau bahan rujukan para pensyarah dan para guru pelatih boleh mendapatkannya di Pusat Sumber Institut yang

telah

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan . Bahan-bahan rujukan itu bukan sahaja terdiri daripada bahan media cetak seperti buku - buku, jurnal, majalah, dan akhbar malah juga boleh melayari internet melalui komputer yang disediakan disitu. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada maka tidak secara langsung seruan YAB Perdana Menteri itu dapat dilaksanakan.

Saranan Penambahbaikan Demi menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama , terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu

20

dilakukan. Semua yang saya terangkan sebelum ini sebenarnya masih belum mencukupi untuk merealisasikan hasrat murni ini. Misalnya, kursus-kursus yang diikuti oleh pensyarah hendaklah melibatkan semua pensyarah dan boleh dibuat secara berperingkat-peringkat. Ini kerana walaupun terdapat dua orang wakil dari tiap-tiap jabatan yang menghadiri kursus-kursus tersebut, akan mengadakan kursus di peringkat institut atau jabatan tetapi maklumat yang disampaikan kurang jelas. Dengan erti kata lain berlaku ketirisan maklumat. Kursus yang dihadiri selama beberapa hari disampaikan dalam masa dua jam. Banyak No.KP : 570729-08-6588

maklumat tidak dapat disampaikan secara terperinci. Ada ketikanya pula kursus peringkat dalaman ini tidak dapat dijalankan kerana kekangan waktu. Oleh itu hanya pensyarah yang menghadiri kursus tersebut yang memperolehi input secara total. Kalau keadaan ini berterusan, maka modal insan berminda kelas pertama hanya dimiliki oleh sebilangan pensyarah. Di samping itu, melalui Latihan Pembangunan Staf disarankan supaya diperbanyakkan lagi kursus ICT Intranet, kursus bahasa Inggeris,kursus interpersonal dan intrapersonal, kursus Emotional Interligence Compentency, kursus kaunseling dan ceramah agama serta motivasi. Tujuannya supaya dapat melahirkan para pensyarah yang mempunyai jati diri yang mantap dan berminda kelas pertama. Begitu juga di kalangan para guru pelatih, mereka juga seharusnya didedahkan dengan pelbagai kursus terutama yang berbentuk kerohanian dan

21

motivasi. Di mana ceramah kerohanian dan motivasi ini boleh dijalankan setiap kali perhimpunan bulanan diadakan dengan menjemput penceramah daripada luar institut. Dengan cara ini dapat membentuk insan yang kamil, beristiqamah dan berperibadi mulia sesuai dengan profesion mereka sebagai seorang insan guru yang menjadi ’role model’ kepada masyarakat. Di kalangan staf sokongan pula, kursus-kursus yang dihadiri oleh para pensyarah seharusnya juga didedahkan kepada mereka, selain daripada kursus - kursus yang berkaitan dengan tugas mereka. Dengan ini Institut No.KP : 570729-08-6588

Perguruan Ipoh akan dapat bekerja dalam satu pasukan ( team work ) demi menjayakan cita-cita YAB Perdana Menteri untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama.

Penutup Kesimpulannya, untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama bukanlah satu perkara yang mudah semudah menuturkannya. Ia memerlukan kesabaran, ketabahan, ketelusan, keyakinan, kesedaran dan sokongan yang padu lagi jitu daripada semua pihak atau seluruh rakyat yang benar-benar cintakan tanah air ini, Malaysia. Dengan erti kata lain, pengorbanan perlu dilakukan oleh kita semua terutama pemimpin-pemimpin kaum dan politik kerana rakyat negara kita ini terdiri dari pelbagai kaum, budaya,dan adat resam. Tidak ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Walaupun memakan

22

masa untuk mencapainya tetapi dengan tekad dan azam yang tinggi, telus dan atas rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara , hasrat murni ini akan tercapai. Satukan azam dan tekad kita, teguhkan ikatan kemuafakatan kita, insyaallah hasrat murni YAB Perdana Menteri kita akan tercapai. Bak kata pepatah Melayu : ’ Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat.’

No.KP : 570729-08-6588 BIBLIOGRAFI 1. Kamus Dewan 2002 Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2. Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan

2006-2010,

Kementerian

Pelajaran Malaysia. 3. Ismail Noor dan Muhammad Azham,2000. Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn.Bhd. 4. Hishamuddin Tun Hussein. 2007. Dewan Masyarakat, Mac: 11-16 5. Haslinda Haji Abdullah,2007. Dewan Masyarakat, Mac: 19-21 6. Sarjit Singh Gill, 2007. Dewan Masyarakat, Mac : 22-23 7. Minda Kelas Pertama – Saranan PM dalam Membangun Modal Insan sempena Hari Pekerja 2006, Utusan Malaysia, 14 April :1 ( sumber internet)

23

8. Ali Ahmad. 2006. Rakyat diminta buka minda, Utusan Malaysia, 15 Mei 2006: 2 9. Wahid Hashim.2006. Sistem Pendidikan Baru dilaksanakan berperingkat, Utusan Malaysia, 11 Mei 2006: 6 10. Ahmad Nazri,2006. Sorotan 2006: Modal Insan asas kemajuan negara. http://www.hmetro.com.my/chrrent- News/HM/wednesday/Minda/2006. 11. Muhammad Hisyam bin Mohamad,2005. Islam Hadhari bentuk modal insane berkualiti, Berita Harian, 16 Mac. No.KP : 570729-08-6588

12. Pembinaan Modal Insan perlu selari Falsafah Pendidikan Negara,2006. 20 April : http.//www.pmium.org 13. Pelaburan Dalam Modal Insan Diberi Penekanan Lebih Besar Dalam RMK-9,2007. 16 Mac : http.//webevents.bernama.com/events/rmk9/newsphp?id=189303 14. Membangunkan Modal Insan, 2007 : http://www. bharian.com.my / Misc / Bajet 2006 / Havi / Laporan Ekonomi /20051001130043/Ar .... 3/16/2007. 15. Guru dan Pembentukan Modal Insan, 2007. http: // www. terasmelayu. net /guru-dah- pembentukan - modal - insane.htm. 16. Memperkukuhkan Modal Insan, Rancangan Malaysia Kesembilan 20062010.

24

25

26

Related Documents

Minda Kelas Pertama
June 2020 8
Kelas Pertama
November 2019 24
Peta Minda
June 2020 30
Mutiara Minda
November 2019 47
Ufuk Minda
November 2019 28