Pemupukan Minda Kelas Pertama

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemupukan Minda Kelas Pertama as PDF for free.

More details

  • Words: 779
  • Pages: 4
23 OGOS 2007 [BMK_OKED] Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu Kontekstual PPISMP Semester 3 Ambilan Julai 2006 PEMUPUKAN MINDA KELAS PERTAMA Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Tuan Pengarah Institut Perguruan Kuala Terengganu, para pensyarah serta guru-guru sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kerana saya telah dijemput dan diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis yang bermakna ini. Pada pagi ini saya ingin mengulas satu isu yang bertemakan ‘Globalisasi Pendidikan’. Dalam ucapan saya pada pagi ini, saya akan memberi tumpuan terhadap isu hangat dalam dunia pendidikan masa kini iaitu ‘pemupukan minda kelas pertama’ yang dituntut dalam teras kedua Misi Nasional Rancangan Malaysia Kesembilan. Hadirin yang dimuliakan, Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah ‘meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama’. Dalam konteks ini, para guru digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi. Ini adalah untuk merealisasikan misi negara melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai ‘minda kelas pertama’. Menjelang tahun 2007 ini, kita sebagai elemen

masyarakat

pembangun

modal

insan

berazam

penuh

bagi

merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan. Dengan pelbagai teras utama yang dijadikan sebagai garis panduan, sekali lagi kita membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Bagi merealisasikan misi ini kita perlu melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan yang menyeluruh daripada peringkat prasekolah sehingga

23 OGOS 2007 [BMK_OKED] tertiari, dari aspek kurikulum dan pengajaran sehingga kepada kemudahan sekolah dengan tumpuan utama untuk meningkatkan taraf sekolah luar bandar. Lebih banyak peluang pendidikan di peringkat prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah yang dilengkapkan dengan kemudahan lebih baik akan disediakan. Sejumlah belanjawan akan diperuntukkan untuk memperbaiki dan menambahbaikkan kemudahan sekolah luar bandar. Langkah-langkah juga perlu diambil untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah, terutamanya pelajar luar bandar. Pendidikan dan latihan guru pula perlu ditekankan untuk melahirkan guru-guru berkualiti, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik. Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan. Hadirin yang dikasihi, Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. tempatan,

Bagi

jalinan

memperkukuh kerjasama

keupayaan

dengan

institusi

penyelidikan

di

universiti

terkemuka

di

peringkat

antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursuskursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa

23 OGOS 2007 [BMK_OKED] Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan. Seterusnya, program yang menggalakkan pembangunan moral yang kukuh dan budaya beretika perlu dihalusi dan dilaksanakan. Masyarakat ‘berminda kelas pertama’ adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Penglibatan secara langsung rakyat dalam aktiviti budaya, kesenian dan warisan akan turut menyumbang kepada pembangunan insan di samping membantu mengukuhkan perpaduan negara. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya,

kesenian

dan

warisan

dalam

kehidupan

harian,

di

samping

mempromosikan industri budaya dan kesenian negara di dalam negara khususnya. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya terpanggil untuk mengungkapkan kata-kata Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan yang berbunyi, “ Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.

23 OGOS 2007 [BMK_OKED] Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam hati, Kalau ada silap sepatah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih.

(744 patah perkataan)

Related Documents

Minda Kelas Pertama
June 2020 8
Kelas Pertama
November 2019 24
Peta Minda
June 2020 30
Mutiara Minda
November 2019 47
Ufuk Minda
November 2019 28