»» Penciptaan Alam Semeseta Untuk Uji Ketakwaan

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View »» Penciptaan Alam Semeseta Untuk Uji Ketakwaan as PDF for free.

More details

  • Words: 457
  • Pages: 2
Posted: Wed Mar 29, 2006 3:29 am Uji Ketakwaan

Post subject: Penciptaan Alam Semeseta Untuk

-------------------------------------------------------------------------------ALLAH mengurniakan banyak nikmat dan rahmat untuk membolehkan manusia hidup dengan sempurna. Allah berfirman bermaksud: "Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya ia tidak terhitung. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim, ayat 34). Antara nikmat dan rahmat utama yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia ialah akal dan hati bagi membolehkan manusia berfikir. Akal untuk berfikir yang membolehkan kita mencari dan mengembangkan ilmu. Hati pula membolehkan kita membina sifat diri dengan nilai yang baik serta terpuji. Kebolehan manusia berfikir membolehkan mereka mengatur hidup dan menyelesaikan masalah dengan sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan Allah. Dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan dengan tenang dan jelas. Misalnya, tamadun Islam dibina dengan kekuatan akal yang berjaya menjadikan umat Islam terkenal dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai bidang. Allah menjadikan semua di dunia ini dengan fitrahnya dan di atas rahmat serta nikmat-Nya. Misalnya, air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepada manusia dan kehidupan lain. Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga yang membolehkan kenderaan bergerak dan sumber untuk memasak serta bahan untuk menjana kuasa elektrik. Semua ini adalah kemudahan dan manfaat manusia. Justeru, sangat penting kita mensyukuri dan menghargai semua nikmat kurniaan Allah. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dituntut untuk sentiasa bersyukur dan bertasbih kepada Allah atas segala kurniaan nikmat dan rahmat-Nya. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Firman-Nya lagi bermaksud : "Syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu sembah." (Surah al-Nahl, ayat 114). Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya sentiasa patuh dan taat. Lagipun kita berperanan sebagai hamba Allah di bumi ini untuk memimpin dan membuat pengurusan yang baik. Nabi Muhammad SAW adalah teladan terbaik untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam pengurusan diri, keluarga, sumber dan dakwah serta jihad. Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara bergantung kepada sumber nikmat serta rahmat Allah.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusia dalam mengurus dan memimpin semua nikmat Allah. Di samping itu akan membawa natijah kepada keinsafan manusia bahawa tiada satu pun di alam ini boleh diurus sesuka hati. Oleh demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang perlu dijaga, diuruskan dan disempurnakan dengan baik. Amanah daripada Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama dan bertanggungjawab. Kita perlu ingat, nikmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan harta serta pangkat adalah sesuatu yang tidak kekal. Kita akan mati dan meninggalkan semua itu, hanya amalan yang akan dibawa bersama.

Related Documents


More Documents from "Suyanto"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31