REFLEKSI Ribuan terima kasih saya ucapkan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menbantu saya dalam menyampaikan tugasan. Walaupun tugasan ini boleh dikatakan mencabar untuk saya, saya percaya bahawa saya telah melakukan yang terbaik sepanjang proses menyiapkannya. Kehendak soalan untuk semester ini, saya diminta supaya merancang dan mengelola satu Karnival Permainan. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan bakal guru tentang kepentingan pengurusan pertandingan sukan serta membantu mereka merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan bersistematik. Jadi, karnival ini turut dikelolakan bersama-sama lapan opsyen lain yang mengambil kursus MPU 3041 sebagai subjek teras mereka. Hasilnya, sebanyak 5 permainan telah dipertandingkan pada program yang berlangsung pada 7 dan 8 April 2017 yang lepas. Antaranya ialah, bola jaring, futstall, bola tampar, badminton dan juga bola baling. Setiap orang dikehendaki memilih satu permainan daripada lima permainan tersebut. Saya telah memilih permainan bola jaring. Melalui permainan bola jaring, saya telah mempelajari kemahiran-kemahiran asas permainan tersebut. Antaranya, menjaring gol, kemahiran menghantar bola, cara pergerakkan kaki, kemahiran menghalang. Dalam pertandingan itu, saya juga menjadi seorang peserta. Melalui pertandingan ini, saya mendapat pengalaman yang baru iaitu saya jika menjadi penganjur dan juga peserta. Pada pendapat saya, permainan bola jaring yang kami pilih ini telah menarik minat peserta kerana ia dibuka untuk peserta lelaki juga. Biasanya, bola jaring akan dimain oleh peserta perempuan tetapi kali ini kami terbuka kepada peserta lelaki. Saya juga melihat bagaimana jawatankuasa bola jaring mampu melaksanakan permainan ini dengan lancar meskipun pada hari tersebut waktunya sangat panas dan juga musim kerja kursus. Saya dan rakan-rakan telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali sebagai persiapan menjelang karnival ini. Perjumpaan kami yang pertama adalah untuk melantik jawatankuasa tertinggi iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari serta ahli-ahli jawatankuasa dibawahnya. Mesyuarat seterusnya kemudian
dibuat bagi mengemaskini aktiviti dan memaklumkan perkara-perkara terkini berkaitan dengan karnival. Saya dan lima rakan-rakan saya bertanggungjawab ke atas jawatankuasa makanan. Antara tugas kami ialah mengambil makanan yang secukupnya untuk ahli jawatankuasa yang lain dan memastikan semua ahli mendapat makananya. Menerusi pengalaman yang berikut, saya dapat belajar dan lebih faham akan aspek pengurusan dan pengelolaan program seperti berhubung dengan pihak pengurus makanan dan sebagainya. Kami sebenarnya membuat minuman untuk pemain-pemaian bola jaring. Pada pagi hari karnival kerana pemain akan cepat letih dan kami menyediakan ais untuk merka. Walaupun begitu, kerjasama antara kami untuk bagun awal telah memudahkan kerja-kerja menyediakan air di mana kami dapat memulakan majlis perasmian sama seperti yang dijadualkan. Oleh itu, saya sedar bahawa untuk merancang sesuatu aktiviti bukanlah senang kerana ia memerlukan persediaan yang rapi dan menyeluruh. Saya berharap agar saya dan rakan-rakan yang lain juga boleh membuat perancangan yang bersistematik apabila mengendalikan apa-apa program di sekolah nanti. Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti semasa menganjurkan karnival permainan ini. Antaranya ialah, saya dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada tentang bagaimana melaksanakan program dengan baik. Ilmu tersebut pasti boleh membantu saya dalam mengelola sesuatu projek pada masa akan datang. Kekuatan kedua yang dapat saya perhatikan adalah peralatan-peralatan yang kami guna mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pada masa yang sama, terdapat kelemahan yang dapat saya kesan. Pertama, jawatan kuasa kami telah lupa untuk membentuk jawatan kuasa kecemasan. Apabila ada orang yang cedera tidak ada orang yang membantunya. Walau bagaimanapun, ada ajk lain yang membantunya. Kelemahan-kelemahan ini
sepatutnya
dielakkan bagi
mewujudkan
suasana
pertandingan yang menyeronokkan dan adil. Secara holistiknya, karnival permainan ini telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam memupuk jati diri sebagai seorang bakal guru . Ia turut mengajar kami agar melakukan pengurusan dari pelbagai segi bagi melaksanakan program yang
baik.
Akhir
sekali,
ribuan
terima
kasih
diucapkan
kepada
para
pensyarah-pensyarah kami yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menjayakan karnival ini.