Setiap individu adalah berbeza dalam banyak aspek. Perbezaan individu merupakan variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibubapa dengan anak-anak mereka. (a) Berdasarkan beberapa rujukan dan kefahaman anda, bincangkan beberapa definisi perbezaan individu dari pelbagai sudut pandangan serta huraikan dengan jelas ciri-ciri perbezaan individu tersebut. (5 markah) Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Bagi Borich & Tombari (1997) pula berpendapat, perbezaan individu sebagai “the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment.” Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh yang tersebut di atas, perbezaan individu adalah lebih cenderung kepada perbezaan dalam diri individu itu sendiri. Perbezaan yang terdapat dalam seseorang individu itu boleh saja merangkumi fizikal, emosi, mental, tingkah laku, dan cara dia bersosialisasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dalam perbezaan individu yang melibatkan emosi boleh membawa kepada cara ia bertindak balas kepada ransangan yang berbentuk gembira, duka, suka, marah, benci,kasih sayang, takut dan sebagainya. Perbezaan individu yang melibatkan mental lebih ketara apabila kita memerhati seseorang individu terutama sekali pelajar di dalam pengawasan kita semasa di dalam kelas. Kebolehan seseorang pelajar yang sering diperhati oleh seseorang guru merangkumi tahap kebolehan individu dari segi daya berimaginasi, keupayaan belajar, kebolehan menggunakan bahasa, dan sebagainya.
Dari aspek sosial, adalah jelas dengan pendapat Borich & Tombari (1997) bahawa aspek yang melibatkan hubungan kanak-kanak dengan ibu-bapa boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak dalam tatacara pergaulan mereka.
Ciri-ciri perbezaan individu • Temperamen • Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa. • Tahap Tenaga • Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti. • Pola Persahabatan • Merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya. • Ada hubungan perapatan – ikatan kasih sayang degan ibu bapa dan amat istimewa dalam hidupnya. (vertikal). • Ada hubungan dengan kawan-kawan dikenali sebagai hubungan mendatar. (horizontal)
(b)
Selain itu, perbezaan individu juga boleh dilihat dari aspek personaliti. Berdasarkan contoh dan rujukkan dari buku-buku yang berkaitan, bincangkan mengenai personaliti dari pelbagai perspektif yang berbeza. (15 markah) (b) ASPEK PERSONALITI YANG BERBEZA Perkataan personaliti berasal daripada istilah Latin, persona, yang membawa maksud topeng muka. Secara signifikannya, dalam teater kuno Latin, topeng muka tidak sama sekali digunakan sebagai bahan sesuatu plot untuk menyamar sesuatu identiti watak, sebaliknya ia melambangkan atau mewakili watak tersebut. Mohd.Salleh Lebar (1999) berpendapat bahawa tafsiran kepada maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk.
Menurut Ryckman (2004), personaliti boleh didefinisikan sebagai “a dynamic and organized set of characteristics possessed by a person that uniquely influences his or her cognitions, motivations, and behaviors in various situations” Huffman (2002) pula berpendapat bahawa personaliti adalah merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu yang relatif unik dan stabil. Menurut beliau lagi personaliti menerangkan sesorang sebagai individu iaitu bagaimana seseorang itu berbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku yang tipikal mengenai seseorang itu. Pendapat Santrock(2001) mengenai personality pula adalah sebagai “distinctive thoughts, emotions and behaviors that characterize the way individual adapts to the world” Hasil daripada pendapat-pendapat diatas, kita dapat simpulkan bahawa personliti seseorang individu itu adalah sangat berkait-rapat dengan faktor persekiran. Faktor persekiran yang dimaksudkan termasuklah sekolah, rakan sebaya, komuniti setempat serta pengalaman-pengalaman yang pernah dilaluinya. Pembentukan keluarga yang banyak menerapkan unsur-unsur yang positif, penuh dengan kasih-sayang, serta hormatmenghormati akan dapat mempengaruhi tingkahlaku seseorang ke arah mencapai perkembangan personaliti yang positif. Terdapat pelbagai jenis personaliti. Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada kategori iaitu introvert, ekstrovert dan ambivert. Ketiga-tiga jenis ciri personaliti ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi perwatakan dan sebagainya. i. introvert Seseorang yang memiliki personaliti ini suka menyimpan perasaan dan emosinya. Bila bersosialisasi dia agak pendiam dan lebih banyak menjadi pendengar yang pasif sahaja. Selain pendiam, individu yang memiliki personaliti ini serius, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, pemalu tetapi mempunyai kecenderungan kepada sistem hidup yang teratur. ii. ekstrovert :
Orang yang memiliki personaliti ini agak berlawanan dengan individu yang berperwatakan introvert. Meminati dunia luar, individu ekstrovert bersemangat aktif dan sukakan pergaulan dengan orang. Beliau gemar bersosialisasi, sering mengambil inisiatif, sukakan perubahan. Orang yang ekstrovert juga agak sukar diramal pendiriannya kerana sebagaimana beliau sering cepat membongkarkan perasaannya, begitu jugalah ia cepat mengubah pendiriannya. iii. ambivert : Tiada seorang pun insan yang betul-betul memiliki personaliti introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebagai individu, kita mempunyai kedua-dua ciri-ciri tersebut yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara keduanya. Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang berbeza. Sebagai contoh, seorang pelajar yang didapati sangat periang di rumah akan bertukar menjadi seorang yang pendiam dan pemalu ketika berada di dalam kelas. Pelajar atau individu seperti dalam contoh tadi yang memiliki kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert dikategorikan sebagai mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat. Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN. 5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut: • • • • •
(O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul) (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan) (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
Opennes to experience ( Mempunyai sikap terbuka) Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik. Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.
Conscientiousness (Mempunyai kesedaran) Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya. Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima. Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian
luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) . Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous). Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan. Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)
Extrovent (Bersifat Sosial) Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif.Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian. Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvent. Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarkat sekeliling. Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”, sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih memilih untuk bersendirian .
Agreeable (Berpendapat sama) Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentag sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai .Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini berperikemanusian,peramah, suka menolong ,dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat. Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Individu yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik. Individu yang kurang mempunyai trait ini meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai .Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak berkerjasama dan kurang peramah. Tetapi keburukan memiliki.trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat.Individu yang sebaliknya pula boleh menjadi seorang saintist, pegawai tentera,ahli koprat, pengkritik, ahli perniaga atau tentera.
Neuroticism (Menpunyai ganguan emosi) Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosiemosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga. Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa.Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan. Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.
Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian anda siapakah pelajar istimewa dan bagaimana cara anda mengenalinya? Sebagai seorang guru, reka satu program pengayaan dan pemulihan bagi satu mata pelajaran yang anda mengajar dengan lengkap. (15 markah) (c) i. PELAJAR ISTIMEWA Mahmood Nazar (2000) mentakrifkan pelajar istimewa sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya. Umum berpendapat bahawa golongan ini adalah sebahagian daripada mereka yang termasuk dalam kelompok Orang Kurang Upaya (OKU). Berpandukan definisi yang telah diutarakan oleh Mahmood Nazar(2000) golongan yang bermasalah seperti pendengaran, autisme, sindrom down, hiper aktif, disleksia, palsi serebrum, , dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dapatlah dikategorikan dalam kumpulan pelajar istimewa ini. ii.
CARA-CARA MENGENALI PELAJAR ISTIMEWA Untuk perbincangan dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan cara
bagaimana untuk mengenali pelajar yang tergolong dalam golongan istimewa ini. Memandangkan skopnya agak luas, saya hanya akan menyentuh tentang cara mengenali para pelajar yang bermasalah seperti autisme dan disleksia sahaja. Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Masalah asas pelajar disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar disleksia mungkin bermasalah dan menghadapi kesukaran dalam aktiviti-aktiviti seperti menulis, membaca, memahami, mengeja, dan juga mengira. Di alam persekolahan, kanak-kanak disleksia juga berkemungkinan menunjukkan cirri-ciri berikut :
o
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
o
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor/bacaan terbalik:
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
o
Kurang koordinasi seperti sukar membutang baju
o
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
o
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Pada peringkat awal autisme dapat dikesan melalui kurang dan terbatasnya kemahiran sosial, berbeza dalam kedudukan postur badan dan tindak balas lemah, hidup seorang diri, pasif, emosi tidak sihat, lewat menerima bahasa seperti suka termenung, pemalu dan gangguan penerimaan maklumat. Laporan Mayo Clinic melaporkan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme mengalami tiga kesukaran pertumbuhan yang kritikal, iaitu masalah bersosialisasi, masalah bahasa/pertuturan, dan disiplin kendiri.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN Tarikh Masa Tema Topik Subtopik Tahun Hasil Pembelajaran
: : : : : :
5 Ogos 2008 ( Isnin ) 60 minit ( 0845-0945 pagi ) Perihal Kawasan Setempat Identiti Kampung Halamanku Sejarah 3P
:
Isi pelajaran
:
Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menceritakan asal usul nama tempat tinggal murid. Identiti Kampung Halamanku A. Sejarah atau Legenda i. Asal usul nama tempat dari aspek sejarah atau legenda.
Penerapan nilai murni : Unsur - unsur patriotisme :
Bekerjasama, hormat-menghormati dan tolong menolong. Berbangga dengan sejarah dan legenda setempat.
Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran ( BSPP ) : Bil. 1 2
Sumber Lirik Lagu Computer Riba
Kuantiti 30 1
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar cerita asal usul kampung halaman mereka. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Prosedur Pelaksanaan
Set Induksi / Masa 5 minit 1.Murid bersoal jawab dengan guru.
Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik
Kemahiran berfikir Kecerdasan Pelbagai
Catatan (Penerapan Nilai Murni/Nilai Alam Sekitar/Unsur Patriotisme/Sumber Pengajaran Pembelajaran.
BSPP -Lirik lagu
Contoh soalan: -Muzik Cuba kamu sebutkan gununggunung yang terdapat di Malaysia? Contoh jawapan murid: -Gunung Santubong dan Gunung Sejenjang 2.Murid menerima edaran lirik lagu Puteri Santubong. 3.Murid menyanyikan bersamasama lagu Puteri Santubong diiringi lagu dari komputer riba. 4.Murid mendengar guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu asal usul nama tempat tinggal murid diambil berdasarkan peristiwa sejarah atau cerita legenda
Nilai murni -Berani
Langkah 1 / Masa 10 Kecerdasan pelbagai minit -Verbal Linguistik 1.Murid mendengar guru menerang bahawa setiap kampung mempunyai sejarahnya dengan merujuk BT hlm 58. Begitu juga dengan tempat tinggal murid. 2.Murid melihat bagaimana Kampung Paya Rumput mendapat nama. Murid melihat papan tanda Jalan Ma’ Yah pad BT hlm 58. 3.Murid bersoal jawab dengan guru: a).Apakah nama jalan yang terdapat pada papan tanda
Nilai murni -Bekerjasama
ini? Contoh jawapan murid: -Jalan Ma’ Yah 4.Murid membuat andaian mengapa nama jalan tersebut ialah Jalan Ma’ Yah. 5.Jawapan murid dikaitkan dengan nama asal usul tempat tinggal murid. Langkah 2 / Masa 10 minit 1.Murid membaca dan mengkaji asal usul nama Kampung Paya Rumput pada BT hlm 59. 2.Guru bersoal jawab dengan murid: a).Siapakah Ma’Yah? Contoh jawapan murid: -Pemimpin Kampung Paya Rumput. b).Apakah Ma’Yah nampak? Contoh jawapan murid: -Ma’Yah nampak sebatang pokok yang besar.Pokok itu dililit......Rujuk BT hlm 59. 3.Murid mendengar rumusan guru Kampung Paya Rumput mendapat nama. Penutup / Masa 5 minit 1.Murid mengulas kembali tajukpembelajaran dengan pengajaranpada hari ini. 2.Murid dan guru membuat ulasankeseluruhan mengenai topik ini.
Inkuiri penemuan Kecerdasan pelbagai -Linguistik
Nilai murni -Berbangga -Bersyukur -Menghargai