Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling as PDF for free.

More details

  • Words: 2,076
  • Pages: 7
Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling Contributed by Administrator Monday, 22 October 2007 Last Updated Wednesday, 13 August 2008

PENGENALAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Melahirkan kaunselor sekolah yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual; yang beretika dan bertauliah untuk memenuhi keperluan khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. SENARAI KURSUS UNIVERSITI DAN PENDIDIKANKURSUS UNIVERSITI KURSUS UNIVERSITI KREDITTITAS 2Hubungan Etnik 2Bahasa Melayu Profesional 2Communicative English I 2Communicative English II 2Pengantar Etika 2Pemikiran Strategik dan Inovatif 2Bimbingan dan Penasihatan 2Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3Ko-Kurikulum 3Jumlah 22 KURSUS PENDIDIKAN KURSUS PENDIDIKAN KREDITFalsafah Kurikulum Pendidikan 3Sosiologi Pendidikan 3Psikologi Pendidikan 3Pedagogi Pendidikan 3Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan 3Rekabentuk Instruksional dan Teknologi 3Jumlah 18 SENARAI KURSUS MAJOR DAN MINOR KURSUS MAJORKODKURSUS KREDITKKP 1013Pengantar Bimbingan dan Kaunseling 3KKT 1013Teori Kaunseling 3KKT 1023Teori dan Perkembangan Personaliti 3KKH 1013Kaunseling Individu I 3KKG 2013Dinamika Kelompok 3KKC 2013Pendidikan dan Perkembangan Kerjaya 3KKT 2013Kaunseling Keluarga 3KKH 3013Kaunseling Individu II 3KKA 3013Pengujian dan Pengukuran Dalam Kaunseling 3KKD 3013Pendidikan Pencegahan Dadah 3KKG 3013Kaunseling Kelompok 3KKH 3023Konsultasi dalam Kaunseling 3KKS 3013Pendidikan Silang Budaya 3KKR 3013Kaedah Penyelidikan Dalam Bimbingan dan Kaunseling 3KKP 4013Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 3KKP 4023Etika Kaunseling 3KKD 4013Psikologi Bilazim 3KKR 4013Latihan Ilmiah 3 KURSUS MINOR KODKURSUS KREDIT KKD 2013Komunikasi Interpersonal 3KKS 2013 Psikologi Sosial 3KKD 2023Psikologi Perkembangan 3KKD 2033Penyelewengan Sosial 3KKT 3013Intervensi Dalam Kaunseling 3KKT 3023 Kaunseling Menurut Perspektif Islam 3KKT 3033 Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 3KKD 3033 Delinkuensi Kanak-kanak Dan Remaja 3KKD 4023 Modifikasi Tingkahlaku 3KKP 4033 Pengurusan Personalia Pelajar 3 UPR 40010 Praktikum 10 Jumlah88 Kursus Universiti 22Kursus Pendidikan 18Jumlah Keseluruhan 128 SINOPSIS KURSUS KKP 1013PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 KREDIT Definisi bimbingan dan kaunseling; latar belakang dan sejarah pergerakan bimbingan dan kaunseling di Amerika Syarikat dan Malaysia, asas falsafah bimbingan dan kaunseling, pentingnya perkhidmatan menolong, asas-asas dan prinsip bimbingan dan kaunseling, pelopor dan aliran utama kaunseling, jenis khidmat kaunseling. KKT 1013 TEORI KAUNSELING 3 KREDIT Komponen utama teori kaunseling; pembinaan dan ciri-ciri teori kaunseling, pengenalan kepada teori

psikologi dan kaitannya dengan kaunseling, teori utama dalam kaunseling; teori dikaji dengan tumpuan kepada sifat semulajadi manusia, permasalahan manusia; teknik-teknik teras kaunseling; model tahap-tahap perkembangan proses kaunseling; kes-kes akan dianalisis berdasarkan teori. KKT 1023 TEORI DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI 3 KREDITDefinisi personaliti; asas-asas personaliti; teori utama personaliti dibincang secara am; tahap-tahap perkembangan personaliti; teori personaliti sebagai menggambarkan beberapa aspek tertentu mengenai personaliti; teori personaliti bagi memahami permasalahan individu dalam kaunseling, kes-kes dianalisis mengikut teori, isu-isu dalam teori personaliti terutama dari perspektif Islam. KKH 1013 KAUNSELING INDIVIDU I 3 KREDITMenentukan tahap kemahiran kaunseling mikro kendiri; membina kendiri; membina program pengukuhan kemahiran mikro/kemahiran asas komunikasi berdasarkan manual latihan Gerad / Brammer / Gazda / Inskipp (pelajar dikehendaki menjalani latihan ini sekurang-kurangnya 40 jam makmal); aplikasi kemahiran/teknik kaunseling yang asas kepada sesi kaunseling (sekurang-kurangnya 20 jam makmal); pembinaan sikap dan tingkah laku kaunselor; memahami kesan sikap dan perilaku kaunselor dan klien ke atas perhubungan kaunseling; mengenalpasti halangan-halangan dalam proses menolong. KKG 2013 DINAMIKA KELOMPOK 3 KREDITJenis kelompok dan ciri-cirinya; fungsi kelompok dalam masyarakat; kelompok dan proses pembelajaran; kepimpinan dan kemahiran memimpin kelompok; perkembangan kelompok; pengendalian sesi bimbingan kelompok pendidikan; pengenalan kepada teori utama kelompok; menilai keberkesanan bimbingan kelompok; aplikasi kelompok di sekolah / agensi. KKC 2013 PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA 3 KREDITMaksud pendidikan kerjaya; teori perkembangan; dunia pekerjaan; maklumat mengenai pekerjaan; proses pembinaan dan pelaksanaan program pendidikan kerjaya di sekolah; model, kaedah, strategi dan teknik bimbingan dan kaunseling kerjaya; pemilihan kerjaya; kemahiran membuat keputusan kerjaya; gaya hidup dan kerjaya; teknologi maklumat dan kerjaya. KKT 2013 KAUNSELING KELUARGA http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59

3 KREDITInstitusi kekeluargaan; kemahiran keibubapaan, teori dan model komunikasi dalam keluarga; psikologi orang dewasa dan orang tua (gerontologi); konflik psikososial dalam keluarga; teori konflik dalam kekeluargaan; Islam dan institusi kekeluargaan; model-model kaunseling keluarga; isu-isu etika dalam pendidikan keibubapaan. KKH 3013 KAUNSELING INDIVIDU II 3 KREDITSekurang-kurangnya 30 jam makmal bagi peneguhan dan pengkayaan kemahiran asas kaunseling; penyepaduan teori-teori dan teknik-teknik khusus kaunseling dengan tahap perkembangan sesi; memahami batasan

kemampuan dan kemahiran diri; kemahiran membuat rujukan; intervensi krisis; memahami isuisu penentangan, pindahan, dan pindahan balas; isu-isu etika; konsepsi kes; penyediaan laporan profesional. KKA 3013 PENGUJIAN DAN PENGUKURAN DALAM KAUNSELING 3 KREDITIni merupakan kursus pengenalan kepada pengukuran dan pentaksiran (asessment) psikologi dan penggunaannya dalam kaunseling. Dengan itu konsep-konsep asas psikologi seperti reliabiliti, vadiliti dijelaskan. Prinsip dan kaedah memilih dan menggunakan ujian dan pengukuran sebagai memahami klien dalam kaunseling; proses pentadbiran, pentafsiran dan penerapan hasil tafsiran; isu etika dalam penilaian psikologi. KKD 3013 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 3 KREDITPengertian dan pengkelasan dadah; penyalahgunaan dan pergantungan dadah; kesan dadah; teori utama penagihan; penyalahgunaan dan pergantungan dadah di kalangan remaja; program pendidikan dan pencegahan di sekolah dan di dalam masyarakat umum; kempen anti dadah; memahami konsep detoks, pemulihan dan penyesuaian penagih ke dalam masyarakat umum; kaunseling pencegahan dadah; memahami peranan PEMADAM, pusat detoks dan lain-lain. KKG 3013 KAUNSELING KELOMPOK 3 KREDITSekurang-kurangnya 30 jam makmal bagi peneguhan dan pengkayaan kemahiran asas memimpin kelompok seperti diberi dalam Dinamika dan Kemahiran Kelompok I; penyepaduan teori-teori dan teknikteknik khusus kaunseling dengan tahap perkembangan sesi kelompok; memahami batasan kemampuan dan kemahiran diri; kemahiran membuat rujukan; intervensi krisis; memahami isu-isu penentangan, pindahan, dan pindahan balas; isu-isu etika; konsepsi kes; penyediaan laporan profesional. KKH 3023 KONSULTASI DALAM KAUNSELING 3 KREDITKonsep konsultasi dan perbezaannya dengan konsep kaunseling, peranan konsultan dan konsulti sebagai pembinaan kendiri secara berterusan; teori-teori konsultasi; pendekatan, teknik dan strategi utama dalam konsultasi; kemahiran asas diperlukan dalam konsultasi; jenis-jenis konsultasi; model-model konsultasi; isuisu etika dalam konsultasi. KKS 3013 PENDIDIKAN SILANG BUDAYA 3 KREDITKomunikasi dalam konteks budaya berbeza; kaunseling dalam budaya yang pelbagai; faktor individu dan umum; peranan budaya etnik dalam perhubungan sosial dan proses menolong; teori kaunseling pelbagai budaya; percanggahan dan ketidaksesuaian teori kaunseling paradigma barat dengan budaya tempatan; ciri-ciri seperti prejudis, dan perkauman; isu-isu etika kaunseling pelbagai budaya. KKR 3013 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 KREDIT Perancangan menyediakan kertas projek penyelidikan: 'literature review'; membina kemahiran memecah, menganalisis dan mengemukakan cadangan menghadapi masalah bimbingan dan kaunseling yang dikenalpasti; kertas kerja atau

artikel hendaklah menekankan metodologi penyelidikan; menghasilkan penulisan untuk dibentang dalam seminar, forum, persidangan atau untuk diterbitkan dalam jurnal. KKP 4013 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 KREDITDefinisi pengurusan; prinsip-prinsip pengurusan program; pentaksiran keperluan; pembinaan program B&K sekolah yang memfokus kepada perkembangan pelajar; penyimpanan rekod; pengendalian ujian-ujian psikologikal; penilaian program B&K; prinsip pembinaan program B&K; isu etika dalam pengurusan program. KKP 4023 ETIKA KAUNSELING 3 KREDITAsas-asas etika, etika, moral dan etika; etika, nilai dan perundangan; etika dan pemikiran rasional; teori utama etika; tanggungjawab dan etika profesional; etika sebagai isu etika gunaan; etika kaunselor; etika untuk kaunselor kelompok dan kaunselor pencegahan dadah; isu-isu etika dalam kaunseling dengan menggunakan kes-kes. KKD 4013 PSIKOLOGI BILAZIM 3 KREDITPelajar diperkenalkan kepada konsep bilazim, teori-teori perlakuan bilazim, perlakuan salah laku/lencongan (“maladaptive/deviant behaviour”); klasifikasi perlakuan bilazim mengikut DSM-III dan IV, masalah remaja - ‘disorder’ yang biasa terdapat di kalangan kanak-kanak dan remaja, intervensi rawatan dan strategi menangani perlakuan bilazim/lencungan, kajian-kajian kes mengenai perlakuanperlakuan bilazim. KKR 4013 LATIHAN ILMIAH 3 KREDITKursus ini adalah lanjutan daripada Kaedah Kursus Penyelidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling (KKR 3013). Pelajar menulis laporan lengkap hasil penyelidikan di lapangan berpandukan format penulisan penyelidikan ilmiah. KKD 2013 KOMUNIKASI INTERPERSONAL 3 KREDITKursus ini akan membincangkan definisi komunikasi, proses dan model komunikasi, kecekapan lisan dan kecekapan hubungan, proses interpersonal dan kecekapan peranan; membina sikap terbuka, meningkatkan ‘mindfulness’ serta meningkatkan kecekapan kendiri (konsep kendiri dan komunikasi) dan konteks hubungan dalam keluarga dan komunikasi dengan kumpulan; latihan praktik membina kemahiran dan kecekapan berkomunikasi. KKS 2013 PSIKOLOGI SOSIAL 3 KREDITKursus ini mendedahkan kepada para pelajar tentang definisi dan falsafah dalam psikologi sosial, persepsi sosial, bahasa badan dan pembentukan impresi, proses kognitif sosial, kerangka mental dan bagaimana pemikiran membentuk perasaan dan perasaan membentuk pemikiran. Sikap, proses mengubah tingkahlaku melalui pemujukan, http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59

halangan kepada pemujukan, cognitif dissonance, identiti sosial, identiti kendiri dan kejantinaan, diskriminasi dan prejudis dan cara mengatasinya, tarikan interpersonal, kontak permulaan menyukai dan menjadi mesra dan mewujudkan persahabatan, perhubungan rapat – keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup, pengaruh sosial –

bagaimana individu mengubah tingkahlaku orang lain dan sebaliknya, tingkahlaku agresif – semulajadinya, sebab dan kawalan professional dan kumpulan, dinamik kelompok, sokongan sosial, budaya sosial, amalan kaunseling komuniti dan silang budaya. KKD 2023 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN 3 KREDIT Kursus ini akan membincangkan peringkat perkembangan serta peranan faktor genetik dan persekitaran dalam mempengaruhi perkembangan manusia bermula daripada sebelum lahir sehingga mati. Penumpuan diberikan kepada peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja dengan memberi fokus utama kepada aspek perkembangan fizikal, kognitif dan sosial di samping aspek pekembangan yang lain seperti perkembangan personaliti dan moral. KKD 2033 PENYELEWENGAN SOSIAL 3 KREDITKursus ini adalah pengenalan kepada tingkahlaku penyelewengan dalam konteks norma masyarakat, sebab-sebab berlakunya tingkahlaku penyelewengan dan reaksi masyarakat. KKT 3013 INTERVENSI DALAM KAUNSELING 3 KREDITKursus ini akan meninjau definisi intervensi dalam kaunseling. Ia juga akan melihat intervensi kaunseling dari pelbagai sudut teori seperti Psikodinamik, Gestalt, Pemusatan Insan, Kognitif, Tingkahlaku dan Realiti. Teknik-teknik yang sering digunakan dalam intervensi kaunseling turut dibincangkan. Konsep-konsep asas intervensi dalam kaunseling seperti eksperimen, pembolehubah, kumpulan rawatan, kumpulan kawalan, ujian pra, ujian pasca merupakan sub-topik yang akan juga dibincangkan di sini. Kekuatan dan kekurangan intervensi dalam kaunseling merupakan antara tajuk dalam kursus ini. KKT 3023 KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 3 KREDITPengenalan kepada kaunseling melalui perbincangan di bawah tajuk definisi, konsep, matlamat dan keperluan mengikut pandangan Islam dan membandingkan dengan teori-teori barat. Membincangkan konsep manusia dan personaliti dari beberapa teori kaunseling Barat dan menghuraikan secara terperinci pandangan Islam serta menganalisa persamaan dan perbezaan antara keduanya. Mengenalpasti ciri-ciri dan sikap kaunselor Muslim dan menghuraikan jenis pemikiran dan perlakuan yang perlu diubah oleh mereka yang bermasalah. Memberi kemahiran kaedah, teknik dan pendekatan kaunseling Islam. KKT 3033 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 3 KREDITKursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada konsep bimbingan dan kaunseling; proses kaunseling; kemahiran mengendalikan kaunseling; pendekatan dan teori kaunseling; model kaunseling; aktiviti dan program bimbingan dan kaunseling untuk kanak-kanak; peranan kaunselor yang pelbagai; pengujian dan penilaian psikologi; sistem sokongan di dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah. KKD 3033 DELINKUENSI KANAK-KANAK DAN REMAJA 3 KREDIT Kursus ini akan melihat isu kenakalan kanak-kanak dan remaja dari pelbagai perspektif. Ia akan cuba meninjau faktor-faktor yang menyumbang kepada kenakalan kanak-kanak dan remaja dari sudut pelbagai teori. Definisi

kenakalan kanak-kanak dan remaja juga akan dibincangkan di samping melihat kesignifikan tajuk ini dalam konteks pembangunan negara semasa. Kenakalan kanak-kanak dan remaja akan dilihat dari sudut penyalahgunaan dadah, keganasan remaja, cubaan membunuh diri, ponteng sekolah, gangsterisme dan pelacuran. Tajuk seperti intervensi/rawatan untuk menangani kenakalan kanak-kanak dan remaja akan turut disentuh. KKD 4023 MODIFIKASI TINGKAHLAKU 3 KREDIT Ini merupakan kursus pengenalan kepada memahami tingkahlaku manusia serta kaedah dan teknik mengubah tingkahlaku dan memahami tingkahlaku bermasalah melalui penilaian fungsian; definisi tingkahlaku manusia dan modifikasi tingkahlaku, memerhati dan merekod tingkahlaku dan mengukur perubahan tingkahlaku; prinsip asas modifikasi tingkahlaku; prosedur mengurangkan tingkahlaku bermasalah; teknik penghapusan, peneguhan berbeza, manipulasi “antecedent”; hukuman positif, “habit reversal”, token ekonomi dan lain-lain; prosedur meningkatkan tingkahlaku diingini; prosedur latihan kendiri; isu tingkahlaku bermasalah dan aplikasi teknik dan prosedur modifikasi tingkahlaku. KKP 4033 PENGURUSAN PERSONALIA PELAJAR 3 KREDITDefinisi pengurusan; keperluan pengurusan pelajar; masalah dalam pengurusan pelajar; prinsip dan organisasi pentadbiran personel; pendekatan dalam program perkembangan pelajar; pengurusan program; pembinaan program bimbingan dan kaunseling sekolah yang memfokus kepada perkembangan pelajar; penyimpanan rekod; pengendalian dan penilaian program; prinsip pembinaan program; kedudukan guru-guru dalam perkhidmatan personel pelajar. PR 1018/UPR 4000 PRAKTIKUM 10 KREDITPelajar akan menjalani praktikum di sekolah atau di agensi (6 kredit) dan latihan industri (3 kredit). Wajib bagi semua pelajar Sarjanamuda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling : semasa praktikum pelajar mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok; pelajar dikehendaki terlibat dalam latihan; pembinaan program Bimbingan & Kaunseling dan segala aktiviti profesional seorang kaunselor; pelajar akan merekod apa yang dilakukan di sekolah/agensi; pada akhir semester pelajar wajib menyiapkan satu projek berkait dengan pembinaan program Bimbingan & Kaunseling dan menyerahkan projek itu kepada fakulti. UKB 1012 BIMBINGAN DAN PENASIHATAN 2 KREDIT Kursus ini akan mendedahkan kepada para pelajar konsep pelaksanaan bimbingan dan penasihatan kepada semua guru-guru di sekolah. Pelajar didedahkan hubungan antara budaya sekolah, gejala sosial dan isu-isu semasa dengan keperluan dan kepentingan aspek bimbingan dan penasihatan. Pelajar akan menguasai asas-asas kemahiran, pendekatan, strategi dan teknik dalam bimbingan dan penasihatan kepada pelajar. Justeru, selain tugas pengajaran, http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59

bakal guru akan bertanggungjawab dan mampu menerokai, menganal pasti pelajar bermasalah dan membimbing

mereka ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan tingkah laku. Pelajar juga akan mengetahui had dan batasan dalam bimbingan dan penasihatan serta prosedur merujuk pelajar bermasalah kepada pihak lain. Sebagai pelengkap pelajar akan menghayati nilai etika dalam amalan bimbingan dan penasihatan. http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59

Related Documents