Esei Teori Kaunseling & Psikoterapi

  • Uploaded by: Nur Iman Khalid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Teori Kaunseling & Psikoterapi as PDF for free.

More details

  • Words: 4,297
  • Pages: 14
10.6.09-final

TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI 1.0

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Perkataan kaunseling berasal daripada kata Latin iaitu Cousilium bermaksud dengan bersama, ambil-menerima atau memahami. Kaunseling ialah satu proses diantara dua individu. Seorang yang bermasalah(klien) dan seorang yang terlatih (kaunselor), berpengalaman dan menolong klien untuk memahami dan menyelesaikan masalah melalui perbincangan, alternatif serta perancangan agar klien dapat menganalisa serta menilai sesuatu masalah dari perspektif yang rasional dan berupaya baginya membuat tindakan yang wajar serta bertanggungjawab atas keputusan yang diambil.

2.0

KAUNSELING UNTUK REMAJA Remaja dalam bahasa Latin ‘adolescere’ yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang. (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja itu suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja. Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah ‘siapakah saya?’-iaitu satu persoalan yang berkait dengan percarian identiti. Identiti bermaksud apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara persoalan-persoalan lain yang perlu dijawab oleh remaja ialah ‘Bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?’, ‘Apakah bidang kerja yang sesuai dengan saya?’, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk membuat keputusan?’ dan ‘ Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?’. Bagi menjawab segala persoalan tersebut bukanlah mudah, kadang-kadang dalam proses tersebut remaja dihantui oleh lingkaran-lingkaran tekanan dan konflik emosi. Bukan sahaja di pihak remaja, ibu bapa juga sering pening kepala dengan karenah remaja mereka.

3.0PERINGKAT PROSES KAUNSELING 3.1PRASESI i) TEMUJANJI Untuk memulakan sesi kaunseling, satu temujanji akan diadakan di antara kaunselor dan klien di mana kontak pertama ini seharusnya berterusan sehingga matlamat kaunseling tercapai. ii)

PROFIL KLIEN

10.6.09-final

Sebelum proses kaunseling bermula, kaunselor akan meneliti profil lengkap klien terlebih dahulu untuk memudahkan kaunselor melakukan penerokaan. Kajian kes : Profil Klien Hafiz (bukan nama sebenar) adalah seorang remaja berusia 16 tahun. Dia merupakan anak sulung dari 6 beradik dan dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya bekerja sebagai pemandu bas kilang manakala ibunya pula surirumah sepenuh masa. Ayah Hafiz adalah sorang yang sangat tegas dengan anak-anak, berbeza dengan ibunya yang suka berlembut. Keputusan keluarga banyak diputuskan oleh ayahnya kerana sekiranya ibunya campurtangan pergaduhan sering berlaku. Hafiz dan adikadiknya lebih banyak memendam rasa kerana takut pada ayahnya. Pendidikan agama asas hanya diterima oleh Hafiz di sekolah kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya sibuk menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Hafiz adalah seorang yang aktif dan suka bersosial. Dia bebas memilih kawan dan akhirnya mula mengenali kumpulan remaja liar di luar sekolah. Memandangkan keadaan keluarga yang susah, Hafiz segan untuk meminta wang belanja dari bapanya dan mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan wang. Dengan bantuan rakan, ketika di tingkatan dua, Hafiz mula menjual rokok secara sembunyi-sembunyi di sekolah bagi mendapatkan wang saku. Kegiatannya telah dikesan oleh pihak sekolah dan dia telah digantung sekolah selama 2 minggu. Kejadian itu menimbulkan kemarahan ayahnya. Sebagai hukuman, Hafiz telah dikurung selama sehari suntuk di dalam bilik tanpa diberi makan dan minum. Namun disebabkan kasihan, secara diam-diam ibunya telah memberikan makanan ketika ayahnya keluar dari rumah. Hafiz agak dimanjakan ibunya kerana dia adalah anak sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Hafiz mula terlibat dalam aktiviti ragut ketika berusia 15 tahun. Pada mulanya dia hanya mengikut kawannya meragut sebagai pemerhati sahaja dan kemudian mencuba pula untuk meragut. Kejayaan kali pertama membangkitkan keseronokan untuk meragut lagi. Tambahan lagi jika berjaya meloloskan diri dalam cubaan meragut yang berisiko. Dirasakan bahawa dia memiliki kehebatan dan bakat untuk dibuktikan pada kawankawan. Malah, dia dengan bangga membandingkan hasil curi kepada rakanrakan lain. Dalam usia sebegitu juga dia sudah memiliki pelbagai peralatan menyamun seperti pisau pelbagai saiz malah turut memiliki pistol palsu. Walaupun begitu, Hafiz tidak pernah mengambil dadah. Pernah juga beberapa kali rakan sekolah mengadukan perkara tersebut kepada keluarganya. Akibatnya, setiap kali dilaporkan Hafiz akan dipukul dengan teruk oleh ayahnya. Namun dia masih juga tidak serik dan mengulangi perbuatannya. Akhirnya ayah Hafiz tidak lagi mengambil tahu apa yang dilakukannya. Hafiz juga sudah semakin tawar hati terhadap persekolahannya. Pada mulanya dia cuma ponteng kelas dan melepak di tandas sekolah. Sikapnya itu berterusan sehingga dia tidak berminat untuk menyambung pelajaran lagi. Hafiz juga sering mengikut kawan-kawannya ke merata-rata kawasan di dalam selangor untuk menjalankan aktivitinya termasuk dalam samun bersenjata. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dalam satu kes cubaan menyamun sebuah kedai barangan elektrik di Kajang,

10.6.09-final

Hafiz telah ditahan oleh polis. Disebabkan masih di bawah umur, Hafiz telah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, Melaka. Hafiz telah dibawa bertemu dengan kaunselor di sekolah itu untuk mendapatkan sesi kaunseling. 3.2 TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAUNSELING

Untuk menjayakan sesi kaunseling yang diadakan, kaunselor perlu memilih teori tertentu untuk membuktikan keberkesanan proses dan memadankannya dengan realiti dan kepercayaan peribadi kaunselor tentang sifat semulajadi manusia dan perubahan mereka. Teori yang dipilih dapat menolong kaunselor dan membantu klien secara berkesan untuk mengubah tingkahlaku, pemikiran dan menangani emosi. Dalam kes Hafiz (klien), kaunselor telah memilih untuk menggunakan pendekatan humanistik melalui Teori Pemusatan Perorangan di dalam sesi kaunseling. Teori pemusatan perorangan telah diasaskan oleh Carl R.Rogers. Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam diri manusia kerana manusia hakikatnya memiliki desakan semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke arah kesejahteraan serta mempunyai nilai positif dan negatif terhadap pengalaman. Anggapan penghargaan terhadap diri mempengaruhi tingkahlaku. Konsep kendiri terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan pengalaman positif atau negatif. Individu boleh mengasingkan pengalaman positif dan negatif. Ia boleh menolak, menerima dan memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman dalam pembentukan konsep kendiri. Jika kehendak desakan tidak tercapai ia akan memendam pengalaman. Ia menganggap orang lain tidak dapat menerima secara positif desakan tadi dan menghasilkan konsep kendiri yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara kendiri ideal dan kendiri sebenar. Individu menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari agar diterima oleh orang lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan. Konflik berlaku kerana tidak kongruen antara kendiri dengan pengalaman. Konflik adalah ancaman kepada pertumbuhan individu dan menimbulkan helah bela diri. 3.3MATLAMAT KAUNSELING Tujuan kaunseling untuk menyepadukan/ kongruen semula rasa hati yang ideal dengan konsep kendiri klien. Kaunselor mesti membenarkan klien menetapkan matlamat sendiri kerana percaya setiap individu mempunyai motivasi dalaman, keperluan mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkannya membina dan mengubah tingkahlaku sendiri. Klien perlu menjadi lebih realistik, objektif, dan persepsinya lebih luas dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan realistik. Persepsi klien tentang kendiri idealnya lebih realistik dan yakin dapat dicapai manakala kendiri sebenar ditanggapi dengan positif. Klien akan

10.6.09-final

merasa lebih yakin, boleh menerima orang lain, boleh menerima tingkahlaku sebagai kepunyaan sendiri dan kurang menafikan tingkahlakunya sebagai sebahagian dari pengalaman. Kaunselor perlu menyediakan keadaan teraputik untuk membenarkan corak perkembangan normal tingkahlaku klien bergerak dengan sendiri ke arah lebih sosial dan matang.

3.4MENEROKA DAN MENGANALISIS MASALAH Interaksi akrab antara kaunselor dengan klien menjadi pemangkin perubahan dalaman klien. Konsep kendiri individu merupakan tunjang pembentukan personaliti individu. Pengurangan jurang antara kendiri ideal dan kendiri sebenar adalah permulaan perubahan tingkahlaku klien. Proses kaunseling adalah tanpa arahan iaitu kaunselor tidak membuat keputusan untuk klien sebaliknya klien yang perlu memilih sendiri keputusan dan matlamat yang ingin dicapai dalam hidupnya. Penerimaan tanpa syarat, tulin/kongruen dan empati adalah kunci utama proses kanseling menggunakan teori pemusatan perorangan: i)

Penerimaan tanpa syarat. Penerimaan Tanpa Syarat akan menimbulkan kesedaran tentang pengalaman rasa hati terpendam. Kaunselor menerima klien tanpa penghakiman. menerima sebagai dirinya yang mempunyai kekuatan dan kelemahan emosi, pemikiran dan tingkahlaku. Klien dapat meluahkan segala desakan rasa hatinya iaitu konsep kendirinya. Dalam situasi ini, Kaunselor perlu menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai yang dipegang antara mereka. ii) Ketulenan dan keterbukaan(Kongruen) Usaha persepaduan secara sedar pengalaman yang wujud kini dengan kendiri. Kaunselor perlu jujur atau tidak berpura-pura. Hafiz boleh membuat pendedahan kendiri yang menasabah secara jujur. iii) Empati. Kaunselor faham dan peka keadaan dalaman dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai klien. Membawa kepada hubungan yang akrab. Tingkahlaku klien berpunca dari desakan dalamannya yang menggerakkan ke arah kesejahteraan diri. Ini menyebabkan berlaku konflik antara kehendak kesempurnaan yang idel dengan alam situasi sebenar. Ini akan menghasilkan suasana kecelaruan dalam dirinya. Kaunselor dapat merasa apa yang klien fikir, rasa dan faham falsafah diri klien. Perkara-perkara lain yang turut diberi perhatian oleh kaunselor: a) Tingkahlaku tanpa lisan yang mesra b) Menunjukkan keinginan untuk menolong c) Mendengar isi percakapan klien d) Mendengar perasaan klien e) Mendengar erti yang tidak dinyatakan f) Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian

10.6.09-final

g) Mendengar dengan dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang ditunjukkan dan dikatakan oleh perkataan dan tingkahlaku klien. h) Tidak banyak bercakap tetapi lebih cuba banyak mendengar. Jika kaunselor dapat mewujudkan suasana yang teraputik, maka dengan sendirinya kesan terapi akan dapat dinikmati oleh klien. Klien akan dapat melalui proses peluahan perasaan, membina celik akal dan pemahaman kendiri dan akhirnya membina matlamat baru serta tingkahlaku baru yang positif. Kejayaan kaunseling tercapai apabila klien mampu membina wawasan baru terhadap alam sebenar. 3.5MENGUMPUL SEBERAPA BANYAK MAKLUMAT YANG BERKAITAN Untuk memahami diri klien yang masih remaja, kaunselor perlu membuat beberapa kajian tentang remaja dan ciri-cirinya. Terdapat beberapa teori dari barat yang memberi pendapat tentang remaja: i. Pendapat Margaret Mead. Mead (1968) berpendapat zaman remaja ialah satu transisi zaman kanak-kanak ke zaman dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja tidak akan mengalami sebarang konflik sekiranya masyarakat sekeliling membenarkan remaja tersebut melihat bagaimana bayi dilahirkan, menganggap kematian sebagai satu keadaan semula jadi, dibenarkan membuat kerja-kerja yang penting, menunjukkan tingkah laku yang asertif dan dominan dan tahu apa yang dijangkakan oleh seorang dewasa. ii. Pendapat Anna Freud Anna Freud menekankan soal libido yang cuba mengancam dan menggugat keseimbangan yang telah dicapai antara ego dan id. Ini menyebabkan ego membentuk mekanisma pertahanan diri yang terdiri daripada intelektualisasi dan asetisima. Intelektualisasi bermaksud menterjemahkan impuls-impuls seksual kepada pemikiran-pemikiran abstrak. Keadaan ini dapat dilihat pada remaja apabila mereka suka berdebat tentang agama, politik, hak-hak seseorang individu dan tentang makna kehidupan. Asetisisma pula bermaksud penafian-kendiri. Oleh kerana remaja bimbang tidak dapat mengawal impuls-impuls itu kepada tingkah laku mencapai keseronokan yang lebih ringan seperti banyak makan, berpakaian yang aneh-aneh dan sebagainya. Anna Freud mengatakan bahawa zaman remaja adalah satu tempoh masa ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu. Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat-kendiri dan mereka percaya semua orang memerhatikan mereka. Kadang-kadang pula mereka lupa pada kehendak diri dan terlalu prihatin dengan orang lain. Mereka kadang-kadang ingin bersama dengan orang lain tetapi pada masa yang lain pula ingin bersendirian. Mereka bukan sahaja materialistik tetapi juga pentingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun kadang-kadang mereka jadi idealistik. Pendek kata, Anna Freud berpendapat remaja mengalami keadaan tidak menentu, ada turun naik, sekejap begitu

10.6.09-final

yakin pada diri, tetapi pada masa lain amat ragu-ragu dengan tingkah laku mereka. iii. Pendapat Erikson Erikson (1950, 1959) berpendapat tugas utama remaja ialah menyelesaikan konflik antara identiti dan keliru identiti. Remaja hendaklah menjadi orang dewasa yang unik dan menjadi individu matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi pembentukan identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun kemahiran dan keperluan dan kehendak serta menyesuaikan segalagalanya dengan kehendak masyarakat. Identiti mempunyai banyak komponen dan antara komponen-komponen itu ialah ciri-ciri seksual, sosial, fizikal, psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya yang kesemuanya apabila disatukan akan menjadi diri yang total (Grotevant dan Thorbecke, 1982; Waterman, 1982). Oleh itu, seseorang remaja akan dikenal pasti melalui ciri-ciri fizikalnya, rupa parasnya, binaan tubuh badannya, peranannya, kemahiran berinteraksi, pencapaian, keahlian dalam kumpulan, pilihan kerjaya, fahaman politik, pegangan agama, nilai, moral, kepercayaan, falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti, penyesuaian dan kesihatan mentalnya ( Phinney dan Alipura, 1990; Adams, 1977), remaja yang menerima diri dan mempunyai identiti diri yang positif akan lebih cenderung mempunyai kesihatan mental yang lebih baik (Goldman, Rosenzweig dan Lugger, 1980). Pencarian identiti adalah satu proses yang memakan masa sejak dari kecil hinggalah ke zaman tau tetapi pencarian ini paling menonjol di zaman remaja. Salah satu aspek yang paling penting dalam pencarian identiti ialah pemilihan kerjaya. Jika semasa kanakkanak seseorang individu itu memperolehi beberapa kemahiran yang diperlukan tetapi semasa remaja tugasnya ialah mencari caracara yang terbaik untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut. Erikson berpendapat pada masa inilah remaja mengalami keliru identiti atau peranan dan mula memikirkan tentang apakah peranannya di dalam masyarakat. Erikson memperkenalkan satu istilah yang dikenali sebagai moraltorium sosial yang bermaksud satu tempoh masa antara zaman kanak-kanak dan dewasa kerana seseorang individu bebas menguji sesuatu keadaan dan berusaha mencari identiti dan peranan yang diterima masyarakat. Seseorang individu itu akan menganalisa dan menguji pelbagai peranan demi memperoleh identiti dan peranan kendiri. Erikson berpendapat jangka masa dan darjah seseorang remaja mengalami moratorium adalah berbeza antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kata Erikson keliru identiti pasti dialami oleh remaja walaupun sedikit dan ini adalah sesuatu yang normal. Salah satu bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti ialah gemar berkelompok (clique) dan sifat tidak boleh bertolak-ansur dengan orang lain. Sebab itulah remaja sering bertelagah dengan orang-orang yang berautoriti. Remaja juga kadang-kadang menunjukkan keadaan kelirunya tadi dengan cara tingkah laku yang tidak boleh diterima.pada masa yang sama juga ada remaja yang

10.6.09-final

cuba mencari sesuatu yang boleh ia ceburi, misalnya ada di kalangan mereka yang suka berkelempok, terlalu ikut-ikutkan fesyen, amalan-amalan tertentu dan sebagainya. Setakat mana remaja tersebut boleh setia dengan amalannya itu akan menentukan keupayannya untuk menyelesaikan krisis identitinya. Kegagalan untuk mencapai identiti akan juga menyebabkan seseorang remaja itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru peranan dan ini semua akan membawa akibat psikologi yang lebih teruk pada masa hadapan. Jika seseorang remaja berjaya menyelesaikan krisis identiti tadi, ia akan menjadi orang yang setia dan taat dan ia juga akan mempunyai rasa kepunyaan terhadap rakan-rakannya, terhadap nilai-nilai, idelogi, agama atau bangsa tertentu. Identifikasi-kendiri terbina apabila remaja telah dapat memilih sendiri nilai-nilai dan orang-orang yang ia akan setia dan taat dan bukannya pemilihan itu datang daripada ibu bapanya atau orang-orang lain. Kasih sayang merupakan salah satu lagi cara untuk mencapai identiti. Dengan cara membina hubungan yang rapat, berkongsi minat, fikiran dan perasaan dengan orang lain, remaja akan dapat melihat identitinya yang tergambar pada orang disayanginya. 3.6MENGENALPASTI PUNCA MASALAH i)

DIRI SENDIRI Remaja sedang mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula bertambah dan remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak. Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan. Terdapat beberapa faktor berpunca dari diri klien sendiri yang telah mempengaruhi tingkah lakunya. Antaranya: a) Pemikiran Tak Rasional Dari pemerhatian, klien dilihat tidak rasional dalam membuat keputusannya. Contohnya, walaupun mengetahui menjual rokok di sekolah dan meragut adalah perbuatan yang salah, namun dia tetap melakukannya. Pengalaman hidup yang dilalui telah mempengaruhi cara pemikiran dan pandangannya tentang hidup. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi menyebabkan klien memberontak dan bertindak di luar batasan. b) Perasaan (Pertentangan Antara Ideal Dengan Sebenar). Klien ingin hidup mewah seperti rakan-rakan menyebabkan dia merasa tidak puas hati dengan keadaan keluarganya yang miskin. Oleh itu, dia merasakan perlu melakukan sesutu untuk

10.6.09-final

memuskan kehendaknya walau dengan memilih jalan yang salah. c) Perlakuan Demi mencari kepuasan dalam hidup, klien telah bertingkahlaku yang bertentangan dengan moral seperti menjual rokok dan meragut. Dia juga bersikap membentak dan enggan mendengar kata orang tua. Kesilapan yang dilakukan adalah pilihannya sendiri, bukan ditentukan oleh sesiapa. Klien bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala tingkah lakunya d) Pengalaman Pahit Yang Mengganggu. Kehidupan klien yang susah sejak kecil, ditambah pula sikap ayahnya tidak bertolak ansur dan suka memukulnya menyebabkan Hafiz bersikap pendendam dan memberontak untuk menarik perhatian dan kasih sayang keluarga. Dia keliru mencari identiti dan matlamat hidup menyebabkannya memilih jalan yang salah. ii)

ORANG LAIN a) Cara kawalan yang tidak menentu oleh ibu bapa. Ada sesetengah ibubapa yang mengawal anak-anak dengan cara yang autokratik dan menindas, ada pula dengan cara bertegas dan berlembut, ada pula menggunakan cara demokrasi dan kebebasan yang dipanggil pemisif atau liberal. Cara permisif dan liberal merupakan cara kawalan yang bebas dan longgar dan remaja diberi kebebasan. Ibu bapa tidak mengarah dan mengawal atau mengongkong. Remaja diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan kesan yang dirasai. Hakikatnya, remaja seharusnya selalu dibimbing kerana pada usia itu mereka sedang mencari identiti diri dan cenderung berbuat kesilapan. Cara ini sebenarnya menunjukkan berbagai masalah dalam keluarga itu sendiri. Akibatnya anak-anak menjadi keliru, tidak mahu mengikut arahan keluarga dan cenderung tidak mahu berorentasikan keluarga mereka sendiri. Ayah klien seorang yang terlalu tegas tetapi ibunya bersikap sebaliknya. Akibatnya, klien menjadi keliru tentang pegangan sikap yang harus dimilikinya. Dia akhirnya memilih haluan sendiri yang jauh terpesong dari yang diharapkan oleh keluarga. b) Afek (perasaan kekeluargaan) Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli keluarga mempunyai perasaan dingin, sikap seteru, penolakan dan kebencian sesama mereka. Contohnya, ibu bapa yang terlalu kecewa dan marah serta tidak upaya untuk berempati dengan anak-anak mereka. c) Keeratan keluarga Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan yang ada pada keluarga itu. Pada keluarga yang berfunsi baik, ahlinya mempunyai ikatan yang rapat, perhubungan yang dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu dipisahkan. Jika ibu bapa bertegas seperti yang dialami klien,

10.6.09-final

remaja biasanya beranggapan bahawa ibu bapa tidak rapat dan tidak memberi perhatian. Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri. Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi. d) Pengaruh rakan sebaya Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik. Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar. Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.

3.7MENGAMBIL TINDAKAN DAN MENGHURAI ALTERNATIF Peranan Klien. a) Klien harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya konflik dengan ibu bapa. Setiap masalah yang timbul boleh dibincangkan bersama kerana masalah yang kecil boleh menjadi masalah yang besar jika tidak diselesaikan secara rasional. b) Klien harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan terutama apabila berselisih faham dengan ibu bapa. Klien harus mendapatkan nasihat daripada guru atau rakan-rakan yang berpesonaliti positif. c) Mengambil kira segala keperluan dan mengelak daripada melakukan sesuatu di luar kemampuan atau melakukan terlalu banyak perkara dalam kehidupan. d) Klien perlu membuat perancangan dan jadual harian untuk mengawal kegiatan. Kehilangan kawalan dalam kehidupan akan membawa tekanan. Ini termasuk mencatat segala perkara yang akan dilakukan setiap hari.

10.6.09-final

e) Membuat persiapan untuk menghadapi krisis dan ini membantu meningkatkan kesabaran dalam diri. f) Mencari alasan yang rasional apabila menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai atau diduga. g) Mencari masa yang tenang untuk melihat diri sendiri dan memeriksa diri sendiri. Ini termasuk menunaikan solat dengan tekun dan khusyu'. h) Penyimpangan daripada tekanan harian secara kreatif dengan memilih waktu untuk bercuti, bergiat dalam hobi dan melakukan kerja sosial yang berfaedah. Peranan ibu bapa untuk membantu ke arah perubahan diri Klien. a) Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi remaja yang sedang membesar. b) Klien ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada peringkat umur 12-21 tahun. Pada masa itu juga konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidupnya. c) Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemuka dengan klien dan jangan memperkecilkan kemampuan dan menolak pendapatnya kerana remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati. d) Ibu bapa mesti beruasaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain. e) Ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan (Autokratik tetapi demokratik) terutama terhadap hal yang dinilai akan memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan dengan cara musyawarah, berunding dan berkomporomi. Dengan cara ini, ibu bapa juga berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan lebih selesa kerana fungsi keluarga dditerima dengan senang hati dan semua ahli gembira dan megah dengan keluarga mereka. Kaunselor perlu mengadakan rangkaian sokongan yang betul. Rangkaian sokongan adalah individu-individu yang boleh membantu remaja dalam menangani permasalahan mereka iaitu ahli keluarga, sahabat, guru dan kaunselor. Rakan yang bermasalah tidak termasuk dalam rangkaian sokongan ini.

3.8PENYELESAIAN MENGIKUT KAEDAH ISLAM

10.6.09-final

Psikologi dari perspektif islam juga telah menggariskan beberapa kaedah untuk merawat hati iaitu dengan cara kembali kepada Allah SWT sebagai tempat penyerahan.

i)

ii)

iii)

iv)

v) vi) vii) viii)

Antara cara yang paling utama dalam menangani sesuatu masalah yang dianjurkan oleh Islam adalah melalui pengukuhan ikatan akidah. Ikatan akidah menuntut kita supaya meyakini bahawa Tuhan sekalian alam ialah Allah S.W.T yang maha berkuasa ke atas makhluknya. Segala perintah dan suruhan Tuhan wajib ditaati. Dia yang Maha Mengetahui. Melalui ikatan akidah juga, kita tahu dari mana kita datang, kenapa kita datang ke dunia ini dan ke mana akhirnya hidup ini. Dengan cara ini, para Klien akan mampu menghadapi segala masalah atau segala cabaran dengan penuh bijaksana dan kesabaran kerana meyakini Allah berkuasa ke atas segalagalanya. Selain itu, Klien harus sentiasa melakukan kegiatan kerohanian agar sentiasa tenang dan tenteram dalam hatinya. Dengan ini, Klien mampu membuat keputusan yang betul. Ini termasuklah mendirikan sembahyang, mendampingi al-Quran, berkunjung ke masjid agar dapat mendampingi orang yang terpuji akhlaknya, berpeluang mendekati orang yang berilmu dan mendengar ceramah agama. Klien yang berilmu sahaja belum tentu mampu mempertahankan diri mereka daripada terjerumus ke dalam kancah yang merosakkan tanpa diperkukuhkan dengan hati dan jiwa yang bersih. Ini merupakan unsur kekuatan dalaman yang amat diperlukan bagi mencegah Klien daripada perkara-perkara yang dapat merosakkan diri sendiri. Klien juga harus mencari mereka yang baik akhlaknya serta ilmunya untuk dijadikan model ikutan serta sumber rujukan untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka. Keluarga perlu sentiasa mengawasi pergaulan Klien supaya sentiasa berdamping dengan orang yang baik akhlaknya. Klien harus mencari orang yang boleh membantunya sama ada daripada kalangan ahli keluarganya, guru-gurunya atau rakanrakannya. Jangan jadikan tempat hiburan sebagai tempat menyelesaikan masalah. Yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah bukanlah hiburan,tetapi ilmu, iman dan amal.

4.0PENGULANGAN SESI Sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien dilakukan selama beebrapa kali dan setiap perubahan yang dilihat direkodkan. Di samping itu, kaunselor juga telah mendapatkan maklumat tentang tingkahlaku klien di luar sesi yang dijalankan daripada individu yang hampir dengannya seperti keluarga dan guru-guru.

10.6.09-final

5.0

PENAMATAN SESI Menurut ELLIS AND BERNARD, 1985, seseorang individu dianggap memiliki psikologi yang sihat sekiranya memiliki ciri-ciri berikut: a) b) c) d) e) f)

Kepentingan Diri.-Melebihkan sedikit daripada kepentingan orang lain. Sanggup berkorban kepada orang yang disayangi secara munasabah. Berminat Sosial-Boleh hidup bersosial dengan baik. Arahan Kendiri-Tahu tanggungjawab dan boleh menguruskan diri sendiri. Tahap Toleransi Kekecewaan yang Tinggi Memberi hak kepada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan.Walaupun benci tetapi tidak membuat kutukan atau penghinaan. Bijaksana membezakan rasional dan tidak rasional. Tidak mudah terperangkap dengan perkara negatif. g) Fleksibel-Terbuka kepada perubahan, berfikiran luas dan tidak rigid. h) Menerima Ketidakpastian-Merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya diserahkan kepada Tuhan. i) Bersungguh-sungguh Untuk Mencapai Sesuatu-Keterlibatan untuk mencapai sesuatu bagi tujuan peribadi dan masa yang sama menyumbang kepada masyarakat. j) Berfikiran Saintifik-Penggunaan pemikiran saintifik untuk merancang matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan pada masa yang sama boleh menerima kemungkinan. k) Penerimaan Kendiri-Bersyukur dan menerima diri. Tidak menilai diri kerana faktor luar dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membuktikan sesuatu. l) Berkeupayaan Mengambil Risiko-Suka mencuba, mengambil risiko yang munasabah, menerima kesilapan. m) Kepuasan Jangka Panjang-Sanggup bersusah sekaran demi masa depan. n) Menenggelamkan kenikmatan untuk sementara. Terus mengukuhkan diri untuk mencapai visi. Manusia yang cekal dan berjaya. o) Sedar Batasan Utopia-Sedar manusia tidak boleh dapat semua yang diingini dan tidak boleh mengelak semua yang tidak disukai. p) Bertanggungjawab Terhadap Gangguan Emosi q) Setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada ‘perkara yang tergantung”. Setelah beberapa sesi kaunseling dilakukan, kaunselor akhirnya melihat banyak perubahan positif pada diri klien. Klien mampu mencapai kematangan demi meningkatkan konsep kendirinya. Sesi kaunseling di antara kaunselor akhirnya ditamatkan setelah klien diyakini telah mencapai kesihatan psikologi yang memuaskan. Kaunseling mungkin berakhir di sini tetapi prosesnya masih berterusan. Klien akan kembali kepada situasi yang membenarkan proses berlaku sepanjang hayat ke arah mencapai kesempurnaan kendiri. Kawalan diri sendiri telah hilang dan proses penilaian organismik unik telah mengambil tempatnya yang betul sebagai penilai pengalaman dan pengawal tingkahlaku.

10.6.09-final

5.0KESIMPULAN Individu berjaya membuat penyesuai yang baik, pastinya akan lebih kuat dan lebih matang dalam menghadapi masa depan. Terdapat lapan tugas perkembangan yang perlu diselesaikan semasa usia remaja: • • • • • • • •

Menerima keadaan fizikal diri dan menggunakan dengan cara yang berkesan. Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa yang lain. Memperoleh peranan yang betul. Dapat membentuk hubungan yang lebih matang dengan rakan sebaya daripada kedua-dua jantina. Menerima dan menjadi individu yang bertanggung jawab. Memperoleh satu set nilai dan sistem etika yang boleh digunakan sebagai panduan tingkahlaku. Membuat persediaan untuk mempunyai kerjaya. Membuat persiapan untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

6.0PENUTUP Kesihatan keseluruhan seseorang individu meliputi 3 aspek yang utama iaitu kesihatan fizikal, kesihatan sosial dan kesihatan mental. Dengan memiliki ciriciri ini, seseorang itu akan dapat menguruskan kehidupannya dengan baik. Kelakuan bilazim yang ditonjolkan seseorang individu itu sebenarnya berpunca dari keinginan memberontak yang tidak dapat dizahirkan dengan cara yang betul. Walaupun agak sukar, mereka sebenarnya perlu disedarkan bahawa apa jua kedukaan dan tekanan yang dihadapi sebenarnya bukan bermakna kehidupan telahpun berakhir. Tekanan menyebabkan kehidupan seseorang itu menjadi tidak selesa dari segi psikologi, sosial dan juga fisiologinya apabila seseuatu tekanan bersifat melampau sehingga tidak mampu ditangani. Namun, kemungkinan juga tekanan itu akan membawa kesan positif di mana berfungsi menjadi motivasi/pendorong tingkah laku ke arah kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN

10.6.09-final

1. KONSEP DAN AMALAN KAUNSELING, NORAINI AHMAD, UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN BHD,2004 2. MAAROF REDZUAN & HASLINDA ABDULLAH,PSIKOLOGI,UPM(2008) 3. MAAROF REDZUAN,PSIKOLOGI SOSIAL,UPM(2001) 4. SUMBER DARI INTERNET

Related Documents


More Documents from "Along"