Deraf (7/9/09) Isu dan Permasalahan di Sekolah: Bagaimana Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Dapat Membantu, Satu Penulisan Kritis.
Pengenalan
Isu dan permasalah di sekolah merangkumi berbagai aspek yang sukar dihadapi atau ditangani oleh guru biasa. Ini jelas digambarkan oleh Datuk Matnor Daim, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mana menurut beliau pelajar kini bukan hanya mempunyai daya intelek yang tinggi, tetapi mereka juga adalah individu yang beremosi dan ada personaliti yang berbeza. Oleh itu, pelajar kini berhadapan dengan pelbagai situasi dan masalah yang mungkin tidak dihadapi oleh pelajar pada masa dahulu. Disebabkan itu, permasalahan tersebut tidak mungkin dapat diselesaikan oleh guru biasa tanpa kemahiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling.
Mengapakah ini terjadi?
Pembangunan dalam negara baik dari segi ekonomi, sains dan teknologi membawa perubahan besar dalam tadbir urus negara, dalam sistem pendidikan dan sistem kekeluargaan. Dari persepektif ekonomi, apa-apa yang kita inginkan akan dapat diperolehi dengan kekurangan dari sudut yang berbeza atau dikenali dengan ‘opportunity cost’. Dalam erti kata lain, pembangunan negara dari aspek material secara tidak lansung telah mewujudkan kepincangan dalam masyarakat yang lebih mengutamakan desakan-desakan material.
Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
1
Ramlan Hamzah dan Lily Mastura (2006) dan Fakulti Pendidikan Bahasa, Universiti Terbuka Malaysia (2008) telah menyenaraikan perubahan-perubahan yang berlaku kesan dari pembangunan negara. Antara lain, penghijrahan anak muda secara beramai-ramai dari kampung ke bandar kerana mencari pekerjaan. Apabila ini berlaku, hanya ahli keluarga yang telah berusia yang tinggal di kampong tanpa sokongan ahli keluarga yang sihat. Ini jelas digambarkan dalam isu-isu dimedia cetak dan elektronik sebagai contoh rancangan ‘Bersama Mu’ di TV3 yang sering menunjukkan keadaan orang tua yang daif dan keuzuran meminta bantuan.
Yang kedua, perubahan sistem keluarga besar atau keluarga luas kepada sistem keluarga kecil atau keluarga nucleus. Pada masa dahulu, keluarga besar dan harmoni merupakan kebanggaan sesuatu keluarga, malahan kebanggaan sesuatu kampong. Tetapi pada masa kini, perkara itu tidak dihiraukan lagi. Lagi kecil sesebuah keluarga, lagi senang untuk ketua keluarga menguruskan keluarga tersebut terutama dari segi perbelanjaan.
Perkara yang ketiga yang dijelaskan adalah, kewujudan organisasi besar dalam bidang korporat yang mementingkan keuntungan serta kejayaan organisasi dan memberi perhatian kepada individu lalu mendorong kepada rasa terpinggir. Ini dapat dijelaskan dalam pengurusan sumber manusia sesuatu organisasi di mana ‘individual performance’ seorang pekerja akan di nilai untuk ke jawatan yang lebih tinggi atau tangga gaji yang lebih memuaskan. Ini menyebabkan masyarakat terutama dibandar terlampau sibuk mengejar kebendaan menyebabkan mereka sunyi dalam kesibukan.
Yang keempat, nilai kebendaan telah menghakis nilai murni dalam individu dan masyarakat dimana hanya kemewahan yang dikejar tanpa menitikberatkan perkembangan rohani individu dan masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk mencari harta dan membiarkan anak membesar dengan orang gaji dan lansung tidak mempedulikan tentang didikan agama. Lama kelamaan individu itu membesar Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
2
dengan jati diri yang sangat lemah dan mudah di kotak-katikkan oleh anasir luar seperti apa yang berlaku sekarang kepada pelajar-pelajar kita.
Kesan dari perubahan ini?
Kesan dari perubahan-perubahan yang telah dinyatakan adalah isu kesihatan mental iaitu peningkatan stres. Stres adalah tindakbalas psikologi kepada seseorang individu yang tidak berupaya berhadapan dengan perubahan-perubahan ini. Peningkatan stres akan menyebabkan peningkatan penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit jantung dan gangguan emosi.
Pelajar sekolah pula stress, antara lain disebabkan oleh suasana rumah yang sempit dan tidak kondusif, tekanan dari rakan sebaya dan ekspektasi yang terlampau tinggi oleh ibu bapa dan guru terhadap pencapaian akademik. Ini dapat dilihat apabila pelajar sekolah gemar melepak kerana melarikan diri dari rumah yang sempit seperti apa yang berlaku di kebanyakan Perumahan-perumahan Rakyat (PPR) di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Pelajar-pelajar ini berkeliaran tanpa hala tujuan dan sering mengganggu orang awam dan membuat aktiviti vandalisma di sekeliling kawasan perumahan dan di sekolah mereka.
Dari penjelasan ini, dapat diketahui bahawa cara pelajar-pelajar ini menangani stress mungkin berbeza dengan orang dewasa. Cara mereka yang tidak betul inilah yang menjadi punca permasalahan. Mereka lebih cenderung untuk lari dari rumah untuk mengelak kekalutan atau kekecohan yang berlaku dalam keluarga, melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti mengambil atau menghisap dadah dan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah. Pengaruh media juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar melakukan kegiatan tidak bermoral seperti berciuman, melakukan seks bebas, lesbian dan homoseksual. Naluri pelajar sememangnya Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
3
sukakan perkara-perkara yang menyeronokkan dan mereka dapat memuaskan naluri mereka dengan kegiatan-kegiatan begitu.
Ada juga pelajar yang jiwanya kosong dari segi kerohanian, tidak tahu agama dan konsep kendiri yang begitu lemah. Mereka ini pula senang terpengaruh dengan sesuatu yang dapat memuaskan hati dan jiwa mereka yang kosong seperti pengaruh black metal, sekularisma, komunisma, ‘nazism’, kristianiti kepada pelajar Islam dan berbagai lagi fahaman yang menjadi musuh negara. Secara tidak sedar dan bersembunyi pelajar ini menjadi seperti onak dalam daging terhadap kestabilan dan keselamatan negara.
Dengan segala permasalahan yang timbul, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi semakin relevan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini bukanlah tempat dimana segala masalah akan selesai atau tempat untuk menyelesaikan masalah pelajar. Pelajar di bimbing untuk mengenali dirinya, potensi yang ada pada dirinya dan dengan lebih mengenali diri, pelajar itu sendiri akan tahu bagaimana menyelesaikan segala kekusutan yang melanda dirinya.
Ini selaras dengan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan berterusan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
Apa itu Kaunseling?
Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
4
Kaunseling ialah satu proses perhubungan professional antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kerisauan, kebimbangan, kecelaruan dalam membantu untuk memahami dirinya agar ia dapat memilih alternatif-alternatif yang sesuai dengan dirinye ke arah mencapai kesempurnaan kendiri. Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980) mendefinasikan kaunseling sebagai penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan sains dan tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan, keluarga atau perkara interpersonal lain. Kamus Dewan (1998) pula menyatakan kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Mengikut Krumboltz (1965) kaunseling sebagai apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Shertzer dan Stone (1981) merujuk kaunseling sebagai proses interaksi kaunselor dengan klien yang menyediakan hubungan yang bermakna di antara diri klien dengan persekitaran dan dari itu dapat menghasilkan pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai tingkah laku yang dikehendaki pada masa hadapan. Zainal Abidin Ahmad (2002 ) pula mendefinasikan kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan sama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu keceliruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Lily Mastura Harun (2000) menyatakan kaunseling sebagai satu proses perhubungan menolong di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang atau beberapa orang klien yang mengalami gangguan kognitif, emosi dan tingkah laku. Proses kaunseling ini membantu klien menganalisis, membentuk diagnosis serta merawat masalah mereka dengan sendiri. Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
5
Dengan definisi-definisi dan pengertian kaunseling ini dapat dinyatakan yang proses kaunseling membantu pelajar yang berkecaluruan mengenal dirinya dan mengetahui alternatif untuk membuat perubahan diri ke peringkat yang lebih baik, dengan bantuan kaunselor yang terlatih dan mempunyai kemahiran-kemahiran kaunseling. Proses perubahan diri ini hanya akan berlaku bila kaunselor dan pelajar mempunyai hubungan yang kuat dan tahap kepercayaan dan keyakinan pelajar pada kaunselor adalah tinggi.
Bagaimana kaunselor mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelajar?
Kaunselor harus mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelajar apabila betul-betul faham akan prinsip-prinsip dan etika dalam perkhidmatan ini. Ini dapat dirangkumkan dalam analisis SWOT seperti berikut:
Kekuatan (Strength) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Etika dan Prinsip dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu adalah kekuatan perkhidmatan ini. Yang paling utama adalah ‘confidentiality’ iaitu menjaga kerahsiaan klien atau pelajar. Pelajar yang mengalami krisis atau masalah sukar untuk berkongsi dengan mana-mana pihak terutama pihak sekolah. Tetapi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sahaja mereka mendapat ‘assurance’ yang segala apa yang diceritakan akan disimpan rapi oleh kaunselor.
Selain itu, perwatakan kaunselor yang sentiasa mesra dan mudah didekati, perihatin dan empati dan dapat menerima pelajar tanpa apa-apa syarat menggalakkan perhubungan yabg lebih dekat terhadap kaunselor. Ini akan memudahkan lagi proses penerokaan dan seterusnya kaunselor dapat membantu pelajar untuk sama-sama mengetahui cara-cara menyelesaikan sesuatu masalah. Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
6
Kaunselor yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang kaunseling adalah orang yang boleh dipercayai, tidak menghukum, tidak menilai dan tidak mempunyai ‘prejudgement perception’ kepada mana-mana pelajar yang datang berjumpa dengannya. Pelajar dapat merasakan yang kaunselor betul-betul faham akan permasalahan yang dihadapi dan menjadi pendengar yang setia terhadap apa jua yang dicurahkan pelajar tanpa apa-apa prejudis.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah satu perkhidmatan yang tersusun rapi. Segala maklumat tersedia dalam halaman internet Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mana kaunselor tidak ada apa-apa masalah dalam mengetahui maklumatmaklumat terkini perkhidmatan ini seterusnya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelajar. Terdapat satu portal rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling HEM di bawah Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM yang memberikan maklumat-maklumat berkaitan perkhidmatan ini. Di samping itu juga, kebanyakan kaunselor di sekolah menjadi ahli Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang mana banyak informasi-informasi dapat diperolehi. Ini secara tidak lansung meningkatkan kredibiliti seseorang kaunselor.
Kelemahan (Weaknesses) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kelemahan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini adalah adanya sebilangan kaunselor yang tidak mahir dalam bidang ini. Ini berkemungkinan kerana mereka bukanlah dari bidang ini dan tidak mempelajari bidang ini secara menyeluruh semasa di Universiti. Dengan itu mereka tidak mempunyai kepakaran untuk Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
7
menguruskan atau melakukan sesi kaunseling individu atau pun kaunseling kelompok kerana kurang keyakinan.
Disebabkan kurang keyakinan ini, tugas-tugas utama sebagai kaunselor tidak dijalankan sebaliknya tugas-tugas membimbing yang sepatutnya boleh dilakukan oleh PK Hem atau Guru Disiplin dilakukan oleh kaunselor. Dengan ini, kaunselor hilang fungsinya sebagai seorang kaunselor di sekolah. Di samping itu juga, menurut Datin Hajah Norsiah Mohd Yusof, PK Hem di Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Sabah realiti yang berlaku adalah kaunselor-kaunselor sekolah diarahkan oleh Pengetua untuk mengajar kerana kekurangan guru dan amat jarang sesuatu permasalahan pelajar itu dirujuk kepada kaunselor. Jadi, kaunselor dibebani dengan tugas-tugas yang tiada kaitan lansung dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah di pelajari.
Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti bimbingan akademik seperti mengadakan bengkel pembelajaran, teknik menjawab soalan dan teknik belajar kepada pelajarpelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Sasaran pelajar banyak tertumpu kepada pelajar cemerlang. Ini tidak patut menjadi keutamaan semata-mata. Pelajar-pelajar lemah atau kurang bijak juga patut mendapat keistimewaan yang sama seperti pelajar pandai. Terpulang kepada peranan kaunselor tersebut merubah konsep kendiri dan tingkahlaku pelajarnya. Perkhidmatan ini juga kurang diketahui umum. Hanya warga pelajar dan pendidik mengetahui tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini ada ditawarkan di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, sedihnya perkhidmatan ini kurang didedahkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, perkhidmatan Unit Bimbingan Kaunseling di sekolah sepatutnya turut menyediakan perkhidmatan kepada staf sekolah tersebut tetapi ini tidak berlaku. Penglibatan ibu bapa dalam proses kaunseling pelajar juga amat penting dalam memastikan perubahan kepada tingkahlaku pelajar namun Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
8
kebanyakan ibu bapa pelajar bermasalah ini juga bermasalah yang mana mereka juga memerlukan sesi kaunseling bagi pembentukan diri yang lebih baik.
Peluang (Opportunity) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Banyak peluang-peluang yang tersedia dalam perkhidmatan ini. Peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan lagi taraf professional kaunselor dengan menjalankan latihan-latihan yang sesuai amat bertepatan dengan kehendak pelajar masa kini. Dari taklimat yang dipersembahkan oleh En Abdul Rahim Bin Othman, pegawai Bahagian Sekolah KPM pada 29 September 2004 bertajuk Hala Tuju Profession Guru Bimbingan dan Kaunseling Dari Perspektif KPM ada menyenaraikan bagaimana profession ini dapat dimantapkan lagi.
Antara lain, menurut beliau, profesionalisma kaunselor dapat ditingkatkan lagi dengan mengadakan perjumpaan yang lebih kerap pada peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam perjumpaan ini pula, satu jawatankuasa perlu diwujudkan iaitu Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah dan Negeri. Jawatankuasa ini pula boleh menganjurkan kursus atau program peningkatan profesionalisma kaunselor. Ini semua dilakukan bertujuan perkongsian maklumat di antara kaunselor dari sekolah yang berbeza supaya dapat membuat penandaarasan sekolah yang terbaik dan boleh dijadikan contoh dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di daerah atau negeri yang berkaitan.
Selain itu, peningkatan dari segi kerjaya dalam bidang ini juga menjadi fokus kepada KPM. PPD dan JPN digalakkkan member penghargaan kepada kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling. Penghargaan boleh berdasarkan sumbangan guru bimbingan dan kaunseling dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajarnya dan suasana bilik kaunseling yang terbaik iaitu bilik yang kondusif dan Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
9
terpeutik. Dengan ini, kaunselor akan rasa dihargai dan akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar. Yang mendapat hasilnya adalah pelajar di sekolah tersebut kerana permasalahan mereka dapat ditangani dengan professional dan baik oleh kaunselor yang mempunyai motivasi diri yang kuat dan penuh dedikasi.
Disamping itu juga, penyediaan fail meja atau senarai tugas memudahkan kaunselor menunaikan peranan dan tanggungjawabnya sebagai kaunselor sekolah. Ini juga akan mengelakkan profesion ini dipandang sepi dan remeh seperti yang berlaku di awal penubuhannya. Walaupun masih berlaku pada segelintir kaunselor, dengan penyediaan senarai tugas ini, guru-guru lain tidak akan mempertikaikan lagi tugas-tugas kaunselor dengan menyatakan guru bimbingan dan kaunseling tidak mempunyai tugas.
Seperti yang dinyatakan di awal perbincangan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini kurang diketahui umum. Dengan ini, daripada menyalahkan media massa menyajikan pengaruh-pengaruh negatif kepada pelajar, kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling harus bijak menggunakan pengaruh media massa ini untuk kebaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Satu perkembangan yang positif dan menarik bila kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mempunyai laman web sendiri, mahir menggunakan blog sebagai satu platform mendekatkan diri dengan pelajar, mempromosi dan mengiklankan diri mereka dan perkhidmatan bimbingan dan kauseling ini melalui internet memandangkan pelajar-pelajar sekarang yang rata-rata celik IT.
Halangan / Ancaman (Threat) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Memandangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan di sekolah, perkhidmatan ini mungkin mendapat halangan dari organisasi-organisasi atau pihak swasta yang menjalankan kaunseling sebagai pekerjaan utama. Halangan bukanlah Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
10
dari bentuk fizikal tetapi pilihan yang lebih luas kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan. Keburukannya apabila pemilihan yang dibuat oleh pelajar adalah salah sebagai contoh, pelajar-pelajar islam yang bermasalah yang didapati melepak di pusatpusat membeli belah didatangi oleh mubalig-mubalig Kristian dalam usaha mereka menukarkan agama pelajar-pelajar islam.
Halangan juga boleh berbentuk kos. Aktiviti-aktiviti dalam bimbingan dan kaunseling selalunya melibatkan kos seperti menjalankan aktiviti suai kenal, kursus motivasi, bengkel teknik pembelajaran dan teknik menjawab soalan. Kos yang tinggi mungkin menjadi halangan jika ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan atau terpaksa dibubar.
Selain dari itu, halangan juga boleh datang dari pelajar itu sendiri. Pelajar tidak faham kewujudan perkhidmatan ini terutama pelajar-pelajar bermasalah. Persepsi di kalangan segelintir pelajar yang perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah. Pelajar takut untuk berjumpa kaunselor kerana mahu menjaga imej dengan rakan-rakan sebaya. Pelajar yang berjumpa kaunselor, secara automatik akan dilabel sebagai pelajar bermasalah seperti apa yang berlaku pada hari ini. Pelajar masih lagi dibawah tanggapan begitu. Rumusan / Kesimpulan
Sebagai rumusan, isu-isu dan permasalahan pelajar berpunca dari perubahanperubahan dalam ekonomi negara menuju ke negara maju. Perubahan yang berlaku bukan hanya dari segi ekonomi tetapi sosio-politik, masyarakat yang berlandaskan kepada kemewahan dan kebendaan yang terlupa akan kepentingan kekeluargaan. Pelajar bermasalah yang terbiar lemah dari segi rohaninya, kosong kejiwaannya dan kendiri yang begitu malap.
Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
11
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling membantu pelajar mengenali diri sendiri. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat takkan mudah dibuai oleh anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan pelajar seterusnya negara. Disamping itu, perkhidmatan ini perlu banyak pembaikan dari masa ke semasa. Usaha-usaha yang berterusan telah dan sedang dijalankan oleh KPM patut mendapat sokongan dari semua pihak. Anak bangsa adalah harapan negara. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah umpama air yang mengalir di tanah yang gersang..
Sharifah Maizatul Zuraida 751015-08-6298 KPLI JUN 2009/ BDK 1
12