Isu Penyelewengan Akidah Rufaqa'

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isu Penyelewengan Akidah Rufaqa' as PDF for free.

More details

  • Words: 10,763
  • Pages: 47
PENGENALAN

Peranan dunia Islam sebagai peneraju tamadun pembangunan insan dan kebendaan serta peranan akidah Islamiah yang sepatutnya menjadi asas tamadun umat semakin hilang dan mundur. Apatah lagi sebahagian masyarakat Islam kini hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal serta jauh dari pengamalan Islam yang tulen. Kita seringkali dikejutkan dengan munculnya ajaran-ajaran sesat dan terpesong akidahnya, mereka ini sebenarnya secara tidak langsung telah menconteng keindahan Islam di mata dunia. Di Malaysia sahaja pada tahun 2005, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang masih aktif walaupun terdapat pelbagai tindakan undang-undang. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005)

DEFINISI AJARAN SESAT

JAKIM mendefinisikan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Dr. Aminuddin Basir @ Ahmad, Pensyarah Jabatan Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), ajaran sesat ialah segala ajaran yang bertentangan dengan alQuran, as-Sunnah dan ijma’ ulama yang terkeluar.

Manakala Tafsir Pimpinan a-Rahman, halaman 4 mentakrifkan orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau mempelajari sesuatu dengan tidak menurut jalan yang betul.

1

SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH

Menyingkap sirah Nabi s.a.w semasa hayat baginda dan para sahabat, kita dapati tidak berlaku sebarang penyelewengan akidah dan tidak timbul sebarang perkara yang boleh membawa kepada kekeliruan dan perselisihan seperti perkara yang berkaitan dengan qadar, sifat dan zat Allah s.w.t serta nasnas mutasyabihat. Hal ini kerana para sahabat hidup berdasarkan panduan Nabi s.a.w sepanjang masa dan Nabi s.a.w juga berada di samping mereka untuk menjelaskan sebarang kemusykilan yang dihadapi. Seandainya timbul perkaraperkara yang tidak dapat dijelaskan, wahyu akan diturunkan sebagi penjelasan. (Abd Latif Muda et.al., 1998)

Ekoran daripada wahyu dan al-Quran sentiasa diturunkan, segala rancangan jahat orang-orang kafir dan munafik serta bentuk-bentuk akidah yang cuba menyerang dan menyerap masuk untuk merosakkan Islam dan umatnya turut didedahkan. Contohnya tentang golongan munafik sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orangorang yang beriman padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 8 dan 9)

Allah s.w.t juga menegaskan bahawa orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali berdiam diri untuk merosakkan umat Islam. Maka janganlah umat Islam mengambil mereka sebagai teman. Allah s.w.t berfirman maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekal-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...” (Surah al-Baqarah ayat 120)

2

Dan firman Allah s.w.t yang lain maksudnya: “Janganlah orang-orang yang beriman

mengambil

orang-orang

kafir

menjadi

teman

rapat

dengan

meninggalkan orang-orang yang beriman...” (Surah Ali ’Imran ayat 28)

Penegahan tersebut bertujuan menjaga kesucian agama Islam dan menguatkan keyakinan dan kekukuhan iman masyarakat Islam. Mereka yakin sepenuhnya terhadap kebenaran Islam dan al-Quran sebagai kitab yang lengkap. Lantaran itu, sebarang bentuk penyelewengan dan kebatilan akidah tidak dapat menembusi mereka.

Sememangnya Rasulullah s.a.w melarang keras para sahabat daripada membicarakan hal-hal berkaitan akidah apatah lagi bertelingkah tentangnya. Ditambah lagi dengan keyakinan dan kekentalan iman para sahabat kepada Rasulullah

s.a.w

yang

menjadi

benteng

daripada

timbulnya

sebarang

penyelewengan dan kerosakan akidah mereka. Mereka menerima sepenuh keyakinan apa sahaja yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dan kandungan alQuran dan hadis tanpa pernah mempersoalkannya. Mereka juga tidak cuba untuk mentakwilkan sebarang nas yang mutasyabihat sebaliknya menerima maknanya sebagaimana yang dijelaskan.

Namun begitu, kemunculannya dipelopori oleh Musailamatul Kazzab dari Bani Hanifah yang mengaku dirinya sebagai Nabi dan Rasul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. (Datuk Mustafa Abdul Rahman, JAKIM). Unsur dan bibit penyelewengan akidah secara terbuka juga dilihat mula berlaku kesan daripada pertelingkahan politik dan kemunculan puak pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman dan Ali r.a. Hal tersebut juga berlaku ekoran daripada dua faktor utama iaitu kesan penaklukan umat Islam terhadap masyarakat atau golongan bukan Islam dan penaklukan bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Ini disebabkan faktor konteks muslim dengan adat dan tradisi mereka serta percampuran dengan peradaban asing yang menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam.

3

Perluasan wilayah-wilayah Islam memberi kesan yang besar terhadap pemikiran dan keagamaan terutamanya akidah umat Islam seperti pengaruh kebudayaan dan pemikiran masyarakat Rom, Parsi dan Greek (Yahudi). Terdapat sebilangan penganut agama lain memeluk Islam bermotif untuk merosakkan Islam dan umatnya. Maka berlakulah penyusupan unsur Israiliat dalam kebanyakkan tafsir dan hadis. Kesannya, terdapat sebilangan masyarakat Islam yang mulai terpengaruh dengan unsur khurafat dan karut yang mereka pegang. Pemelukan Islam golongan kafir Majusi dan percampuran umat Islam dengan pemikiran Majusi, Kristian, Yahudi dan ahli falsafah telah membuka peluang kepada mereka untuk menyerapkan unsur dalam agama dan ajaran agama mereka dahulu ke dalam akidah Islam. (Abd Latif Muda et.al., 1998)

Di Malaysia, isu penyelewengan akidah atau ajaran sesat bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan, saban waktu media massa memaparkan wujudnya gerakan-gerakan

yang

beriktikad

dengan

aqidah

yang

terpesong

dan

menyeleweng dari aqidah Islamiah yang tulen. Kemunculan gerakan-gerakan ini dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan lama yang mengandungi unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk dengan doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, Neo-Platonisme dan ajaran lain yang meresap dalam Islam. Terdapat juga sebilangan masyarakat di negara ini yang menerima pengaruh kuat daripada tradisi ‘world view’ masyarakat negara jiran iaitu Indonesia. Contoh aliran kepercayaan yang berpengaruh dari negara jiran itu seperti aliran kebatinan yang bercampur-aduk antara tradisi kepercayaan lama dengan tradisi Hindu-Buddha yang kemudian diselitkan dengan unsur-unsur Islam. (Siti Norbaya Abd. Kadir, 2002)

Ajaran sesat di negara ini mulai wujud pada awal abad ke-19 di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dikenali sebagai ajaran Taslim yang diasaskan Haji Mohammad Shafie atau lebih dikenali Haji Ahmad Matahari dan dipercayai adalah ajaran sesat yang paling lama usianya. Kemudian muncul pula

4

ajaran Martabat Tujuh dan ajaran Subud di di Kelantan. Malah dikatakan kemungkinan besar terdapat sekurang-kurangnya sebuah ajaran sesat di setiap buah negeri di Malaysia.(Ab. Rahman Haji Yunus, 1996). Ajaran-ajaran sesat seperti ini telah diwartakan oleh JAKIM antaranya Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya, Syiah, golongan anti-hadis, Ajaran Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Ajaran Ayah Pin, Ajaran Azhar Wahab dan Al-Arqam serta banyak lagi.

5

SEJARAH RINGKAS AL-ARQAM DAN RUFAQA’

Sejarah perkembangan Islam di Malaysia khususnya pada awal 70-an sehinggalah hari ini telah menyaksikan kebangkitan umat Islam dari segenap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang dahagakan kepimpinan dan didikan untuk mengamalkan cara hidup Islam. Tidak hairanlah jika apa jua ajaran yang bermotifkan pada mengagungkan dan menegakkan kalimah Allah mendapat tempat di kalangan umat Islam sama ada dibangunkan secara individu, berjemaah mahupun melalui persatuan.

Ajaran tasawuf dan tarekat di mana-mana pengajian kuliah-kuliah tasawuf menjadi tumpuan bagi kelompok masyarakat tersebut sebagai satu alternatif untuk

membaiki

kelemahan

diri.

Namun

begitu,

ajaran

tarekat

yang

bersumberkan Al-Quran dan as-Sunnah seperti yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar dan tarekat-tarekat muktabar kemudiannya telah diselewengkan dengan unsur-unsur palsu demi kepentingan peribadi oleh pemimpin mereka seperti dakwaan kononnya hanya dirinya dan jemaahnya sahaja yang terpilih untuk mendaulatkan Islam pada akhir zaman. Inilah fenomena yang berlaku dalam Jemaah Al-Arqam sepanjang 26 tahun perjuangan jemaah mereka bermula 1968 sehinggalah dibubarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994.

Al-Arqam diasaskan pada tahun 1968 oleh Ustaz Ashaari bin Muhammad atau dikenali sebagai Abuya di kalangan pengikut-pengikutnya, seorang guru agama rakyat di Sekolah Datuk Keramat dengan kelulusan Thaanawi 4 di Maahad Hishamuddin Klang, Selangor (kini dikenali sebagai Kolej Islam Klang). Ketika itu beliau berusia 30 tahun dan merupakan bekas ahli serta aktivis PAS di Tanjung Karang, Selangor.

“Rumah Putih”, gelaran rumah sewa Cikgu Abdul Rahman bin Shamsuddin di Datuk Keramat merupakan markas pertama dalam sejarah gerakan Al-Arqam yang dijadikan tempat perhimpunan dalam halaqah pengajian

6

fardhu Ain dan usrah manakala halaqah tersebut dinamakan sebagai Jemaah Rumah Putih. Selama dua tahun (1968-1970) beliau dan sahabat-sahabatnya berusaha membaiki diri dengan mempelajari ilmu fardhu ain hasil pengajian kitab kuning dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Ustaz Zakaria Ansari telah mengemukakan cadangan agar nama “Rumah Putih” ditukar kepada Darul Arqam dan cadangan tersebut diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama tersebut kemudiannya dikekalkan sebagai nama rasmi Jemaah Al-Arqam sehingga jemaah tersebut diharamkan pada 1994.

Sekitar tahun 1970, Ustaz Ashaari mula mengusahakan dakwahnya dengan menekankan ceramah-ceramah kesedaran dalam usrah-usrah yang beliau sampaikan.. Kegiatan-kegiatan usrah umum yang diadakan di Masjid Pakistan dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur juga telah menemukan Darul Arqam dengan tokoh-tokoh seperti Akbar Anang dan Hj. Abd Halim Abbas. Markas Darul Arqam kemudian berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar atau Pak Salleh Bakar di Simpang Flat, Jalan Pekeliling.

Peringkat awal Darul Arqam lebih menggunakan pengalaman sedia ada dan identitinya sebagai sebuah pertubuhan masih tidak ketara. Ustaz Ashaari dan sahabat-sahabatnya pernah terlibat dengan Jemaah Tabligh dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Saudara Anwar Ibrahim. Mereka juga pernah bersama sebuah kumpulan (thoifah) yang berpusat di Petaling Jaya yang dipimpin oleh Abdullah Shaarif dan dianggotai tokoh-tokoh seperti Muhd Uthmaan El-Muhammady dan Wan Muhaammad bin Wan Muhd Ali. Malangnya Ustaz Wan Muhaammad telah mengisytiharkan syirik terhadap Jemaah Darul Arqam di Majid Jamek, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1972.

Pada tahun 1972, Al-Arqam mengorak langkah baru dengan mempelopori pembukaan perkampungan Islam pertama di Sg. Penchala, Kuala Lumpur yang dibeli oleh Ustaz Ashaari dan sahabat-sahabatnya secara berkongsi untuk dijadikan tempat tinggal dan markas kegiatan mereka. Berikutan langkah

7

tersebut, maka lahirlah banyak lagi perkampungan-perkampungan Al-Arqam sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Pada tahun 1977, Darul Arqam telah memulakan penerbitan Akhbar AlArqam Shoutul Arqam yang kemudiannya dikenali sebagai Penerangan Arqam yang telah menerbitkan pelbagai majalah Islam, risalah-risalah fardhu ain, bukubuku dan kaset-kaset, ceramah fadhu ain dan nasyid yang diedarkan secara meluas di seluruh Malaysia dan peringkat antarabangsa. Bagi menggiatkan ekonomi Islam, Al-Arqam mula menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Ummah atau Syukbah Ekonomi Al-Arqam yang berpusat di Gombak dan diketuai oleh Akbar Anang pada Mei 1977 untuk menghasilkan dan mengedar produk-produk yang dihasilkan. Pusat Perubatan Al-Arqam juga telah ditubuhkan di Desa Minang dengan diketuai oleh Dr. Nordin Ahmad pada Jun 1978.

Terdapat banyak kegiatan khidmat masyarakat dianjurkan oleh Al-Arqam dalam sejarahnya, antaranya kursus kefahaman Islam yang terbuka kepada umum di Sg. Penchala dan setiap cawangan negeri pada tahun 1985 hingga 1989 serta dipertingkatkan mengikut tahap kesedaran, kefahaman dan kepimpinan. Selain itu, Syukbah Dakwah Al-Arqam telah membuat pengisian ceramah di merata-rata tempat seperti surau, masjid, pejabat-pejabat, kem-kem tentera dan polis dan lain-lain. Mereka juga giat menghantar para pendakwah ke kawasan-kawasan pendalaman Sabah, Sarawak. Mereka kemudiannya mula menghantar delegasi dakwah ke peringkat antarabangsa secara rasmi pada tahun 1982 yang membawa kepada penubuhan markas-markas Al-Arqam di luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, New Zealand, Pakistan, Jordan, Mesir, Britain, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun. Al-Arqam juga telah menarik perhatian orang ramai dengan menganjurkan Pameran “Islam adalah Cara Hidup” di PWTC, Kuala Lumpur pada 1987 buat pertama kali dan dibawa ke seluruh Malaysia dalam bentuk pameran dan ekspo seluruh Malaysia.

8

Namun begitu, sepanjang penubuhannya selama dua dekad, Al-Arqam telah mengalami pelbagai pergolakkan dan krisis dalaman yang berpunca daripada masalah kepimpinan dan penyelewengan dalam jemaah tersebut. Krisis paling besar berlaku pada 14 Mac di mana Akbar Anang dan enam lagi pemimpinnya

telah

pengamalan

Aurad

disingkirkan.

Hal

Muhammadiah.

ini

dipercayai

Disebabkan

isu

berpunca yang

daripada

sama,

pada

pertengahan 1986, Timbalan Sheikhulnya, Ustaz Mokhtar Yaacub turut disingkirkan daripada jemaah tersebut.

Pergolakan sekali lagi berlaku pada akhir tahun 1980-an, Naib Syeikhulnya, Mohd Rosli Yusof mempersoalkan pelbagai amalan kerohanian dalam jemaah Al-Arqam terutamanya “Majlis Yaqazah”. Pendedahan berhubung penyelewengan

akidah

yang

berlaku

di

dalam

jemaah

tersebut

dan

pembongkaran wujudnya angkatan bersenjata, “Tentera Badar” telah mendorong kerajaan Malaysia untuk bertindak.

Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan pengharaman terhadap Al-Arqam dan segala ajaran serta bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pertubuhan tersebut. Manakala beberapa pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 3 September 1994 pulam Abuya Ashaari dan enam orang pengikutnya telah dibawa dari utara Thailand untuk dihantar ke Malaysia dan ditahan di bawah Akta ISA.

Mereka akhirnya dibebaskan selepas 60 hari ditahan dan pengakuan terbuka mereka mengenai penyelewengan yang pernah dilakukan telah disiarkan oleh media massa. Mereka yang dibebaskan telah dikenakan sekatan daerah dan diletakkan di bawah pengawasan pihak keselamatan. Abuya Ashaari dikenakan

sekatan

daerah

Rawang

sepenuhnya pada Oktober 2004.

9

dan

Labuan

sebelum

dibebaskan

Pengharaman dan tindakan ini menyebabkan Jemaah Al-Arqam telah berpecah belah kepada pelbagai kumpulan. Bahkan pengikut setia Ashaari mengambil kesempatan daripada pembebasan mereka dengan berkumpul dan berselindung di bawah logo perniagaan baru yang ditubuhkan pada April 1997 atas nama Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Syarikat ini menumpukan perniagaan berasaskan

pengeluaran

produk

kesihatan

herba

sebelum

berkembang

membuka cawangan perniagaan seperti pasar raya kecil, restoran, kafeteria, makanan, teknologi maklumat, pelancongan, kejuruteraan, butik, pengiklanan, kedai perabot, kilang soya, dobi, kedai buku dan penerbitan media. Mereka juga mendakwa mempunyai lebih 700 buah cawangan perniagaan di dalam dan luar negara yang konsep serta sistem mirip Jemaah Al-Arqam.

Bagaimanapun,

kontroversinya

kini,

Rufaqa

dikatakan

cuba

menghidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiah yang pernah diamalkan oleh Jemaah Al-Arqam. Meskipun penubuhan Rufaqa dan pergerakan Ashaari serta pengikut-pengikutnya sentiada diawasi pihak berkuasa tetapi pelancaran buku tulisan Khadijah Aam, ”Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya dan VCD Ceramah Mejar (B) Abu Zarim Taharem, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa’ Corporation telah memberikan pukulan yang teruk kepada syarikat tersebut.

Kini Ashaari dituduh cuba menghidupkan kembali Al-Arqam dan didakwa masih lagi berpegang dengan ajaran Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan sesat. Apatah lagi dakwaan yang terkandung dalam buku dan VCD ceramah tersebut didapati sangat menyeleweng dan merosakkan akidah umat Islam. Bahkan Prof Abdul Hayyie Abdul Syukor, seorang ulama dan pakar hadith di Malaysia sendiri telah mensifatkan bahawa masalah al-Arqam yang sangat kompleks ini dan merupakan SKANDAL AGAMA TERBESAR DALAM SEJARAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA yang perlu ditangani bersama kerana ia melibatkan akidah umat Islam.

10

SEBAB-SEBAB PENYELEWENGAN AKIDAH RUFAQA’

1. Mendakwa Abuya Mengetahui Perkara Ghaib

Khadijah Aam dalam buku “Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya” mendakwa Ashaari mampu membuat ramalan yang diperolehi daripada mimpi yang benar, kasyaf serta berita ghaib melalui talian roh seperti ilham dan yaqazah. “Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama..” (Halaman 15, para 4)

Ashaari juga sering mendakwa bahawa manusia boleh mengetahui tentang perkara ghaib. Dakwaan ini dapat dilihat dalam VCD kuliah “Hubungan Dengan Mursyid” yang disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zar, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa. Bahkan Ashaari dilihat cuba hendak menggunakan konsep ilmu ladunni, kasyaf, firasat sebagai hujah bahawa manusia boleh mengetahui perkara ghaib. Tindakan Ashaari ini sangat mengelirukan dan bercanggah dengan dalil-dalil yang sahih.

Namun begitu. elemen ’Perkara Ghaib’ ini sangat signifikan dalam akidah Jemaah Aurad Muhammadiah. Ini dapat dilihat dalam dakwaan-dakwaan Ashaari seperti perjuangannya ini dibantu secara ghaib oleh Allah S.W.T dengan bantuan daripada ‘Rijalul Ghaib’ dan ‘Ruh Muqaddasah’. Tidak hairanlah jika Ashaari mendakwa pelbagai perkara ghaib yang berlaku ke atasnya. Ashaari juga mendakwa telah ber‘yaqazah’ dengan insan yang telah wafat dan mati seperti Rasulullah s.a.w dan Sheikh Suhaimi. Malah Ashaari turut mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib berbentuk ’berita-berita tentang peristiwa akan datang’ yang akan berlaku sehingga Ashaari sangat berani merangka JADUAL ALLAH atau SKRIP TUHAN. Maka, Ashaari pun menisbahkan perjuangannya dengan mengikut Jadual Allah yang didakwanya telah diperolehi secara ghaib iaitu melalui ’yaqazah’, ’kasyaf ’ dan firasat.

11

Para pengikutnya menyakini Ashaari mengetahui tahap taqwa seseorang dan mengetahui sejarah dosa seseorang. Mereka juga percaya bahawa Ashaari mendapat ilmu secara ghaib iaitu datang terus secara ’direct’ dari Allah SWT tanpa perlu mempelajarinya. Lebih menyesatkan lagi apabila pengikutnya menyakini Ashaari mengetahui masa dan tarikh bilakah seseorang itu mati dan boleh berbincang dengan malaikat Maut untuk menggantikan dengan orang lain. Malah kononnya Ashaari mengetahui tentang nasib seseorang di alam barzakh.

Persoalannya, benarkah Ashaari mampu mengetahui perkara-perkara ghaib sebegitu sedangkan para rasul sendiri tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali yang dikhabarkan oleh Allah SWT? Jika para rasul yang merupakan utusan Allah SWT dalam menyampaikan syariat-Nya kepada manusia tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, mustahil manusia biasa seperti Ashaari dapat menjangkau batasan-batasan tersebut!

Disebutkan Imam Bukhari dalam Shahihnya dari Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya

telah

datang

sekumpulan

jin

kepada

Nabi

s.a.w

dan

mendengarkan bacaan Al-Quran. Namun Nabi s.a.w. tidak mengetahui kehadiran mereka kecuali setelah diberitahu oleh sebuah pohon (Allah SWT Maha Berkuasa untuk menjadikan pohon itu boleh berbicara). Ini menunjukkan bahawa baginda tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang dikhabarkan dan diwahyukan oleh Allah SWT kepada baginda. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah:

‘Aku

tidak

mengatakan

kepadamu,

bahawa

perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak pula aku mengetahui yang ghaib dan tidak pula aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.’ Katakanlah: ‘Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?’ Maka apakah kamu tidak memikirkannya?” (Al-An’am: 50)

12

Para malaikat adalah makhluk yang dekat di sisi Allah SWT, namun ternyata mereka juga tidak mengetahui perkara ghaib. Ini terbukti di dalam firman Allah SWT ketika pertama kali hendak menciptakan manusia maksudnya: “Dan ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan

memuji

Engkau

dan

mensucikan

Engkau?”

Allah

berfirman:

“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.” (Al-Baqarah: 30-32)

Justeru dakwaan Ashaari tentang wujudnya manusia yang menghilang ke alam ghaib dan menjadi ‘Rijalul Ghaib’ serta manusia yang mati menjadi ‘Roh Muqaddasah’ adalah sangat bertentangan dengan nas. ‘Rijalul Ghaib’ itu tiada lain tidak bukan adalah jin sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6)

Alam ghaib tetaplah ghaib, sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh manusia kecuali apa yang telah Allah SWT beritakan dalam al-Quran dan melalui lidah Nabi semasa baginda hidup. Allah SWT telah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan kepada manusia bahawa tiada seorang pun penghuni langit dan bumi yang mengetahui masalah ghaib kecuali Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang mengaku mengetahui ilmu ghaib, pastinya dia telah mendustakan Allah dan ayat-ayat al-Quran. Allah SWT berfirman:

13

“(Dia adalah) yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhaiNya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya.” (Al-Jin: 26-27)

Kunci-kunci ghaib adalah milik Allah SWT semata-mata. Seorang pun tidak boleh mengetahui perkara ghaib dan hal-hal yang berhubungan dengannya kecuali Allah SWT. Dan Allah SWT telah banyak menegaskan hal ini dalam AlQur`an. Antaranya Allah SWT telah berfirman maksudnya: “Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (An-Naml: 65)

Meskipun Asaari menyatakan dia berhak mengetahui ilmu dan perkara ghaib dengan berhujah dengan ayat 282 dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud, "Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajarimu (ilmu)".

Namun hujahnya adalah tertolak kerana kaedah pendalilan (istidlal) yang salah. Rasulullah s.a.w. telah pun menerangkan pemahaman ayat ini dan telah menentukan cara mencari ilmu yang disyari'atkan dan diwajibkan atas setiap muslim. Seperti sabdanya: "Sesungguhnya ilmu itu (diperoleh) dengan cara belajar." (Hadits Riwayat Daruquthni dalam Al-Ifrad wa al-Khatib dalam Tarikhnya dari Abu Hurairah dan Abu Darda'. Silsilah Ash-Shahihah 342). Adapaun kata ’innama’ (sesungguhnya) di sini adalah untuk ‘membatasi’ dan dijelaskan bahawa ilmu hanya akan diperolehi dengan cara belajar.

Justeru, tidak syak lagi bahawa segala dakwaan yang berkaitan dengan perkara ghaibiyat dan alam ghaib adalah menyeleweng dan menyesatkan. Ini kerana para Nabi, Rasul dan Malaikat tidak mengetahui perkara ghaib melainkan apa yang Allah S.W.T beritahu kepada mereka. Apatah lagi kita manusia biasa,

14

lebih-lebih lagi Allah S.W.T tidak memberitahu sesuatu pun melainkan apa yang telah dikhabarkannya dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w semasa baginda masih hidup.

2. YAQAZAH

Ashaari berkeyakinan bahawa pertemuan dengan roh Rasulullah s.a.w selepas kewafatan baginda adalah suatu yang harus berlaku. Beliau berhujah dengan pandangan Al-Imam Abdul Wahab Ash-Sha’rani dalam kitab Al-Mizan, juzuk pertama muka surat 38 dan 39 iaitu “Hukum-hukum yang mereka keluarkan adalah bersumberkan Al-Quran (Kitab Allah) dan sunnah Nabi s.a.w (hadis), perkataan sahabat, imam mujtahid dan kasyaf. Kasyaf itu ialah bertemu secara langsung dengan roh Rasulullah s.a.w dan bertanya “Wahai Rasulullah, adakah ini (Al-Quran dan hadis) daripada engkau atau tidak?”

Kitab Al-Mizan juga membawa pengakuan beberapa ulama seperti Imam Sayuti, Syeikh Abu Hassan As-Sazuli bahawa mereka pernah bertemu dengan Rasulullah secara ‘yaqazah’ selepas kewafatan baginda di zaman mereka. Ashaari

mendakwa

bahawa

dalil

dan

hujah

yang

dipegang

dalam

mempertahankan ‘yaqazah’ adalah ijtihad ulama’ sepertimana yang didakwa oleh Imam Abdul Wahab As-Sha’rani dalam kitab Al-Mizan. Namun hakikat sebenarnya, perkara tersebut tidak pernah diijma’kan oleh para ulama.

‘Yaqazah’

wujud

kerana

hasil

keyakinan

Ashaari

dan

pengikut-

pengikutnya terhadap ajaran Aurad Muhammadiah. Ini kerana dalam Aurad Muhammadiah terdapat fakta yang menyatakan tentang asal-usul pengambilan Aurad itu yang diambil oleh Sheikh Suhaimi daripada Rasulullah s.a.w secara jaga (secara yaqazah) dalam kaabah pada abad ke 20 iaitu setelah beribu tahun Rasulullah s.a.w. wafat dan menyempurnakan Islam.

15

‘Yaqazah’ di dalam Al-Arqam dikatakan melalui perantaraan di mana Ashaari telah menggunakan perantaraan seperti Azura, Tabib Abd Razak dan Sha’ari untuk berdialog dengan Syeikh Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana mereka dapat berbual dengan roh yang hadir sedangkan Ashaari tidak dapat berbuat demikian. Namun begitu, pengakuan Azura ketika dalam tahanan ISA telah membongkar penipuan tersebut. Beliau mendakwa ‘yaqazah’ tersebut sengaja diada-adakan oleh beliau semata-mata untuk mendapat keistimewaan daripada Ashaari dan Al-Arqam. Selain itu, Ashaari juga telah membuat rakaman kaset dialog beliau dengan Rasulullah s.a.w dengan menggunakan suara beliau sendiri walaupun asalnya dialog tersebut dilakukan dengan perantaraan Azura. Beliau juga dikhabarkan melakukan ‘edit’ pada setiap kesalahan rakaman tersebut. Walau bagaimanapun, dialog tersebut pernah disiarkan dalam siaran berita TV1, TV2 dan TV3 dengan arahan kerajaan untuk membongkar penyelewengan Al-Arqam.

Khadijah Aam dalam bukunya “Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya mendakwa Rasulullah berjumpa, berkomunikasi serta membawa berita bahawa Abuya adalah Putera Bani Tamim. “…Rasulullah mendatanginya, bercakap-cakap padanya, memberi panduan dan beritaberita…”

Perihal ‘yaqazah’ ini bertentangan dengan pegangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Persoalan Roh adalah rahsia mutlak Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (al-Israa’: 85)

Nas al-Quran dan hadis yang sahih menerangkan bahawa roh itu kekal. Ada roh yang akan mendapat nikmat berdasarkan amalan baik di dunia, begitu juga sebaliknya. Allah SWT telah menyatakan perihal roh dalam firman-Nya bermaksud: “Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu

16

yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.” (al-Waqi`ah: 83-84)

Dalil di atas menunjukkan bahawa roh adalah sesuatu yang dikirim dan ditempatkan Allah dalam tubuh manusia. Jasad itu hidup disebabkan kewujudan roh dan apabila ajalnya telah sampai, maka keluarlah roh dari tubuh dan itulah saat kematian. Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata dalam bukunya al-Ruh: “Ada segelintir masyarakat mendakwa bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah mati. Adakah dakwaan ini benar? Terdapat golongan yang membenarkan, bahawa penemuan roh orang hidup dengan orang mati sama seperti orang hidup bertemu. Ini bersandarkan dalil yang maksudnya, "Allah (yang Menguasai segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (az-Zumar : 42)

Berdasarkan ayat di atas, Ibnu Abbas berkata: “Telah sampai kepadaku berita bahawa roh orang yang hidup dengan orang yang telah mati selalu bertemu di waktu tidur lalu mereka pun bertanya-tanya antara satu dengan yang lain, maka Allah akan menahan roh orang mati dan dilepaskkan-Nya pula roh orang hidup kembali ke jasad masing-masing.” Ini menunjukkan bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah mati hanya di dalam mimpi ketika tidur sahaja Oleh itu, golongan yang mendakwa mereka dapat bertemu dengan Rasulullah atau roh baginda dalam keadaan jaga adalah satu bentuk penyelewengan akidah.

Ashaari dalam bukunya 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' telah menggunakan beberapa hujah bagi membolehkan manusia bertemu

17

Rasulullah s.a.w., para Nabi, para wali, shuhada’ dan solihin secara jaga. Bahkan mereka juga boleh meminta pertolongan (istighathah) daripada mereka, walaupun mereka telah meninggal dunia. Ashaari menegaskan bahawa orang yang telah mati (pada jalan Allah) itu masih hidup. Oleh itu, tidak mustahil ia boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara sedar dan berhujah dengan ayat 154 dalam Surah Al-Baqarah maksudnya; “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati; bahkan mereka orang-orang yang hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

Pandangan dan akidah Ashaari sangat bertentangan dengan pendapat ulama-ulama tafsir seperti Ibnu Kathir. Beliau menjelaskan bahawa golongan yang dimaksudkan adalah para syuhada’ yang terbunuh ketika membela agama Allah SWT. Sesungguhnya mereka itu tidak mati tetapi hidup di alam barzakh. Pendapat Ibnu Kathir ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berbentuk burung hijau bersuka ria dalam syurga sesukanya. Kemudian kembali ke sarangnya yang tergantung di bawah Arasy. Pada suatu ketika Allah menjenguk mereka dan bertanya: “Apakah yang kamu inginkan?” Jawab mereka, “Apa pula yang kami inginkan, sedang Allah telah memberi kepada kami yang tidak diberikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu.” Kemudian diulang kembali pertanyaan itu kepada mereka, kemudian kerika mereka merasa harus diminta, maka mereka berkata: “Kami ingin Allah megnembalikan kami ke dunia untuk ikut berperang fi sabilillah sehingga terbunuh untuk-Mu sekali lagi. Mereka meminta ini kerana sudah mengetahui pahala orang mati syahid.” Maka Allah yang Maha Agung menjawab: “Sesungguhnya aku telah menetapkan bahawa orang yang telah mati tidak dikembalikan ke dunia lagi.” (Sahih Muslim, No. Hadith: 1502 – 1503)

Justeru para ulama mufassirin menafsirkan ‘hidup’ para anbiya’ dan syuhada’ itu adalah hidup di alam ghaib iaitu di alam barzakh denan keadaan dan kaifiyat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah. Oleh itu, roh

18

mereka tidak boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara jaga. Yang boleh, hanyalah pertemuan menerusi mimpi. Maka, tertolaklah hujah Ashaari.

Menurut ulama hadith, Muhammad bin `Ulan al-Siddiqi al-Syafi’e al-Asy’ari (Meninggal 1857M) dan Muhammad Ali al-Shafie al-Syanawani (Meninggal 1233H), ’yaqazah’ (pertemuan secara jaga) dengan Rasulullah s.a.w hanya berlaku pada hari kiamat kelak, bukannya di dunia ini. Oleh itu, dakwaan syeikhsyeikh tarikat bahawa wirid dan zikir ini diambil dari Nabi s.a.w. secara langsung dalam Kaabah bukanlah wirid dan zikir yang ma’thurah bahkan tidak pula syariat mahupun sunnah Nabi s.a.w. kerana ia tidak terdapat dalam nas-nas syarak.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan manhaj Ahli Sunnah tentang ’yaqazah’: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sesudah baginda wafat, tidaklah lagi dilihat (oleh umat) dalam keadaan jaga. Kiranya umat Islam boleh menerima mimpi sebagai suatu sumber tasyri’ (pembentukan hukum hakam) dan kemudian kita boleh berdialog serta bercakap dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan jaga untuk menanyakan sesuatu soalan keagamaan di mana keadaannya telah pun smepurna sebelum kewafatan baginda maka ini bererti memberi ruang kepada orang jahil dan orang yang mempunyai niat buruk untuk membuat sesuatu dakwaan palsu dengan menambah syariat yang baru.”

Dari fakta dan dalil yang kami utarakan ini jelaslah bahawa Ashaari tidak merujuk kepada kitab tafsir dan hadith yang muktabar dalam mentafsirkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sebaliknya menafsirkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w mengikut kepentingan peribadinya semata-mata bagi mengukuhkan

kepercayaan

pengikut

terhadap

semua

pendustaannya.

Kepercayaan ini sekaligus menafikan sifat amanah dan tabligh Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah tauhid dan syariat dan menafikan ayat alQuranyang bermaksud: “Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma`idah: ayat 3)

19

Mufti perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ketika diminta mengulas perihal ‘yaqazah’ menyatakan bahawa perkara itu hanyalah rekaan semata-mata. Jika mereka mengaku yaqazah itu benar-benar berlaku, bererti perkara tersebut daripada syaitan. Mereka yang dapat berjumpa dengan Nabi secara jaga hanyalah para sahabat kerana yang ditakrifkan dengan Sahabat Nabi s.a.w ialah orang yang pernah berjumpa dengan Nabi, beriman dengannya dan mati dalam keadaan iman. Oleh itu, sesiapa yang mendakwa pernah berjumpa dengan Nabi secara sedar beerti dia mendakwa masih ada sahabat selepas daripada zaman kemudian. Dakwaan ini sangat bahaya kerana sekiranya dalam agama ini ada kaedah di mana manusia boleh berjumpa Nabi terus secara jaga, maka tidak perlulah Nabi meninggalkan hadis kepada kita malahan jika ada masalah kita boleh terus merujuk kepadanya. (Majalah i, Februari 2007)

Kesimpulannya, orang-orang yang bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan benar-benar dapat menemui baginda secara hidup hanya kepada para sahabat yang hidup sezaman dengan baginda sahaja. Bagi mereka yang tidak hidup sezaman dengan baginda, jika mereka bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w., maka mereka hanya akan dapat melihat baginda secara nyata di akhirat kelak. Oleh itu, dakwaan golongan yang mengaku berjumpa Rasulullah s.a.w. secara jaga, tidak boleh diterima lebih-lebih lagi ia menerima ajaran baru dari Rasulullah s.a.w sedangkan Islam telah pun sempurna.

3. Tawassul

Tawassul bermaksud mendekatkan diri sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud "…dan memohon wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb mereka.”

Tawassul yang disyariatkan adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang Dia cintai dan Dia redhai berupa ibadah-ibadah yang wajib

20

dan sunnah, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan seperi bertawassul kepada Allah SWT dengan mengasihi dan beriman kepada RasulNya s.a.w, mengikuti syariat-Nya kerana ini termasuk amalan-amalan soleh yang terbesar dan antara ibadat yang paling utama. (Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz)

Dalam bertawasul ini, Ashaari dan ahli Rufaqa berpegang bahawa tawasul merupakan suatu perkara yang diharuskan dalam ajaran Islam sebagaimana pegangan ahli-ahli sufi dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah bahkan beramal dengannya bagi orang awam adalah sunat.

Pada peringkat awal, ahli Rufaqa bebas memilih untuk bertawasul dengan apa jua bentuk tawasul yang diharuskan tetapi secara beransur-ansur mereka hanya bertawasul melalui Ashaari kerana mereka percaya bahawa beliau merupakan orang yang dijanjikan pada zaman ini yang bertaraf seorang wali Allah, Mujtahid, Mujaddid, Wazir Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim yang mempunyai kemuliaan yang tinggi di sisi Allah dan segala permohonan beliau kepada Allah SWT dengan bertawasul melaluinya akan termakbul lagi mustajab. Peribadi Abuya diibaratkan dengan salinan kepada peribadi Rasulullah s.a.w kerana beliau sangat menjaga sunnah Rasulullah dan sanggup berjuang untuk menegakkannya pada akhir zaman melalui Aurad Muhammadiah.

Tawasul dalam Rufaqa bukan sahaja digalakkan dalam keadaan yang memerlukan bahkan telah bertukar kepada ‘fanatik’ dalam bertawasul. Pengikutnya digalakkan bertawasul dalam semua keadaan seperti memasak, menulis, berdakwah, beribadat khususnya dalam sembahyang bagi mendapat khusyuk dan sebagainya. Hal ini juga dilakukan bagi mendapat kejayaan dalam sesuatu perkara yang diusahakan seperti program dan projek. Oleh itu, pengikutnya dikehendaki bertawasul dengan berkat Ashaari kerana keengganan bertawasul

dengannya

akan

mengakibatkan

kegagalan

lantaran

tiada

keberkatan. Beliau mendakwa bertawasul dengannya mendekatkan diri dengan

21

orang yang bertawasul kepada Abuya, Syeikh Suhaimi, Rasulullah s.a.w dan akhirnya mendekatkannya kepada Allah SWT.

Kandungan VCD ceramah yang disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zarim Taharem,

salah

menunjukkan

seorang

bahawa

pemimpin

penceramah

kanan terlalu

Rufaqa’

Corporation,

mengagung-agungkan

jelas Abuya.

Contohnya jika seseorang menyeru nama Ashaari, maka datanglah pertolongan secara ghaib tanpa disangka-sangka. Bagi mengukuhkan hujahnya, penceramah menceritakan Ashaari pernah bertanya bagaimana jika berada di dalam hutan dan tiba-tiba terjumpa harimau. Ashaari mencadangkan agar beliau menyeru nama Sayyidi Syeikh atau Ashaari, maka pasti seseorang itu akan mendapat bantuan dari jin atau karamah dari ‘orang alim’ tersebut. Sekiranya tiada bantuan ghaib, maka seseorang itu bukanlah jemaah kebenaran.

Doktrin sesat dan menyeleweng ini diajarkan kepada pengikut-pengikut Rufaqa supaya mereka menyokong Ashaari tanpa berbelah bahagi. Walhal segala bentuk penyamaan Allah dengan selain-Nya dalam ibadah dan ketaatan adalah perbuatan syirik terhadap-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doanya) sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) do'a mereka." (Al-Ahqaaf : 5)

Hal ini juga bertentangan dengan tawasul yang dibenarkan kerana Islam melarang umatnya bertawasul kepada Allah dengan hal-hal yang tidak diredhainya, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan. Di antaranya tawassul dengan berdoa kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir, memohon keselamatan dengan perantaraan mereka dan sejenisnya. Semua perbuatan itu adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam dan bertentangan dengan tauhid. (Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid)

22

Pengakuan bahawasanya hanya Allah SWT yang memberi manfaat, memberi mudharat, memprkenan doa ketika kesusahan termasuk dalam Tauhid Rububiyyah. Oleh itu, berdoa kepada Allah untuk memohon, meminta sesuatu atau meminta diselamatkan dari bahaya atau doa ibadah seperti rasa tunduk dan pasrah di hadapan Allah, kesemuanya itu tidak boleh dialamatkan kepada selain Allah SWT. Memalingkannya daripada Allah boleh membawa syirik dalam berdoa sebagaimana Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Allah berfirman: "Dan Rabbmu berfirman:"Berdo'alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan bagimu.

Sesungguhnya

orang-orang

yang

menyombongkan

diri

dari

menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina…" (AlMukmin : 60)

Bahkan Allah SWT menganggap orang yang berdoa kepada selain-Nya, bererti telah mengambil sembahan selain-Nya. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apaapa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada menmendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui”. (Faatir : 13-14)

Allah SWT menjelaskan dalam ayat ini bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Berkuasa dan mampu mengurus segala-galanya dan pengakuan terhadap keesaan-Nya

dalam

memberi

manfaat,

memberi

mudharat

dan

memperkenankan doa hamba-Nya termasuk dalam Tauhid Rububiyyah. Hal ini kerana makhluk-makhluk ciptaan-Nya tidak mampu mendengar doa apatah lagi berkuasa mengabulkan doa tersebut. Sekalipun mereka dapat mendengar, mereka tidak akan mampu mengabulkannya kerana mereka tidak memiliki kemampuan untuk memberi manfaat atau mudharat dan tidak memiliki kemampuan atas hal tersebut.

23

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata : "Tidak terdapat para sahabat yang melakukannya dalam doa istisqa’ dan seumpamanya, tidak ketika hayat beginda tidak juga setelah kewafatan baginda, tidak di kubur baginda tidak juga di tempat lain. Tidak terdapat sesuatupun (tawasul dengan Nabi saw) dari doa-doa yang masyhur di antara mereka (para sahabat). Adapun yang disandarkan dalam perkara ini adalah dari hadis-hadis yang lemah atau dari orang yang perkataannya tidak boleh dijadikan hujah..."

Amalan tawasul ajaran Ashaari telah melampaui batas sehingga mengagungkan peribadinya sehingga meletakkan dirinya ‘mahfuz’ terpelihara dari segala kesalahan. Penggunaan gambar-gambar beliau secara meluas dipercayai membawa berkat. Ashaari tidak menegah kemungkaran yang berlaku seperti kefanatikan pada peribadi beliau dan tawasul yang berlebihan kerana semua itu memberi manfaat bagi beliau. Hal ini menunjukkan beliau tidak telus dan jujur dalam perjuangan beliau. Bahkan beliau sanggup menggadai akidah pengikut-pengikutnya.

4. Menangguhkan kematian

Para pemimpin dan pengikut Rufaqa sangat mempercayai malah bersungguh-sungguh

mempertahankan

kebolehan

Ashaari

dalam

menangguhkan ajal seseorang setelah berbincang dengan Allah terutamanya jika seseorang itu penting bagi perjuangan mereka. Mereka berpendapat ajal boleh ditangguh kerana kita boleh berdoa agar umur panjang. Oleh itu, Allah akan memanjangkan umur meskipun ajal sudah hampir tiba.

Khadijah Aam dalam bukunya yang penuh kontroversi, “Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya” mendakwa Ashaari mampu menangguhkan kematian seseorang. “Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa jua masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah

24

ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allahlah yang mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi, Allah itu meluaskan

agama-Nya

dengan

mengizinkan

hamba-hamba-Nya

untuk

berurusan dengan ‘pegawai-pegawai tadbir-Nya’ dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.”

Di dalam VCD ceramah Mejar (B) Abu Zarim, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa Corporation menggambarkan betapa dekatnya martabat Ashaari dengan Tuhan sehingga beliau mampu mengubah keputusan Allah. Ashaari juga dikatakan boleh memohon supaya Allah menangguhkan kematian seseorang dalam jemaahnya apabila ajal mereka hampir tiba.

"Sampai masa nak mati ajal, abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?Sekiranya kita mati baik atau keadaan Husnul Khatimah, Abuya kata, Tak apalah, silalah. Tapi Abuya rasa kita mati belum selamat lagi, masih banyak lagi mazmumah, Abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana siapa ganti? Hah, gantilah dengan siapa siapa yang lain, anak buah yang dah ‘siap’ yang dah takwa ataupun anak-anak yang bertakwa, isteri-isteri yang bertakwa. Ambil dulu ganti. Bagi masa untuk dia siapkan diri. Sayid Nizam tu (anak kedua Abuya) Patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah bukan senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri Abuya yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam roh. Mati kita Abuya boleh tangguhkan. Supaya mati kita tu selamat.”

25

Dakwaan Ashaari tentang kebolehannya menangguhkan kematian seseorang malah menukarnya kepada orang lain dan keistimewaan martabatnya sehingga boleh berbincang dengan Allah SWT dalam urusan kematian para pengikutnya secara langsung telah menganggap dirinya sangat penting dalam urusan tadbir Allah terhadap makhluk adalah sangat menyesatkan. Hal ini bertentangan dengan konsep sebenar Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan hanya Allah SWT berkuasa mutlak untuk menghidup dan mematikan hambanya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah". Maka Katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?" (Yunus: 31)

Meyakini bahawa ajal boleh ditangguh bermakna mengingkari nas dari alQuran dan hadis kerana ajal merupakan ketetapan dan hak mutlak urusan Allah. Para nabi dan rasul hatta para malaikat sendiri tidak pernah mencampuri urusan tersebut, apatah lagi berbincang-bincang dengan Allah. Masakan Ashaari boleh mendakwa beliau mampu memohon ditangguhkan ajal dan berbincang dengan Allah? Hakikatnya Allah SWT sendiri dan menyendiri dalam semua urusan-Nya tanpa melibatkan sesiapapun daripada makhluknya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih

dengan

memuji-Mu

dan

mensucikan-Mu?".

Tuhan

berfirman:

"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah : ayat 30)

26

Ajal merupakan satu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tarikh, tempat, waktu dan bagaimana cara kematian itu adalah hak mutlak urusan-Nya. Setiap orang telah ditulis tempoh ajalnya secara tepat dalam pengetahuan Allah, tidak boleh diawalkan apatah lagi dilewatkan meskipun sesaat. Penentuan dan ketetapan itu adalah hak mutlak milik Allah dan tiada seorang pun yang mampu melarikan diri dari ketentuan-Nya apatah lagi mengelak atau menukarkan kepada orang lain. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A’raf : 34)

Dan firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan” (Al-Waqiah: ayat 60)

Daripada kedua-dua ayat tersebut, Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir alAzhim menyatakan bahawa urusan ajal seseorang itu tidak mungkin akan berubah daripada ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Setiap orang sudah ditentukan ajalnya dan tidak akan diawalkan atau dilewatkan daripada detik yang Allah SWT tetapkan. Ini bermakna tiada sesiapa yang boleh mengalahkan Allah atau mencampuri urusan Allah dalam perkara kematian makhluk-makhluknya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ada menyebut:

 ‫    ل  أ    ا أ    أ‬،‫ إ اه ار‬ *  +,-! ‫ أن‬/  :‫ل‬#$! % ‫ و‬% ‫' ا‬%( ‫ل ا‬# ‫ ) ر‬:‫ه!ة ر ا  ل‬ ".‫ ر‬01%* /‫  * أ‬2,! ‫رز وأن‬ Maksudnya: “Sesiapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,

maka

hendaklah

dia

menyambung

kekeluargaan).”

27

silaturrahim

(hubungan

Konsep ‘panjang umur’ menurut fahaman Ashaari daripada hadis tersebut adalah menyimpang dan bertentangan dengan nas-nas qat’ie dan jelas serta keterangan yang dikeluarkan oleh seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Daripada hadis tersebut, Ashaari berhujah ajal boleh ditangguh kerana kita berdoa agar dipanjangkan umur.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, seorang muhaddith bermazhab Shafie menyatakan konsep ‘panjang umur’ dalam hadith tersebut bermaksud ”seseorang itu diberi keberkatan dalam umurnya dengan diberikan taufik untuk melakukan ketaatan dan mengisi waktu dengan apa yang diberi manfaat kepadanya pada Hari Akhirat”. Contoh ‘keberkatan umur’ yang dimaksudkan seperti Allah SWT memberikan malam Lailatul Qadar kepada manusia bagi menyamai ibadah umat terdahulu yang panjang umurnya. Maka, samalah sebagaimana orang yang menyambung silatur rahim, mereka diberi taufik untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dijaga oleh Allah daripada melakukan maksiat dan diingati selepas kematiannya kerana silatur rahim tadi. Di antara taufik yang diberikan kepada orang yang menyambung silatur rahim itu seperti ilmu yang dimanfaatkan selepas kematiannya, sedekah jariah dan zuriat yang soleh yang sentiasa mendoakannya. (Fathul Bari; Juzuk 10: halaman 416)

Malah Rasulullah s.a.w juga tidak menggalakkan umatnya memohon ajal yang sudah pasti dan tak dapat diubah kerana detik waktunya sudah ditetapkan. Hal ini kerana ajal tidak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tidak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Maka lebih baik memohon kepada Allah akan perlindungan dari seksa neraka atau dari seksa kubur.

Kesimpulannya, ijma’ seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat berpendapat ‘panjang umur’ bermaksud keberkatan usia, tidak sakit dan diberi kekuatan untuk beribadah. Bukannya ajal dilewatkan atau ditukarkan kepada

28

orang lain.. Mengingkari hakikat ini boleh mengeluarkan kita dari Ahli Sunnah dan memesongkan akidah kerana terkeluar dari tafsiran yang dibuat oleh Nabi s.a.w, para sahabat dan salafus soleh.

5. Terlalu Mengagungkan (Ghuluwwun) Abuya Ashaari Ghuluw ialah sikap yang berlebih-lebihan dalam agama dan merupakan penyakit yang sangat berbahaya dalam sejarah agama-agama samawi. Malah dengan sebab ghuluw, zaman yang penuh dengan tauhid kepada Allah SWT sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga diutus Nabi Nuh a.s berubah menjadi zaman yang penuh kesyirikan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas r.a. (Syeikhul Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab)

Fenomena ghuluw ini berlaku dalam Rufaqa secara berperingkatperingkat sehinggalah ke tahap melampaui batas. Kedudukan Ashaari di mata pengikutnya sentiasa meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Daripada seorang ustaz, meningkat menjadi

mudir,

wali, Imam, Amir

Muhammadiah, Sheikhul Arqam dan akhirnya meningkat sampai ke taraf 'pembantu Imam Mahdi' dengan gelaran Pemuda Bani Tamim. Kenyataan ini dapat dilihat dalam semua buku karangan Asaari atau buku dan majalah yang diterbitkan mengenainya bermula awal tahun 1990-an.

Pada tahun 1993, suatu perhimpunan diadakan di Jordan. Dalam sesi dialog di sana, beliau telah ditanya mengenai kaitan Pemuda Bani Tamim dengan bangsa Quraisy keturunan Rasulullah. Ashaari menjawab; "Orang penting di zaman Rasulullah s.a.w. terdiri daripada Bani Tamim, kaitannya: Rasulullah = Bani Hashim + Imam Mahdi = Bani Hashim, Abu Bakar al-Siddiq = Bani Tamim + Pemuda Bani Tamim = Bani Tamim." (Abuya: Mesej Ummah ke Bumi Syam, 1993, 17) Pengikut yang jahil akan taksub dengan kenyataan tersebut tanpa mengetahui bahawa sebenarnya sifir itu salah dan faktanya telah

29

diputar belitkan. Walhal Abu Bakar al-Siddiq adalah dari Bani Taiyim bukan Bani Tamim seperti yang didakwa oleh Ashaari.

Ashaari juga mengatakan jalan pintas untuk menjadi orang soleh adalah dengan mencintai Pemuda Bani Tamim iaitu dirinya sendiri. Manakala pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Ashaari di kalangan pengikut-pengikutnya dapat dilihat berdasarkan kepercayaan mereka yang terpesong antaranya:

a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman. b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati. d. Abuya dikurniakan ilmu ladunni dan kasyaf di mana dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta fitnah terhadap ahli Arqam yang telah keluar dari jemaahnya. e. Abuya adalah sumber berkat. Justeru apabila sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu." Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata, "Ini berkat Abuya atau berkat Sheikh Suhaimi.” f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai. g. Abuya adalah Sohibuzaman atau pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.

30

Tambahan lagi, ahli Rufaqa sememangnya begitu yakin dan percaya bahawa Ashaari adalah sumber berkat, sumber minda dan saluran mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana Ashaari berusaha mengenalkan Allah SWT dan Rasul kepada manusia. Jadi Allah pun berhak membalas jasanya dan memperkenalkannya kepada manusia. Oleh itu, kenal dan cinta pada Ashaari menjadi antara syarat taqwa. Bagi orang yang cinta dan mengharapkan Ashaari, dia akan berjaya dan memperolehi berkat di dunia dan di akhirat. Perkara-perkara yang pelik-pelik (Khawariqul Adah) sering menjadi mainan dan basahan mulut mereka. Pengagungan terhadap Ashaari ini sememangnya sudah melampaui batasan syarak. Di antara syarat-syarat cinta kepada Ashaari ialah:

1. Mesti mengamalkan Aurad Muhammadiah lima kali sehari. 2. Mesti faham dan memperjuangkan minda Abuya. 3. Mesti membantu perjuangan Abuya. 4. Sentiasa mendoakan Abuya. 5. Menghormati dan memuliakan Abuya dan keluarganya.

Rasulullah s.a.w sebagai seorang Rasul utusan Allah, yang bersifat maksum dan dijamin syurga oleh Allah SWT sendiri melarang umatnya mengagung-agungkan dirinya sebagaimana disebutkan di dalam hadis baginda s.a.w:

.# ‫ ا ور‬- ‫ا‬##$* - 6‫ أ‬6‫رى ا ! إ‬1‫ت ا‬9‫ آ أ‬6‫ <;و‬ Maksudnya: “Janganlah kamu melampaui batas dalam memuji-mujiku seperti orang-orang Nasrani melampau batas memuji Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah, “Hamba Allah dan Rasul-Nya.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Para ulama seperti Yusuf al-Qardhawi menegaskan bahawa hukum pemujaan dan pendewaan yang bersifat keterlaluan kepada mana-mana

31

pemimpin atau terhadap orang-orang soleh adalah syirik dan membawa kepada kesesatan yang nyata. Ia sifat keterlaluan, melampaui batas dalam urusan agama atau memuja seseorang tanpa batas yang sebenar dan ia boleh membawa seseorang itu kepada kekufuran. Allah SWT telah mengingatkan dalam Al-Quran tentang ghuluw ini dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu dengan cara yang tidak benar, janganlah kamu menurut hawa nafsu sesuatu kaum yang telah tersesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang lurus.” (al-Maidah: 77)

Jika dilihat dalam konteks Rufaqa, mereka melakukan perkara yang hampir sama seperti beristighathah (menyeru meminta tolong) sebelum takbiratul ihram dengan nama Ashaari agar ibadah yang dilakukan akan dapat dipersembahkan oleh Ashaari kepada Allah. Mereka membawa gambar Ashaari dan menatapnya apabila hendak bertawasul dan beristighathah. Gambargambar beliau juga digantung sebagai pin ”Tie”, poster, muka depan dalam buku-buku, majalah-majalah terbitan Rufaqa kerana mereka percaya ianya dapat membawa berkat. Bahkan kebanyakkan pemimpin Rufaqa malah pengikutpengikutnya meletakkan gambar potret Ashaari di bahagian hadapan tempat solat di rumah mereka agar dengan itu mereka akan sentiasa mengingati Asaari dan 'kehebatan' ibadahnya sewaktu mereka beribadah. Inilah benih-benih subur al-Ghuluw dalam Rufaqa yang sangat menyesatkan.

Walaupun mereka percaya bahawa Allah SWT merupakan Tuhan sekalian alam, pengagungan pemimpin yang melampau telah menyebabkan mereka berlaku syirik dengan menduakan Allah sebagai Tuhan yang berkuasa sepenuhnya dan penentu segala sesuatu. Malah mereka mempercayai bahawa Abuya iaitu pemimpin mereka boleh mengubah keputusan Tuhan dan

32

menentukan nasib mereka apabila berada di dalam kesusahan. Maka haruslah kita ingat sabda baginda Rasulullah s.a.w.:

. ِ !ْ? ‫ *ِ ا‬#? %ُAُ ْ ِ ْ Bُ %َْ-َ ‫ َ ْ آَ َن‬D َ %َ‫َ َه‬6EFِ *َ ِ !ْ? ‫ *ِ ا‬#E %ُAُ ْ‫ ُآ ْ َوا‬E!‫ِإ‬ Maksudnya: “Hati-hatilah kamu semua terhadap perbuatan ghuluw di dalam agama,

kerana

sesungguhnya

hancurnya

orang-orang

sebelum

kalian

disebabkan (sikap) ghuluw di dalam agama.” (H.R Ahmad, Ibnu Majah, Nasa`i, dan Al-Albani).

33

KAITAN ISU PENYELEWENGAN AKIDAH RUFAQA’ DENGAN TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH, ASMA’ DAN SIFAT. Tujuan Aqidah Islam yang paling utama adalah untuk menyeru manusia kepada tauhid dan definisi tauhid adalah mengesakan Allah SWT dalam apa jua bentuk ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepada-Nya tanpa mensyirikan-Nya dengan segala sesuatu. (Ismail Omar, 1999). Setiap muslim wajib menyakini dua kalimah syahadah yang mana “La Ilaha Illallah” iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah adalah bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah. Manakala ”Muhammad Rasulullah” iaitu Muhammad Utusan Allah adalah bahagian keduanya dan bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w Mentauhidkan Allah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat. Tauhid Rububiyyah Tauhid Rububiyyah dari istilah syara’ boleh didefinisikan dengan mengetahui dan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan segala perkara dan mengesakan-Nya dalam segala perbuatan-Nya bahawasanya Ia adalah Pencipta segala makhluk, Ia sahajalah yang menghidupkan mereka, mematikan mereka, memiliki mereka, memberi manfaat, menjauhkan mudarat, berkuasa ke atas mereka, memberi sesuatu, menyekat pemberian sesuatu dan segala sesuatu adalah milik-Nya. (Ismail Omar, 1999). Menurut Abd. Latif Muda et. al. (1998), Tauhid Rububiyyah membawa maksud seseorang menyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Dalam erti kata lain, Tauhid Rububiyyah ialah mengesakan Allah SWT dari sudut perbuatan-Nya. Lantaran itu, antara konsep yang dibawa melalui Tauhid Rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan

34

tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang dapat menegah-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: ”Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (S. Al-Anaam: ayat 17) Namun begitu, tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” (Surah Yunus: ayat 31) Melihat perkaitan antara Penyelewengan Akidah Rufaqa’ denga Tauhid Rububiyyah jelas sekali bahawa akidah mereka sememangnya sudah terpesong. Ini dapat dibuktikan melalui keyakinan ahli Rufaqa’ terhadap kebolehan Ashaari menangguhkan kematian pengikut-pengikutnya malah menukarnya kepada orang lain dan keistimewaan martabatnya sehingga boleh berbincang dengan Allah SWT dalam urusan kematian para pengikutnya secara langsung telah menganggap dirinya sangat penting dalam urusan tadbir Allah terhadap makhluk adalah sangat menyesatkan. Hal ini bertentangan dengan konsep sebenar Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan hanya Allah SWT berkuasa mutlak dan keesaan-Nya dalam menghidup dan mematikan hambanya. Pengakuan bahawasanya hanya Allah SWT sahaja yang memberi manfaat, memberi mudharat, memperkenan doa ketika kesusahan termasuk

35

dalam Tauhid Rububiyyah dan tiada yang berkuasa selain-Nya. Namun pengikut-pengikut Ashaari dikehendaki bertawasul dengan berkat Ashaari kerana keengganan bertawasul dengannya akan mengakibatkan kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan lantaran tiada keberkatan. Begitu juga dalam memohon sesuatu pertolongan misalnya jika seseorang menyeru nama Ashaari, maka datanglah pertolongan dan bantuan secara ghaib tanpa disangka-sangka dari jin atau karamah dari ’orang alim’ yang diseru tersebut. Sekiranya tiada bantuan ghaib, maka seseorang itu bukanlah jemaah kebenaran. Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah pula membawa maksud seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah semata-mata. Dalam erti kata lain, Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dari sudut perbuatan hamba-Nya yang diperintah atau disuruh seperti puasa, zakat dan sembahyang. Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hamba-Nya dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah SWT. (Ab. Latif Muda et. al., 1998)

Hanya Allah SWT yang berhak disembah dan diagung-agungkan kerana dia berkuasa atas segala sesuatu. Firman Allah SWT yang bermaksud:

”Patutkah kamu menyekutukan Allah dengan benda-benda itu sendiri yang diciptakan? Dan benda-benda itu tidak akan dapat menolong mereka dan tidak dapat juga menolong dirinya sendiri.” (Surah Al-A’raf: ayat 191-192)

Jika dilihat dalam konteks Rufaqa, mereka melakukan perkara yang hampir sama seperti beristighathah sebelum takbiratul ihram dengan nama Ashaari agar ibadah yang dilakukan akan dapat dipersembahkan oleh Ashaari kepada Allah. Mereka membawa gambar Ashaari dan menatapnya apabila hendak bertawasul dan beristighathah. Sedangkan hal ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak

36

diagung-agungkan sedemikian rupa walhal baginda sememangnya insan yang maksum dan dipelihara Allah dari sebarang dosa dan bergelar kekasih Allah.

Gambar-gambar Ashaari juga digantung sebagai pin ”Tie”, poster, muka depan dalam buku-buku, majalah-majalah terbitan Rufaqa kerana mereka percaya ianya dapat membawa berkat. Bahkan kebanyakkan pemimpin Rufaqa malah pengikut-pengikutnya meletakkan gambar potret Ashaari di bahagian hadapan tempat solat di rumah mereka agar dengan itu mereka akan sentiasa mengingati Asaari dan 'kehebatan' ibadahnya sewaktu mereka beribadah. Inilah benih-benih subur al-Ghuluw dalam Rufaqa yang sangat menyesatkan.

Walaupun mereka percaya bahawa Allah SWT merupakan Tuhan sekalian alam, pengagungan terhadap pemimpin mereka terlalu melampau telah menjatuhkan mereka ke lembah syirik dengan menduakan Allah sebagai Tuhan yang berkuasa sepenuhnya dan penentu segala sesuatu. Malah mereka mempercayai bahawa Abuya iaitu pemimpin mereka boleh mengubah keputusan Tuhan dan menentukan nasib mereka apabila berada di dalam kesusahan.

Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Asma dan Sifat ialah percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam AlQuran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan. Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah

37

dan menafikan nama Ar-Rahman. Kata mereka, “Kami tidak mengenal ArRahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya yang bermaksud: “Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)” (Ar-Ra’d : 30) Melihat dalam konteks kaitannya dengan penyelewengan akidah Rufaqa’, kita dapati mereka seakan-akan tidak menyakini bahawa Allah itu bersifat dengan penuh kesempurnaan. Dakwaan yakazah di mana mereka mendakwa dapat berjumpa dengan Nabi secara jaga untuk menerima ajaran baru seolaholah menunjukkan Allah bersifat pelupa kerana masih ada perkara yang tidak disampaikan melalui Rasul-Nya sedangkan Allah sendiri telah berfirman bahawasanya agama itu telah disempurnakan melalui Nabi Muhammad s.a.w. Ahli Rufaqa’ juga tidak bergantung dan beriman sepenuh keyakinan terhadap sifat-sifat Allah yang tiada tandingan-Nya. Hal ini dapat dilihat apabila mereka lebih percaya akan pertolongan dan bantuan daripada Abuya Ashaari jika mereka menyeru namanya terutamanya ketika dalam keadaan terdesak. Ini dapat dibuktikan melalui VCD rakaman ceramah yang diberikan oleh orang kanan Rufaqa’, Mejar (B) Abu Zarim Taharem.

38

CADANGAN UNTUK MENGATASI ISU PENYELEWENGAN AKIDAH Isu mengenai ajaran sesat atau penyelewengan akidah merupakan isu timbul tenggelam dalam arena kehidupan masyarakat Islam. Isu ajaran sesat atau penyelewengan akidah ini bukanlah perkara baru di dalam perkembangan hidup masyarakat Islam. Sejak berabad-abad lamanya ancaman ini telah wujud di dalam sejarah Islam.Tidak lain tidak bukan bertujuan memecah-belah dan melemahkan kekuatan umat Islam. Walau bagaimanapun, perkara yang sangat dikhuatiri ialah pengaruh ajaran sesat tersebut didalangi oleh kelompok yang memang memusuhi Islam dan umat Islam. Mereka memang sentiasa mencari jalan dan peluang yang sesuai di tengah-tengah kelemahan umat Islam dan mengekploitasikan orang Islam sendiri. Oleh itu, sewajarnya umat Islam memantapkan akidah masingmasing bagi menghindarkan diri daripada terjebak dengan pengaruh ajaran sesat ini. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ajaran sesat ini dari terus berleluasa, antaranya: 1. Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Perkara yang paling utama bagi menghindarkan diri daripada terjebak dengan ajaran sesat ini adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber Aqidah Islamiah yang paling muktamad dan pasti. Akidah yang sahih mestilah bersumberkan wahyu daripada Allah SWT dan wahyu yang diturunkan kepada Nabi-Nya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al-Quran dan As-Sunnah (Ismail Omar, 1999). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 151 yang bermaksud: ”Dan Allah mengajarkan kamu AlKitab dan Al-Hikmah”

39

Maka Al-Kitab itu ialah Al-Quran dan Al-Hikmah itu adalah sunnah Nabi s.a.w. Begitu juga hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bukankah sesungguhnya aku telah diutuskan dengan Al-Quran dan sepertinya bersamasama dengannya.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud) Kehujahan al-Quran tidak boleh dipertikaikan dan diragui. Manakala hadis yang pasti dan diyakini benar-benar didatangkan daripada Rasulullah s.a.w wajib diterima sebagai sumber yang sah dan dalil yang dikategorikan sebagai nas syara’. Tetapi

sebaliknya, jira sesebuah hadis itu tidak disandarkan kepada

Rasulullah s.a.w, maka ia wajar ditolak. Hal ini kerana terdapat banyak hadis dha’if dan maudhu’ yang direka-reka dan ditokok tambah yang boleh menyelewengakan akidah umat Islam kerana tidak berpegang kepada tunjang yang kyat dan kukuh. Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik Radiallahu ‘anhu yang bermaksud : “Sesungguhnya

Rasulullah

Shallallahu

‘alaihi

wasallam

bersabda:

“Aku

tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Qur‘an) dan sunnah RasulNya”. (Hadis riwayat Malik) Sebaliknya tanpa asas dan ikatan kerohanian yang kukuh dan teguh ini, seseorang akan terjebak dalam akidah yang sesat dan membawa kepada kehancuran diri. Akidah yang benar yang dibawa oleh para rasul yang mulia sentiasa tetap dan tidak berubah biarpun dibawa oleh para rasul yang berlainan. Hal ini kerana ianya datang daripada Allah SWT dan menjadi penyelamat dunia dan akhirat.

2. Umat Islam diwajibkan menimba ilmu Islam daripada sumber yang tulen.

Pihak berkuasa agama Islam negeri dan JAKIM hendaklah bekerjasama erat melalui berbagai-bagai program bagi memantapkan akidah umat Islam dan menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-

40

institusi pelajaran formal dan tidak formal. Selain itu, usaha juga dilakukan dengan mentahkik kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang di jadikan sumber kepada penyelewengan aqidah. Pengetahuan ilmu agama yang mantap dan jatidiri yang teguh akan dapat mengelak individu dari terjebak. Selain itu sifat prihatin dan peka masyarakat terhadap suasana sekeliling akan dapat mencegah dan membanteras pada peringkat awal sebelum ia merebak. Diharapkan semoga umat Islam tidak jauh terpesong dari ajaran Islam yang suci dan seterusnya dapat mengatasi setiap persoalan dan masalah yang berkaitan dengan akidah yang timbul dari masa ke masa. Umat Islam juga perlu diperkenalkan dengan konsep Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya dalam kehidupan harian. 3. Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama Kerjaan perlu mengambil inisiatif yang serius dalam melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini. Pelbagai altenatif perlu dilaksanakan bagi memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka. Pengajian ilmu aqidah sangat relevan dan amat diperlukan dalam bidang pembangunan

ummah.

Aqidah

sepatutnya

perlu

diterapkan

dari

awal

perancangan pembangunan ummah merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi. Hal ini kerana aqidah Islam berperanan untuk merangsang dan memotivasikan umat Islam untuk melakukan amalan-amalan yang mulia. Aqidah yang tersemat kukuh dalam diri individu muslim akan menggerakkan seluruh anggotanya untuk mengaplikasikan ajaran Islam yang sebenar.

41

4. Melaporkan kegiatan yang dicurigai ajaran sesat kepada pihak berkuasa.

Tugas mendidik iman dan aqidah yang sahih ini bukanlah terletak di bahu pihak berkuasa agama semat-mata sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu dalam meningkatkan aqidah dan iman masing-masing. Selain itu, ketuaketua kampung, imam-imam masjid dan seluruh ahli JKKK dan masyarakat umumnya patut memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang kegiatan atau kes-kes sedemikian kepada pihak berkuasa agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Masyarakat sewajarnya perlu aktif dan peka dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang tidak diketahui asal-usulnya yang wujud di kawasan penempatan mereka. Pihak berwajib pula hendaklah memberi ilmu asas mengenai ciri-ciri ajaran sesat kepada masyarakat agar mereka dapat berperanan

sebagaimana

yang

sewajarnya.

Seminar-seminar,

ceramah-

ceramah, bengkel-bengkel, muzakarah-muzakarah pemantapan akidah dan seumpamanya boleh dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat dan pihak-pihak tertentu. Buku-buku dan risalah-risalah juga boleh diterbitkan bagi tujuan tersebut.

Penglibatan pusat pengajian tinggi dalam mengkaji ajaran salah ini perlu seiring dengan langkah jabatan agama Islam sama ada di peringkat pusat atau negeri. Pada masa yang sama, media massa seperti media elektronik dan media cetak

pula

hendaklah

mendedahkan

secaran

tepat

maklumat

tentang

penyelewengan ajaran sesat tersebut.

5. Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran sesat.

Datuk Abd Rahman Palil, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor semasa merasmikan Seminar Pemantapan Aqidah di Klang mengakui

42

pertambahan jumlah ajaran serta di negara ini disebabkan tiada peruntukan undang-undang yang keras dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan ajaran sesat. “Selama ini pesalah ajaran sexta dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor, nombor 9, 1995 dengan hukuman di bawah seksyen 52 kesalahan di bawah 12C, Melanggar Fatua Mufti dengan nilai hukuman RM3 ribu atau setahun penjara atau maksimum enam bulan menjalani pemulihan aqidah. Tetapi apabila keluar mereka cuba menghidupkan kembali ajaran sexta itu,” katanya.

Kerajaan perlu menggubal enakmen dan hukuman yang munasabah bersesuaian dengan zaman yang serba mencabar ini. Mereka yang terlibat dengan penyebaran ajaran sexta ini sepatutnya dikenakan hukuman yang Amat berat agar perkara serius ini tidak lagi dipandang remeh dan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Pelaksanaan undang-undang secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan yang lain juga hendaklah terus dilakukan terutama yang melibatkan penguatkuasaan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah. Kerajaan juga perlu tegas bagi menghalang kemasukan kitab-kitab yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur

Kesimpulannya,

semua

pihak

perlu

berganding

bahu

dalam

menguatkuasakan undang-undang Islam dalam menangani permasalahan agama yang melanda umat Islam. Selain itu, penerapan prinsip aqidah yang sahih perlu dititik beratkan dalam kehidupan harian bagi membendung ajaran sesat yang amat membimbangkan ini.

43

BIBLIOGRAFI

A. BUKU-BUKU

Ab. Latif Muda dan Rosmawati bt. Ali (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ann Wan Seng (2005). Al-Arqam di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Dr. Syahrin Jasah (1999), Dosa-dosa Yang Tidak Diampun. Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers.

Dr. Hanafi Mohamed (2003), 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut AlQuran & Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ismail Omar (1999), Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. Shah Alam: Access Infotech (M) Sdn. Bhd.

Muhammad Abu Zahrah (1989), Akidah Islam Menurut Islam. Jakarta: Pt. Pustaka Litera Antaranusa.

M. Talib (1994), 100 Karakter Syirik dan Jahiliyyah. Solo: Penerbit Ramadhani.

Sara Saad (2000), Asma ul-Husna Ke Arah Kecemerlangan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Siti Norbaya Abd. Kadir (2002). Ajaran Sesat: Sejarah Kemunculan dan Ciricirinya. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

44

Samahah Asy-Syaikh Abdul Aziz Abdullah Baz (Terjemahan Drs. Abdul Ghani Azmi Idris) (1997). Persoalan Mengenai Aqidah Islamiyah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (sekarang JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin (2004), Siapa itu Nabi-Nabi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Zakaria (1996). Islam Akidah dan Kerohanian. Selangor: Penerbit UKM, Bangi.

Ma’mur Daud (1990). Terjemah Hadis “Shahih Muslim”. Selangor: Klang Book Centre.

B. MAJALAH

Kita Perlu Kembali Kepada Ajaran Islam – Ketua Pengarah JAKIM oleh Zulzila Dzulkefli. Majalah i Bil. 34 / Ogos 2006 Terbitan Karangkraf.

Asaari dan Ke’ajaiban’nya: Perjuangan yang Tak Selesai-selesai oleh Putera Bani Adam. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

Sejarah Penyelewengan Al-Arqam oleh Penulis Khas. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

Pemuda Bani Tamim Antara Ashaari dan Ahmad Nejadi oleh Maszlee Malik. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

45

”Buku Pemimpin Ajaib Memesongkan Akidah dan Mengancam Keselamatan”Dato’ Abdul Rahman Palil oleh Abu Ubaidah. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

Buku ”Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya” : Pengisytiharan Berani Khadijah Aam. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

Abuya Boleh Tangguhkan Kematian oleh Abu Ubaidah. Majalah i Bil. 52 / Feb. 2007 Terbitan Karangkraf.

Pengharaman Arqam dan Kontroversi Rufaqa’ oleh Ann Wan Seng. Majalah i Bil. 52 / Feb. 2007 Terbitan Karangkraf.

C. INTERNET

Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM): Faktor-faktor Ajaran Sesat didapati pada 25 Januari 2007 daripada http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ): Ajaran Sesat Dan Pengaruhnya Di Johor didapati

pada

25

Januari

2007

daripada

http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=636 Akidah Tauhid: Tiada Ilah Melainkan Allah didapati pada 25 Januari 2007 daripada http://www.saifulislam.com/artikel/aqidahtauhid.htm Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal: Fatwa Terhadap Kumpulan Al-arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad didapati pada 28 Januari 2007 daripada http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=110

46

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal: Buku Aurad Muhammadiah didapati pada 28 Januari 2007 daripada http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=107

Noor Jaafar, Ancaman Ajaran Sesat, Harian Metro didapati pada 28 Januari 2007 daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060627102846 /Article/indexm_html

Jabatan Agama Islam Johor, Kertas Kerja: Ajaran Sesat dan Pengaruhnya di Johor didapati pada 29 Januari 2007 daripada http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=636

Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid, Islam Tanya dan Jawab: Tawasul Bidaah dan Tawasul yang Disyariatkan (27 Mac 2004) didapati pada 22 Februari 2007 daripada http://www.islam-qa.com/special/index.php?ref=3297&ln=ind&subsite=154

Benarkah Ajal Boleh Ditangguh? didapati pada 22 Februari 2007 daripada http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/11/benarkah-ajal-boleh-ditangguh.html

Pendedahan Eksklusif: Evolusi Yaqazah Ashaari dengan ’Rasulullah’ didapati pada 22 Februari 2007 daripada http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/08/pendedahan-eksklusif-evolusiyaqazah.html

Asaari Dakwa Mengetahui Perkara Ghaib didapati pada 22 Februari 2007 daripada http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/07/asaari-dakwa-mengetahui-perkaraghaib.html

47

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"