BACAAN AL-ISYMAM
Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Isymam ialah suatu bunyi bacaan yang wajib memuncungkan dua bibir mulut, isyarat kepada dhammah Nun yang telah diidghamkan, di samping dengung yang tegas, sebelum menyebut Nun yang kedua.
Mohamad Abd Manaf (2004) menjelaskan Isymam dari segi bahasa ialah cium. Manakala dari segi istilah sebagaimana yang telah dijelaskan, Isymam bermaksud memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf sebagai isyarat baris dhammah serta dibiarkan sedikit lubang di antara dua bibir tersebut kerana mengeluarkan nafas tanpa suara. Cara bacaannya ialah Nun yang berharakat fathah disuarakan antara fathah dan dhammah (mencampurkan bunyi dhammah dengan bunyi fathah) dengan kedua bibir menonjol ke depan (M. Abdurrahman H. R, 1991).
Menyentuh tentang Isymam, Imam Al-Syatibi menyatakan, “dan Isymam itu memuncungkan dua bibir (ke hadapan) sejurus selepas dimatikan (huruf tersebut) tanpa suara, maka di sinilah ia terhasil.” Manakala Imam Ibnu Al-Jazari pula menyatakan, “Isymam bagi mereka (Imam-imam Al-Qurra) iaitu satu isyarat bukannya harakah (baris).”
Secara umumnya, Isymam dibahagikan kepada empat keadaan iaitu:
i. Harus Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menghimpunkan dua bibir selepas dimatikan huruf. Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 5)
ii.
Bacaan Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menyembunyikan baris antara baris dan huruf mati. Hanya Imam Abu Ja’far yang membacanya dengan Idgham semata-mata (Idgham Madhi). Contohnya: (Surah Yusuf, Ayat 11)
iii. Mencampurkan huruf dengan huruf seperti mencampurkan Shad dengan Zai seperti bunyi Zha’ bagi Khalaf. Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 7) iv. Mencampurkan baris dengan baris seperti mencampurkan kasrah dengan dhammah bagi Hisyam, Imam Al-Kisa’ie dan Ruwais. Contohnya: (Surah Al-Baqarah, Ayat 11) Namun begitu, mengikut riwayat Hafsh, hanya satu tempat sahaja dalam AlQuran yang wajib dibaca sama ada secara Isymam atau Raum iaitu pada kalimah
yang terdapat dalam Surah Yusuf ayat 11, Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?” Isymam yang terdapat pada kalimah dapat didengari (beserta suara) kerana ia terjadi di tengah kalimah.
Sebagaimana dijelaskan oleh Imam Al-Jazari: “Kalimah
dibaca Isymam serta raum bagi mereka semua (Imam-imam Al-
Qurra’) adapun Imam Abu Ja’far membacanya secara idgham semata-mata.”
Manakala Imam Syatibi pula menyatakan: “Kalimah
semua qiraat membaca dengan menyembunyikan baris Nun
pertama (Ikhtilas atau Raum). Dan dibaca dengan Idgham serta Isymam oleh sebahagian daripada mereka.”
Tanda berupa intan yang diletakkan sebagai tanda bacaan Imalah dalam AlQuran Rasm Uthmani turut diletakkan pada kalimah (Surah Yusuf, Ayat 11) iaitu di atas antara huruf Mim dan Nun bersabdu bagi menunjukkan bacaan Isymam (memuncungkan bibir mulut ke hadapan). Isyarat pada pada huruf Nun berbaris
hadapan (
ﺎﻨﻨﻣ ) telah dihazafkan tanda baris hadapannya, kemudian diidghamkan
pada huruf sama jenis berikutnya, di mana tidak dizahirkan bunyi bacaan tanda hadapannya.
Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), dalam keadaan yang lain, bacaan Al-Isymam diharuskan apabila seseorang pembaca Al-Quran waqaf pada sebarang huruf yang berbaris hadapan. Contohnya seperti: a.
,
b.
, Surah An-Nasr, Ayat 1.
, Surah Al-Fatihah, Ayat 5.
Walaupun bacaan Al-Isymam hanya diharuskan sahaja pada tempat-tempat tersebut dan seumpamanya, namun ia juga sangat perlu dipelajari dan diketahui oleh pembaca Al-Quran kerana ada keadaan yang tertentu mereka terpaksa menggunakan bacaan ini, terutamanya apabila berhenti pada satu huruf sukun yang berbaris hadapan dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun yang bukan huruf mad. Contohnya seperti dan seumpamanya.