Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional as PDF for free.

More details

  • Words: 16,734
  • Pages: 75
TAKAFUL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA INSURANS KONVENSIONAL UNTUK MENINGGIKAN TARAF HIDUP EKONOMI UMAT ISLAM. BINCANGKAN KEBAIKAN SISTEM TAKAFUL BERBANDING DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

Perkara

Muka Surat

Pengenalan

2

1.0 Definisi, Konsep dan Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional dan Takaful 2.1 Definisi dan Konsep Takaful

4

2.2 Sejarah Kemunculan Takaful

6

2.3 Definisi dan Konsep Insurans Konvensional

10

2.4 Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional

11

3.0 Sistem dan Pelaksanaan Insurans Konvensional dan Takaful 3.1 Takaful

18

3.1.1 Tiga Komponen Utama dalam Industri Takaful

19

i. Peserta Takaful ii. Pengendali Takaful iii. Saluran Pengantara a. Agen Takaful b. Broker Takaful c. Banktakaful d. Adjuster 3.1.2 Tadbir Urus Syariah

23

i. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia ii. Jawatankuasa Syariah 3.1.3 Pelan Perlindungan Takaful

24

i. Takaful Keluarga ii. Takaful Am 3.1.4 Perbezaan Takaful Keluarga Dan Takaful Am

27

3.1.5 Prinsip Asas Takaful

28

1

3.2 Insurans Konvensional 3.2.1 Pembahagian Insurans

29

i. Insurans Bersifat Perniagaan / Komersial (Takmin Tijari) ii. Insuran Kerjasama / Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie) 3.2.2 Jenis-jenis Insurans Konvensional

30

i. Insurans Hayat / Nyawa ii. Insurans Am 3.2.3 Perbezaan Insurans Hayat dan Insurans Am

32

3.2.4 Prinsip Asas Insurans

32

3.2.5 Kontrak Insurans Konvensional

35

3.2.6 Pendapat Ulama Terhadap Insurans

39

3.2.7 Unsur-unsur yang Dilarang dalam Insurans Konvensional

42

3.2.8 Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional

48

4.0 Kelebihan dan Kelemahan Sistem Insurans Konvensional dan Takaful 4.1 Takaful 4.1.1 Kelebihan Sistem Takaful

50

4.1.2 Kekurangan Sistem Takaful

55

4.2 Insurans Konvensional 4.2.1 Kelebihan Sistem Insurans Konvensional

58

4.2.2 Kelemahan Sistem Insurans Konvensional

59

5.0 Sejauhmana Kejayaan Pelaksanaannya di Malaysia 5.1 Penubuhan Industri Takaful di Malaysia

63

5.2 Pemangkin Perkembangan Takaful di Malaysia

66

6.0 Jangkaan Masa Hadapan

69

7.0 Penutup

72

Bibliografi Lampiran

2

1.0 PENGENALAN

Tidak kira agama mahupun pangkat, setiap anggota masyarakat pastinya akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada mengalami kerugian, kesusahan dan kemalangan. Menyedari keperluan dan kepentingan perlindungan dalam kehidupan seharian, ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi, maka perkhidmatan takaful dan insurans dilihat mampu memenuhi keperluan masyarakat masa kini kerana kedua-dua sektor tersebut menawarkan jaminan perlindungan kewangan kepada individu, keluarga dan sektor perniagaan.

Sejajar dengan perkembangan yang semakin pesat, industri insurans dan takaful kini turut menjadi satu alternatif tabungan bagi pengguna individu. Manakala bagi sektor perniagaan, perkhidmatan takaful dan insurans penting dalam membantu mengekalkan daya saing dan kesinambungan sesebuah perniagaan sekiranya berlaku kerugian luar jangka yang boleh diinsuranskan sehingga boleh menjejaskan perniagaan. Permintaan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan dan keperluan dalam mengatur pelan kewangan masing-masing telah menyumbang kepada perkembangan pesat industri takaful dan insurans di negara ini.

Pelancaran skim takaful di negara ini sebenarnya telah memberi nafas baru kepada industri insurans kerana berjaya menambat hati masyarakat Islam di negara ini yang sebelumnya tidak yakin akan kesahihan sistem insurans konvensional sedia ada. Faktor-faktor seperti kesedaran yang semakin meningkat di kalangan orang ramai terhadap kewangan Islam, kemajuan yang berterusan dalam ekonomi negara dan pertambahan

peluang

berikutan

pelbagai

usaha

yang

dilaksanakan

untuk

memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri takaful pada hari ini. Bank Negara Malaysia juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tahan industri takaful bagi menghadapi persekitaran yang mencabar dan membolehkan pengendali takaful meraih potensi perniagaan takaful global. 3

2.0 DEFINISI,

KONSEP

DAN

SEJARAH

KEMUNCULAN

TAKAFUL

DAN

INSURANS KONVENSIONAL

2.1 DEFINISI DAN KONSEP SISTEM TAKAFUL

Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takaful membawa maksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada pesertapeserta jika diperlukan di mana peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta samasama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan ‘kafala’ dan juga ‘yakfulu’ yang memberi makna memelihara atau menjaga. Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT: ( $−ƒÌx.y— $yγn=¤ x.uρ $YΖ|¡ym $—?$t6tΡ $yγtFt7/Ρr&uρ 9|¡ym @Αθç7s)Î/ $yγš/u‘ $yγn=¬6s)tFsù

Maksudnya: “Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.” (Surah Ali-Imran: ayat 37)

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan peserta-pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep “ta’awun” (saling bekerjasama).

4

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan kepada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip-prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah SAW yang antaranya:

1. Dalil Kerjasama “Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2. Dalil Tanggungjawab “Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lan juga akan merasainya”. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3. Dalil Saling Melindungi “Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.” (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

5

Berasaskan hadis-hadis tersebut, para ilmuwan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.

2.2

SEJARAH KEMUNCULAN TAKAFUL

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat Islam terus dikekalkan. Menurut Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus dikekalkan ialah sistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam kitab-kitab feqah dan sejarah Islam juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman tersebut yang mencerminkan bentuk insurans. Antaranya dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans yang diamalkan di kalangan kaum Muhajirin:

“Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka; mereka senasib sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung wang tebusan diri; setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.”

Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar atau Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai ‘kunz’. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh ahli-ahli mengikut tempoh yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. Salah satu tujuan 6

manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk menolong manamana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk menebus tawanan perang muslimin daripada musuh.

Sistem al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh. Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabung atau kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i: “Apakah kamu boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan Ansar) menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka: (orang-orang Yahudi) bersumpah untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka. Kerana Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”

Manakala akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan. Contohnya jika A berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah; sekiranya A melakukan jenayah tidak sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai hartaharta A sekiranya ia mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan menjamin sesorang yang tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya seperti seorang pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat (denda atau tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu jenayah. Sebaliknya, jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh mempusakai hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

7

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996) pula, Syarikat Insuran Islam yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insuran Islam Sudan. Bertitik tolak daripada perjalanan dan perkembangan Syarikat Insuran Islam Sudan ini, maka pelbagai usaha dan langkah susulan telah dibuat khususnya oleh negara-negara Islam dan

negara-negara

di

mana

bilangan

penduduk

Islam

agak

besar

bagi

memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara Islam.

Lanjutan daripada usaha tersebut, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di negara-negara Eropah. Antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI), London. Tidak berapa lama dahulu terdapat maklumat mengenai penubuhan syarikat Insuran Islam di Australia yang diberi nama Syarekat Al-Takafol Al-Islamiah.

Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM) yang memulakan operasinya pada Ogos 1985. Mengikut Mat Hassan Abu Bakar (2003), objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan takaful (insurans secara Islam) yang berkualiti secara professional kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam di negara ini. Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkan hukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara berikut:

i.

Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatu perjanjian dan sumber)

ii.

Maisir (Perjudian)

iii.

Riba (Bunga atau faedah)

iv.

Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

8

Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan penubuhan Takaful IBB Berhad. Langkah yang sama kemudiannya diikuti oleh Republik Indonesia. Dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad, Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful mula beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994.

Dalam usaha untuk menyediakan perniagaan takaful semula atau insurans semula secara Islam, tiga buah syarikat Insurans takaful semula atau insurans semula secara Islam kini telah beroperasi. Dua daripadanya menjalankan operasi melalui ibu pejabat di Jeddah, iaitu Syarikat Takaful dan Insurans Semula Islam Bahamas yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dar Al-Maal Al-Islami dan Syarikat Insurans dan Insurans Semula (IIRCO) yang diperbadankan di Bahrain oleh kumpulan al-Barakah, pada tahun 1986. Sementara itu bagi menyediakan khidmat takaful semula khusus untuk Negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh Perancis di bahagian Afrika Utara terdapat pula Syarikat Bait al-Tamwail yang beroperasi dari Tunis, yang didirikan pada tahun 1986.

Ada

beberapa

sebab

yang

mendorong

pembentukan

dan

penyediaan

perniagaan takaful ini. Pertamanya orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Yang kedua, orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah. Yang ketiga, dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana boleh dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans. Oleh yang demikian, adalah amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh insurans yang berasaskan hukum-hukum Islam.

9

2.3

DEFINISI DAN KONSEP INSURANS KONVENSIONAL

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996), insurans boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggembleng usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggungmenanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Mohammad Muslehuddin (1988) pula berpendapat perkataan insurans asalnya bermaksud satu kumpulan yang membuat “kutu” bagi meringankan beban kewangan individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan. Menurut beliau, konsep insurans secara ringkas dan umum ialah persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang yang masing-masing menghadapi kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak dapat diduga. Apabila kerugian serupa itu terkena ke atas salah seorang daripada mereka yang menganggotai kumpulan itu, maka kerugian itu akan diagih di antara mereka.

Manakala Sobri Solomon (1989) berpendapat, pengertian sebenar insurans ialah gabungan anggota masyarakat bagi meringankan beban perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan. Walau bagaimanapun, fahaman biasa yang dimengerti oleh orang ramai ialah andaian-andaian tertentu dalam urusan antara kumpulan manusia, di mana setiap individu adalah terdedah kepada bahaya-bahaya dan malapetaka yang tidak diketahui bila berlakunya. Apabila berlakunya kemalangan ke atas sesiapa pun anggota masyarakat maka beban penderitaan itu dibahagi-bahagikan kepada seluruh anggota masyarakat yang terlibat.

Berdasarkan definisi dan pengertian yang dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa tujuan dan matlamat insurans ialah bagi menghadapi bencana yang akan mendatangkan masalah dan kerosakan kepada kehidupan dan perhubungan sesama 10

manusia. Ini adalah jelas dengan cara pengagihan tanggungan secara sama rata kepada setiap anggota masyarakat apabila sesuatu kerosakan dan kerugian menimpa ke atas individu.

Manakala konsep insurans pula boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembleng usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah. Malalui pakatan ini orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

2.4 SEJARAH KEMUNCULAN INSURANS KONVENSIONAL

Menurut Mohammad Muslehuddin (1969), idea tentang insurans berkait rapat dengan kumpulan atau dengan pengertian lain, kumpulan manusia menjadi pokok pangkal insurans. Menerusi penyelidikan yang dijalankan terhadap kelompok nomad pada permulaan sejarah, beliau mendapati insurans telah bertunjang di kawasan padang pasir yang terletak di antara Mesir dengan Mesopotamia. Ketika itu penduduk nomad Arab telah pun berkembang di padang pasir Arab. Orang Arab adalah orang yang gagah, berani dan suka berperang ditambah dengan kemahuan yang kuat untuk menjelajah

dan

merompak.

Tabiat

buruk

tersebut

membawa

kepada

hidup

berkelompok-kelompok.

Kawasan pedalaman Semenanjung Arab diduduki oleh suku kaum Badwi yang hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat kerana mencari rumput dan air bagi ternakan mereka. Kehidupan yang mencabar dan kewajipan menyediakan keperluan menekan orang Badwi agar menjadi kuat dan cergas. Apatah lagi mereka dipimpin oleh ketua yang berani menghadapi bahaya hidup berpindah-randah. Ini menyebabkan suku kaum Badwi berpecah menjadi kelompok keluarga. Keluarga itu 11

berkembang menjadi gabungan suku bangsa dengan pegangan “perpaduan keturunan dan berjemaah bagi kepentingan”.

Serang-menyerang seperti yang disentuh di atas merupakan ciri yang penting dalam kehidupan orang Badwi. Merampas unta dan anak isteri suku kaum lain dianggap lebih baik daripada melakukan permusuhan dan pertumpahan darah yang paling sedikit yang boleh mengelakkan daripada terjadinya permusuhan adalah impian orang-orang Badwi. Orang perempuan dan kanak-kanak dijadikan barang tebusan, harta rampasan dibahagi-bahagi mengikut peraturan yang ditetapkan. Syeikh yang menjaga kehormatan suku kaum yang mempunyai kedudukan penting dalam hal ini menerima bahagian yang paling banyak. Sebaliknya jika berlaku sebarang kerugian, kerugian itu mesti ditanggung oleh semua penghuni khemah yang dirompak itu dan syeikh selalunya akan memberi sumbangan yang banyak. Sebaliknya apabila mereka ditawan, mereka menghadapi malapetaka yang besar, sekiranya mereka tidak dapat membayar wang tebus darah atau terus menentang dengan pertumpahan darah. Jika ini tidak dapat dilakukan sehingga berjaya, seluruh suku kaum itu akan menghadapi kehancurannya.

Cabaran hidup di padang pasir dicampur dengan tabiat orang Arab yang suka berperang telah membuka jalan untuk bersatu di kalangan anggota kelompok yang membentuk suatu cara pemikiran mereka dalam menghadapi gelombang hidup yang meresap dalam setiap pemikiran individu. Ini merupakan suatu perpaduan yang utama yang menjadikan satu-satu kelompok bertindak sebagai satu unit sosial. Unit sosial itu bukan sahaja memikirkan kerugian individu, malahan cuba mengambil langkah-langkah untuk menampung kerugian tersebut. Mengikut adat asli Arab purba, kesemua suku kaum bertanggungjawab membayar diat atau wang tebusan darah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi atas jenayah yang dilakukan oleh kelompoknya. Adat ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh anggota dalam unit itu. Tanggungjawab semua suku kaum membayar diat dan semangat kerjasama di kalangan satu-satu kelompok ini telah menjadi intisari kepada sistem insurans yang diamalkan pada hari ini. 12

Mohd Fadzli Yusof (1996) menyatakan bahawa pedagang-pedagang Arab pada zaman sebelum kedatangan Islam turut tergolong dalam masyarakat silam yang pertama mempraktikkan konsep perlindungan insurans seumpama ini. Mereka berdagang

dengan

merentasi

padang

pasir,

membawa

barang

dagangan

menggunakan unta, mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri secara kumpulan atau kafilah. Dalam mengharungi urusniaga ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan, ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain tragedi sehingga bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian dan kehilangan barang dagangan mereka malah boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri.

Bagi mengatasi atau meringankan beban ini, pedagang-pedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat sesama mereka untuk mengagih-agihkan barang dagangan kepada beberapa kafilah dan beberapa ekor unta. Oleh itu, jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas mana-mana kafilah atau unta yang mereka gunakan itu, kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kafilah atau unta yang malang itu sahaja.

Mengikut Buku Panduan Asas Takaful (2007) pula, sejarah perkembangan insurans mula dikesan daripada dokumentasi beberapa peristiwa sejak zaman Yunani dan zaman Romawi iaitu beberapa abad sebelum Masihi lagi. Beberapa urusan mereka mengandungi faktor-faktor persamaan dengan pengertian yang terkandung dalam surat perjanjian insurans.

Pada abad-abad pertengahan, insurans kebakaran secara amnya mula diperkenalkan, diikuti kemudian dalam abad ke-13 dan ke-14 di mana amalan insurans untuk pengangkutan laut berkembang sejajar dengan kepesatan perhubungan melalui laut di antara bahagian-bahagian dunia ketika itu. Insurans perkapalan pada ketika itu telah menjadi hal biasa di Eropah Barat.

13

Bagi sektor insurans hayat pula, kontrak insurans hayat untuk William Gybbon merupakan kontrak insurans pertama yang telah direkodkan di England pada tahun 1583. Suatu pencapaian yang sangat penting dalam perkembangan insurans hayat ialah penggabungan Jadual Kemortalan dengan kadar pulangan berkompaun di mana pada tahun 1762 ‘The Equitable Assurance’ buat pertama kalinya menetapkan kadar premium dengan menggunakan sistem premium paras berasaskan amalan moden.

Ahmad Tarmizi Ismail dalam kajiannya berhubung perbincangan insurans menurut perspektif Islam pula menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang menyatakan tentang sejarah kemunculan insuran konvensional. Antaranya ialah:

i. Teori Pertama Kemunculan Insurans:

Insurans yang paling awal diwujudkan ialah Ta’min Al-Bahr (insuran laut atau dinamakan juga sebagai insurans perkapalan); iaitu jaminan terhadap kapal dan pelayaran lantaran manusia melihat terdapat bahaya dan risiko yang tinggi semasa berada dalam pelayaran di lautan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya telah wujud sekitar 1498 Masihi di London. Ini bersandarkan kepada aktiviti perniagaan yang telah berkembang pesat pada zaman tersebut. Para saudagar membawa barangan niaga mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain dan kebiasaannya akan menghadapi risiko semasa pelayaran. Insurans jenis ini dilaksanakan dengan peniaga dibayar dengan kadar pampasan tertentu apabila berlaku musibah semasa pelayaran.

ii. Teori Kedua Kemunculan Insurans:

Teori kedua menyatakan ianya telah wujud lebih awal dari itu iaitu sekitar tahun 1182 di Lambordia. Akan tetapi boleh dikatakan bahawa kemunculan di Lambordia itu merupakan titik awal yang menjadi asas kepada teori kemunculannya di London pada 1498 M. Ini kerana kemunculan di London berpunca apabila tersebarnya muamalat insurans sekitar Eropah pada kurun ke 15 M dan dikenal pasti berpunca dari Lambordia. Sa’dy Abu Jaib berpandangan bahawa tiada keraguan di kalangan para 14

pengkaji akan kemunculan pertama insurans adalah di Lambordia dan ianya berkembang ke London, Britain dan negara-negara Eropah yang lain mengikut arus perkembangan perdagangan laut.

iii. Teori Ketiga Kemunculan Insurans:

Al-Ustaz Muhamad Nur Ghifari di dalam tulisannya yang disiarkan di dalam Majalah Rabitah Al-‘Alam Islami bilangan Safar 1399 Hijrah sewaktu membincangkan mengenai insurans turut menyuarakan pandangan bahawa kemunculan insurans di kalangan umat Islam telah ditemui di Andalus. Andalus yang terkenal sebagai sebuah pusat perkembangan Islam yang maju dengan pertumbuhan ilmu dan penghasilan para cendekiawan memungkinkan teori ini sukar disanggah. Sistemnya pula adalah seperti ta’awun dan tabadul. Kemudian sistem ini telah berpindah ke negara-negara di bawah naungan Khilafah Uthmaniah yang lain sebagaimana yang didakwa oleh Al-Faqih Ibnu Abidin di dalam kitabnya. Akan tetapi kebanyakan pengkaji Islam menyimpulkan bahawa kemunculannya di dalam komuniti umat Islam hanya pada kurun ke 19 Masihi. Ini berdalilkan kepada tiada seorang pun di kalangan para fuqaha’ dan ulama’ silam yang membicarakan tentang topik ini di dalam perbahasan mereka. Ulama’ pertama yang membincangkan tentang persoalan ini ialah Al-Faqih Ibnu Abidin di dalam kitabnya “Raddul Muhtar ala Daril Mukhtar”. Beliau menegaskan hukum perbahasan yang dinamakan dengan as-saukarah itu sebagai tidak harus di sisi syarak.

iv. Teori-Teori Lain:

Insuran nyawa paling awal telah diperkenalkan di Britain pada tahun 1583 Masihi. Manakala insurans terhadap pengangkutan awam (kenderaan darat) hanya wujud pada kurun ke 20 Masihi. Kewujudan insurans ini sejajar dengan perkembangan pesat perindustrian dan perkilangan yang menghasilkan pelbagai produk-produk berenjin dan bermotor. Pun begitu sebab kemunculannya juga berkaitan risiko-risiko perniagaan dan perindustrian yang mendesak kepada pembentukan insurans kemalangan dan kerugian. Selepas itu, wujudlah pelbagai bentuk insurans yang lain. 15

Manakala Zaharuddin Abd Rahman (2007) berpendapat sistem insurans merupakan suatu ciptaan yang boleh dianggap baru menurut zaman iaitu sekitar tahun 1666 Masihi di London dan hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar tahun 1830 Masihi. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah AlSyeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat tahun 1836 Masihi bersamaan 1252 Hijrah) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendekiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkaitan Insuran. (Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Walaupun

insurans

jelas

amat

diperlukan

sebagai

persediaan

dalam

menghadapi sebarang risiko yang mengakibatkan kerugian kewangan kepada individu atau organisasi, namun

sistem pelaksanaannya yang tidak menepati syariat Islam

menyebabkan majority ulama’ mengharamkannya. Namun begitu, umat Islam kini mempunyai alternatif lain bagi mendapatkan jaminan perlindungan kewangan selain insurans iaitu dengan menyertai sistem takaful.

16

3.0 SISTEM DAN PELAKSANAAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL

Istilah ‘takaful’ berasal dari perkataan Arab iaitu ‘kafala’ yang membawa maksud ‘saling menjamin’. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam agama Islam, perbuatan tolong-menolong atau kesediaan menghulurkan bantuan amatlah digalakkan. Dalam perniagaan takaful juga pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah.

Secara umumnya, objektif dalam industri takaful tidak mempunyai perbezaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Keduaduanya berasaskan satu konsep yang sama, malah konsep insurans sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, ulama’ dan pakar perundangan Islam telah membuat kajian yang menyeluruh terhadap kendalian dan perjalanan syarikat insurans konvensional yang diamalkan pada masa kini. Justeru, mereka bersependapat bahawa kendalian dan perjalanan syarikat insurans mengikut strukturnya yang ada sekarang adalah tidak selaras dengan kehendak-kehendak syariah. Ini kerana operasi urusniaga insurans dan kontraknya adalah suatu muamalah yang fasid (rosak), tidak sah serta tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

17

3.1 TAKAFUL

Takaful ialah satu skim perlindungan yang menyediakan perlindungan bersama di kalangan peserta skim takaful tertentu. Konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful adalah di kalangan peserta sesama mereka sahaja. Syarikat pengendali takaful sebenarnya bukanlah pihak yang memberikan perlindungan tetapi pihak peserta takaful sesama mereka, masing-masing merupakan pihak yang dilindungi dan pihak yang memberikan perlindungan. Pihak syarikat pengendali takaful hanya bertindak sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim perlindungan yang tersebut.

Kontrak utama dalam takaful ialah kontrak “tabarru‘at” iaitu derma di mana segala sumbangan merupakan sumbangan derma para peserta kepada dana takaful untuk digunakan bagi tujuan perlindungan bersama apabila peserta menghadapi risiko yang telah dinyatakan di dalam aqad perjanjian takaful. Kontrak-kontrak sokongan yang mempertautkan antara para peserta, dana takaful dan pengendali takaful biasanya akan melibatkan kontrak mudharabah atau wakalah.

Akta Takaful 1984, Seksyen 2 menjelaskan konsep takaful sebagai: “Suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta yang memerlukan di mana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

Menurut Nor Mohamed Yakcop (1996), dalam kontrak mudharabah yang dimeterai, syarikat takaful bertindak sebagai “al-mudharib” (pengusaha) dengan menerima wang caruman peserta bagi menguruskan skim-skim takaful, membuat pelaburan tanpa melibatkan riba dan sebagainya. Peserta pula bertindak sebagai “sahibul mal” (pemilik harta) dengan menyerahkan wang caruman atau “ras’ul mal” mereka untuk diuruskan dalam skim-skim takaful, dibuat pelaburan dan sebagainya. 18

Dalam perjanjian tersebut, akan ditentukan serentak bagaimana keuntungan dari perjalanan skim-skim takaful berkenaan akan dibahagikan antara syarikat takaful sebagai pengusaha dan peserta sebagai pemilik harta sama ada 70:30, 60:40, 50:50 atau sebagainya. Perjanjian yang sama juga akan menjelaskan bagaimana syarikat takaful menggunakan wang caruman yang diamanahkan. Peserta turut diberitahu tentang hak-hak mereka serta syarat-syarat berkaitan perlindungan yang diberi dan manfaat yang diperolehi daripada skim-skim takaful yang ditawarkan secara terperinci.

Di Malaysia, pengendali takaful menjalankan operasi secara komersial sebagai usaha niaga perniagaan untuk mendapat keuntungan. Oleh itu, pengendali takaful dikehendaki membuat pendedahan secukupnya dan memastikan ketelusan dalam amalan takaful sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan melindungi semua pihak berkepentingan. Sumber pendapatan pengendali takaful diperolehi daripada: i. Keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham ii. Fi Agensi / Wakalah iii. Bahagian keuntungan pelaburan kumpulan wang takaful iv. Lebihan kumpulan wang takaful

3.1.1 TIGA KOMPONEN UTAMA DALAM INDUSTRI TAKAFUL

Buku Panduan Asas Takaful (2007) menyatakan secara umumnya, industri takaful di negara ini terdiri dalam komponen utama seperti berikut:

i. Peserta Takaful Pencarum juga dikenali sebagai pemegang polisi atau dalam skim takaful sebagai peserta. Mereka merupakan pengguna produk takaful yang mencarum sejumlah wang sebagai sumbangan dalam satu kumpulan wang bersama untuk membantu ahli-ahli yang mengalami kerosakan tertentu. Peserta takaful terdiri dari pihak individu, organisasi perniagaan dan korporat, syarikat-syarikat awam, badanbadan kerajaan dan separa kerajaan. 19

ii. Pengendali Takaful Pengendali takaful ialah pentadbir kumpulan wang takaful dan mengurus kumpulan wang tersebut sebagai amanah bagi pihak peserta dan kontrak antara peserta dengan pengendali ditentukan di bawah kontrak ‘mudharabah’ atau ‘wakalah’. Pengendali takaful juga akan mengunderait perniagaan takaful dan bertindak sebagai pentadbir kumpulan wang bagi pihak peserta.

Pengendali-pengendali takaful di Malaysia menjalankan operasi Takaful Am dan Takaful Keluarga berlandaskan undang-undang Islam dan Syariah. Sehingga akhir tahun 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan terdapat lapan pengendali takaful berdaftar beroperasi di Malaysia. iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ii. CIMB Aviva Takaful Berhad iii. Etiqa Takaful Berhad iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd vi. MAA Takaful Berhad vii. Prudential BSN Takaful Berhad viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

iii. Saluran Pengantara Pengantara dalam pasaran takaful terdiri dari agen dan broker yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984. Para pengantara bertindak sebagai orang tengah di antara pengendali takaful dan peserta dengan menyesuaikan keperluan peserta dengan produk takaful yang ditawarkan oleh pengendali takaful.

a. Agen Takaful Agen Takaful dilantik oleh pengendali takaful dan diberi kuasa untuk memasuki mana-mana kontrak bagi pihak pengendali takaful yang mana pengendali takaful 20

tersebut akan bertanggungjawab bagi semua kontrak yang akan dikendalikan oleh agen tersebut sama seperti pengendali takaful itu sendiri yang memasuki kontrak tersebut.

Agen takaful mewakili pengendali takaful dalam pemasaran dan pemberian khidmat produk mereka dan menerima komisen daripada pengendali takaful. Walau bagaimanapun, agen tidak boleh mewakili lebih dari dua syarikat takaful am dan satu syarikat takaful keluarga dalam satu masa. Agensi takaful boleh dioperasikan secara sambilan atau sepenuh masa.

Bakal agen juga disyaratkan untuk menduduki dan lulus Peperiksaan Asas Agen Takaful atau yang setaraf dengannya dan mendaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (PTM).

b. Broker Takaful Berbeza dengan agen takaful yang mewakili pengendali takaful, broker takaful adalah pengantara sepenuh masa yang bertindak sebagai perunding yang mewakili peserta takaful. Oleh itu, broker takaful tidak terikat kepada pengendali takaful kerana biasanya mereka dilantik dan bertindak bagi pihak pengguna.

Dalam Akta Takaful 1984, broker ditafsirkan sebagai mana-mana individu, firma atau syarikat yang kerana pampasan sebagai seorang kontraktor bebas dengan apa jua cara mensolusit, merundingi atau mendapatkan kontrak takaful atau pembaharian atau penerusannya bagi peserta selain dirinya. Perkhidmatan broker takaful kebiasaannya diperlukan oleh pelanggan komersial yang ingin mendapatkan pelan takaful yang paling sesuai untuk risiko perniagaan mereka yang kompleks.

Broker takaful akan meneliti dan mengkaji keperluan peserta dan kemudian mendapatkan perlindungan yang bersesuaian setelah berunding mengenai syaratsyarat dengan pengendali takaful yang dipilih. Broker boleh bertindak bagi pihak pengguna untuk menempatkan permohonan perlindungan dengan pengendali takaful yang bersesuaian dan menerima fi brokeraj sebagai imbuhan perkhidmatan yang 21

diberikan. Selain itu, broker juga turut membantu pelanggan dalam membuat urusan tuntutan dan mendapatkan manfaat pampasan atau gantirugi.

Memandangkan peranan dan bentuk perniagaan pembrokeran takaful, undangundang mengkehendaki broker takaful mempunyai lesen daripada Ketua Pengarah Takaful dan menjadi ahli Persatuan Broker-broker Insurans Malaysia (IBAM). Broker takaful juga hendaklah ditubuhkan sebagai badan korporat yang tertakluk kepada keperluan modal berbayar tidak terjejas minimum RM500,000 bagi broker dilesen di bawah Akta Takaful 1984 dan RM600,000 bagi broker dilesen di bawah Akta Takaful 1984 dan Akta Insurans 1996. Broker takaful dilesen di bawah Akta Takaful 1984 juga dikehendaki mempunyai perlindungan takaful atau insurans indemniti profesional tidak kurang daripada RM500,000 untuk melindungi mana-mana liabiliti yang timbul daripada salah laku atau kecuaian semasa menasihati pelanggan. Perlindungan indemniti profesional yang minimum bagi broker dilesen di bawah Akta Takaful 1984 dan Akta Insurans 1996 ialah RM1 juta.

c. Banktakaful Banktakaful ialah agihan produk takaful melalui saluran agihan yang ditubuhkan oleh bank. Di Malaysia, pengendali takaful dikehendaki mematuhi keperluan pengawalseliaan berhubung dengan banktakaful seperti yang ditetapkan di bawah pekeliling mengenai banktakaful bagi memastikan pengguna mendapat manfaat daripada struktur kos yang efisien melalui pengaturan banktakaful.

d. Adjuster Dalam Akta Takaful 1984, adjuster ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang kerana pampasan, fee, komisen atau gaji menyiasat atau merunding penyelesaian tuntutan yang timbul di bawah kontrak takaful, semata-mata bagi pihak sama ada pengendali takaful atau peserta. Atau dengan bahasa yang lebih ringkas, adjuster merupakan pengantara takaful yang akan menyiasat tuntutan, menilai kerugian yang kena dibayar dan mengesyorkan penyelesaian tuntutan.

22

3.1.2 TADBIR URUS SYARIAH Bagi memastikan perniagaan Takaful daripada segi tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh syariah, suatu kerangka tadbir urus syariah yang melibatkan pihak pengawal selia industri Takaful iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak pengendali Takaful diperkenalkan dan diterima pakai oleh industri Takaful di negara ini. Rangka kerja syariah yang kukuh meningkatkan keyakinan pengguna dan memberikan fleksibiliti yang lebih luas kepada pengendali takaful untuk berinovasi dalam ruang lingkup syariah. Struktur rangka kerja syariah dua peringkat yang sedia ada yang diperkenalkan oleh BNM adalah seperti yang berikut:

i. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) Majlis Penasihat Syariah BNM ditubuhkan pada bulan Mei 1997 dengan objektif untuk menentukan keputusan syariah mengenai urus niaga perbankan Islam, kewangan Islam dan Takaful yang dijalankan oleh institusi kewangan di bawah kawal selia BNM. Majlis ini mempunyai kuasa mengharmonikan apa-apa perbezaan pentafsiran syariah bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasanya. Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 bagi memperkukuhkan peranan Majlis Penasihat Syariah BNM serta memberikan pengiktirafan undang-undang sebagai badan yang mempunyai kuasa mengenai perkara-perkara syariah yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. Di samping itu, status Majlis Penasihat Syariah BNM telah dinaik taraf sebagai tempat rujukan oleh mahkamah dan penimbang tara dalam apa-apa pertikaian yang melibatkan isu syariah mengenai kes-kes yang melibatkan perbankan dan kewangan Islam.

ii. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful dikehendaki di bawah undang-undang untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah sebagai sebahagian daripada tadbir urus dalaman bagi memastikan pematuhan terhadap Syariah. BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah bagi Institusi Kewangan Islam untuk terus memperkukuh tadbir urus Syariah bagi institusi kewangan Islam. Garis Panduan ini

23

dikeluarkan untuk meningkatkan keseragaman keputusan Syariah dengan cara menyelaraskan fungsi dan kewajipan Jawatankuasa Syariah dalam industri dengan Majlis Penasihat Syariah. Garis Panduan ini juga menetapkan tahap kompetensi setiap ahli Jawatankuasa Syariah sebagai usaha menambah ahli Syariah yang kompeten dalam perbankan Islam dan Takaful.

3.1.3 PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

Pelan perlindungan dalam skim takaful adalah berdasarkan prinsip syariah dan menawarkan pelbagai ciri unik kepada peserta. Secara amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.

i. TAKAFUL KELUARGA

Menurut Mat Hassan Abu Bakar (2003), takaful keluarga memberi bimbingan bagi mereka yang menghadapi masalah akibat kematian dan kemalangan ke atas diri seseorang peserta. Ada dua cara untuk bagi seseorang melindungi keluarganya iaitu sama ada meninggalkan sejumlah wang kepada warisnya apabila ia meninggal dunia atau mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai nafkah hidup diri dan keluarga apabila ia mengalami kecederaan dan tidak berupaya untuk bekerja.

Sobri Salamon (1989) menjelaskan syarikat takaful telah menyusun skim-skim perlindungan

takaful

keluarga

bagi

membolehkan

peserta-peserta

mendapat

perlindungan ini dengan berasaskan tujuan:

i-

Peserta menyimpan atau menabung secara berterusan

ii-

Kumpulan wang yang didapati dilaburkan bagi mendapat keuntungan

iii-

Menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat takaful yang berkenaan kepada peserta yang ditimpa malapetaka atau bencana

iv-

Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung serta manfaat takaful yang berkenaan kepada peserta yang tidak ditimpa malapetaka atau bencana. 24

Melalui skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Bayaran caruman boleh dibuat sama ada secara tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan. Caruman yang dikumpulkan daripada peserta akan dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun khas peserta mengikut kadar yang telah ditentukan. Sebanyak 95% daripada caruman peserta akan dimasukkan ke dalam akaun peserta bagi tujuan simpanan dan pelaburan manakala 5% daripada caruman peserta akan dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk tujuan membayar faedah takaful kepada peserta yang ditimpa musibah.

Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam satu kumpulan wang. Syarikat Takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang dan bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh Syarikat Takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian Al-Mudharabah yang telah dipersetujui antara syarikat dan peserta seperti yang dinyatakan dalam perjanjian. Contohnya jika nisbah pembahagian pada kadar 7:3, maka peserta-peserta akan menerima 70% daripada keuntungan. Sementara syarikat akan menerima 30%. Bahagian keuntungan untuk peserta akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Ini bermakna, dengan adanya keuntungan ini, maka jumlah tabungan atau simpanan masing-masing yang terdapat di dalam akaun peserta akan bertambah. Bahagian keuntungan bagi akaun khas peserta dari keuntungan pelaburan yang sama pula akan dimasukkan ke dalam akaun khas masing-masing.

Produk utama yang ditawarkan dalam takaful keluarga termasuklah: i. Pelan Keluarga ii. Pelan Berkaitan Pelaburan iii. Pelan Pendidikan Anak iv. Pelan Perubatan dan Kesihatan v. Pelan Anuiti 25

ii. TAKAFUL AM

Menurut Nor Mohamed Yakcop (1996) takaful am adalah skim perlindungan ke atas barang-barang tertentu seperti takaful kebakaran, takaful motor, takaful kemalangan dan lain-lain dengan menyediakan suatu kumpulan wang yang disumbangkan oleh orang ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan wang ini akan digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta yang mengalami kesusahan kerana ditimpa sesuatu risiko. Perlindungan jenis ini boleh disertai orang perseorangan, syarikat, pertubuhan atau perbadanan.

Terdapat lima jenis perlindungan yang diberikan dalam takaful am iaitu: i. Kebakaran ii. Kemalangan iii. Kenderaan iv. Kejuruteraan v. Laut dan Udara

Mengikut skim takaful am, peserta dikehendaki membayar caruman dan jumlah caruman bergantung pada jenis takaful am yang disertai. Kumpulan wang ini kemudiannya akan dilaburkan dalam bidang-bidang pelaburan yang halal dari segi syariah. Peserta-peserta takaful am yang tidak mengalami tuntutan akan berkongsi keuntungan ini dan keuntungan akan diberikan secara tunai. Nor Mohamed Yakcop (1996) menjelaskan, pada teorinya, jika rugi, peserta menambah caruman tetapi secara praktikalnya, kerugian itu akan dibawa ke hadapan sehingga keuntungan diperolehi semula. Berbeza dengan pemegang polisi am di mana mereka tidak berhak berkongsi untung rugi kumpulan wang.

Kebanyakan skim perlindungan takaful am mempunyai tempoh akad yang berkuatkuasa selama setahun. Sekiranya tempoh akad skim perlindungan ini tamat, peserta boleh memperbaharui akad perlindungan tersebut bagi jangka masa setahun 26

lagi dan begitulah seterusnya iaitu skim perlindungan ini terus diperbaharui dari setahun ke setahun selagi kepentingan peserta masih kekal ke atas harta benda atau barang yang dilindungi (Sobri Salamon, 1989). Produk utama yang ditawarkan dalam takaful am pula termasuklah: i. Pelan Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah ii. Pelan Motor iii. Pelan Pelan Kemalangan Diri

3.1.4 PERBEZAAN TAKAFUL KELUARGA DAN TAKAFUL AM Takaful Keluarga

Takaful Am

Kombinasi perlindungan dan tabungan jangka panjang, biasanya untuk tempoh lebih dari setahun Pembayaran caruman berkala – bulanan, suku-tahunan, setengahtahunan atau tahunan Memberi manfaat kewangan sekiranya peserta ditimpa musibah serta memberi keuntungan pelaburan

Perlindungan jangka pendek, biasanya untuk tempoh setahun Pembayaran caruman sekaligus

Menyediakan perlindungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan ke atas harta benda atau barang-barang kepunyaan peserta Perlindungan termasuklah: Perlindungan termasuklah: • Kematian dalam tempoh polisi • Kecurian atau kerosakan harta benda • Penyakit atau hilang upaya • Liabiliti yang berpunca daripada kerosakan yang disebabkan oleh diri • Pendapatan tetap ketika persaraan sendiri ke atas pihak ketiga • Kematian atau kecederaan akibat kemalangan ke atas pihak ketiga Produk utama: Produk utama: • Pelan Keluarga Biasa (gadai janji, • Pelan Motor kesihatan, pendidikan dan ‘rider’) • Pelan Kebakaran / Empunya Rumah / • Pelan Anuiti (pendapatan tetap ketika Isi Rumah persaraan) • Pelan Kemalangan Diri • Pelan Berkaitan Pelaburan

27

3.1.5 PRINSIP ASAS TAKAFUL

i.

Peserta mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek yang berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

ii. Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah) yang memerlukan peserta mendedahkan semua maklumat semula yang berkaitan. Sekiranya mereka gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan mereka mungkin tidak sah dan mereka tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami. iii. Peserta hanya boleh memperolehi nilai kerugian kewangan mereka dan bukan mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan nilainya. iv. Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti punca kerugian tersebut. v. Setelah peserta menerima pampasan bagi kerugian tersebut, pengendali takaful berhak menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut. vi. Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada peserta boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

28

3.2 INSURANS KONVENSIONAL

Insurans umumnya difahami sebagai pemindahan risiko daripada seseorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau organisasi tersebut kemudiannya dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium dan sekiranya pemegang polisi ditimpa sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemegang polisi tersebut.

3.2.1 PEMBAHAGIAN INSURANS

Mengikut Zaharuddin Abd Rahman (2007), insurans dibahagikan kepada dua bentuk asas iaitu:

i. Insurans Bersifat Perniagaan / Komersial (Takmin Tijari) Insurans ini adalah suatu kontrak perniagaan daripada jenis Kontrak Pertukaran Wang (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku kemalangan atau musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Bayaran yang diberi oleh pihak syarikat bergantung kepada jumlah caruman pencarum. Insurans jenis inilah yang dikenali sebagai insurans konvensional dan akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam tugasan ini.

ii. Insurans Kerjasama / Masyarakat (Takmin Ta’awuni atau Ijtima’ie) Insurans ini pula adalah suatu kontrak berbentuk derma atau sumbangan daripada sesuatu Badan Pengurusan Insurans Kerjasama kepada para pencarumnya atas dasar saling bantu membantu untuk mengurangkan beban musibah yang ditanggung oleh pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul atau mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum kerana insurans jenis ini bukanlah suatu jenis perniagaan.

29

Ulama tidak bersepakat dalam menentukan hukum bagi insurans konvensional yang bersifat Perniagaan atau Komersial (Takmin Tijari) namun majoriti ulama mengharamkannya. Sebaliknya, ulama’

bersepakat sebulat suara mengharuskan

pelaksanaan Insurans Kerjasama atau Insurans Masyarakat (Takmin Ta’awuni / Ijtima’ie).

3.2.2 JENIS-JENIS INSURANS KONVENSIONAL

Terdapat dua jenis insurans konvensional utama yang disediakan oleh syarikatsyarikat insurans pada masa kini. Kedua-duanya menawarkan dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan.

i.

Insurans Hayat / Insurans Nyawa

Menurut Rosli Mahmood (1994), insurans nyawa menyediakan perlindungan kewangan kepada seseorang terhadap perkara di luar jangkaan seperti kematian, kecederaan atau ketidakupayaan. Insurans nyawa merupakan satu kontrak antara pengambil polisi dengan syarikat insurans sebagai penanggung, untuk membayar sejumlah wang tertentu bersama-sama dengan bonusnya, apabila polisi insurans ini cukup tempohnya atau pengambil insurans meninggal dunia. Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala sama ada secara bulanan, suku tahunan atau tahunan perlu dijelaskan oleh pengambil insurans.

Terdapat beberapa risiko yang dilindungi insurans hayat iaitu: i. Kematian ii. Kematian dalam tempoh polisi iii. Pendapatan semasa persaraan iv. Penyakit v. Hilang upaya

30

Produk utama insurans hayat termasuklah: i. Polisi Seumur Hidup ii. Polisi Endowmen iii. Polisi Bertempoh iv. Polisi Berkaitan Pelaburan v. Polisi Anuiti Hayat vi. Polisi Rider Tambahan vii. Polisi Perubatan dan Kesihatan

ii. Insurans Am

Insurans am pula merupakan polisi insurans yang melindungi seseorang individu atau sesebuah organisasi sebagai pemegang polisi daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, pemegang polisi perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan harta atau diri terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga. Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am meliputi kerugian harta benda seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi atau kematian disebabkan kemalangan atau kecederaan

Produk utama yang ditawarkan dalam insurans am termasuklah: i. Polisi Motor ii. Polisi Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah iii. Polisi Kemalangan Diri iv. Polisi Perubatan Dan Kesihatan

31

3.2.3 PERBEZAAN INSURANS HAYAT DAN INSURANS AM Insurans Hayat Menginsuranskan seseorang atau hayatnya terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan). Tempoh perlindungan lebih daripada setahun dan pembayaran premium secara berkala sama ada secara bulanan, suku-tahunan atau tahunan. Risiko yang dilindungi: • Kematian • Kematian dalam tempoh polisi • Pendapatan semasa persaraan • Penyakit • Hilang upaya Produk utama: • Polisi Seumur Hidup • Polisi Endowmen • Polisi Bertempoh • Polisi Berkaitan Pelaburan • Polisi Anuiti • Polisi Perubatan dan Kesihatan

Insurans Am Menginsuranskan seseorang terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat. Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekaligus. Risiko yang dilindungi: • Kecurian kereta / kebakaran rumah • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi • Kematian disebabkan kemalangan atau kecederaan Produk utama: • Polisi Motor • Polisi Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah • Polisi Kemalangan Diri • Polisi Perubatan Dan Kesihatan

3.2.4 PRINSIP ASAS INSURANS KONVENSIONAL Secara umumnya, insurans dan takaful secara komersial yang diamalkan mempunyai prinsip-prinsip asas yang sama iaitu:

i. Kepentingan Boleh Insurans Pemegang polisi hendaklah mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan mereka menanggung kerugian kewangan. Sebagai contoh, sekiranya pemegang polisi menjual kereta milik mereka, mereka juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya mereka terus menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan

membayar pampasan kepada

mereka sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut. 32

ii. Penuh Percaya Mutlak Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Oleh itu, pemegang polisi perlu mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya mereka gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut mungkin menjadi tidak sah.

iii. Indemniti Hanya digunapakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada polisi insurans. Sekiranya mereka mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan mereka kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.

iv. Sumbangan Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya membeli lebih daripada satu polisi, pemegang polisi hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, seseorang itu boleh membeli lebih daripada satu polisi sekiranya ingin memiliki perlindungan hayat.

3.2.5 KONTRAK INSURANS KONVENSIONAL

Secara umumnya, insurans konvensional difahami sebagai suatu kontrak antara pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans. Kontrak insurans adalah terbentuk antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Walau bagaimanapun, tidak pernah diberikan definisi yang tepat dan jelas dan jelas oleh mana-mana satut ataupun undang-undang kes. Dalam Akta Insurans 1996, tidak terdapat definisi insurans tetapi terdapat definisi insurans polisi hayat atau nyawa iaitu dalam seksyen 152(3):

33

In this section, “insuring the life of person” means insuring the payment of moneys on a person’s death or on the happening of any contingency dependent on the termination or continuance of his life and includes granting an annuity to commence on his death or at a time referred to in the annuity.

Oleh sebab ia adalah suatu kontrak, setakat mana yang relevan, prinsip-prinsip am undang-undang kontrak adalah terpakai kepada kontrak insurans. Kontrak insurans memerlukan kepada beberapa elemen seperti yang diperlukan dalam kontrak biasa iaitu tawaran, penerimaan, balasan dan tujuan yang sah dan niat mengikat dari segi undang-undang (Seksyen 10 (1) akta Kontrak 1950). Mengikut para sarjana, dengan perkembangan terkini industri insurans, sekarang ini boleh dikatakan insurans sudah mempunyai undang-undang tersendiri yang berbeza dengan undang-undang kontrak (Zaini Nasohah, 2004).

Manakala daripada perspektif Akta Kontrak 1950, kontrak insurans, secara amnya boleh didefinisikan sebagai suatu kontrak di mana satu pihak yang dikenali sebagai penanggung insurans berjanji untuk membayar kepada satu pihak yang lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan sejumlah wang atau sesuatu yang mempunyai nilai wang apabila berlakunya sesuatu hal perkara yang diinsuranskan sebagai balasan kepada pembayaran wang yang dikenali sebagai premium. Balasan dalam konteks kontrak insurans adalah dalam bentuk pembayaran premium daripada pihak yang diinsuranskan dan pembayaran sejumlah wang oleh penanggung insurans kepada pihak yang diinsuranskan (Tan Lee Meng, 1989).

Menurut Zaharudin (2007), kontrak insurans lazimnya mengandungi item-item seperti yang berikut: i.

Redha antara kedua-dua belah pihak iaitu antara syarikat insurans dengan pihak pencarum). Ia ibarat kontrak yangg mengandungi aspek ijab dan qabul.

ii.

Pihak yang memberi insurans iaitu pihak syarikat insurans.

iii. Pencarum iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat insurans. 34

iv. Penerima manfaat seperti seperti anak, isteri dan sebagainya. v. Kebahayaan atau musibah mengikut jenis-jenis musibah atau kemalangan yang diandaikan telah ditentukan dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kontrak insurans berbeza dengan kontrak biasa. Walaupun kontrak insurans mestilah suatu kontrak yang sah, mengikat dan yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang tetapi penanggung insurans mestilah mempunyai obligasi di sisi undang-undang untuk membayar wang insurans kepada pihak yang diinsuranskan. Jika pihak penanggung insurans tersebut mempunyai kuasa budi bicara sama ada untuk membayar atau tidak kepada pihak yang diinsuranskan, maka ia tidak boleh menjadi kontrak insurans.

Begitu juga kontrak insurans berlaku apabila terjadinya sesuatu perkara yang diinsuranskan di mana: i. Hal perkara yang diinsuranskan mestilah bertentangan dengan kepentingan pihak yang diinsuranskan. ii. Hal perkara yang dinsuranskan mestilah tidak pasti dari aspek sama ada ia berlaku atau tidak; masa atau bila ia akan berlaku dan setakat mana ia akan berlaku. iii. Hal perkara yang diinsuranskan mestilah tidak pasti pada masa kontrak dibuat. iv. Premium hendaklah dibayar oleh pihak yang diinsuranskan untuk memastikan polisi insurans berkuatkuasa sepanjang tempoh yang diinsuranskan. v. Pihak yang diinsuranskan mestilah mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan terhadap nyawa atau harta benda yang diinsuranskan.

35

Dalam insurans konvensional, kontrak insurans berlaku antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dengan penanggung insurans. Kontrak insurans tidak berlaku sesama pemegang polisi. Sebenarnya, dalam insurans konvensional pihak penanggung insurans menjual polisi insurans kepada pihak yang diinsuranskan. Kontrak di sini ialah kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli) dan ini melibatkan doktrin balasan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Hal ini berbeza dengan kontrak takaful, di mana kontrak takaful berlaku antara peserta dengan peserta iaitu masing-masing menjadi pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans apabila mereka bersetuju untuk menyumbang kepada dana takaful. Manakala pengendali takaful hanya bertindak sebagai pengurus dan wakil kepada para peserta dalam mengurus segala aktiviti insurans. Kontrak yang dibuat pula berbentuk mudharabah dan pelaburan daripada dana takaful yang dikumpul dilakukan dengan tujuan memperkembangkan lagi dana takaful yang sedia ada.

Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi inilah yang menjadi sebab utama mengapa insurans konvensional diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972:

Bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah satu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya yang mengandungi gharar (tidak ketentuan), unsur judi dan muamalat riba maka hukumnya adalah haram (Othman Haji Ishak, 1981).

Penjualan sesuatu yang tidak tentu adalah tergolong dalam larangan gharar maka dengan itu keseluruhan kontrak itu dianggap batal dan tidak sah walaupun ia mempunyai niat dan matlamat yang baik iaitu memberikan perlindungan atau indemniti kepada pemegang polisi.

36

2.3.1 PENDAPAT ULAMA TERHADAP INSURANS

Konsep insurans dari kacamata Islam mula dibicarakan oleh Sheikh Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai ‘Ibnu Abidin’. Beliau membicarakan insurans perkapalan di zaman Khalifah Uthmaniah dan berpendapat bahawa bentuk insurans pada masa itu tidak dibenarkan oleh syara’. Namun, beliau membolehkan menerima pampasan jika perjanjian itu dilakukan di negara bukan Islam.

Pada tahun 1965, Kongres Penyelidikan Islam yang berlangsung di Kaherah telah membincangkan persoalan hukum insurans dalam dunia Islam. Seterusnya, satu lagi persidangan peringkat antarabangsa iaitu Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Ekonomi Islam yang diadakan di Mekah pada tahun 1971 telah turut membincangkan persoalan mengenai insurans.

Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelima telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasid (rosak), tidak sah dan tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba. Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans konvensional diharamkan.

Pada tahun 1985, Majlis Tertinggi Ulama di Mekah, Arab Saudi, Majma’ al-Fiqh, telah mencadangkan sistem takaful yang mengikut hukum syarak sebagai alternatif kepada insurans. Dalam cadangan berkenaan, kontrak tabarru’ diperkenalkan untuk menghindari unsur-unsur gharar dan maisir. Hasil persidangan-persidangan yang telah diadakan

berkenaan

dengan

insurans

telah

mencetuskan

kesedaran

untuk

menjalankan sistem insurans yang mengikut syariat Islam. Atas kesedaran tersebut, para ulama telah mencadangkan agar sistem insurans haruslah disandarkan kepada konsep takaful. 37

Menurut para ulama’, khususnya Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qardawi, sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Setiap peserta yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhwah. Sebahagian daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan. ii. Apabila wang sumbangan itu diperniagakan, hendaklah mengikut syarak contohnya melabur dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak. iii. Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi musibah tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan bersama. iv. Konsep tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan itu, haram hukumnya ditarik kembali. Sekiranya terjadi sesuatu peristiwa, haruslah diselesaikan menurut syara’.

3.2.7 UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS

Majoriti ulama’ berpendapat kontrak insurans konvensional tidak selaras dengan kehendak hukum syara’ kerana mengandungi unsur-unsur berikut:

i.

Gharar (Ketidakpastian)

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans Secara Islam di Malaysia, “Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’qud Alaih (barang) tidak jelas.”

Unsur-unsur gharar ini berkait rapat dengan hal yang berikut iaitu: a. Tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan. b. Tidak diketahui berapakah kadar bayarannya. c. Tidak diketahui bilakah masanya. 38

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (pemegang polisi) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli.

Keadaan ini bertepatan dengan definisi “gharar” yang diterangkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah “Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.”

Bahkan jelas Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang sahih bahawa Baginda “Melarang daripada urusniaga yg mengandungi gharar” (Riwayat Muslim)

Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi, mengikut perjanjian yang ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagi tempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan akan membayar sejumlah pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu, syarikat tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan bagaimana kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku. Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa pampasan itu harus dibayar. Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian (ihtimal) semata-mata dan sudah jelas mengandungi unsur ketidakpastian (gharar).

Begitu juga pemegang polisi tidak akan menerima sebarang pengambilan premium atau sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip sama rata, apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum genap tempohnya yang tertentu.

Contohnya dalam situasi hari ini, sekiranya si fulan mencarum telah mencarum RM1000 hari ini dan tiba-tiba berlaku kecurian kereta yang diinsuranskan, mana mungkin jumlah insurans yang diperolehinya berlipat ganda berdasarkan pakej insurans 39

yang ditawarkan oleh syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat? Jelas sekali unsur gharar dalam situasi ini menyebabkan ketidakadilan berlaku kepada syarikat insurans tersebut. Begitu juga, sekiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan keretanya tidak pernah ditimpa sebarang musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya-tanya bagaimana dengan wang yang dicarum selama ini? Adakah akan hangus begitu sahaja? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi hanyalah ¼ daripada carumannya. Bukankah pencarum pula yang tertindas?

Inilah yang disebut ketidakpastian (gharar) yang dilarang oleh Islam. Islam agama yang syumul dan telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam urusan jual beli agar tiada pihak yang teraniaya. Justeru, Islam menggariskan beberapa syarat sah urusniaga jual beli dan tanpanya jual beli dan kontrak dianggap fasid (rosak). Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2007), syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah: i. Timbangan yang maklum (diketahui jelas jika jualan jenis yang ditimbang). ii. Barang dan harga yang jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yang dijahili ketika beli). iii. Penjualan barangan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu masa yang jelas. iv. Mempunyai tempoh tangguh yang dimaklumi (sama ada tempoh serah barang mahupun harga) sekiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh. v. Kedua-dua pihak hendaklah redha dengan urusniaga yang dijalankan. vi. Sama nilai dan timbangan serta penyerahan di dalam majlis yang sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi.

Ringkasnya, kontrak insurans adalah dikira haram kerana wujudnya unsur gharar (ketidakpastian) dan ketidaktentuan perkara yang dikontrakkan itu. Dr. Muhammad Abdul Mun’im al-Jammal turut menegaskan terdapat kelemahan dan keburukan dalam sistem insurans konvensional iaitu gharar (ketidakpastian) dan jahalah (kesamaran) serta unsur perjudian dan pergadaian (pertaruhan).

40

ii. Maisir (Perjudian)

Dalam konteks insurans, para ulama’ menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maisir (judi) akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada nasib ini dianggap seperti berjudi. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan sekiranya berlaku musibah. Ini juga merupakan suatu perjudian.

Bagaimanapun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak unsur ini terdapat dalam insuran. Beliau berpendapat: “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yang bergantung kepada nasib dan ia bertentangan dengan akhlak kemanusiaan. Di mana letaknya anggapan insurans bersifat judi sedangkan ia adalah suatu sistem yang tegak di atas dasar untuk membantu mengurangkan beban manusia ketika ditimpa musibah…”

Walau bagaimanapun, Syeikh Muhd Abu Zuhrah telah menolak hujah ini kerana terdapat insurans unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bahawa inilah sebab utama ia dianggap judi yang diharamkan, aspek sama ada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama. Malah jelas bahawa insurans adalah suatu kontrak yg dibuat terhadap satu perkara yang tidak pasti dari kedua-dua pihak (kedua pihak tidak tahu jumlah yang diperolehi dan apa pula yang akan dibayar). 41

Apa yang disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yang tidak dapat lari dari hakikat bahawa unsur judi wujud dalam insuran dan dasar bantu yang disebutkan adalah tidak tepat kerana syarikat insurans ditubuhkan atas dasar perniagaan yang ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dengan insurans ta’awuni yang dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujah utama kumpulan ulama’ yg mengharamkan Insuran Konvensional yang bersifat perniagaan.

Kesimpulannya, maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana: i.

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnnya.

ii.

Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.

iii. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlah premium yang diterima.

Keseluruhan asas kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya mungkin berlaku atau tidak. Asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan atau loteri. Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada bencana yang belum pasti terjadi itu menjadikan kontrak insurans sebagai suatu pertaruhan.

iii. Riba

Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2007), unsur riba jelas wujud dalam insurans konvensional apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum yang ditimpa musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza sedangkan wang termasuk dalam enam item ribawi yang disebutkan Nabi SAW dalam hadisnya.

42

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan nyata, apabila bermuamalah antara dua item ribawi yang sama jenis iaitu dalam konsep insurans konvensional adalah matawang, mestilah dgn syarat: a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin iaitu jika melibatkan timbangan seperti beras, gandum, garam dan lain-lain) b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin) c. Hendaklah diserahkan ketika muamalah dilakukan (yadan diyadin).

Syarat ini bersumber dari hadith Nabi SAW :

(‫ ﻭﻻ ﺗﺸﻔﻮﺍ ﺑﻌﻀﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﺑﻌﺾ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬،‫ﻻ ﺗﺒﻴﻌﻮﺍ ﺍﻟﺬﻫﺐ ﺑﺎﻟﺬﻫﺐ ﺇﻻ ﻣﺜﻼ ﲟﺜﻞ‬ Mafhumnya : Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilai dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Manakala dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda:

(‫ﻻ ﺗﺒﻴﻌﻮﺍ ﺍﻟﺬﻫﺐ ﺑﺎﻟﺬﻫﺐ ﻭﻻ ﺍﻟﻮﺭﻕ ﺑﺎﻟﻮﺭﻕ ﺇﻻ ﻭﺯﻥ ﺑﻮﺯﻥ ﻣﺜﻼ ﲟﺜﻞ ﺳﻮﺍﺀ ﺑﺴﻮﺍﺀ )ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬ Mafhumnya : “Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan yang sama, nilai yang sama.”

Menurut Abd. Latif Muda et.al. (1997), riba al-fadlu berlaku apabila ada pertambahan dengan sebab ada pertukaran barang atau jual beli dengan salah satu jenis barang yang sama jenis. Dalam konteks ini, pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah yang berbeza daripada jumlah carumannya maka berlakulah Riba alFadl. Hal ini jelas disebabkan tidak ada kesamaan nilai dalam urusniaga dua item ribawi yang dijalankan.

Manakala

pembayaran

bertangguh

dalam

dua

barangan

ribawi

pula

menyebabkan berlakunya Riba An-Nasi’ah sedangkan jelas Allah telah mengharamkan sebarang urusniaga yang mengandungi unsur riba berdasarkan firman Allah SWT:

43

y7Ï9≡sŒ 4 Äb§yϑø9$# zÏΒ ß≈sÜø‹¤±9$# çµäܬ6y‚tFtƒ ”Ï%©!$# ãΠθà)tƒ $yϑx. āωÎ) tβθãΒθà)tƒ Ÿω (#4θt/Ìh9$# tβθè=à2ù'tƒ šÏ%©!$# ϵÎn/§‘ ÏiΒ ×πsàÏãöθtΒ …çνu!%y` yϑsù 4 (#4θt/Ìh9$# tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅ymr&uρ 3 (#4θt/Ìh9$# ã≅÷WÏΒ ßìø‹t7ø9$# $yϑ‾ΡÎ) (#þθä9$s% öΝßγ‾Ρr'Î/ šχρà$Î#≈yz $pκŽÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ysô¹r& y7Í×‾≈s9'ρé'sù yŠ$tã ï∅tΒuρ ( «!$# ’n<Î) ÿ…çνãøΒr&uρ y#n=y™ $tΒ …ã&s#sù 4‘yγtFΡ$$sù ∩⊄∠∈∪ Maksudnya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 275)

Abd. Latif Muda et.al. (1997) menjelaskan bahawa riba an-Nasiah adalah riba yang berlaku disebabkan lambat membayar atau penangguhan bayaran hutang atau pinjaman. Dalam konteks insurans konvensional, sudah pasti berlaku penangguhan di mana pemegang polisi hanya akan menerima wang premium dalam jumlah tertentu dari syarikat insurans sekiranya ditimpa musibah. Pemegang polisi juga akan dikenakan bunga mengikut kadarnya yang tertentu sekiranya mereka terlewat membayar premium dan ini nyata melibatkan riba.

Selain itu, urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam sesetengah produk insurans hayat pastinya melibatkan riba. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah dengan kadar yang 44

telah ditetapkan ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bahawa kontrak insurans ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yang tidak sah menurut pandangan syarak. Justeru insuran mengandungi kedua-dua jenis riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’. (Zaharuddin Abd Rahman, 2007)

Perlu disedari bahawa insuran konvensional yang banyak diamalkan di Malaysia pada hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) di mana syarikat insurans mengganggap usaha mereka adalah sebagai satu perniagaan yang bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dengan cara perniagaan. Semua kontrak yang terlibat dengan item ribawi mestilah menjaga tiga syarat yang telah disebutkan. Jika tidak, ia termasuk dalam hukum riba yang diharamkan.

Walapun terdapat pencarum yang tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan niatnya hanya untuk mendapatkan jaminan perlindunga kewangan terhadap diri, keluarga dan harta benda yang berkepntingan ia tetap dikategorikan sebagai riba. Zahir urusniaga insurans cukup untuk mengkategorikannya sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya iaitu berniat mencari keuntungan.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada pelaburan yang berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

45

3.2.8 PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS

Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syara’. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan syariah. Apa yang membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak tersebut. Ulama telah bersepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak syariah melalui takaful.

46

PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL Takaful Gabungan kontrak tabarru' (derma) sesama peserta takaful, mudharabah (berkongsi keuntungan) dan wakalah antara pengendali takaful dengan pihak yang diinsuranskan. Peserta membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri di bawah skim yang disertai.

Insurans Konvensional Kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli) antara pemegang polisi dan syarikat insurans.

Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans dan syarikat memberi jaminan kepada pemegang polisi berdasarkan faktor-faktor komersial. Wang pencarum tidak dikira sebagai Wang pelanggan dianggap wang wang syarikat malah ia diasingkan dan syarikat insurans dan dimiliki syarikat tidak dimiliki oleh pengendali. sejurus selepas dibayar oleh pelanggan. - Pengendali takaful bertindak sebagai Syarikat insurans bertanggungjawab pentadbir skim dan membayar membayar manfaat insurans seperti manfaat takaful daripada kumpulan daripada asetnya (kumpulan membayar wang takaful. manfaat takaful wang insurans dan - Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang daripada kumpulan kumpulan wang takaful, pengendali wang pemegang saham). takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung kekurangan berkenaan. Aset kumpulan wang takaful dilaburkan Tidak terdapat sekatan selain sekatan dalam instrumen yang memenuhi yang dikenakan untuk tujuan kehematan. kehendak Syariah. - Keuntungan hasil pelaburan dari Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum tidak kumpulan wang pencarum adalah dimiliki dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah yang disumbang dari wang syarikat objektif utama syarikat insuran. sendiri. - Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. Keuntungan akan dikongsi bersama Keuntungan diagih mengikut keputusan antara pengendali takaful dan peserta syarikat. berdasarkan kontrak mudharabah atau yuran prestasi pelaburan. Lebihan, untung atau pulangan dipegang Pencarum tidak berhak untuk mendapat oleh tabung untuk dibahagikan semula sebarang bahagian dari 'surplus'. kepada pencarum. Mempunyai Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah Mematuhi hukum syara’ dan bebas Tidak mematuhi hukum syara’ dan daripada unsur-unsur riba, gharar dan banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir. maisir. 47

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL

4.1 SISTEM TAKAFUL 4.1.1 KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL

Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding insurans konvensional yang hanya berobjektifkan keuntungan semata-mata. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem takaful ialah:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan Berlandaskan Prinsip-prinsip Islam

Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem insurans konvensional yang telah diperakukan oleh sebahagian besar ulama’ dan fuqaha’ Islam sebagai tidak memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, kelebihan utama sistem ini sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi jaminan perlindungan kewangan kepada peserta-peserta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Menurut Sobri Salamon (1989), pembentukan sistem takaful merupakan hasil kerjasama antara para intelektual Islam dengan golongan profesional dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai usaha mencari jalan ke arah pelaksanaan ekonomi yang halal. Bagi memastikan dan menyakinkan bahawa kajian dan percubaan ini akan berjaya, panduan-panduan telah diambil daripada syarikat-syarikat mudharabah secara Islam sedia ada yang menjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.

Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan peserta-peserta skim takaful. Konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful hanyalah di kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat pengendali takaful bukanlah sebagai pihak 48

yang memberikan perlindungan sebaliknya para peserta takaful bertanggungjawab sebagai pihak yang memberi perlindungan selain menjadi pihak yang dilindungi.

2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Keluarga

Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang diamalkan oleh syarikat insurans hayat, pencarum takaful keluarga juga diberi pilihan dalam membayar caruman sama ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.

Namun begitu, pencarum yang terlewat membayar wang caruman dalam sistem takaful tidak akan dikenakan sebarang bayaran faedah kerana unsur-unsur riba sangat dilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengan syarikat insurans yang mengenakan bayaran faedah kepada pencarum yang terlewat menjelaskan bayaran premium.

3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan Peserta-Peserta Takaful Melalui Kontrak Mudharabah

Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras dengan hukum syarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan mudharabah. Al-Takaful ialah saling menjamin manakala Al-Mudharabah ialah perjanjian berkongsi

untung dalam

perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta takaful) bagi suatu usaha niaga dengan penguasaha (pengendali takaful).

Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysia boleh digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung dengan sekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu sama lain daripada kehilangan atau kemusnahan tertentu yang menimpa ke atas mana-mana peserta seperti kematian dan bencana.

49

Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali. Pengendali takaful hanya bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada kumpulan wang takaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung kekurangan berkenaan.

Melalui kontrak Mudharabah, peserta diberi hak untuk turut berkongsi keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Manakala lebihan untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawa keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri.

Berbeza dengan sistem insurans konvensional di mana keuntungannya diagih mengikut keputusan syarikat insurans tersebut. Keuntungan yang diperolehi oleh pengendali takaful juga tidak diragui dari segi kehalalannya kerana pelaburan dilakukan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meninggal dunia Menurut Dr. Sobri Salamon (1989), apabila seseorang peserta yang meninggal dunia sebelum tempoh skim perlindungan takaful keluarga yang disertainya matang, maka waris-warisnya akan menerima bayaran manfaat takaful seperti berikut : a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebelum ia meninggal dunia sebagaimana yang telah terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.

50

b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jika dia tidak meninggal dunia dan terus mengekalkan penyertannya. Jumlah baki ini adalah dikira dari tarikh selepas kematiannya sehingga tarikh skim perlindungan yang disertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman ini akan dibuat daripada akaun khas semua peserta mengikut persetujuan seperti yang termaktub di dalam perjanjian takaful. c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebagaimana yang terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah. d) Lebihan daripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkan kepadanya.

Lebihan ini

diperolehi

setelah

ditolak

semua perbelanjaan

mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada wariswaris, rakan-rakan peserta yang meninggal dunia dan sebagainya.

5. Manfaat dari Segi Rohaniah.

Mohd Fadzli Yusof (1996) menyatakan bahawa keuntungan biasanya menjadi matlamat utama dalam perniagaan. Tiada pengusaha mahupun penyumbang modal yang tidak mengharapkan keuntungan daripada perusahaan atau pelaburan yang dibuat. Hal ini kerana keuntungan diperlukan dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Islam juga tidak menegah umatnya dari mengaut keuntungan dalam perniagaan yang dijalankan selagi sumber dan kaedah untuk memperoleh keuntungan tersebut tidak bercanggah dengan syarak.

Dalam konteks takaful, perserta bukan sahaja berpeluang memperoleh manfaat dari segi jaminan perlindungan kewangan sebaliknya peserta juga berpeluang memperoleh manfaat dari segi rohaniah sekiranya mereka turut meletakkan kebajikan sebagai matlamat utama menyertai takaful. Ini kerana selain mencarum untuk keperluan diri dan keluarga, para peserta juga dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial menerusi tiga prinsip utama yang terkandung dalam sistem takaful (Mat Hassan Abu Bakar, 2003) iaitu: 51

i. Saling Bertanggungjawab Peserta-peserta takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu sama lain. Memikul tanggungjawab dengan baik adalah suatu ibadat dan hal ini dituntut dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap orang daripada kamu adalah memikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap orang-orang di bawah tannggungjawab kamu” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasa tanggungjawab seseorang kepada seseorang yang lain adalah salah satu daripada asas perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Melalui sistem takaful, rasa tanggungjawab itu dizahirkan melalui persetujuan peserta membuat caruman atas niat tabarru’ iaitu menderma atau membuat kebajikan iaitu mengurniakan dengan redha dengan tujuan berbakti atau membantu (Mohd Fadzli Yusof, 1996). Para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan dan membantu peserta-peserta lain yang ditimpa musibah.

ii. Saling Bekerjasama dan Bantu Membantu Peserta-peserta takaful bersetuju bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Dalam hal ini, Islam jelas menuntut umatnya agar bekerjasama dalam perkara-perkara yang makruf dan boleh menyuburkan perasaan takwa. Sebagaimana disebut dalam firman Allah s.w.t : ∩⊄∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÉΟøOM}$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès? Ÿωuρ ( 3“uθø)−G9$#uρ ÎhŽÉ9ø9$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès?uρ

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. “ (Surah al-Maidah: ayat 2)

52

Selain dapat

bekerjasama

dan saling

membantu,

peserta juga

dapat

melaksanakan fungsi harta dengan betul dan ini juga merupakan salah satu unsur kebajikan dan takwa yang boleh didapati dalam sistem takaful.

iii. Saling lindung-melindungi dalam sebarang kesusahan. Dalam konteks sistem takaful, peserta-peserta takaful telah menyatakan persetujuan semasa menandatangani kontrak perjanjian untuk saling lindungmelindungi antara satu sama lain daripada sebarang kesusahan, bencana dan sebagainya. Selain bersetuju untuk memberi perlindungan melalui caruman yang dibuat, mereka juga turut menerima perlindungan sekiranya ditimpa musibah kerana mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

6. Sistem Insurans Berlandaskan Syariat Islam Para peserta tidak perlu ragu-ragu untuk menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsur-unsur yang bercanggah dengan kehendak syarak seperti gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba. Ini kerana skim takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984, Seksyen 8 (5)(b):

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan

bagi

penubuhan

Majlis

Pengawasan

Syariah

untuk

menasihati

pengendalian tentang perniagaan takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Akta ini menjelaskan bahawa setiap pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Syariah. Jawatankuasa ini memberi panduan kepada pengendalipengendali takaful supaya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang ditegah syarak seperti amalan gharar (ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berkenaan sesuatu perjanjian dan sumber), maisir (perjudian) dan riba (bunga atau faedah) sebagaimana yang diamalkan oleh sistem insurans konvensional.

53

Walaupun skim takaful adalah mengikut prinsip-prinsip syariah sebagaimana dijelaskan melalui penggunaan perkataan seperti “proper claimant” dan “under the relevant law” dalam Seksyen 65 (4) Akta Takaful, namun penyertaan dalam skim Takaful tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja bahkan skim takaful adalah untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama (Nik Ramlah Mahmood, 1991). Oleh itu, kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam sistem takaful ini juga turut dinikmati oleh peserta-peserta bukan beragama Islam yang sama-sama menyertai skim takaful.

7. Kelebihan Sistem Takaful Mengikut Perspektif Pihak yang Berkepentingan Dalam rencana khas keluaran Bank Negara Malaysia pada tahun 2004 sempena ulang tahun ke-20 industri takaful menyatakan takaful berasaskan komersial (Takaful Tijari) yang diamalkan di Malaysia dari perspektif pihak yang berkepentingan memberikan kelebihan-kelebihan seperti berikut: Pelanggan

Kerajaan

Pengendali

Pelabur / Pemegang Saham

Memenuhi permintaan terhadap beberapa produk perlindungan dan tabungan pada kos yang berpatutan setanding dengan kos produk insurans konvensional. Berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus dan mentadbir skim takaful dengan pakej imbuhan yang kompetitif. Menubuhkan takaful sebagai alternatif kepada insurans konvensional dalam sistem kewangan Islam yang komprehensif. Menyediakan pulangan berpatutan atas pelaburan mereka setanding dengan penanggung insurans konvensional.

Kesimpulannya, kewujudan sistem takaful pada hari ini telah memberi alternatif baru kepada umat Islam yang memerlukan jaminan perlindungan kewangan yang berkualiti secara profesional dan faedah-faedahnya mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak. Hal ini sekaligus memberi persaingan dalam industri insurans di mana sebelum ini hanya dimonopoli oleh sistem insurans konvensional.

54

4.1.2 KELEMAHAN SISTEM TAKAFUL

Di sebalik kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, sistem takaful pada hari ini khususnya dalam negara dilihat masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam aspek pemasaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai sistem takaful. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan takaful mendapat sambutan yang setanding dengan insurans konvensional yang telah bertapak lebih awal. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:

1. Kekurangan Pengendali Takaful Berdaftar

Sehingga awal tahun 2009, hanya lapan buah pengendali takaful berdaftar di negara ini yang disenaraikan dalam laman web Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ii. CIMB Aviva Takaful Berhad iii. Etiqa Takaful Berhad iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd vi. MAA Takaful Berhad vii. Prudential BSN Takaful Berhad viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Sebaliknya, bagi penyedia khidmat insurans, sebanyak tujuh syarikat perniagaan insurans, sembilan perniagaan insurans hayat dan dua puluh enam perniagaan insurans am telah disenaraikan dalam laman web tersebut.

Pertambahan pengendali takaful adalah penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pengendali-pengendali takaful. Ini kerana setiap pengendali akan menawarkan produk yang terbaik dan berkualiti serta menambah produk-produk 55

daripada yang sedia ada bagi menarik orang ramai selaku pelanggan menyertai skim takaful yang ditawarkan. Secara tidak langsung, mereka mempunyai banyak pilihan dalam memastikan skim takaful yang disertai benar-benar dapat memberi manfaat perlindungan yang maksimum dan memuaskan hati.

x. Kekurangan Pendedahan Terhadap Sistem Takaful

Sistem takaful mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1985 melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM). Sehingga kini, orang ramai khususnya umat Islam masih kurang didedahkan dengan pelaksanaan sistem takaful walaupun sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah diharamkan oleh sebahagian besar ulama’.

Kelemahan juga dilihat apabila agen yang menjual produk takaful tidak dapat menjelaskan secara terperinci akan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada produk takaful berbanding insurans konvensional sekaligus tidak dapat menyakinkan orang ramai untuk sama-sama menyertai takaful. Oleh itu, pengendali-pengendali takaful perlulah memastikan latihan diberi secukupnya kepada agen-agen takaful yang dilantik agar mereka mampu menarik lebih ramai orang untuk menyertai takaful terutamanya umat Islam dan beralih dari terus membeli insurans konvensional.

Dalam Ucap Utama Gabenor pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ASLI yang bertajuk "Metamorfosis Menjadi Pusat Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa" pada 1 Oktober 2005 , Tan Sri Dato' Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan mempunyai kumpulan bakat dan kemahiran profesional menjadi satu cabaran utama dalam menggalakkan hubungan yang lebih luas dalam sistem kewangan lslam domestik dan integrasi dengan sistem kewangan antarabangsa. Bakat merupakan prasyarat penting bagi pembangunan sistem kewangan lslam di peringkat nasional dan global. Mereka merupakan aset penting yang akan mendorong inovasi dalam perniagaan kewangan lslam dan dapat mengekalkan kekuatan daya saingnya. Dengan industri terus berkembang, keperluan untuk membangunkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan 56

termasuk produk yang boleh mengurangkan risiko, menjadi bertambah penting. Produkproduk ini merupakan satu keperluan bagi industri kewangan Islam, bukan hanya untuk memenuhi keperluan ekonomi domestik dan antarabangsa yang baru dan berubahubah, tetapi juga untuk membolehkan perlindungan nilai terhadap peristiwa buruk yang mungkin berlaku dan ketidakpastian. Ini penting untuk memperkukuh daya tahan dan rangka kerja pengurusan risiko industri kewangan lslam dalam keadaan persekitaran kewangan global yang semakin mencabar dan berdaya saing.

Selain itu, pengendali-pengendali takaful juga perlu memikirkan medium terbaik dalam usaha memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sistem takaful yang dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Ini kerana masih ramai yang beranggapan bahawa tiada perbezaan dalam sistem yang digunakan oleh insurans konvensional dan takaful. Ini kerana kedua-duanya menawarkan jaminan perlindungan kewangan jika pencarum ditimpa musibah atau tragedi di luar jangkaan.

57

4.2

INSURANS KONVENSIONAL 4.2.1 KELEBIHAN INSURANS KONVENSIONAL

Walaupun sebahagian besar ulama dan fuqaha’ Islam mengharamkan umat Islam daripada menyertai insurans konvensional, masih terdapat sebilangan ulama’ yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu. Ini menunjukkan insurans konvensional sebenarnya turut mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun begitu, disebabkan kelemahan pelaksanaannya berhubung perkara-perkara yang melibatkan hukum syarak, maka ia diharamkan. Apatah lagi, umat Islam kini mempunyai sistem takaful bagi menggantikan insurans konvensional yang ada sekarang. Berikut merupakan kelebihan menyertai insurans konvensional:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan

Insurans boleh difahami sebagai pemindahan risiko daripada seseorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Dalam konteks insurans, individu atau organisasi yang memindahkan risiko disebut sebagai pemegang polisi manakala syarikat insurans sebagai penganggung insurans. Pemegang polisi dikehendaki membayar premium iaitu bayaran yang ditetapkan untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans. Sekiranya mereka ditimpa sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang terkandung dalam kontrak perjanjian, mereka akan menerima bayaran pampasan daripada syarikat insurans.

Secara amnya, terdapat risiko-risiko tertentu yang dilindungi mengikut insurans yang dibeli. Contohnya insurans hayat memberi perlindungan kepada hal-hal seperti seperti kematian dalam tempoh polisi, pendapatan semasa persaraan, penyakit dan hilang upaya. Manakala risiko yang dilindungi insurans am pula meliputi kerugian harta benda seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi atau kematian disebabkan kemalangan atau kecederaan

58

2. Bayaran Premium Secara Berkala bagi Insurans Hayat / Nyawa

Bagi melayakkan pemegang polisi mendapatkan manfaat dari segi jaminan perlindungan kewangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans, mereka dikehendaki menjelaskan bayaran premium mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat. Bagi insurans hayat, pembayaran caruman adalah secara berkala dan ini memberi peluang

kepada

pemegang

untuk

memilih

kaedah

pembayaran

berdasarkan

kemampuan mereka. Pembayaran boleh dijelaskan sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan mengikut kemampuan pemegang polisi.

4.2.2 KELEMAHAN INSURANS KONVENSIONAL

Sebelum sistem takaful diperkenalkan, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans konvensional. Tetapi kini dengan wujudnya

syarikat-syarikat pengendali

takaful, maka ia bukan lagi menjadi alternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi umat Islam perlu menolak insurans konvensional yang ternyata mempunyai banyak kelemahan

terutamanya

yang

melibatkan

hukum

syarak.

Antara

kelemahan-

kelemahannya ialah:

1. Terdapat Unsur Riba.

Huraian tentang unsur riba dalam pelaksanaan insurans konvensional telah dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, secara ringkas, unsur riba dalam insurans konvensional boleh dilihat dalam beberapa aspek: 1. Bayaran pampasan yang diberikan oleh syarikat insurans sekiranya berlaku sebarang musibah kepada pencarum adalah berbeza dengan jumlah premium yang dicarum. Hal ini jelas disebabkan tidak ada kesamaan nilai dalam urusniaga dua item ribawi yang dijalankan. Ini kerana urusniaga insurans dijalankan mengikut Kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli).

59

2. Berlaku pembayaran bertangguh dalam dua item ribawi (Riba An-Nasi’ah). Hal ini merujuk kepada situasi di mana pemegang polisi hanya akan menerima wang premium yang dicarumnya beserta bonus dalam jumlah tertentu dari syarikat insurans sekiranya ditimpa musibah. 3. Pemegang polisi yang terlewat membayar premium mengikut masa yang ditetapkan akan dikenakan bayaran faedah mengikut kadar yang tertentu. 4. Urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam sesetengah produk insurans hayat melibatkan riba. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah mengikut kadar yang telah ditetapkan ke atas pencarum yang membuat pinjaman. Jelas sekali bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam. 5. Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada pelaburan yang berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

2. Terdapat Unsur Gharar (Ketidaktentuan).

Manakala unsur gharar dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang dilihat dari segi Ma’qud Alaih (barang) dan berkait rapat dengan hal berikut: d. Pencarum tidak mengetahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan. e. Pencarum tidak mengetahui kadar bayaran yang akan dikenakan oleh syarikat insurans. f.

Pencarum tidak mengetahui bilakah pembayaran akan dilakukan.

Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi, mengikut perjanjian yang ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagi tempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan akan membayar sejumlah pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu, syarikat tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan 60

bagaimana kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku. Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa pampasan itu harus dibayar. Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian (ihtimal) semata-mata dan sudah jelas mengandungi unsur gharar (ketidakpastian).

Dalam situasi yang lain pula, unsur gharar berlaku apabila tiada tuntutan dilakukan oleh pencarum. Hal ini sangat menguntungkan syarikat insurans kerana mereka

akan

mendapat

semua

keuntungan

(premium)

sementara

pencarum

mengalami kerugian kerana tidak mendapat sebarang pulangan padahal kontraknya berasaskan jual beli.

Apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum genap tempohnya yang tertentu, pemegang polisi tidak akan menerima sebarang pengambilan premium atau sekiranya diberi, kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip sama rata.

3. Terdapat Unsur Perjudian.

Dalam konteks insurans, para ulama’ menyatakan maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maisir akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Unsur perjudian dapat dilihat apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Hal ini mungkin menyebabkan syarikat insurans mengalami kerugian. Sebaliknya, jika tiada tuntutan dibuat oleh pencarum sepanjang tempoh polisi, syarikat insurans berpeluang mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana tidak perlu mengeluarkan peruntukan untuk membayar pampasan 61

kepada pencarum. Untung dan rugi bergantung kepada nasib inilah yang dianggap seperti berjudi. Manakala pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan sekiranya berlaku musibah. Ini juga dianggap suatu perjudian.

Kesimpulannya, unsur maisir (perjudian) dalam kontrak insurans wujud apabila: iv. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnnya. v. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. vi. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlah premium yang diterima. vii. Pembayaran pampasan dipertaruhkan kepada bencana yang belum pasti terjadi

4. Syarikat Sebagai Pemilik Penuh Keuntungan

Dalam insurans konvensional, wang pelanggan dianggap wang syarikat insurans dan dimiliki syarikat sejurus selepas dibayar oleh pelanggan termasuklah keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum. Ini kerana keuntungan merupakan objektif

utama

sesebuah

syarikat

insurans

ditubuhkan.

Oleh

itu,

selain

bertanggungjawab membayar manfaat insurans, syarikat juga memiliki hak penuh dalam membuat keputusan untuk mengagih-agih keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan yang dijalankan. Apatah lagi secara umumnya, pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi segala perkara yang berlandaskan syariat Islam pastinya membawa banyak kebaikan dan kelebihan berbanding perkara yang dicipta oleh manusia. Ini kerana Islam adalah agama yang syumul meliputi segala aspek dalam kehidupan manusia.

62

5.0 SEJAUH MANA KEJAYAAN PELAKSANAAN TAKAFUL DI MALAYSIA

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996), Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama merintis perniagaan insurans secara Islam. Industri takaful Malaysia bermula dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang mula beroperasi pada Ogos 1985 sebagai pengendali takaful tunggal dengan produk asas yang terhad. Namun kini hasil usaha bersepadu antara Bank Negara Malaysia dan pengendali-pengendali takaful membangunkan industri takaful yang cekap, dinamik dan berdaya tahan, industri takaful Malaysia terus berkembang dan mengalami transformasi yang pesat. Bahkan industri takaful juga telah berjaya diintegrasikan ke dalam arus perdana sistem kewangan negara.

5.1 PENUBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

Industri takaful sejak 20 tahun yang lalu pada dasarnya dibentuk bagi melengkapkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983. Tetapi pada masa yang sama penubuhan industri takaful juga telah memberi alternatif baru kepada umat Islam yang memerlukan jaminan perlindungan kewangan berlandaskan syariah daripada menyertai insurans konvensional. Bahkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan insurans hayat sebagai suatu

kontrak

yang

tidak

sah

kerana

mengandungi

unsur-unsur

‘gharar’

(ketidakpastian), ‘maisir’ (perjudian) dan riba dilihat turut menyumbang kepada penubuhan industri takaful di Malaysia.

Bagi mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans secara Islam, Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1982. Berikutan syor petugas tersebut, Akta Takaful telah diperkenal dan dikuatkuasakan pada tahun 1984 manakala pengendali takaful yang pertama telah diperbadankan di Malaysia pada bulan November 1984.

63

Bermula dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM) pada Ogos 1985 sebagai pengendali takaful tunggal, industri takaful kemudiannya diperluas dengan pengenalan jendela lslam (Islamic window) oleh institusi perbankan konvensional yang membolehkan institusi perbankan tersebut menawarkan produk dan perkhidmatan Islam. Pada masa yang sama, dinding pemisah (firewalls) yang mencukupi telah diwujudkan untuk memastikan pengasingan sepenuhnya operasi perbankan. Ini adalah untuk mengelakkan percampuran antara dana perbankan lslam dengan dana perbankan konvensional supaya integriti operasi perbankan lslam dapat dipastikan.

Saiz dan skala industri takaful pada hari ini menunjukkan pengiktirafan yang semakin jelas tentang potensi besar yang ditawarkan perniagaan kewangan Islam kontemporari ini. Pengendali takaful disokong oleh infrastruktur yang komprehensif yang telah berkembang sejak 20 tahun yang lalu. Sehingga April 2009, laman web Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan sebanyak lapan pengendali takaful berdaftar dan beroperasi di Malaysia iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ii. CIMB Aviva Takaful Berhad iii. Etiqa Takaful Berhad iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd vi. MAA Takaful Berhad vii. Prudential BSN Takaful Berhad viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd

Pengeluaran lesen baru bertujuan mempercepatkan kadar pengembangan perniagaan takaful domestik dan global dengan mewujudkan pengendali takaful yang kukuh dan berkelayakan yang mempunyai sumber yang mencukupi, kepakaran yang sesuai dan jaringan perhubungan antarabangsa untuk menjalankan perniagaan ini. 64

Penyertaan pengendali takaful baru juga dapat memperkukuh hubungan dengan pasaran antarabangsa dan dengan itu potensi institusi kewangan Malaysia dapat ditingkatkan bagi meraih manfaat daripada sektor pertumbuhan ini secara global.

Oleh itu, pengendali-pengendali takaful dipilih berdasarkan keutuhan kewangan, kepakaran, kompetensi dan rangkaian antarabangsa mereka yang boleh menyumbang secara

berkesan

melengkapkan

terhadap

usaha

pembangunan

menjadikan

Malaysia

industri sebagai

takaful pusat

di

Malaysia

kewangan

dan Islam

antarabangsa yang terkemuka.

Syarikat Takaful Ikhlas merupakan salah satu contoh syarikat takaful yang berjaya di Malaysia. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2008, Takaful Ikhlas telah mencatatkan kutipan sebanyak RM428 juta untuk pendapatan caruman bagi tempoh itu. Melalui produk “Ikhlas Medic Assist Takaful” (IMAT), Syarikat Takaful Ikhlas telah diberikan anugerah “Produk Takaful Paling Inovatif” yang disampaikan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Bernama, 10 Disember 2008).

Industri takaful kini telah mencapai kemajuan yang memberansangkan sejak tertubuhnya syarikat takaful pertama pada tahun 1984 di negara ini. Secara yang lebih lanjut, dalam konteks perkembangan semasa, perkembangan positif ini dapat dilihat menerusi fakta yang menunjukkan bahawa dalam tempoh enam bulan pertama 2008, jumlah pendapatan sumbangan takaful telah meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM1.4 bilion (Januari-Jun 2007:34.7 peratus; RM1.1 bilion). Ia mencakupi 8.5 peratus daripada jumlah premium industri insurans pada akhir Jun 2008 (akhir 2007:8.3 peratus).

Bagi sektor takaful keluarga, sumbangan perniagaan baru meningkat dengan kukuh sebanyak 98.1 peratus kepada RM1 bilion (Januari-Jun 2007:41.5 peratus) didorong peningkatan dalam segmen berkaitan pelaburan dan pelancaran produk baru pada awal tahun 2008 dan pertumbuhan pesat produk pembiayaan yang dicatatkan oleh pengendali takaful baru. Sumbangan perniagaan baru bagi segmen berkaitan 65

pelaburan berkembang lebih dua kali ganda kepada RM351.2 juta (Januari-Jun 2007: RM152.1 juta).

Penembusan pasaran yang diukur berasaskan jumlah sijil takaful keluarga yang masih berkuat kuasa berbanding jumlah penduduk telah meningkat kepada 8.2 peratus pada akhir Jun 2008 (Jun 2007: 7.7 peratus).

Dalam sektor takaful am, jumlah sumbangan bersih menyusut 6.7 peratus berikutan penurunan dalam insurans kebakaran sebanyak 34.2 peratus kepada RM97.6 juta (Januari-Jun 2007: 2.2 peratus; RM148.3 juta), manakala marin, penerbangan dan transit sebanyak 46 peratus kepada RM13.8 juta (Januari-Jun 2007:12 peratus; RM25.5 juta).

Aset takaful berkembang 25.1 peratus kepada RM9.6 bilion pada akhir Jun 2008 dan menyumbang 6.9 peratus kepada jumlah aset industri insurans (Berita Harian, 29 Ogos 2008). Walau bagaimanapun, prestasi industri takaful yang dilihat menggalakkan ini masih kecil sumbangannya jika dibandingkan dengan sumbangan insurans konvensional.

5.2 PEMANGKIN PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA

Dalam membangunkan industri takaful di Malaysia selama lebih dua dekad, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pendekatan secara berperingkat yang dapat dibahagikan kepada tiga fasa berikut (Laporan Tahunan Takaful 2004):

i. Fasa

1

(1984-1992)

bermula

dengan

penggubalan

undang-undang

pengawalseliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan penubuhan pengendali takaful pertama 1984. Tumpuan utama sepanjang fasa ini ialah penyediaan infrastruktur asas bagi industri takaful. Akta yang masih digunakan hingga kini telah digubal untuk mengawal pengendalian perniagaan takaful dan juga mengkehendaki

supaya

pengendali 66

takaful

didaftarkan.

Akta

ini

juga

memperuntukkan

agar

Jawatankuasa

Syariah

ditubuhkan

dalam

usaha

memastikan operasi perniagaan pengendali takaful mematuhi prinsip syariah pada setiap masa.

ii. Fasa II (1993-2000) menandakan permulaan persaingan dalam industri takaful dengan kemasukan satu lagi pengendali takaful. Tempoh ini juga menyaksikan peningkatan kerjasama di kalangan pengendali takaful di rantau ini termasuk pembentukan Kumpulan takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan ASEAN Retakaful International (L) Ltd. Pada tahun 1997. Ini telah memudahkan pengaturan takaful semula (retakaful) di kalangan pengendali takaful di Malaysia dan di rantau ini, iaitu Brunei, Indonesia dan Singapura.

iii. Fasa III (2001-2010) bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) pada tahun 2001 dengan beberapa objektif antaranya untuk menambah baik

keupayaan

pengendali

takaful

dan

memperkukuh

rangka

kerja

perundangan, Syariah dan pengawalseliaan. Bahagian PISK yang berkaitan perbankan Islam dan takaful merupakan pelan strategik ke arah merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat antarabangsa bagi kewangan Islam. Setakat ini, tempoh ini telah menyaksikan peningkatan tahap perkembangan dan persaingan dengan pemberian lesen kepada beberapa pengendali takaful baru. Untuk terus menggalakkan perkembangan industri takaful, Persatuan Takaful Malaysia ditubuhkan

(MTA), pada

sebuah tahun

persatuan 2002.

pengendali-pengendali

Persatuan

Takaful

takaful

Malaysia

telah

berhasrat

memperbaiki pengawalseliaan sendiri industri melalui keseragaman amalan pasaran dan menggalakkan kerjasama pada tahap yang lebih tinggi di kalangan pengendali takaful dalam usaha memperkembangkan industri takaful.

67

Pengendalian takaful yang berasaskan komersial yang dijalankan di Malaysia telah menyumbang dengan ketara terhadap kejayaan industri takaful. Pendekatan ini menekankan pemberian pulangan yang berpatutan kepada peserta, pengendali takaful dan pemegang saham. Ia berbeza daripada konsep takaful kerjasama yang dilaksanakan di beberapa negara lain dengan skim takaful dijalankan semata-mata untuk tujuan sosial. Di samping itu, peranan kerajaan dan sokongannya yang berterusan dalam memperkembangkan industri takaful merupakan faktor penting dalam menggalakkan pertumbuhan industri takaful di Malaysia. Kerajaan telah berupaya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menentukan hala tuju yang jelas bagi perkembangan industri ini.

68

5.0 JANGKAAN MASA HADAPAN

Pertumbuhan

perniagaan

takaful

pada

tahun-tahun

mendatang

terus

memberangsangkan. Ini disokong oleh peningkatan kesedaran orang ramai terhadap produk takaful, ditambah pula dengan saluran pengagihan yang lebih cekap dan pelbagai yang membolehkan akses lebih luas kepada lebih banyak segmen penduduk. Sektor takaful telah muncul sebagai komponen penting sistem kewangan dan berjaya berintegrasi dengan komponen-komponen lain sistem kewangan Islam. Persekitaran yang kondusif melalui penyediaan rangka kerja perundangan, pengawalseliaan dan syariah

yang

kukuh

akan

terus

memudahkan

industri

takaful

mengekalkan

pertumbuhan yang pesat. Inovasi produk dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang akan terus menjadi pemboleh utama pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), industri takaful akan dibangunkan sebagai salah satu komponen penting dalam sistem kewangan menjelang tahun 2010. Dalam tempoh Rancangan, objektif utama ialah untuk membangun sebilangan pengendali takaful yang kukuh dan bermodal tinggi serta menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan takaful yang lengkap. Langkah akan diambil untuk meningkatkan keupayaan pengendali takadul memanfaatkan ciri-ciri unik takaful. Usaha ini termasuk memastikan terdapatnya individu dan kumpulan pengurusan yang terlatih dan berkaliber tinggi dengan kepakaran yang diperlukan dari segi pematuhan syariah dan pembangungan produk. Lesen takaful tambahan akan dikeluarkan kepada pihak yang layak untuk meningkatkan lebih persaingan serta memperluas lagi perniagaan takaful bagi mencapai sasaran 20 peratus daripada keseluruhan industri insurans.

Pengendali takaful Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan penglibatan mereka di peringkat global melalui penyertaan ekuiti atau kepakaran pengurusan dengan rakan asing dalam bidang ini. Dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia, usaha bagi meningkatkan pengurusan pasaran industri takaful dan memperkukuh perlindungan pengguna akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan cekap. Saluran penyampaian alternatif seperti banktakaful, penasihat kewangan dan internet 69

akan terus dibangunkan. Profesionalisme agensi pelaksana akan dipertingkat bagi memastikan perkhidmatan pengguna yang lebih baik.

Bagi melindungi kepentingan dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap industri takaful, inisiatif berkaitan kawal selia dan pengawasan akan bertumpu ke arah memperkukuhkan keteguhan kewangan dan kemampanan industri ini. Kawal selia mengenai keperluan mampu bayar dan kecukupan modal yang merupakan aspek penting kepada penyeliaan berhemat akan diperkemas. Usaha kawal selia dan penyeliaan masa depan akan juga ditumpukan ke arah memperkukuh amalan tadbir urus dan memupuk lebih budaya pengurusan risiko dalam industri takaful. Peningkatakn

rangka

kerja

perundangan

khususnya

yang

berkaitan

dengan

perlindungan pengguna akan dilaksanakan.

Di peringkat antarabangsa, wawasan kerajaan memperkembangkan takaful di peringkat global menjadi pendorong kepada pengendali takaful Malaysia untuk meningkatkan kehadiran mereka di peringkat global. Kapasiti yang bertambah baik dan kewujudan sumber-sumber, khususnya sumber manusia adalah penting bagi mempercepat kemajuan usaha-usaha ini.

Bagi pengawal selia, pengharmonian amalan takaful am merentasi sempadan ekonomi

antarabangsa

yang

berbeza-beza

dan

pembangunan

rangka

kerja

pengawalseliaan dan penyeliaan dan amalan terbaik dalam takaful adalah antara inisiatif penting perlu dilaksanakan bagi menggalakkan lagi kemajuan industri takaful. Melangkah ke hadapan, inovasi produk akan terus menjadi faktor penting ke arah mencapai pertumbuhan industri takaful yang memberangsangkan. Permintaan yang tinggi terhadap perlindungan insurans memerlukan produk takaful yang berbagai-bagai agar keperluan yang berubah-ubah dan pelbagai risiko dalam industri dapat dipenuhi.

Sebagai contoh, pengurusan risiko malapetaka telah mendapat perhatian yang lebih meluas di seluruh dunia berikutan bilangan bencana alam dan serangan pengganas baru-baru ini yang tidak pernah berlaku dahulu. Takaful perlindungan cuaca 70

yang menyediakan perlindungan kewangan kepada petani mungkin berguna, terutamanya dalam usaha kita memperkasakan sektor pertanian dan industri berkaitan. Cabaran kini terletak di bahu pengendali takaful yang mengorak langkah untuk mengurangkan risiko baru, seperti risiko malapetaka serta risiko besar dan khusus, risiko liabiliti dan risiko-risiko lain yang sekarang ini dilanggan oleh insurans konvensional, sebagai usaha untuk mendapatkan lebih banyak bahagian

Selain itu, cabaran untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk inovasi produk yang lebih banyak dan pada masa yang sama memastikan mekanisme mengurangkan risiko tersedia perlu diberi perhatian oleh pengawal selia. Usaha mewujudkan industri takaful yang berdaya tahan dan kukuh dalam ruang lingkup sistem kewangan Islam yang dinamik, walaupun merupakan tugas yang mencabar, namun ia adalah pengalaman yang berharga. Sektor kewangan Islam yang cekap hasil daripada usaha ini akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara keseluruhannya.

71

7.0 PENUTUP

Dalam kelembapan ekonomi dunia, kini adalah masa terbaik buat umat Islam di seluruh dunia untuk memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam terutamanya dalam konteks takaful serta mengetengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi dunia. Ini kerana sistem kewangan Islam terbukti berdaya tahan dan mampu berfungsi secara efektif dan efisien seiring dengan sistem kewangan konvensional yang banyak diamalkan pada masa kini.

Hal ini turut diakui Pensyarah University of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewi, beliau yakin sistem kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan Islam kerana selain menawarkan potensi perniagaan yang besar ia juga merupakan sistem kewangan kerohanian. Oleh itu, sistem itu boleh diguna pakai dan direplika di negara-negara bukan Islam kerana ia didapati menepati kehendak pasaran global. Ini kerana sistem kewangan Islam merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang menghalang amalan riba dan ini boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.

Beliau berpendapat pengabaian kepada sistem kewangan Islam menjadi punca terjerat kepada masalah krisis ekonomi di negara-negara yang mengamalkan sistem kewangan konvensional sepenuhnya khususnya negara-negara barat pada waktu ini. Manakala

Malaysia

konvensional

dan

yang Islamik

mengamalkan sedikit

dua

sebanyak

sistem telah

kewangan

membantu

iaitu

secara

menyelamatkan

pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Oleh itu, marilah kita berusaha sedaya upaya menjadikan ajaran Islam sebagai teras ekonomi negara dengan sama-sama mendokong produk kewangan Islam yang dilaksanakan sekarang, di samping berusaha memartabatkan sistem ekonomi Islam.. Kita juga perlu berusaha melemahkan produk kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam serta menjalankan misi untuk meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan keistimewaan sistem ekonomi Islam. 72

BIBLIOGRAFI Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998). Petunjuk Amalan Ekonomi Islam (Ma’alim alIqtisad al-Islami). Diterjemahkan oleh Mujaini Tarimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Arab) Azlan Khalili Shamsuddin (1995). Riba: Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Hassan Abu Bakar (2003). Apa Itu Ekonomi Islam. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Mohammad Muslehuddin (1969). Insurans dan Hukum Islam (Insurance and Law). Diterjemahkan oleh Izuddin Hj. Mohamed & Abdul Rahman Rukaini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris) Mohd Fadzli Yusof (1996). Takaful: Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Muhammad Nejatullah Siddiqi (1989). Pemikiran Ekonomi Islam: Suatu Tinjauan Penulisan Semasa (Muslim Economic Thinking: A Survey of Contemporary Literature). Diterjemahkan oleh Mohd. Amin Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris) Nik Ramlah Mahmood (1991). Takaful: The Islamic System of Mutual Insurance - The Malaysian Experience. Arab Law Quarterly. Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Othman Ishak (1981). Fatwa dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rosli Mahmood (1994). Konsep Asas Perbankan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam, Pengenalan Sistem & Kemungkinan. Selangor: Ar-Rahmaniah Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia. Tan Lee Meng (1989). Insurance Law in Singapore. Singapore: Butterworth. Zaini Nasoha et. al (2004). Syariah dan Undang-undang, Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Buku Panduan Asas Takaful (2007) . Kuala Lumpur: Islamic Banking Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd (IBFIM). 73

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2009 (2006). Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri. Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan Takaful 2004 didapati pada 12 April 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/files/publication/tkf/bm/2004/book.bm.pdf Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan Takaful 2005 didapati pada 12 April 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=110&pg=364&ac=34&lang=bm&print=1 Bank Negara Malaysia, List of Licensed Insurance Companies & Takaful Operators in Malaysia, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund Bank Negara Malaysia, Perbankan Islam dan Takaful didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/view.php?dbIndex=0&website_id=1&id=356 Bank Negara Malaysia, Senarai Syarikat Insurans & Pengendali Takaful di Malaysia didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&lang=bm Bank Negara Malaysia. Ucap Utama Gabenor pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ASLI yang bertajuk "Metamorfosis Menjadi Pusat Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa" didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=62&pg=66&ac=215&lang=bm&print=1 Berita Harian (29 Ogos 2008),Takaful Kukuh 6 Bulan Pertama, didapati pada 10 April 2009 daripada http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2009/LaporanEkonomi/2008082 9163104/Article/ Bernama (10 Disember). Takaful Ikhlas Yakin Kegawatan Ekonomi Tidak Halangnya Capai Sasaran didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=377548 Berita Harian Online (24 November 2008), Takaful Ikhlas sudah sedia teroka Asia Barat, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2004 Info Insurans dan Takaful didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?intPrefLangID=2&

74

MyMetro (15 April 2009), Riba Runtuhkan Ekonomi Dunia, didapati pada 31 Mac 2009 daripada www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/ 20090215110623/Article/indexv_html Takaful (Tiada Tarikh) didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful Sebuah Kajian Ibn Ismail al-Azhary. Insurans: Perbincangan Menurut Perspektif Islam didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.geocities.com/pujangga1/kajianku2.htm Utusan Malaysia (11 April 2009) Kewangan Islam mampu takluk dunia, didapati pada 12 April 2009 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0411&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm Zaharuddin Abd Rahman (7 Ogos 2002) Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf Zaharuddin Abd Rahman (5 Mac 2007), Hukum Insuran Konvensional Dan Pelaburan Islam, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.zaharuddin.net/content/view/304/101/ Zaharuddin Abd Rahman (7 Mac 2007), Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/

75

Related Documents


More Documents from "Din"