TEKS KHUTBAH JUMAAT “TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT”
ﺪﻬ ﺃﹶﺷ.ﺮﹺﻛﹸﻮﻥﹶ ﺍﳌﹸﺸ ﻛﹶﺮﹺﻩﻟﹶﻮ ﻭﻳﻦﹺ ﻛﹸﻠﱢﻪﹶﻠﻰ ﺍﻟﺪ ﻋﻩﻈﹾﻬﹺﺮﻴ ﻟﻖﻳﻦﹺ ﺍﻟﹾﺤﺩﻯ ﻭ ﺑﹺﺎﳍﹸﺪﻮﻟﹶﻪﺳﻞﹶ ﺭﺳﻱ ﺃﹶﺭ ِﷲِ ﺍﻟﱠﺬﺪﻤﺍﹶﻟﹾﺤ ﺒﹺﻪﺤﺻ ﻭﻪﻠﹶﻰ ﺁﻟﻋ ﻭﻦﻴ ﺍﻷَﻣﻟﹸﻪﻮﺳﺭ ﻭﻩﺪﺒﺍ ﻋﺪﻤﺤ ﺃﹶﻥﱠ ﻣﺪﻬﺃﹶﺷﻢﹺ ﻭﻴﻈﺵﹺ ﺍﻟﻌﺮ ﺍﻟﻌﺏ ﺇﹺﻻﱠ ﺍﷲُ ﺭﺃﹶﻥﹾ ﻻﱠ ﺇﹺﻟﹶﻪ .ﻦﹺﻳﻡﹺ ﺍﻟﺪﻮ ِﺇﻟﹶﻰ ﻳﺎﻥﺴ ﺑﹺﺈﹺﺣﻢ ﻟﹶﻬﻦﻴﺎﺑﹺﻌﺍﻟﺘﻭ .ﻥﹶﻘﹸﻮﺘ ﺍﻟﹾﻤ ﻓﹶﺎﺯ ﻓﹶﻘﹶﺪ،ِﻯ ﺍﷲﻘﹾﻮ ﺑﹺﺘﺎﻱﻳﺍ ﻭﻜﹸﻢﻴﺻ ﺃﹸﻭ،َﺍ ﺍﷲﻘﹸﻮﺗ ﺍ، ﺍﷲﺎﺩﺒﺎ ﻋ ﻓﹶﻴ،ﺪﻌﺎ ﺑﺃﹶﻣ
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta hendaklah kita segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Mudahmudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta diampuni segala dosa dan selamat di dunia dan di akhirat.
Kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan. Walaupun lazimnya nikmat kesenangan memberi kebahagiaan kepada kita semua, namun kadangkala nikmat kesenangan juga boleh menyebabkan manusia lalai, leka dan lupa diri sehingga terpedaya dengan permainan dunia khususnya kemaksiatan dan kemungkaran sehingga menyebabkan mereka melakukan dosa dan kesalahan serta perkara-perkara
1
yang ditegah oleh syara’ sama ada secara sengaja atau tidak. Sebagaimana disebutkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-An'aam ayat 32:
Maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang siasia dan hiburan yang melalaikan. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia pastinya tidak mungkin terlepas dari berbuat kesalahan dan dosa serta bersifat pelupa tetapi Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Adil terhadap setiap hamba-hamba-Nya telah
mengurniakan
peluang
untuk
mereka
memperbaiki
diri
sendiri
dan
menyelamatkan diri dari terus sesat iaitu dengan jalan bertaubat sebagai satu jalan keluar untuk menghapuskan dosa. Bahkan mereka turut dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang baik dan berlipat kali ganda. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat bagi mereka yang melakukan dosa kerana kejahilan mereka. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 17:
Maksudnya: “Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian (ketika mengetahui perkara itu dosa) mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
2
taubat mereka diterima Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Jelaslah bahawa sifat orang-orang yang beriman itu apabila mereka melakukan kesalahan dan dosa, maka mereka bersegera mengingati Allah SWT dengan memohon keampunan daripada-Nya. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 135 :
Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
Sidang jumaat yang dimuliakan ,
Kalimah taubat dari segi bahasa bererti pulang atau kembali. Taubat kepada Allah SWT pula bererti kembali kepada Allah SWT dan pulang ke pangkuan-Nya serta berada di ambang pintu-Nya. Bertaubat dari segala dosa yang dilakukan sama ada dosa kecil atau besar adalah wajib ke atas setiap orang muslim dan merupakan satu ibadah. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31:
3
Maksudnya: “dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Taubat merupakan proses pembersihan diri daripada segala bentuk dosa dan maksiat, menggalakkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermakna dan mengharap pengampunan dari Allah SWT untuk menghampirkan diri kepada-Nya serta mendapat kasih dan rahmat daripada-Nya jua. Ia adalah satusatunya jalan keluar bagi mereka yang kehilangan arah setelah tersesat kerana bergelomang dengan dosa dan maksiat serta harapan dalam mengembalikan kepercayaan dan kesedaran kepada diri sendiri betapa kasih, rahmat dan keampunan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya itu amat luas dan tidak terbatas. Rasulullah SAW sendiri bertaubat lebih tujuh puluh kali sehari sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis baginda SAW daripada Abu Hurairah r.a katanya:
َﺍﷲﺮﻔﻐﺘﻲ ﻷَﺳﺍﷲِ ﺇﹺﻧ ﻭ: ﻘﹸﻮﻝﹸﻠﱠﻢ ﻳﺳ ﻭﻪﻠﹶﻴﻠﱠﻰ ﺍﷲُ ﻋﻮﻝﹶ ﺍﷲِ ﺻﺳ ﺭﺖﻌﻤﺎ ﺳﻤﻬﻨ ﺍﷲُ ﻋﻲﺿﺓﹶ ﺭﺮﻳﺮ ﺃﹶﺑﹺﻲ ﻫﻦﻋ ﺓﹰﺮﲔ ﻣﻌﺒﻦ ﺳ ﻣﻡﹺ ﺃﹶﻛﹾﺜﹶﺮﻮﻰ ﺍﻟﻴ ﻓﻪ ﺇﹺﻟﹶﻴﻮﺏﺃﹶﺗﻭ Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.”
Bayangkanlah, jika Rasulullah SAW yang merupakan seorang kekasih Allah yang dimuliakan oleh-Nya dan bersifat maksum serta dijamin mendapat keampunan Allah SWT akan dosa-dosa baginda SAW yang terdahulu serta akan datang masih lagi bertaubat lebih dari tujuh puluh kali setiap hari, bagaimana pula kita sebagai hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari berbuat salah dan silap?
4
Sidang jumaat yang dirahmati sekalian,
Perlulah diingat bahawa bertaubat itu bukan hanya sekadar mengucapkan kalimah istighfar sahaja tetapi hendaklah disertai dengan penyesalan, dengan niat dan azam tidak akan mengulangi perkara dosa yang pernah dilakukan. Taubat buklanlah perkara remeh kerana seseorang yang bertaubat tetapi masih terus melakukan perkara-perkara keji dan berbuat maksiat serta bermacam-macam lagi kemungkaran dianggap seolaholah mempermainkan taubat itu sendiri. Tidak guna ibadah yang banyak sekalipun jika seseorang itu masih melakukan dosa seperti mengumpat, mengata, mengeji, memfitnah dan pelbagai dosa-dosa yang lain kerana di akhirat kelak ia akan tergolong di kalangan mereka yang rugi. Para ulama telah menjelaskan bahawa perbuatan bertaubat itu belum dianggap sempurna kecuali dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
Pertama : Jika hak-hak yang bersangkutan antara hamba dan Tuhan-Nya, hendaklah seseorang itu meninggalkan dosa dan maksiat dengan perbuatannya itu dan berazam untuk tidak akan kembali melakukannya lagi.
Kedua : Andai kata hak-hak bersangkut-paut dengan hak anak adam, maka hendaklah meninggalkan perbuatan dosa tersebut, menyesalinya, berazam tidak melakukannya lagi serta hendaklah dia membersihkan dirinya daripada hak orang itu. Umpamanya, jika seseorang itu menyakiti atau menganiaya seseorang yang lain seperti mencederakannya, menghina, mengumpat ataupun ia merampas harta benda mereka maka hendaklah ia memohon kemaafan daripada mereka serta mengembalikan hak yang telah diambil secara penganiayaan itu atau meminta agar dihalalkan oleh tuannya. Di samping itu, para ulama juga ada menjelaskan bahawa antara lain syarat taubat itu ialah dorongan bertaubat hendaklah semata-mata kerana Allah SWT atau kesedaran bahawa maksiat itu merupakan sesuatu yang keji pada pandangan syarak serta semata-mata rasa takut kepada azab Allah di Hari Kiamat dan tamak kepada balasan syurga, bukan bertaubat kerana sesuatu dorongan yang bukan kerana 5
keikhlasan. Umpamanya kerana takut jika tidak bertaubat, maka kemudaratan akan menimpa terhadap diri, kehormatan atau hartanya dan yang demikian tidak dinamakan taubat. Contohnya menyesali dan bertaubat daripada meminum minuman keras, merokok dan sebagainya disebabkan takut membahayakan kesihatan tubuh badan, ini bukanlah dinamakan sebagai taubat. Begitu juga, menyesali dan bertaubat daripada memakan harta haram dengan cara rasuah, menipu, mencuri, pecah amanah dan sebagainya kerana takut kehilangan pekerjaan, kehilangan kedudukan pangkat, maka ia juga tidak dinamakan sebagai taubat.
Kaum muslimin yang dikasihi sekalian,
Taubat dalam erti kata yang sebenar-benarnya bertujuan semata-mata mengharapkan dua perkara daripada Allah SWT iaitu dihapuskan segala dosa-dosanya dan dikurniakan balasan syurga. Oleh itu, taubat yang dilakukan mestilah bertitik tolak daripada keinsafan untuk kembali kepada Allah SWT semata-mata, ikhlas dan berusaha memenuhi segala syarat taubat. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Tahriim ayat 8 :
Maksudnya: "Wahai orang-orang Yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahankesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…"
Justeru, terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan dalam membantu seseorang untuk membersihkan jiwanya daripada sebarang kotoran dosa iaitu pastinya dengan mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya dengan menghindarkan diri daripada maksiat, berkawan dengan rakan yang baik-baik, melawan pujukan 6
syaitan dan hawa nafsu, sentiasa menyesali dosa-dosa silam, memperbanyakkan istighfar, melakukan amal soleh, berdoa dan sentiasa muhasabah diri.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka luas bagi seluruh hamba Allah yang ada di permukaan bumi ini dan hanya akan tertutup apabila roh sampai ke halkum iaitu di saat ia menghadapi kematian dan di kala itu manusia telah berputus asa terhadap hidup ini. Maka ketika itu taubat tidak lagi diterima, sebagaimana hadis Nabi SAW daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda:
ﻠﱠﻢﺳ ﻭﻪﻠﹶﻴﷲ ﻋ ُ ﻠﱠﻰ ﺍ ﺻﺒﹺﻲﻦﹺ ﺍﻟﻨﺎ ﻋﻤﻬﻨ ﺍﷲُ ﻋﻲﺿﻦﹺ ﺍﳋﹶﻄﱠﺎﺏﹺ ﺭ ﺑﺮﻤﻦﹺ ﻋﺍﷲ ﺑﺪﺒﻦﹺ ﻋﻤﺣ ﺍﻟﺮﺪﺒ ﺃﹶﺑﹺﻲ ﻋﻦﻋ ﺮﻏﺮﻐ ﻳﺎ ﻟﹶﻢ ﻣﺪﺒﺔﹶ ﺍﻟﹾﻌﺑﻮﻞﹸ ﺗﻘﹾﺒﻞﱠ ﻳﺟ ﻭﺰ ﺇﹺﻥﱠ ﺍﷲَ ﻋ: ﻗﹶﺎﻝﹶ Maksudnya: ”Bahawasanya Allah Azza Wa Jalla menerima taubat seseorang hamba selama rohnya masih belum sampai ke halkum (kerongkong).” (H. R Tarmizi)
Adapun bagi seluruh manusia umumnya, pintu taubat akan ditutup apabila matahari terbit di sebelah barat di mana sepatutnya ia tenggelam dan keadaan ini menunjukkan bahawa kiamat sudah hampir terjadi.
Oleh itu, sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bersegera untuk bertaubat sebelum terlambat dan lakukanlah amal ibadat jika mahu selamat di dunia dan di akhirat. Setiap orang yang telah sedar dan insaf akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan hendaklah menyegerakan taubatnya tanpa bertangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba. Jangan tunggu sehingga tiba waktu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Firman Allah SWT surah alImran ayat 133:
7
Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Dan janganlah pula sesekalipun kita merasa berputus asa dari rahmat Allah SWT untuk kita memohon keampunan dari-Nya sekalipun dosa yang dilakukan itu terlalu banyak kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hambahamba-Nya. Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 53 :
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
ﻲﻨﻞﹶ ﻣﻘﹶﺒﺗﻢﹺ ﻭﻴﻜﺍﻟﺬﱢﻛﹾﺮﹺ ﺍﻟﹾﺤ ﻭﺎﺕ ﺍﻷﻳﻦ ﻣﻪﻴﺎ ﻓ ﺑﹺﻤﺎﻛﹸﻢﺇﹺﻳﻨﹺﻲ ﻭﻔﹶﻌﻧﻢﹺ ﻭﻴﻈ ﺍﻟﹾﻌﺁﻥﻰ ﺍﻟﹾﻘﹸﺮ ﻓﻟﹶﻜﹸﻢ ﻭﻲ ﺍﷲُ ﻟﻙﺎﺭﺑ ﺮﹺﺎﺋﺴﻟ ﻭﻭﻟﹶﻜﹸﻢ ﻲ ﻟﻢﻴﻈﻭﺍ ﺍﷲَ ﺍﻟﹾﻌﺮﻔﻐﺘﺃﹶﺳﺬﹶﺍ ﻭ ﻫﻲﻟﻝﹸ ﻗﹶﻮ ﺃﹶﻗﹸﻮ.ﻢﻴﻠ ﺍﻟﹾﻌﻴﻊﻤ ﺍﻟﺴﻮ ﻫﻪ ﺇﹺﻧﻪﺗﻼﻭ ﺗﻜﹸﻢﻨﻣﻭ ﺭﻔﹸﻮ ﺍﻟﹾﻐﻮ ﻫﻪ ﺇﹺﻧﻩﻭﺮﻔﻐﺘﺍﺕ ﻓﹶﺎﺳﻮﺍﻷَﻣ ﻭﻢﻬﻨﺎﺀِ ﻣﻴ ﺍﻷَﺣﺎﺕﻨﻣﺆﺍﻟﹾﻤ ﻭﻦﻨﹺﻴﻣﺆﺍﻟﹾﻤ ﻭﺎﺕﻤﻠﺴﺍﻟﹾﻤ ﻭﻦﻴﻤﻠﺴﺍﻟﹾﻤ .ﻢﻴﺮﺣ ﺍﻟ 8
BIBLIOGRAFI
A. Buku-buku
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (1994), Empat Puluh Hadis Penawar Hati, AlKhazanah Al-Banjariah: Kedah.
Dr. Yusuf Al-Qaradawi (Terj. Abu Aminah Wajihah) (2007), Bertaubat Kepada Allah, Perniagaan Jahabersa: Johor Bahru.
H. Zainuddin Hamidy et. al. (2002), Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I, II, III dan IV, Parel Fajr Publishing House.
H. M Syreich (1988), Kembali ke Jalan Yang Lurus, Pesantren Terpadu AlAwwabin, Jakarta.
Muhammad Uzair Al-Aziz (1994), Siri Khutbah Jumaat, Dinie Publishers: Kuala Lumpur.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2002), Khutbah Jumaat Siri Ketiga, JAKIM: Putrajaya.
B. Internet
Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Khutbah Taubat didapati pada 31 Mac 2008 daripada http://www.geocities.com/kutak00/drYusof/taubat_qardhawi.html
Ust. Jamaludin (27 Julai 2007), Khutbah Jumaat Taubat didapati pada 31 Mac 2008 daripada http://pejabat-mufti-perlis.com/v01/modules.php?op=modload&name=News&file= article&sid=33&mode=thread&order=0&thold=0 9
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Khutbah Jumaat Taubat (5 Mei
2006)
didapati
pada
31
Mac
2008
daripada
http://www.religious-
affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=277
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Khutbah Jumaat Taubat (5 Mei
2006)
didapati
pada
31
Mac
2008
daripada
http://www.religious-
affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=278 Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Khutbah Jumaat: Sudahkah Anda Bertaubat? didapati pada 31 Mac 2008 daripada http://berita.perak.gov.my/Januari/sudahkah_anda_bertaubat.htm
10