Isu Akidah

  • Uploaded by: mohammad hasanan bin abdul rahim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isu Akidah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,457
  • Pages: 35
MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS 060059 MOHD HASANAN BIN ABDUL RAHIM 060063 MOHD ARRAUWI BIN GINSING 060056 ZULKIFLI BIN ERADI 060159

IEB IEB IEB IEB

TANDA-TANDA BOMOH YANG MENYELEWENG DI SABAH

 Dalam ajaran Islam, keimanan merupakan pokok yang daripadanya keluar

cabang-cabang Islam. Keimanan yang bersungguh akan melahirkan perbuatan baik yang merupakan satu rangkaian yang tidak boleh dipisahkan melalui RasulNya. Allah S.W.T telah mengatur jenis-jenis ibadat, syarat dan rukunnya, masanya dan kafiat perlaksanaannya. Al-Quran adalah kitab panduan bagi manusia, yang memberikan petunjuk, kerahmatan dan kebahagiaan, malah penawar jika menghadapi masalah dan gangguan jiwa.   "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran

yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman." (Yunus: 57)

• Terdapat dalam masyarakat Islam sekarang, apabila ada sesetengah dari kita

bila sakit, sama ada diri sendiri atau anak dan sesiapa sahaja biasanya mereka tidak menemui doktor tetapi menemui bomoh. Biasanya pengubatannya tidak berdasarkan kepada kaedah-kaedah agama dengan menggunakan ayat-ayat suci al Quran. Apa yang dilakukan ialah dengan menyebut nama-nama "benda" sambil membaca-baca menyebut istilah yang bukan dari bahasa kita. Dalam pengubatan ini bomoh akan memberitahu bahawa si pesakit "terkena" itu dan ini, ditempat itu dan ini. Keadaan itu berlarutan sehinggalah sekarang, dimana sesetengah dari masyarakat Islam masih lagi mengamalkan tanpa berdasarkan kepada ilmu agama. Nabi s.a.w sendiri bersabda yang ertinya: • "Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu

penyakit, maka sembuh dengan izin Allah S.W.T." sabdanya lagi yang bererti "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, kecuali diturunkan pula dengan ubatnya."

 Menurut kamus dewan , bomoh didefinisikan sebagai orang

yang mencari pesakit serta menawarkan penyakit tanpa diminta. Bomoh juga merupakan tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya.  Terdapat dua fungsi yang berbeza yang dimainkan oleh

mereka. Fungsi pertama adalah merawat dan mengubati sesorang pesakit. Manakala fungsi kedua adalah untuk menyakiti atau mendatangkan penyakit pada seseorang. Oleh itu ilmu perbomohan boleh dikelaskan kepada dua iaitu ilmu putih dan hitam.

• Ilmu putih secara amnya digunakan adalah untuk tujuan yang baik seperti

mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan jampijampi yang tidak menyeleweng dan tidak menyekutukan Allah. Pengubatan cara ini biasanya dilakukan oleh orang yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan dan berpegang teguh dengannya. Dalam hal ini islam mengharuskan amalan pengubatan ilmu putih. • Ilmu hitam biasanya dikaitkan dengan ilmu yang bertujuan melakukan

kejahatan. Ilmu putih juga boleh menjadi ilmu hitam apabila ia disalah gunakan untuk melakukan kejahatan atau pengkhianatan ke atas seseorang yang tidak disukai. Pada kebiasaannya ia melibatkan penggunaan hantu iaitu iblis dan syaitan serta jin-jin jahat. Bomoh yang mengamalkan ilmu hitam ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama tidak kira sama bomoh yang berada di Sabah mahupun di seluruh pelusuk Malaysia.

Sebagai rujukan, kami memberikan serba ringkas tanda-

tanda Tok Bomoh yang menyeleweng di Sabah dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu daripada perkara-perkara berikut iaitu dari segi bangsa, bacaan ataupun ayat jampi, alat-alat perbomohan dan juga amalan yang dilakukan oleh seorang bomoh.

 Kadazan Dusun  Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan

oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Bobohizan ( Bomoh ) memasukkan garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun ''kopizo'' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Suku Kaum Bisaya Salah satu Mantera yang digunapakai kaum bisayak untuk

mengubati penyakit : hiii yesus sikanak yallah

siuar yahweh jagaan sibapak tanak leluhur bantuan jinna sihati merakhi simpulan kasih tawanan hati sanjunjungan mata satuk kasih ..nama... kasih akuu simpul kuat tali pajangji yahweh yahweh tulan yahudi...

 Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah,

Kaum Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri.  Dua daripada tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Liliput.  Tarian Sayau Bagarus adalah tarian yang

menceritakan cara Kaum Bisaya mendapatkan hasil sagu, iaitu sejenis makanan tempatan.

 Tarian Liliput pula biasa ditarikan untuk mengubati orang

sakit. Maksud Liliput adalah meliputi atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau tarian mengelilingi. Kaum Bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.

Suku Kaum Bajau Salah satu Mantera yang digunapakai kaum bajau untuk mengubati penyakit :  Hei ( Nama Nenek Moyang/ Penyakit ) paluas na kau minbaran

Na tu…..andukna ia tu siksana….paluasna kau….ampuninnu dusana Bangia hekasalah…..palakkasna kau issak embal ia bilahi ni siksa matai, Da’ana pasulitnu da’ana kau ganggu ia….paluasnakau.  Sihir di sabah terbahagi kepada 2 istilah iaitu sindaat dan pugai.sindaat

digunakan untuk membunuh orang atau mengakibatkan penyakit atau kejadian seperti kemaluan berpindah ke dahi.Pugai pula seperti ilmu pengasih.

Tatana adalah cabang kepada kaum dusun digelar"dusun

tatana". Dusun tatana juga mempunyai identiti sendiri dari segi pakaian"sira lambung@bobolian/sekarang telah menjadi baju rasmi dusun tatana...dan tarian sumayau moginum yg sangat unik iaitu tidak berpasangan dan 3/4 gadis mengelilingi 1 org lelaki,sorang gadis di luar menunggu peluang untuk bagi minum lelaki yang ada di ruang yang di kelilingi perempuan serta diiringi muzik gong kulintangan, maksud tarian tersebut untuk memanggil roh org yg sudah mati.

Suku kaum bugis Bissu (bomoh) kekal menjadi elemen penting di dalam

hal-hal keagamaan. Pengaruh yang datang daripada Kalimantan Indonesia. Kebanyakannya adalah sama seperti amalan perubatan di semenanjung tanah melayu.

Suku kaum Sungai   Contoh : Apabila anak perempuan mereka tidak berkahwin

dalam tempoh yang di tetapkan keluarga. Bomoh akan menjampi dan memandikan anak perempuan tersebut di tepi sungai yang cantik dan jernih. Lelaki pertama yang lalu di kawasan sungai tersebut dan melihat anak perempuan tersebut mandi, maka lelaki tersebut akan terkena sihir atau pugai. Kesannya lelaki yang terkena sihir tersebut akan tertarik untuk menjadi pasangan hidup anak perempuan tersebut. Ada di antara mereka yang tidak pulang ke kampong halaman sehingga sihir tersebut hilang.

ANTARA TANDA-TANDA BOMOH YANG MENYELEWENG. PERTAMA: MEREKA ITU MENGGUNAKAN RAMALAN DALAM KAEDAH PERUBATAN MEREKA. SEBAGAI INGATAN : ADAPUN PARA DOKTOR MERAMAL DALAM SESUATU PENYAKIT KEPADA PESAKITNYA ITU ADALAH DIHARUSKAN KERANA MEREKA BERDASARKAN ILMU YANG DI ILHAMKAN OLEH ALLAH S.W.T.. PUN BEGITU RAMALAN ITU BUKANLAH SANDARAN YANG SEBENAR IANYA TERTAKLUK KEPADA KETENTUAN ALLAH S.W.T.. KEDUA: MEREKA ITU JUGA MENGGUNAKAN AMALAN SIHIR DALAM PERUBATAN MEREKA.. SEBAGAI CONTOH, MEMBAKAR KEMENYAN SEMASA MELAKUKAN PERUBATANNYA.. HAKIKATNYA ASAP ITU ADALAH MAKANAN JIN DAN MEMBAKAR KEMEYAN ITU ADALAH USAHA BOMOH ITU DALAM MEMINTA TOLONG KEPADA JIN ITU SENDIRI..

 KETIGA: MEREKA JUGA MENGGUNAKAN JAMPI - JAMPI

TERTENTU.. PERINGATAN : TERDAPAT JUGA DARI KALANGAN MEREKA YANG MENCAMPURADUKKAN KALIMAH TARYIBAH DALAM JAMPI MEREKA.. KEEMPAT: KEBIASAANNYA MEREKA MEMAKAI PAKAIAN SERBA HITAM.. PERINGATAN : HITAM ITU LAMBANG WARNA KEPADA SYAITAN DAN JIN.. KELIMA: MEREKA ITU MENURUN.. LANTARAN KERANA QARIN SESEORANG ITU TELAH MEMASIKI BADAN BOMOH ITU TADI. KEENAM: MEWUJUDKAN AMALAN PEMUTUS UBAT.. KONONYA PENYAKIT AKAN KEMBALI SEKIRANYA TIDAK MELAKUKAN AMALAN INI. KETUJUH: MELAKUKAN SESUATU PEMBEDAHAN TANPA MENGUNAKAN KAEDAH FIZIKAL BIASANYA

Alat-alat Perbomohan 1 ) Berkemban dengan kain kuning dan hitam.

Hitam itu lambang warna kepada syaitan dan jin.

 Rawatan pelik `bomoh seluk’

“ Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam. Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya. Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa. Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya”

Di dalam hal ubat-ubatan akar kayu, elemen-elemen seperti

tanah, air, api dan angin memainkan peranan penting. Terdapat penggunaan sembilan bahan campuran, sebelas bahan campuran dan ada yang menggunakan tujuh belas bahan campuran.

 Cara beri makan "hantu" itu ialah dengan melepaskan "ancak" tadi

ke dalam sungai. "Ancak" itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu "upeh". "Upeh" ini dibentuk menjadi empat segi. Ia merupakan seperti bakul. Bakul pengkeras merupakan sebuah bakul yang dianyam seperti tikar dan di dalamnya diletakkan barang-barang seperti sebiji kelapa, sedikit beras, wang pengeras 25 sen dan lain-lain lagi. Bakul pengkeras merupakan bayaran asas kepada bidan. Pelanggan atau pesakit boleh menambah barangbarang lain seperti kain baju dan sebagainya jika mereka mahu sebagai tanda penghargaan.

• Satu ubat itu bergantung pada kesesuaian badan seseorang itu. Jenis

ubat-ubatan yang digunakan oleh bomoh di dalam pengubatannya terdiri daripada akar-akar kayu, daun-daun, kulit-kulit kayu dan juga ranting kayu. • Tetapi seseorang bomoh itu di dalam memilih bahan-bahan untuk pengubatannya sentiasa teliti kerana kalau tidak dia mungkin terpilih bahan yang beracun.

• Barang-barang yang dipercayai mempunyai kuasa pemulih penyakit • • • •

dan mempunyai hikmat. Benda-benda ganjil ini terdiri daripada 'geliga embun' dan 'gading gajah mina'. Geliga embun ini boleh digunakan untuk mengubatkan sakit mata. Seseorang itu akan menjadi kebal dan dia tidak dapat dibunuh oleh orang Orang yang mati akan bangun semula.

• Keluarga pesakit akan diminta menyediakan "ancak" untuk diberi makan •









"hantu". Di dalamnya diletakkan berteh, 2 biji pisang, dan 2 biji telur. Sebiji telur itu mesti direbus. Keempat-empat penjuru "ancak" tadi dipasang 4 batang lilin. "Ancak" itu kemudian dibawa ke sungai untuk dihanyutkan. Biasanya keluarga pesakit tadi akan mencari seorang pemuda yang berani dan cekal hatinya untuk membawa "ancak" itu dari rumah ke sungai untuk dihanyutkan. Selain dari "hantu" sungai, ada bomoh yang mahu supaya diberi makan "hantu hutan" ataupun di bawah pokok besar. Cara ini pula disebut membuang "ancak" didarat. Makanan yang disediakan berlainan dari apa yang dibuang di sungai. "Ancak" didarat menyediakan makanan yang lebih hebat, iaitu pulut kuning rendang daging atau ayam, telur dadar dan pisang. "Ancak" di darat saiznya agak besar sedikit. Seseorang akan ditugaslkan untuk meletakkan makanan tadi di pokok besar atau di mana saja menurut arahan bomoh tadi

• •





Jampi Hampir setiap bomoh menggunakan jampi di dalam sistem pengubatan mereka. Mengenai jampi ini, terdapat berbagai-bagai bahasa yang digunakan oleh para bomoh, termasuklah ayat-ayat Quran, bahasa Jawa, bahasa Thai dan bahasa Melayu. Ada doa atau jampi yang boleh digunakan untuk bermacammacam jenis penyakit dan ada doa tertentu yang dikhaskan untuk satu jenis penyakit sahaja. Jampi-jampi seperti dalam bahasa Jawa, bahasa Thai dan bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk satu jenis penyakit sahaja. Yang istimewanya, ayat Quran boleh digunakan untuk semua jenis penyakit.

Surah al-‘Araf, ayat 33:

Maksudnya “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya);dan(diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.

 Cara mengatasi bagi amalan-amalan mistik ini adalah dengan mengadakan

ceramah atau penerangan mengenai penggunaan cara perubatan bomoh ini. Pihak berkuasa haruslah menerangkan perubatan bomoh yang boleh digunakan dan yang tidak boleh digunakan.  Pihak berkuasa haruslah memantau amalan-amalan yang bertentangan dengan syarak agar dapat dihapuskan agar tidak mengelirukan orang ramai terhadap amalan tersebut. Tumpuan utama bagi mengatasi amalan ini ialah dikawasan pedalaman kerana ia jauh kawasan Bandar.  Selain itu juga, amalan ini dapat diatasi dengan mendenda, menghukum bomoh yang tidak berlandaskan ajaran Islam. Pihak berwajib berkuasa terutamanya (Islam) haruslah mengetatkan undang-undang dengan lebih kuat dan tegas supaya masyarakat tidak menggunakan perubatan bomoh yang salah.

 Pengukuhan aqidah dan ibadah diterapkan kepada seluruh

lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, berpangkat atau tidak miskin atau kaya. Ia boleh dilaksanakan dengan memperbanyakkan lagi pendidikan agama di sekolah dan mana-mana institusi pengajian yang ada.  Penyebaran maklumat melalui media-media komunikasi. Contohnya penulisan seperti ini boleh menjadi rujukan di perpustakaan, kedai-kedai buku dan lain-lain tempat. Majalah, akhbar,dan risalah  Media elektronik juga memainkan peranan penting contohnya televisyen, radio, dan melalui internet. Seharusnya media yang terkawal seperti televisyen dan radio bukan sekadar media hiburan malah boleh diisi banyak dengan program keilmuan.

 SABAH & SARAWAK

ARKIB : 20/03/2008  Pengamal perubatan tradisional perlu ada kod amalan  KOTA KINABALU 19 Mac – Para pengamal perubatan tradisional perlu mempunyai kod etika

dan kod amalan sebagai penanda aras bagi memastikan mereka diiktiraf sebagai pengamal perubatan yang sah mengikut undang-undang. Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan tidak ada halangan mengiktiraf pengamal perubatan di negara ini asalkan mereka mematuhi segala peraturan ditetapkan. “Mereka hendaklah mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam akta yang berkaitan. Bagaimanapun, difahamkan akta berkenaan belum dikuat kuasa lagi,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian semasa berucap melancar Pertubuhan Perubatan Holistik Bersepadu Malaysia (MIHMA) Cawangan Sabah di Hotel Le Meridien, di sini. Hadir sama, Presiden MIHMA, Datuk Prof. Dr. Gopala Krishan dan Pengerusi MIHMA Sabah, Prof Dr. Ismail Idris.

 Imej  Tawfiq berkata, kod etika dan amalan kepada pengamal perubatan tradisional perlu

bagi menjaga imej para pengamal perubatan berkenaan.  Katanya, kerajaan tidak bertujuan menafikan kepakaran pengamal perubatan

alternatif seperti mereka yang menjual ubatan di pasar tamu, tetapi apa yang penting ialah mereka perlu mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.  Beliau turut menyarankan agar pengamal perubatan tradisional seperti dukun,

bomoh dan pengamal homeopati bergabung di bawah satu badan yang boleh menjaga kebajikan mereka di samping memudahkan urusan dengan Kementerian Kesihatan.  Tawfiq berkata, potensi perubatan tradisional adalah amat luas dan potensi herba

sebagai bahan perubatan juga perlu penyelidikan yang mendalam.  Di Sabah sahaja katanya, khazanah alam rimba di negeri ini kasih banyak yang

belum diterokai.  “Sehubungan itu, MIHMA juga boleh memberi fokus kepada Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu seperti Yayasan Sabah,” katanya.

 Menerusi apa yang telah kami terangkan tadi, kita sedikit sebanyak mendapat

pengajaran melalui amalan-amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bomoh kini. Perkara begini sudah tentunya akan mendatangkan rasa tidak yakin akan kekuasaan Allah sepenuhnya. Hal yang demikianlah yang membuatkan masyarakat kini tidak dapat menikmati kehidupan yang sempurna , dimana kehidupan masyarakat kini seringkali ditimpa malapetaka atau bencana dari Allah s.w.t.  Amalan-amalan sesat yang dilakukan oleh bomoh sudah tentunya akan

memesongkan aqidah. Amalan yang dilakukan oleh bomoh meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap agama Islam. Misalnya, agama lain menganggap agama Islam sama seperti agama mereka, walhal Islam lebih tinggi daripada darjatnya.  Diharapkan tugasan kami ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat kini

serta generasi akan datang. Sekiranya ia tidak ditangani, ia akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Oleh itu, marilah kita bersama mencegah dan menegah ia daripada terus berlarutan.

Related Documents

Isu Akidah
May 2020 23
Isu
May 2020 40
Isu
July 2020 27
Isu Isu Global
May 2020 34

More Documents from ""