istiqomah's Blog Full Post View | List View jika engkau hendak mencapai kemerdekaan jiwamu, maka jangan ragu(samar)terhadap sirnanya nafsu duniawi & angkara murkamu LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama… Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijaksana Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah…. Tabahlah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah…. Tags: istiqomah
Thursday November 8, 2007 - 08:11pm (ICT) Permanent Link | 0 Comments KANDUNGAN ISLAM Pendahuluan Islam berasal dari kata "aslama" ertinya tunduk, menyerah diri. Dalam Al-Quran digunakan beberapa kata yang memiliki akar yang sama, iaitu : - silm (damai, 2:208), - aslama (menyerah diri, 3:83), - istaslama (penyerahan total, 4:65), - salim (suci, 25:89), - salaam (sejahtera (39:73). Jadi, Islam merupakan agama yang mengajarkan perdamaian, penyerahan diri kepada Allah, kesudian, dan kesejahteraan. Secara istilah, Islam merupakan agama yang diturunkan Allah, bersumber AlQuran dan Sunnah Rasul, baik berupa perintah, larangan dan petunjuk kebaikan umat manusia dunia dan akhirat. (Versi Majelis Tarjih Muhammadiyah) Sumber Ajaran Islam Sumber ajaran Islam, baik dalam mempelajari, mengkaji dan mengamalkan adalah : Al-Quran Sunnah Rasul (Hadits) Sebahagian ulama menambahkan dengan Ijma’ (kesepakatan para ulama) dan qiyas (analogi). Sedang ulama lain menganggapnya bahagian dari metode dalam ijtihad, disamping metode lain. Karakteristik ajaran Islam
Islam memiliki karakter khas, yang menjadi ciri-cirinya, di antaranya : • Islam merupakan agama universal untuk seluruh umat manusia, bahkan untuk jin dan seluruh alam (34:28, 21:107 25 ;1, 7:178) • Islam merupakan agama untuk sepanjang zaman, berlaku hingga akhir zaman (33:40) • Islam merupakan agama yang sempurna, mencakup seluruh aspek kehidupan baik aspek lahir, batin, peribadi mahupun masyarakat. (5:3, 6:38, 6:115) • Islam merupakan agama fitrah. Sesuai dengan fitrah manusia (30:30), tidak bertentangan dengan fitrahnya. • Islam merupakan agama ilmu. Islam menjunjung tinggi ilmu (14:1, 35:28) Struktur/Aspek Ajaran Islam Secara garis besar, ajaran dikelompokan ke dalam 3 aspek : Aqidah , yang berhubungan dengan masalah keimanan atau keyakinan. Syariah , yang berhubungan dengan masalah hukum, baik ibadah mahupun mu'amalah. Akhlaq , yang berhubungan dengan masalah moral, etika, budi pekerti, sikap lahir/bathin. Ketika aspek tersebut boleh dibezakan namun merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Aqidah harus diwujudkan dengan melaksanakan syariah dan bertindak sesuai akhlaq Islam. Syariah juga harus dilandasi oleh aqidah dan dilaksanakan sesuai akhlaq Islam. Kita tidak boleh hanya mementingkan salah satunya saja. Secara ringkas kaitan antara ketiganya adalah : Aspek Aqidah Syariah Akhlaq
Ilmu yang mempelajari Ilmu Aqidah/Aqa'id Fiqh Tasauf/Ilmu Akhlaq
Manifestasi Iman Islam Ihsan
Aqidah Aqidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada aqidah yang dianutinya. Seluruh aktiviti kehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan aqidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya. Takrif aqidah adalah ikatan atau simpulan (ia berasal dari perkataan bahasa Arab dari pecahan perkataan ‘aqada’). Aqidah juga digunakan pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan atau simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah” iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan (Muhd.Sulaiman Hj. Yasin:1981). Maksudnya, aqidah adalah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun. Jadi, aqidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh, pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, kepercayaan ini berbentuk pegangan yang amat kukuh lagi utuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terlepas atau terputus dari pemegangnya. Allah SWT berfirman, maksudnya: “Maka sesiapa yang ingkarkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Baqarah: 256) Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al-Quran dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW, juga adanya kesedaran dan kekuatan kaum muslimin yang tidak pernah berubah sejak dari penyebaran Islam yang pertama di masa Rasulullah SAW hingga ke hari ini. Allah SWT berfirman, maksudnya: “Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhannya demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya…” (Al-Baqarah:285) Dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW menjelaskan enam perkara yang menjadi teras iman. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya iman itu ialah engkau percaya dengan Allah, malaikatmalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan engkau percaya dengan qadar baik dan buruk.” (Riwayat Muslim) Unsur-unsur Aqidah / Rukun Iman Berdasarkan keterangan Al-Quran dan Hadith di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa unsur-unsur aqidah atau teras iman ada enam iaitu: 1. Percaya Kepada Allah 2. Percaya Kepada Para Malaikat 3. Percaya Kepada Kitab-Kitab 4. Percaya Kepada Para Rasul 5. Percaya Kepada Hari Akhirat 6. percaya Kepada Qadar Dan Qadha’. Asas utama yang mesti ada dalam aqidah ini terjelma dalam penyaksian “Tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.” Aqidah inilah yang menjelmakan pandangan tepat umat Islam terhadap alam, Tuhan Pencipta dan Pemilik alm, metafizik, kehidupan di dunia, kehidupan di akhirat, alam yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Dengan erti kata lain, akidah itulah yang menentukan pandangan umat Islam kepada makhluk dan khalik (pencipta), kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah (alam nyata) dan alam ghaib. (Al-Qardhawi: 2000). Oleh itu umat Islam digesa supaya menjaga aqidahnya dan membatas diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkannya. Contohnya: tidak mengambil atau menyembah tuhan selain Allah, tidak mengambil pelindung (Rab) selain Allah, tidak memberi wala’ kepada selain Allah dan tidak menafikan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Syariah / Feqah Takrif syariah adalah jalan. Ia berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan “syir’ah”. Syariah dalam bahasa Melayu bererti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.
Syariah menurut perundangan Islam ialah segala hukum yang diperundangkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hambaNya supaya mereka beriman dan beramal soleh denganNya agar dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Hukum-hukum ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya yang benar dan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Sifatnya yang begini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud: “Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus (syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak mereka yang tidak mengetahui.” (Al-Jathiah: 18) Sumber-sumber perundangan Islam yang masyhur terutama di kalangan jumhur ulamak ada empat iaitu: · 1. Al-Quran (Kitabullah) · 2. Al-Hadith / As-Sunnah · 3. Al-Ijmak (ijtihad para sahabat dan fuqaha’) · 4. Al-Qias (ijtihad para sahabat dan fuqaha’) Akhlaq Akhlaq berasal dari bahasa Arab iaitu kata jamak dari “khuluq” yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi. Menurut terminology, perkataan akhlaq adalah berasal dari perbendaharaan istilah Islam. Istilah lain yang mirip dengan akhlaq ialah moral dan etika. Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlaq adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia sikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan, serta menurut petunjuk dari Al-Quran dan AsSunnah. Inilah yang dikatakan akhlak Islam yang bersumberkan dalil naqli. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik) Diri Rasulullah SAW itu sendiri adalah menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Aishah r.a sendiri pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, dan beliau menjawab bahawa akhlak baginda Rasulullah SAW
adalah Al-Quran. Akhlak dalam Islam adalah amat penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri (Abdul Farim Zaidan: 1987). Kesimpulannya, akhlak dapat dihuraikan dalam tiga bentuk hubungan iaitu akhlak manusia terhadap Allah, sesama manusia dan terhadap makhluk-makhluk yang lain. Kewajiban kita terhadap Islam • Mengimani kebenaran Islam (2:23, ), tidak menolak meski hanya sebahagian ( • Mengilmui (mempelajari ajaran Islam (9:122, 47:24) • Mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan menurut kemampuan(2:208, 2:286) • Mendakwahkan dan memperjuangkannya (3:104,110) Ciri-Ciri Islam Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah (Musa bin Fathullah Harun :1996): 1. Rabbani 5. Alami atau Sejagat 2. Syamil dan Kamil 6. Insani 3. Waqi’e atau Praktikal 7. Wasati 4. Tinggi atau Agong 8. Tetap dan Anjal Tujuan Islam Tujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Tujuan utama Islam antara lain ialah: · Mendidik manusia agar mengenal pencipta yang Esa. · Mengajar dan memandu manusia agar dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan. · Mendidik dan melahirkan insan yang berkualiti. · Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta.
· Memberikan ruang dan tempat pergantungan. · Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali yang berkekalan. ZAMAN KELAHIRAN ISLAM Perjalanan zaman selama kurun waktu 750 tahun sejak kelahiran Al-Masih cukup membuat rosaknya kepercayaan Nasrani sebagaimana yang dialami Islam dikemudian hari dan sebagaimana pula yang dialami kepercayaan-kepercayaan lain sebelumnya, seperti Zaradusta dan Budhisme. Sebab itulah orang Arab merosak agama tauhid yang diajarkan oleh rasul mereka, misalnya Nabi Ibrahim AS, kemudian Ka,abah mereka dipenuhi dengan pelbagai macam patung dan berhala. Demikian juga yang dilakukan oleh orang Yahudi, mereka merosak agama yang diajarkan oleh Nabi Musa AS, kemudian menjadikan patung lembu sebagai “tuhan” mereka. Dimasa jahiliyyah orang-orang Arab tenggelam di dalam penyembahan berhala. Ketika itu agama yang sebagaimana ditunjukkan oleh syair-syair mereka adalah merupakan soal yang dangkal dan tidak meresap ke dalam hati, bahkan mereka memuja-muja batu dan parit. Di antara sisa-sisa peninggalan masa jahiliyyah ialah telaga zamzam dan Hajar Aswad. Di samping itu, ketika itu orang-orang Arab mempunyai kepercayaan bahawa di dalam segala sesuatu yang berupa benda, seperti gunung dan angin terdapat roh-roh yang harus disembah seperti berhala, sebab itulah mereka menyembah binatang-binatang, matahari dan bulan. Di antara berhala-berhala mereka yang masyhur ialah ‘Uzza, Llaat dan Manaat’. Mereka bukan menyembah batu-batu itu sebagai tuhan tetapi sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Akhirnya, hingga saat lahirnya Islam di Ka’abah ia tetap penuh dengan berhala-berhala, kemudian, Rasulullah SAW memerintahkan agar semuanya dihancurkan. Cahaya seluruh alam, dinul Islam atau agama Islam datang dengan dua hal sebagai dasar utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ajaran-ajaran Islam memang sama sekali berlainan dengan ajaran-ajaran jahiliyyah. Allah SWT adalah tuhan yang Maha Besar, Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan lain-lain lagi adalah tuhan yang sebenarnya dan layak disembah walau apa jua keadaan, tempat, masa, bangsa dan negara menurut agama Islam. Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah atau Rasulullah adalah rasul dan nabi yang terakhir. Menganut agama Islam adalah bukan suatu paksaan atau desakan. Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: “Tak ada paksaan dalam agama” (maksudnya tiada paksaan untuk memeluk agama Islam)
(Al-Baqarah : 256) PENGERTIAN ISLAM Dari segi bahasa ‘Islam’ berasal dari bahasa arab iaitu salima: # yang berarti selamat, sejahtera, sentosa atau kedamaian. # Ia juga berarti menyerah diri,tunduk,patuh dan taat. Dari perkataan salima ini dibentuk perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Perkataan aslama inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan islam. Agama Islam bermaksud tunduk, patuh, taat, dan menyerah diri kepada Allah sepenuhya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 131 yang bermaksud: Ketika TuhanNya berfirman kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini. Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi kerana perkataan “islam” tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu. Dari segi pemilihan nama, “islam” merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada Din-Nya.Allah berfirman yang bermaksud: Barang siapa mencari agama selain islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu).... (Ali Imran:85) Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam itu menjadi agamamu. (Al-Maidah:3) PENGERTIAN ISLAM MENURUT ISTILAH SYARA’ (a). Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. (b). Islam adalah peraturan hidup (way of life),peraturan yang bersifat integrasi, mengatur hidup
& kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup ini terkandung di dalam Al-quran dan telah dihayati oleh rasulullah dalam kehidupan baginda.Ini menjadi teladan yang baik bagi seluruh umat manusia. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini sepertimana sabda Rasulullah sendiri yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-quran dan sunnah rasul. (HR Bukhari) (c). Definisi Islam menurut hadith Rasulullah SAW. Jibril bertanya Rasulullah tentang islam: Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang islam, Rasulullah menjawab: Kau mengakui tiada tuhan selain Allah,Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu. (Riwayat Muslim) Jibril membenarkan keterangan Rasulullah SAW di atas. Asas Islam yang dapat dihuraikan daripada hadith di atas adalah seperti berikut: i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar, dan harmoni. ii. Di atas asas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya,
sama ada dalam konteks individu mahupun dalam kontek kolektif.Hal ini dapat dilihat dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan iii. Sistem kerohanian dan sistem syariat dilaksanakan secara serentak berlandaskan satu dasar iaitu melalui sistem akhlak islam yang menyeluruh dan mantap. PENGERTIAN AD-DIN Menurut pendapat Ibn Faris di dalam bukunya ‘Maqayis Al Lughah’ ad-din bermaksud pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang Arab mempergunakannya (ad-din) untuk berbagai maksud dan tujuan. Addin bermaksud agama dalam peristilahan bahasa melayu. Agama bermaksud kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ia sering dikaitkan dengan ibadah dan hubungan dengan tuhan.Agama juga bermaksud membenarkan dengan perkataan atau mengakui keesaan Pencipta, mempercayai dan meyakini Pencipta serta apa yang disampaikanNya, dengan sepenuh hati dan membuktikannya dengan amalan di samping melakukan apa yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang. Perkataan ‘din’ (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup. Manakala perkataan ‘ad-din’ (dalam bentuk makrifah) bermaksud cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah. Perkataan ‘din’ dilihat suatu istilah yang khusus di dalam Al-quran, yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Ia merupakan istilah yang terdiri daripada empat bahagian: i. Kekuasaan Yang Maha Mutlak (Allah SWT) ii. Penyerahan diri zahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan Yang Maha Mutlak. iii. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak Yang Maha Mutlak kekuasaanya. iv. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.
Kempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah terhadap “dinulhaq” (agama yang benar) yang mana ia mengandungi tiga ciri penting: i. Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak kekuasaanNya, setiap muslim menyerah bulat-bulat kepada kekuasaanNya. ii. Iman kepada hari kemudian (akhirat), ia merupakan hari di mana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpakan azab dan derita. iii. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Islam Sebagai Suatu Sistem Hidup Ciptaan Allah Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah S.W.T. diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya melainkan Islam sepertimana yang terdapat dalam surah Ali Imran:19 "Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam". Islam adalah agama yang diturunkan kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam AS hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Tidak ada agama selain Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Agama yang benar dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem–sistem yang terkandung di dalamnya dan meyeluruh dari segi konteks ruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup serta kehidupan seluruh makhluk yang terdiri dari alam tumbuhan, alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia. Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta (universe) mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang berupa asas-asas, prinsip-prinsip,dan hukum-hakam. Dasar-dasar itu termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan oleh sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubungkait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan urusan ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan: 1- Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan (Allah), ia meliputi tentang
kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini besifat vertikal ataupun menegak. 2- Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang-bidang politik, ekonomi, undang-undang, sosial, kebudayaan, dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontal ataupun mendatar (Nasaruddin Razak:1986) Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan antara satu sama lain.Sebarang pemisahan akan mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang berpegang teguh kepada tali(agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. (Ali Imran :112) Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, di mana ia dikatakan agama universal (Muhd Sulaiman Yasin:1981) Islam Sebagai Suatu Sistem Sistem Umum (Hukum Alam Semesta) Sistem secara umum bermaksud;sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allah yang bersifat universal.Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenali sebagai hukum alam semesta. Hukum ini tadak ada suatu makhluk pun dapat mengelak diri daripadanya sama ada secara redha mahupun terpaksa. Dengan sistem/ hukum umum inilah Allah mencipta dan mengaur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan tetap. (Nasarudin Razak: 1986) Firman Allah yang bermaksud:
Dan (Allah) telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukumhukumnya. (Al-Furqan) Hukum umum ini dikenal juga sebagai sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah. Allah menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: Yang demikian itu, adalah sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu. Dan kamu tidak sekali-kali akan menemukan perubahan pada Sunnatulah itu. (AlFath:23)
Maqasid : Islam Sentiasa Relevan 1 Comments Links to this post:
See links to this post
Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, October 28, 2006 at 11:21 AM.
Bagaimanakah syariah Islam yang ditentukan Allah sentiasa relevan? Apakah tujuan syariah Islam? Artikal ini merupakan pengenalan kepada Maqaasid as-Syarii`ah alIslaamiyyah, satu tajuk mengenai kefahaman tujuan syariah Islam yang ditentukan Allah kepada setiap mukallaff. Ia memberi kefahaman awal kepada pembaca tentang tujuan diturunkan syariat, dan InsyaAllah kami akan menyusuli dengan artikal maqasid secara perinci selepas artikal pengenalan ini.
Bagaimana Syariah Islam Sentiasa Relevan?
مقاصد الشريعة السلمية Sesungguhnya Syariah Islam adalah Syariah terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Perutusan tersebut adalah melalui RasulNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Syariah ini adalah perundangan yang kekal untuk semua masa dan tempat. Kebelakangan ini, seruan yang mengajak ke arah mengenepikan Syariah makin mendapat sambutan.. Ini kerana, mereka menganggap bahawa Syariah Islam yang disyariatkan sejak seribu empat ratus tahun yang lampau sudah tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi ini. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa zaman sudah berubah dan sentiasa berubah, dan Syariah pula statik dan tidak berubah, kerana itu mengamalkan Syariah bererti kembali ke arah kemunduran dan ke belakang. Dan seruan untuk kembali mengamalkan Syariah bererti seruan mengajak manusia ke arah kemunduran. Syariah juga dikatakan sesuai untuk memajukan masyarakat Arab
jahiliyyah pada satu abad yang lampau dan bukannya umat moden sejagat. Adakah dakwaan ini benar? Sebagai muslim sudah tentu kita menolak dakwaan ini. Kita menolak dakwaan ini bukanlah kerana taksubkan dengan Syariah Islam yang kita anuti ini, tetapi kerana realiti fakta yang sebenar adalah bercanggah dengan kenyataan dan dakwaan tersebut. Untuk menolak dakwaan ini, kita mestilah dahulu memperkenalkan Syariah dan ciri-cirinya yang membolehkan ia sentiasa relevan pada setiap masa, tempat dan keadaan. Syariah adalah undang-undang yang disyariatkan Allah kepada makhluknya melalui al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Ciri-ciri utama Syariah adalah berbeza dengan mana-mana undang ciptaan manusia, kerana itulah Syariah kekal istimewa dan relevan. Antara ciri-ciri tersebut ialah:Pertama: Syariah adalah datang daripada Allah. Sumber perundangan Syariah Islam adalah daripada Allah SWT. Ia merupakan wahyu Ilahi yang disampaikan kepada manusia melalui RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. Ciri inilah yang jelas membezakan antara Syariah dengan mana-mana perundangan ciptaan manusia. Ini kerana undang-undang yang lain, sekalipun yang paling terbaru, ia tetap ciptaan manusia, manakala Syariah pula adalah datang daripada Pencipta manusia itu sendiri, Yang Maha Mengetahui tentang situasi dan keperluan yang terbaik untuk manusia. Antara natijah daripada perbezaan sumber dua perundangan ini ialah:Pertama: Asas Syariah dan hukum hakamnya itu bebas daripada sebarang kezaliman, kekurangan dan menurut hawa nafsu (iaitu tidak berpandukan akal yang rasional). Ini kerana Allah SWT bersifat dengan sifat yang sangat sempurna dan Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Manakala mana-mana perundangan ciptaan manusia tidak akan terlepas daripada unsur-unsur tersebut, kerana memang manusia tidak akan terlepas daripada kejahilan (sekalipun kajian berterusan dan menyeluruh) dan juga kekurangan. Sebagai satu contoh, Syariah Islam menganggap bahawa manusia hanyalah sama sahaja, dan perbezaan warna kulit dan keturunan tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan. Kemulian yang sebenar terletak pada ketaqwaan kepada Allah SWT, iaitu Pencipta mereka semua. Asas ini mampu menyatukan masyarakat, kerana mereka akan berlumba mentaati Allah SWT, dan bukannya mementingkan diri dan bangsa sendiri sahaja. Kerana asas inilah, Syariah Islam mampu menyatukan qabilah-qabilah arab yang terkenal dengan sikap membezakan etnik. Tetapi perundangan ciptaan manusia tidak mampu menyatukan hati pelbagai kaum dan etnik yang berpecah, kerana ia tidak akan sunyi dari sudut teori atau praktikal atau keduaduanya sekali daripada unsur pilih kasih dan warna. Kedua: Wujudnya perasaan hebat, hormat dan kagum terhadap Syariah di hati kaum muslimin, samada golongan pemerintah atau rakyat jelata. Ini kerana mereka semua mengetahui bahawa Syariah ini adalah daripada Allah SWT. Mereka semua perlu akur dengan perintah Allah SWT yang berbunyi: "Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang beriman dan juga perempuan, bilamana Allah dan RasulNya tetapkan
sesuatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan sesiapa sahaja yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata". Surah al-Ahzab, ayat 36. Mereka semua akur dan faham bahawa melaksanakan syariah adalah ibadat yang wajib mereka laksanakan untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT, sebagaimana mereka juga yakin bahawa pelaksanaan Syariah Allah merupakan pelaksanaan terhadap perundangan yang paling adil untuk mereka dan yang paling mampu untuk menghalang sebarang kezaliman dan kebatilan. Di lubuk hati mereka juga ada perasaan bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan mereka, samada mereka melaksanakan Syariah ini atau tidak. Sebagai contoh, bila turunnya ayat pengharaman arak iaitu ayat 90, Surah alMa'idah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya arak, judi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan anak panah adalah perkara keji yang termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu semoga kamu beruntung", para muslimin berlumba-lumba membuang arak mereka, bahkan mereka memecahkan bekas-bakas arak supaya tiada walau setitik arak yang berbaki. Sesungguhnya perkataan "jauhilah" itu memberikan kesan yang begitu hebat terhadap mereka. Berbeza dengan perundangan pengharaman arak yang dilaksanakan di Amerika sekitar tahun 1930, di mana mereka telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memberitahu tentang keburukannya. Mereka telah menghabiskan 65 juta dolar Amerika, dan mencetak sembilan ribu juta helaian kertas untuk menyatakan keburukan arak dan hukuman yang akan dikenakan terhadap penjual, pembeli dan pembekal arak. Sehingga awal 1933, mereka telah membunuh 200 orang dan memenjarakan lebih kurang setengah juta orang dan mendenda mereka dengan jutaan ringgit, namun undang-undang ini tidak mampu menyekat rakyat mereka daripada terus meminum arak. Akhirnya kegagalan ini membawa mereka kepada membuang undang-undang pengharaman arak tersebut[1]. Inilah perbezaannya antara Syariah Islam dan perundangan ciptaan manusia. Kedua: Balasan Dan Hukuman Dalam Syariah Adalah Duniawi Dan Ukhrawi Syariah Islam mempunyai persamaan dengan perundangan manusia dengan bahawa kedua-duanya mengenakan tindakan terhadap para pesalah, bezanya adalah Syariah Islam lebih menyeluruh kerana asas Syariah itu sendiri dan juga kerana wujudnya balasan di akhirat. Bahkan asal bagi hukuman dalam Syariah adalah berbentuk ukhrawi, namun Syariah Islam tidak melupakan realiti kehidupan bahawa untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan masyarakat dunia ini, perlunya wujud balasan berbentuk duniawi. Kerana inilah wujudnya hukuman qisas, hudud, takzir, denda kewangan dan gantian kebendaan dalam Syariah Islam. Balasan akhirat ini dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum Syariah, samada dalam bab ibadat, muamalat, munakahat dan juga jinayat. Kesan daripada wujudnya balasan ukhrawi ini menyebabkan seorang muslim yang sejati akan mematuhi hukumhakam Syariah secara rela hati samada semasa terlindung dan juga terang-terangan, bahkan jika dia mampu untuk lari daripada hukuman keduniaan sekalipun, dia tetap tidak
melanggari hukum-hakam Syariah kerana takutkan azab Allah SWT di akhirat. Dan jika mereka begitu lalai sehingga mereka melanggari hukum-hakam tersebut, meraka akan kembali bertaubat dan menyesali perbuatan tersebut. Kerana inilah ada seorang perempuan yang berzina sanggup pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. supaya dijatuhkan hukuman rejam ke atasnya kerana menyesali dengan perlanggarannya terhadap hukum Syariah. Dan perkara ini tidak terdapat dalam perundangan ciptaan manusia. Para muslimin akan mentaati perintah Syariah samada kerana hormatnya terhadap peraturannya atau juga kerana bimbangkan azab yang akan menimpanya di akhirat. Inilah asas Syariah yang ditanam dalam jiwa kaum muslimin, sebagaimana firman Allah SWT: "Pada hari yang mana tiap-tiap diri mendapati segala kebajikannya dikemukakan, dan (begitu jugalah) setiap kejahatan. Ia ingin kalaulah kiranya antaranya dan antara hari itu masih terdapat masa yang jauh, dan Allah memperingatkan kamu dengan diriNya (seksaNya)…". Surah Ali Imran, ayat 30. Satu perkara lagi yang membezakan antara kedua-dua perundangan ini, hasil daripada wujudnya balasan ukhrawi ialah ganjaran kepada individu yang mentaati perundangan. Dalam perundangan ciptaan manusia, inidividu yang mematuhi peraturan tidaklah diberikan ganjaran, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja, tetapi semua pesalah akan dikenakan tindakan. Manakala dalam Syariah Islam, individu yang mematuhi hukum-hakam Syariah akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat sebagai penghargaan di atas kesungguhannya mematuhi hukum-hakam tersebut. Ini menambahkaan lagi kekuatan kepada mereka untuk mematuhi Syariah. Firman Allah SWT: "Sesiapa yang menerjakan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya mereka akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan keburukan sebesar zarah sekalipun, nescaya mereka (juga) akan melihat (balasan)nya". Surah azZalzalah, ayat 7 dan 8. Ketiga: Syariah Bersifat Universal Syariah Islam diturunkan untuk semua manusia dan semua tempat dan masa. Ia adalah Syariah yang kekal yang tidak boleh diganti atau dipinda dengan sebarang peraturan yang lain. Sifat Syariah yang sebegini memestikan bahawa asas dan hukum-hakamnya mampu memberikan kebaikan atau "maslahah" bagi semua manusia di semua tempat dan masa. Ia juga memestikan bahawa Syariah mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan mereka dan menghalang mereka daripada mencapai kemajuan. Dan kesemua perkara ini sebenarnya wujud dalam prinsip-prinsip asas Syariah dan hukumhakamnya. Ini kerana Allah SWT yang Maha Meliputi PengetahuanNya, yang mensyariatkan Syariat ini untuk setiap masa dan tempat telah mengatur prinsip-prinsip asas Syariah dan hukum-hakamnya supaya ia sentiasa relevan dengan setiap masa dan tempat. Dan perkara ini boleh dibuktikan dengan realiti Syariah, sumbernya, prinsipprinsip asasnya dan juga hukum-hakamnya. Dan di sini kami akan sebutkan secara ringkas perkara-perkara tersebut supaya apa yang kami sebutkan tadi lebih jelas dan dibuktikan kebenarannya dengan hujah dan dalil, dan bukan sekadar dakwaan yang kosong.
Dalil Pertama: Syariah Islam diasaskan di atas prinsip menghasilkan "maslahah" (kebaikan) dan menolak "mafsadah" (keburukan). Sesungguhnya Syariah Islam tidak disyariatkan melainkan untuk memberikan kebaikan kepada manusia samada di dunia ataupun di akhirat. Kerana inilah para fuqaha sentiasa menyebutkan bahawa "Sesungguhnya Syariah Islam kesemuanya adalah "maslahah" , iaitu samada menghasilkan kebaikan atau menolak keburukan". Hakikat ini adalah satu perkara yang sentiasa wujud dalam Syariah dan boleh dijelaskan berdasarkan kepada nasnas Syariah (al-Qur'an dan Hadis) dan juga hukum-hakamnya. Dan ia adalah sangat banyak dan tidak terhitung kerana asas ini terdapat pada keseluruhan Syariah. Tidak ada satu tuntutan dan suruhan dalam Syariah Islam melainkan untuk kepentingan dan kebaikan manusia, dan tidak ada satu larangan melainkan dengan tujuan mengelakkan mereka daripada bahaya dan keburukan. Antara dalil yang menunjukkan demikian ialah: Pertama: Dalam menyatakan sebab penurunan al-Qur'an, Allah SWT berfirman: "Tidaklah Kami turunkan al-Qur'an itu untuk menyusahkan kamu". Kedua: Dalam menyatakan sebab perutusan Nabi Muhammad s.a.w., Allah SWT berfirman: "Dan tidak kami utuskanmu wahai Muhammad, melainkan untuk "rahmat" bagi seluruh alam". Dan kalimah "rahmat" itu membawa erti menjaga kebaikan manusia dan mengelakkan mereka daripada keburukan. Ketiga: Hukum-hakam Syariah semuanya disyariatkan dengan berhikmah dan "ta'lil" (bersebab) untuk menghasilkan "maslahah"dan menolak "mafsadah", supaya manusia mengetahui bahawa Syariah itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka. Ia boleh dibuktikan berdasarkan kepada "istiqra’" (kaji selidik) yang menyeluruh kepada dalil-dalil Syarak (al-Qur’an dan al-Hadis). Nas-nas berkenaan dengan perkara ini adalah sangat banyak dan kami akan sebutkan sebahagian daripadanya sebagai contoh. Antaranya ialah seperti berikut:1- Dalam bab kewajiban beribadah, hikmahnya ialah untuk menghasilkan ketaqwaan kepada Allah SWT (Surah al-Baqarah: 21). 2- Dalam bab kewajiban bersolat, hikmahnya ialah untuk mengingati Allah SWT (Surah Toha: 14), menghapuskan dosa-dosa (Surah Hud: 114) dan juga mencegah perkara keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45). 3- Dalam bab kewajiban berpuasa, hikmahnya ialah untuk menghasilkan ketaqwaan kepada Allah SWT (Surah al-Baqarah: 183). 4- Dalam bab kewajiban bertaqwa kepada Allah SWT, hikmahnya ialah untuk kejayaan manusia dunia dan akhirat. (Surah al-Baqarah: 189). 5- Dalam bab kewajiban melaksanakan qisas, hikmahnya ialah kelangsungan kehidupan manusia. (Surah al-Baqarah: 179). 6- Larangan berjudi dan meminum arak, ialah kerana ia boleh menimbulkan permusuhan sesama manusia dan melalaikan daripada mengingati Allah SWT dan bersolat. (Surah al-Ma'idah: 91).
7- Larangan mencela berhala, hikmahnya ialah kerana dibimbangi menjadi punca kepada pencelaan terhadap Allah SWT. (Surah al-An’am: 108). 8- Kewajiban berperang sekalipun tidak disukai, hikmahnya ialah untuk keharmonian di sebalik peperangan tersebut. (Surah al-Baqarah: 216). Kesemua perkara yang disebutkan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hukumhakam Syariah adalah untuk kemaslahatan manusia dan menolak mafsadah ke atas mereka. Prinsip inilah yang menjadikan Syariah Islam sentiasa relevan dan terbaik untuk setiap masa dan tempat. Dalil kedua: Prinsip asas Syariah dan realiti hukum-hakamnya. Hukum-hakam dalam Syariah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama ialah hukum-hakam yang bersipat terperinci dan bahagian yang kedua ialah hukum hakam yang disyariatkan sebagai prinsip asas dan kaedah umum. Kedua-dua jenis hukum ini disyariatkan supaya sentiasa relevan dan terbaik untuk setiap masa dan tempat, sesuai dengan sipat asas Syariah yang bersipat universal. Bahagian Pertama: Hukum-Hakam Yang Terperinci. Hukum-hakam ini terdapat dalam bab aqidah, ibadat, akhlak dan sebahagian daripada hukum perhubungan sesama manusia. Aqidah yang menjadi tunjang asas kepada Syariah adalah satu perkara yang diperlukan oleh manusia pada semua masa. Kerana inilah asasnya diperincikan kerana ia adalah satu perkara yang tidak akan berubah. Keimanan kepada Allah SWT, RasulNya, hari akhirat dan sebagainnya tidaklah boleh berubah kerana ia adalah hakikat kebenaran yang tidak menerima sebarang perubahan. Masalah-masalah ibadat pula ialah satu perkara yang menyusun peraturan perhubungan Tuhan dengan manusia. Kerana inilah caranya telah diperincikan oleh Syariah kerana ia adalah satu perkara yang diperlukan oleh manusia pada sepanjang zaman dan tidak diketahui caranya melainkan dengan keterangan daripada Syariah. Ini kerana ibadat merupakan keperluan manusia kepada Penciptanya, selain ia juga memberikan "maslahat" kepada individu dan masyarakat. Akhlak dan budi pekerti pula merupakan satu perkara yang sentiasa diperlukan untuk kebaikan dan kekuatan masyarakat dan kerana inilah ia juga antara perkara yang diperincikan. Begitu juga sebahagian daripada perhubungan antara sesama manusia juga telah diperincikan hukumnya. Contohnya seperti hukum-hakam kekeluargaan seperti nikah kahwin, hak penjagaan anak, perceraian, harta pusaka dan sebagainya. Tujuan perincian kepada perkara-perkara seperti ini adalah untuk menjaga kemaslahatan setiap individu dan juga masyarakat. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika tidak wujudnya hukum perkahwinan, perceraian dan sebagainya dalam masyarakat. Pengharaman riba dalam sistem perhubungan kewangan sesama manusia juga termasuk dalam hukum yang terperinci demi menjaga "maslahah" individu dan juga masyarakat. Begitu juga hukuman-hukuman yang telah ditentukan oleh Syariah kepada para pesalah seperti orang yang murtad, pembunuh, penzina, pencuri, peminum dan
sebagainya telah diperincikan demi menjaga kerukunan masyarakat. Dan kesemua hukum ini adalah diasaskan di atas kebaikan dan keadilan yang memang diperlukan oleh masyarakat manusia supaya mereka tidak hidup dalam kezaliman hukum rimba. Bahagian Kedua: Hukum-Hakam Yang Bersipat Sebagai Asas Dan Prinsip Jenis hukum yang kedua ini adalah hukum-hakam yang diasaskan sebagai prinsip asas dan kaedah umum yang fleksibel dengan keperluan kehidupan manusia. Antara contohcontoh jenis hukum ini ialah seperti: Pertama: Prinsip Syura. Islam sangat mementingkan prinsip permuafakatan bersama dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun Islam tidaklah menetukan cara-cara tertentu yang terperinci dalam melaksanakan prinsip ini. Ini kerana ia boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat, asalkan tidak lari dengan Syariah. Kedua: Prinsip Keadilan. Islam sangat mementingkan keadilan bahkan telah menentukan sebahagian hukum yang terperinci ke arah perkara tersebut. Namun asas pelaksanaan keadilan tidaklah ditentukan kerana ia boleh berubah. Kerana ini, kalaulah keadilan akan lebih tertegak dengan wujudnya enakmen yang bertulis, atau beberapa peringkat mahkamah, atau memerlukan kepada lebih seorang hakim bagi sesuatu kes berat, atau memerlukan kepada badan yang mengkaji keadilan hakim, atau sebagainya, maka kesemua perkara ini adalah diharuskan dalam agama demi menegakkan keadilan. Kalaulah dalam menentukan harga barangan oleh pemerintah itu merupakan cara ke arah keadilan, maka ia juga diharuskan. Perlu diperingatkan bahawa menghukum pesalah dengan hukuman yang ditetapkan oleh Syariah adalah termasuk dalam hukum terperinci yang kita tidak diberi lagi pilihan untuk mengambil hukuman dan peraturan yang lain. Ketiga: Prinsip Tidak Harus Memulakan Penindasan Dan Membalasnya. Dalam prinsip ini, tidak ada seorang pun harus untuk menganiai dirinya sendiri, apatah lagi individu lain. Atas prinsip ini, tidak harus bagi seseorang yang dibakar rumahnya (sebagai conth) untuk membakar rumah orang yang lain, kerana ia menambahkan lagi kekusutan dalam masyarakat, bahkan orang yang bertanggungjawab hendaklah membayar ganti rugi kepadanya selain dikenakan tindakan oleh pemerintah. Atas prinsip inilah, adanya hak "Syuf'ah" dalam Islam. Atas prinsip inilah, kerajaan perlu menetukan lesen-lesen untuk dikeluarkan kepada para penternak ayam dan sebagainya, kerana ia boleh menyakiti orang yang lain. Atas prinsip ini juga haramnya "ihtikar" iaitu sorok barangan jualan untuk menaikkan harganya. Berdasarlan kenyataan ini semua, maka jelaslah bahawa dakwaan yang mengatakan Syariah Islam itu statik dan jumud adalah dakwaan yang tidak berasas dan merupakan fitnah kepada agama Allah SWT. Dalil Ketiga: Sumber Perundangan Syariah. Qur'an dan Sunnah (Hadis) yang merupakan sumber perundangan asli bagi Syariah telah datang dengan hukum-hakam yang mampu menagani setiap apa jua keadaan, yang
membolehkan ia bersesuaian dengan setiap masa dan tempat, sebagaimana yang baru sahaja disebutkan tadi. Manakala ijmak dan segala jenis ijtihad seperti "Qias", "Istihsan", "Maslahah Mursalah", "Sadduz Zaraie'", adalah sumber perundangan yang fleksibel yang didasarkan kepada sumber asli Syariah, iaitu Qur'an dan Hadis. Keseluruhan sumber untuk mengetahui dan mengeluarkan hukum Syariah ini membolehkan hukum-hakam Syariah menjawab setiap persoalan baru yang tidak disebutkan nas keterangan tentangnya secara nyata dalam sumber asli. Hukum-hakam yang dikeluarkan melalui ijtihad juga adalah hukum yang diiktibar oleh Syariah kerana ia didasarkan kepada sumber perundangannya yang asli, iaitu Qur'an dan Hadis. Kerana semua inilah Syariah akan sentiasa relevan bagi semua masa, tempat dan keadaan. Keempat: Syariah Yang Syumul Syariah Islam adalah Syariah atau perundangan yang mencakupi setiap aspek kehidupan manusia. Ia adalah perundangan yang menyatakan tentang hubungan manusia dengan dirinya, Penciptanya dan juga sesama mereka. Keseluruhan perjalanan kehidupan manusia tidak akan terkeluar dan terlepas daripada hukum-hakam Syariah. Kesempurnaan hukum Syariah ini boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian:Pertama: Hukum-hakam Syariah yang berkaitan dengan aqidah (kepercayaan) seperti prinsip "ketuhanan", "kenabian" dan juga "sam'iyyat" (perkara-perkara ghaib). Contohnya seperti keimanan kepada Allah, para Rasul, Kitab-kitab, hari akhirat dan sebagainya. Perkara-perkara ini dipelajari dalam ilmu "Tauhid". Kedua: Hukum-hakam Syariah yang berkaitan dengan budi pekerti seperti, benar, amanah, menunaikan janji, menghormati orang lain dan sebagainya. Perkara-perkara ini dipelajari dalam ilmu "Akhlak". Ketiga: Hukum-hakam berkaitan dengan keseluruhan perbuatan manusia. Ia dipelajari dan diperbahaskan dalam ilmu "Feqah". Perbuatan-perbuatan manusia pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian Pertama: Hukum-hakam "ibadat" seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Ia adalah hukum-hakam yang menyusun perhubungan manusia dengan Penciptanya. Bahagian Kedua: Hukum-hakam yang menyusun perhubungan manusia sesama mereka. Ia dipanggil sebagai "adat" atau juga "muamalat". Bahagian ini merangkumi perkara-perkara berikut:-
Pertama: Hukum-hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan, seperti nikah, cerai, nafkah, hak penjagaan anak, nasab dan sebagainya. Ia dipanggil sebagai "hukum kekeluargaan". Kedua: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan kewangan seperti jual, beli, sewa, gadaian dan sebagainya. Ia dipanggil sebagai "muamalat". Ketiga: Hukum-hakam yang berkaitan dengan pendakwaan dan hukuman. Ia adalah hukum yang berkaitan dengan kehakiman dan pengadilan. Keempat: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan dengan bukan muslim, samada sesama rakyat senegara atau bukan muslim dengan kerajaan Islam. Kelima: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan Negara Islam dengan Negaranegara yang lain, samada ketika aman atau perang. Keenam: Hukum-hakam yang berkaitan dengan sistem pemerintahan Negara, pendidikan, hak-hak individu dalam Negara dan hubungannya dengan Negara lain. Ketujuh: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hasil mahsul Negara dan cara pengurusannya dan hubungan antara yang kaya dan miskin dalam sesebuah Negara. Kelapan: Hukum-hakam yang berkaitan dengan ikatan kesalahan, denda dan hukuman terhadap individu berhubung dengan Negara. Berdasarkan kepada keterangan ini, jelaslah kepada kita bahawa Islam adalah satu peraturan yang lengkap yang mampu menangani segala permasalahan kehidupan manusia. Janganlah kita tertipu dengan dakwaan bahawa Syariah hanyalah hubungan antara manusia dengan Tuhan Pencipta mereka sahaja, kerana ini adalah fitnah dan tuduhan yang bertujuan memburukkan Syariah, dan mengenepikan pelaksanaannya. Kalaulah kita ingin membandingkan kesempurnaan perundangan Syariah dengan perundangan ciptaan manusia, kita akan dapati bahawa Syariah Islam adalah jauh lebih sempurna. Ini kerana persoalan akidah, akhlak dan ibadat tidak terdapat dalam sistem perundangan ciptaan manusia. Kesemua eleman tadi adalah satu perkara yang penting untuk yang boleh membentuk keharmonian manusia sejagat. Dalam masalah "muamalat" yang merupakan asas kepada perundangan ciptaan manusia, terdapat perbezaan yang jelas antaranya dan "muamalat" berasaskan Syariah. Ini kerana aspek akhlak merupakan satu eleman yang diwajibkan dalam "muamalat" Syariah. Kerana inilah, dalam bab kewangan sebagai contoh, Islam tetap mengharamkan riba, perniagaan arak dan judi kerana ia boleh menimbulkan keburukan kepada masyarakat, sekalipun menghasilkan keuntungan kewangan. Persoalan halal dan haram juga merupakan asas "muamalat" Islam. Kerana inilah Syariah tetap mengharamkan perkara yang pada zahirnya adalah sah, jika pada hakikatnya adalah haram dan dilarang. Ini kerana hukum yang zahir tidaklah mengubah perkara yang haram
kepada halal, dan begitulah sebaliknya. Kerana inilah tidaklah harus kepada seorang muslim melakukan satu perkara yang haram, sekalipun diharuskan di segi perundangan kehakiman. Dalam bab menjatuhkan hukuman dalam pendakwaan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Dan kamu menjadikanku kata pemutus dalam pertelingkahan sesama kamu. Boleh jadi ada sebahagian kamu yang lebih pandai berhujah berbanding dengan yang lain, lalu aku bagikan kepadanya (menang dalam kes tersebut) berdasarkan kepada apa yang aku dengar (pada zahirnya, dan hakikat yang sebenar tidaklah diketahui). Maka sesiapa yang aku putuskan kepadanya daripada hak (kepunyaan) saudaranya (lawannya dalam pendakwaan), maka janganlah dia mengambilnya walau sedikitpun, (kerana) sebenarnya aku telah putuskan baginya satu keratan daripada api neraka". (Hadis riwayat Bukhari). Dan roh akhlak dan halal-haram ini tidak ada dalam sistem perundangan ciptaan manusia. Sebagai penutup, kami ingin tegaskan di sini, bahawa kembali mengamalkan Syariah bererti kembali kepada ketamadunan manusia dan keadilan yang sebenar untuk kebaikan dan kepentingan manusia sejagat. Dan inilah yang kita diperintahkan. Menghalang pelaksanaan Syariah bukan sahaja dimurkai Allah SWT, bahkan bererti menyekat keadilan dan ketamadunan manusia serta mengajak manusia ke arah kecelakaan, kebinasaan dan membawa manusia ke arah kemunduran dan kezaliman. Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT.
Minggu 1 : Tasawwur Islam 1. PENGERTIAN ISLAM. Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hokum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulamaulama’ berdasarkan kepada Al-Qur’an dan AsSunnah adalah:•
Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah swt:“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83) Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia.
•
Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.
Firman allah swt: “Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85) •
Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan AsSunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.
Firman Allah swt: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia” •
Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hokum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah swt: “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat 112) •
Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.
Firman Allah swt: “orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati kamu”. (Surah Al Hujurat: ayat 14) •
Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu:
i) -dari mana ia datang? ii) -mengapakah ia dijadikan? iii)-kemanakah ia dikembalikan? Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5, Surah Al Mukminun ayat 12-14, dan surah AtTariq ayat 5 Jawapan soalan dua “mengapakah ia datang” terkandung didalam surah AzZariyat ayat 56.
Jawapan untuk soalan tiga “kemanakah ia dikembalikan” ada di dalam Al Qur’an Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat11, Surah AzZumar ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8. •
Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.
2. TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR. Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi. Disini diselitkan beberapa takrif berkenaan dengan tasawwur Islam tersebut •
Aqidah
Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut” (Surah An Nahl ayat 36) •
Ibadah
Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat ayat 56) •
Syariah
Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh diubah dengan apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. •
Akhlak
Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.
•
Kebudayaan
Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara kebudayaan yang berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian kerana masing-masing kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya. •
Ilmu pengetahuan
Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi Islam dan para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yang pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu. •
Ekonomi
Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang berkaitan dengan ekonomi di dalam Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal ekonomi. •
Politik
Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah meninggalkan kita dengan meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam beerti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara berjuzsuk-juzuk dari amalan Islam yang sebenar. •
Dakwah
Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah tugas mulia yang amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik yang akan datang. •
Pergaulan
Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan manusia lainnya. Oleh kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang supaya manusia berasa damai dan tenteram dalam kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya. •
Jihad
Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan menyebarkan Islam kerana menuntut keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan pelbagai lagi. 3. SYARIAT ISLAM : PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hokum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman. Hokum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hokum-hukum ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”. Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah Rabbaniyyah Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. Natijah Syariah Islamiyyah: i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya. ii)-Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan. Balasan Duniawi dan Ukhrawi Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu
mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hokum syara’ sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu. Alamiyyah dan Umumiyyah Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti: a) Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkaraperkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta. b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya. c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan. Kekal. Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hokumhakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat. Syumul Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud. ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf. iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.
Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu: a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya. b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia. Kemanusiaan Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat. Keadilan mutlak Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat. TUJUAN SYARIAT ISLAM. 1. MEMELIHARA AGAMA - Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad) dengan hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an: “Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan) kekal di dalamnya” (Al Baqarah : 217) 2. MEMELIHARA AKAL - Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk disebabkan bahan-bahan tersebut perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Arak adalah ibu segala kejahatan” Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebat berdasarkan kepada hadis Nabi saw: “Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat” dan abu baker menyebat 40 kali dan Umar menyebat 80 kali” 3. MEMELIHARA NYAWA - Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu untuk memelihara keselamatan hidup (nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut. 4. MEMELIHARA HARTAHarta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih. Oleh kerana itu balsannya adalah dipotong tangannya apabila syarat-
syaratatau bukti-bukti telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak orang lainnya. 5. MEMELIHARA KETURUNANIslam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya. Untuk melangsungkan zuriat manusia di dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga merupakan satu saluran yang sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin manakala yang sudah berkahwin direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kepada Firman Allah swt : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hokum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (An-Nuur ayat 2) SUMBER PERUNDANGAN ISLAM Dalil-dalil sumber perundangan Islam:• • •
Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Qur’an dan As Sunnah. Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ dan al Qiyas. Sumber yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan para ulama’, hatta dikalangan para ulama’ yang beramal dengan konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, alistishab, al-istihsan, al-Masalih al-Mursalah. Syar’u man Qablana dan Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hokum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hokum.
i)-Al-Qur’an Ta’rif Al-Qur’an dalam bahasa Arab yang bermaksud: “ialah lafaz dalam bahasa Arab diturunkan kepada Nabi Muhammad saw yang dapat melemahkan dengan sesuatu surah, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadah” Petunjuk ayat-ayat al-Qur’an Nas-nas Al-Qur’an terbahagi kepada 2 perkara: a)-Dalil yang merupakan nas yang terang. Dalil-dalil ini tiada berkehandakkan penjelasan atau huraian yang lain lagi. Contohnya dalam Firman Allah swt: “Dan bagimu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak” (Surah An Nisa’ ayat 12) b)-Dalil yang berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu). Ayat yang seperti ini berkehendakkan kepada penerangan hadith. Hadithlah yang menentukannya kepada maksud ayat tersebut. Contoh ayat: “Dirikanlah olehmu akan solat” (An nur ayat 77)
Ayat ini mumjal kerana ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” PERANAN AL QUR’AN 1. sebagai perundangan yang menjadi dasar hokum Islam yang sesuai dijalankan pada bila-bila masa dan segenap tempat 2. al-qur’an menjadi petunjuk kepada seluruh manusia daripada kekufuran kepada hidayah. 3. Sebagai khabar gembira kepada orang yang mentaati perintahnya dan amaran keras bagi orang yang melampaui batas. ii)-As-Sunnah Dari segi bahasa bermaksud perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup. As- Sunnah juga bermaksud membuka/merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk.Dari segi istilah apa-apa yang lahir daripada baginda Nabi saw sama ada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah) sama ada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul. Sunnah pada istilah ahli-ahli Usul Fiqh iaitu apa yang diambil daripada Nabi saw daripada perkataan, perbuatan atau perakuan. Ini dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian: a)-Sunnah Qauliyah (perkataan) yang juga dinamakan hadith dan al-Khabar. Contohnya sabda Nabi saw: Ertinya : “sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya” b)-Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yang ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda baginda: Ertinya : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat” c)-Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti pengakuan Nabi terhadap para sahabat yang memakan Himarulwahsyi (keldai liar). iii)-Ijma’ Takrif Ijma’ dalam bahasa Arab: Ertinya: “Persepakatan ulama’ mujathidin daripada umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hokum syara’ pada sesuatu masa selain daripada zaman baginda” Makna (ittifak) ialah ijmak atau sepakat, sama ada dalam bentuk I’tiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan. Makna “Mujtahidin” takrif ini akan mengeluarkan orang awam, kerana biasanya mereka tidak mempunyai dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma’ sebahagian daripada ulama’ mujtahidin, kerana jaminan ‘Ismah hanya kepada ijma’ semua ulama’ mujtahidin. Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dengan sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya di dalam Al-Qur’an dan terus menghukum jika terdapat di dalam AlQur’an; tetapi sekiranya tiada didapati di dalam al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula di dalam sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul
para sahabat untuk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dalam menentukan hokum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’ Syarat-Syarat Ijma’
1. 1. Para ulama’ mujtahidin bersifat adil dan sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah. 2. Semua ulama’ mujtahidin mengeluarkan pendapat yang serupa dalam satu zaman. 3. terdapat beberapa ulama’ mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama’ mujtahidin sahaja dalam zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma’ 4. Hukum yang diijmakkan adalah hokum syara’. 5. Tiada seorang ulama’ mujtahidin menarik balik pendapatnya. iv)-al-Qiyas sebagai menerangkan hokum sesuatu perkara yang tidak terdapat didalam nas, dihubungkan dengan perkara-perkara yang telah diketahui hukumnya dengan nas yang terdapat di dalam alQur’an dan As-Sunnah. Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dengan haramnya si anak, berkata (ah) kepada keduanya. Takrif dalam bahasa Arab: Ertinya : “Ialah persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain pada illat hokum syarak. Illat ini tidak begitu mudah faham dari dalil hokum itu semata-mata berpandukan fahaman bahasa.” Dari takrif di atas, dapat difahami bahawa qias mempunyai empat rukun iaitu: 1. Asal iaitu tempat hokum yang sabit dengan dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yang telah sabit hukumnya dengan al-Qur’an. 2. Hukum Asal: iaitu hokum syarak yang sabit dengan dalil yang hendak diluaskan kepada tempat lain seperti hokum haram arak. 3. Furuk: iaitu tempat dan hukumnya tidak ditegaskan dalam al-Qur’an atau hadith atau ijma’. 4. Illat: iaitu suatu sifat yang serupa sebab atau mewujudkan hokum asal yang serupa dengan illat furuk seperti sifat arak dan tuak yang boleh memabukkan.