JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH : DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI ISLAM HADHARI SATU PENJELASAN
NAMA
: NOR LIYANA BT BADRI @ BAHAROM
NO MATRIK
: JEA080075
NAMA PROFESOR : DR AMRAN MUHAMAD
1) PENGENALAN ”Saya yakin falsafah yang dibawa oleh saya iaitu ’islam hadhari satu penjelasan’ dapat dijadikan panduan dan asas dalam menggerakkan pelaksanaan islam hadhari di seluruh negara. Islam hadhari bukanlah satu ajaran baru tetapi merupakan pendekatan baru yang dibawa kerajaansebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat yang bertamadun dan gemilang. Islam hadhari juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan islam yang lebih menyeluruh dalam pentadbiran” – Dato’ Seri Abdullah Hj Badawi.
Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ialah perdan menteri Malaysia yang ke-5 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau lahir pada 26 November 1939. Sekarang umor beliau adalah 69 tahun. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di sekolah menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Methodist Boys School , Pulau Pinang dan di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Islam. Beliau berkahwin dengan Endon Mahmood Ambak pada tahun 1965 dan dikurniakan 2 orang cahayamata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau sekarang mempunyai 4 orang cucu. Endon telah meninggal dunia pada 20 oktober 2005 selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara yang dihidapinya semenjak tahun2003. Pada 9 Jun 2007, Abdullah telah berkahwin semula dengan Jeanne Abdullah. 2) FALSAFAH Dato’ Seri Abullah Badawi telah memperjuangkan fahaman islam yang sederhana. Beliau adalah pencetus konsep Islam Hadhari. Seperti yang diketahui, pengertian tamadun berasal daripada istilah bahasa arab iaitu madaniah, tamadun dan hadarah (hadari). Sarjana islam yang unggul, Ibn Khaldun telah menggunakan istilah hadarah (hadari) iaitu yang membawa maksud daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang dimajukan. Matlamat utama tamadun islam adalah untuk mengangkat islam sebagai al-Deen iaitu suatu cara hidup yang lengkap dan padu. Begitu juga dengan konsep falsafah yang dibawa Abdullah iaitu islam hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang memberi fokus kepada
pembinaan peradaban dan berusaha ke arah mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perundangan dan sistem kewangan yang dinamik,pembangunan yang seimbang untuk melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur , beramanah serta bersedia menghadapi cabaran semasa dunia global. Falsafah yang di bawa oleh Abdullah ini bukanlah sesuatu agama yang baru dan sengaja direka-reka tanpa memikirkan matlamat dan kesannya kepada masyarakat. Malah islam hadari bukanlah satu mahzab yang baru. Islam hadari bertujuan untuk mengembalikan umat islam kepada asas atau feudamental yang terkandung di dalam al-quran dan hadis. Makna usaha untuk mengembalikan umat islam kepada asas yang terdapat dalam al-Quran ini adalah supaya umat slam di negara ini mengamalkan ajaran islam yang sebenar dan sahih kebenarannya. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawa, tanggungjawabnya adalah melindungi kesucian dan memastikan umat islam tanpa tergelincir . Pintu ijtihad (menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu) perlu terbuka supaya tafsiran tentang bentuk dan corak pembangunan negara mengikut masa dan tempat. Perlu direnungkan, kerana pelbagai pendekatan dan kaedah perlu dikemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni, menyerap unsur-unsur islam dalam kehidupan dan melalui program pendidikan yang berunsur islam. Oleh itu, pembinaan falsafah pendidikan islam merupakan usaha penentuan prinsip, kepercayan, andaian dan prinsip yang dipercayai oleh masyarakat berlandaskan akidah dan syariah islam. Dato’ Seri Abdullah telah meletakkan sepuluh prinsip dalam pelaksanaan islam hadhari, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, pembangunan ekonomi yan seimbang dan komprehensif, penguasaan ilmu
pengetahuan, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, pemuliharaan alam semulajadi, keutuhan budaya dan moral serta kekuatan pertahanan. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah merupakan akidah asas kepercayaan keimanan individu terhadap islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia menjelaskan dengan terperinci tentang kesempurnan islam sebagai pedomandan weltaanscuung yang sebenarnya. Islam sebagai panduan hidup menjelaskan tatacara kehidupan sebenar. Ini bertepatan dengan sasaran Abdullah yang mahukan rakyatnya hidup dalam keadaan saling hormat-menghormati antara kaum. Keimanan dan ketakwaan menjelaskan sifat hubungan antara manusia dengan Allah serta pekara-pekara trasidential yang benar-benar wujud. Dato’Seri Abdulah juga telah mengetatkan kawalan rasuah dengan memberi lebih banyak kuasa kepada agensi-agensi badan pencegah rasuah dan pihak polis. Ini bersesuaian dengan prinsip falsafah yang dibawa olehnya iaitu kerajaan adil dan beramanah yang meliputi segi ekonomi dan politik. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu di dalam keadaan yang saksama, seimbang dan harmonis di dalam persekitaran alam semesta sama ada yang dekat (immeediate), yang jauh (global) dan yang luas (kosmos) dan di dalam seluruh kewujudan termasuklah di dalam diri manusia sendiri iaitu antara manusia dan haiwan dengan tuhan. Penguasaan ilmu pengetahuan juga adalah pentig untuk menghadapi cabaran di alam globalisasi sekarang. Ilmu pengetahuan penting untuk pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. Perolehan ilmu pengetahuan mestilah menggunakan taakul yang benar, betul dan berada di landasan yang sewajarnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berguna kepada diri sendiri dan masyarakat sejagat. Taakul manusia bekerja sebagai alat yang menghasilkan ilmu. Falsafah islam hadhari yang dibawa Abdullah juga adalah kehidupan yang berkualiti dan keutuhan budaya dan moral setiap anggota masyarakatnya. Keutuhan budaya dan moral ini boleh di anggap sebagai akhlak masyarakat. Akhlak boleh diertikan sebagai adab dan aksiologi dalam amalan kehidupan. Manusia memerlukan adab dan etika yang bersifat oriental iaitu bersifat ketimuran yang penuh adab, sopan-santun, budi bahasa, hormat-
menghormati, kasih sayang dan moral-moral lain. Undang-undang hanya berperanan sebagai pengawal bukan suatu yang dapat memelihara manusia dari terjebak denganamalan hidup yang menyalahi fitrah kehidupan. Jika individu sudah tidak mampu mengawal akhlaknya, barulah undang-undang mengambil alih untuk memberi pengajaran kepada manusia. Akhlak dalam kegiatan ekonomi ialah mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala rasuah, penipuan dan pemerasan terhadap golongan yang lebih rendah. Akhlak dengan pemimpin pula ialah saling hormat-menghormati dan bekerjasama bagi mencapai hasrat dan cita-cita membina kemajuan dan kemakmuran. Falsafah yang dibawa oleh Dato’ Seri Abdullah ini telah memberi banyak sumbangan kepada negara, umat dan agama islam sendiri. Islam hadhari telah dapat melahirkan satu budaya hidup yang segar dan cergas dalam urusan kehidupan masyarakat. Budaya yang lahir daripada konsep ini berperanan dan berfungsi secara aktif dalam membentuk serta mengawal kehidupan manusia dan persekitarannya. Tanpa hal ini, Islam hadhari tidak akan menjadi kuat bagi memastikan ia terus mekar dan berkembang. Sekiranya tidak berlaku sedemikian, Islam hadhari tidak berupaya menjadi sumber kebangkitan ummah yang sebenar kerana ia mudah dicerobohi oleh aliran dan fahaman lain yang akan merosakkan pembinaan budaya ummah. Selain itu, sumbangan yannng dihasilkan Abdullah ialah dapat mengangkaat Islam sebagai Al-Deen, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan padu dapat dilaksanakan dengan baiknya demi menjadikan Islam sebagai agama cemerlang dan terbilang. Selain itu juga, Islam hadhari dapat membantu umat mengenali Islam dengan lebih mendalam mengenai konsep dan prinsipnya supaya tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya. 3) KESIMPULAN Kesimpulannya, pada pendapat saya, Islam hadhari adalah agama yang syumul dan komprehensif bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan ekonomi dan tamadun tetapi bersifat menyeluruh dalam aspek kehidupan manusia. Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secaaaaara menyeluruh, drastik, sistematik dan tidak bersifat partisan. Ini memerlukan satu perubahan seluruh masyarakat untuk memeastikan matlamat dan prinsip Islam hadhari dapaaat dipenuhi. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia dengan khalifah dan kewajipan dalam
mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, iaitu merangkumi 5 perkara iaitu menjaga, memertabatkan dan memperkasakan agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Usaha yang konsisten adalah perlu dan dirancang secara rapi dan menyeluruh untuk mendapatkan hasil yang berterusan. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya amat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsir dengan lebih meluas, meliputi aspek kehidupan seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi dan melaksanakan aktiviti ekonomi. Maka, dapat disimpulkan bahawa peranan Abdullah yang memperjuangkan falsafah Islam hadhari ini besar cabaran dan peranannya kerana ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia dari aspek ekonomi, akhlak, pergaulan, prinsip hidup dan banyak lagi yang membri panduan kepadaa masyarakat di dalam satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya.
BIBLIOGRAFI Sumber internet. Hashim bin Hj Musa. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Awang Sariyan. Falsafah dan Logika Melayu