1 KONTROVERSI ISLAM HADHARI Semenjak pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, pelbagai reaksi dan pentafsiran telah timbul mengenai slogan Islam Hadhari terutamanya dari segi maksud dan cara-cara pelaksanaannya. Perkataan Islam Hadhari telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat (ayat tesis), ada yang mengkritik dan ada pula yang menyokong istilah Islam Hadhari ini. Ada juga pengkritik yang menganggap Islam Hadhari ini sebagai suatu tambahan terhadap Islam itu sendiri sedangkan Islam itu berdiri dengan sendirinya dan tidak perlu ditambah lagi dengan apaapa tambahan kerana ia telah sempurna. Terdapat juga pihak yang mempertikaikan istilah Islam Hadhari sebagai satu penyelewengan dari segi sejarah dan terminologinya.
Antara pihak yang mempertikaikan penggunaan istilah Islam Hadhari ini ialah pihak PAS. Menurut Dato’ Nik Abdul Aziz (2005) apabila ada pihak yang menyebut Islam Hadhari secara langsung mereka menganggap bahawa di sana ada Islam yang tidak Hadhari. Sedangkan Islam itu dari awal sampai akhir bersifat hadhari. Beliau juga mempersoalkan di mana perginya Iman Hadhari sebagai regu Islam Hadhari. Menurut beliau regu adalah ciptaan Allah seperti langit regunya bumi, pagi regunya petang, Islam regunya iman. Maka ke mana perginya Iman Hadhari sehingga kini masih tiada. Pendekatan Islam Hadhari juga dianggap suatu pendekatan palsu untuk mengelirukan rakyat (Nik Abdul Aziz 2008). Bagi Dato’ Abdul Hadi Awang pula dalam bukunya Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari (2005) istilah yang sepatutnya digunakan ialah Hadharah Islamiyyah bukanya Islam Hadhari bagi melambangkan tamadun umat Islam. Konsep ini diibaratkan sebagai topeng untuk menyesatkan umat Islam di negara ini. Islam hanya diambil namanya sahaja untuk dijadikan topeng bagi menipu dan menghalang kebangkitan rakyat kembali kepada Islam. Ideologi yang diamalkan ditampal dengan jenama Islam, lalu diperkenalkan istilah Sosialis Islam, Nasionalis Islam, Komunis Islam, Islam Liberal dan lain-lain.
Pandangan tentang Islam Hadhari ini bukan sahaja dikritik oleh pihak PAS tetapi turut dikritik Mufti Perlis. Dr Asri (2008) mengkritik Islam Hadhari kerana pemilihan nama itu sangat
2 mengelirukan malah akan meninggalkan prasangka dan pandangan tidak tepat orang ramai terhadap Islam Hadhari itu sendiri. Hal ini menyebabkan masyarakat kabur dengan istilah Islam Hadhari sehingga ada yang menyangka Islam Hadhari adalah seakan-akan seperti Islam Liberal. Beliau secara tegas menolak Islam Hadhari dengan menegaskan yang sepatutnya diikut ialah Islam yang dibawa Nabi bukannya Islam Hadhari. Pendapat yang mengatakan Islam Hadhari ini mengelirukan juga disokong oleh ahli akademik iaitu penganalisis politik tanah air, Dr Mohamad Agus Yusuf (2008) yang menyuarakan keraguannya tentang penerimaan rakyat masih kabur tentang maksud sebenar Islam Hadhari. Rakyat umumnya tidak jelas dan masih meraba-raba dengan konsep dan perlaksanaan Islam Hadhari. Malah Tun Mahathir (2008) sejak awal mempertikaikan agenda Islam Hadhari, menyelar bahawa konsep dan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhamad saw sudah lengkap dan tidak perlu diberi tafsiran baru. Apa yang perlu diamalkan oleh umat Islam sebenarnya melaksanakan semua ajaran baginda dengan bersungguh-sungguh.
Walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak tetapi UMNO dan sekutunya telah mempertahankan istilah Islam Hadhari yang telah dicadangkan oleh Presiden UMNO sehinggakan banyak buku telah dikeluarkan bagi menjelaskan pendekatan Islam Hadhari ini. YADIM dan JAKIM umpamanya telah mempertahankan perkataan Islam Hadhari ini. Dalam menghadapi kritikan berkenaan Islam Hadhari ini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004) cuba menjelaskan kekeliruan dalam ucapannya ketika perhimpunan Agung UMNO ke 55 di PWTC. Beliau menjelaskan Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukanlah Mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Manakala dalam perhimpunan yang sama Datuk Hishammuddin Hussein (2004) membidas kenyataan PAS yang mengkritik Islam Hadhari, beliau menegaskan Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau aqidah baru. PAS mempertikaikan Islam Hadhari bukan kerana ia menyalahi al-Quran dan asSunnah, tetapi semata-mata kerana ia menyedarkan rakyat bahawa ideologi politik PAS yang memperlalatkan agama terlalu dangkal, beku dan tidak releven lagi. Manakala menurut Mashitah (2006) penggunaan Islam Hadhari bukanlah bertujuan untuk mempebaharui agama. Oleh sebab itu, tidaklah salah perkataan hadhari diletakkan di belakang perkataan Islam.
3 Apabila mendengar pendapat antara yang mengkritik slogan Islam Hadhari dan pendapat yang menyokong Islam Hadhari ini dapatlah kita rumuskan Islam Hadhari ini mencetuskan kontroversi dan perdebatan antara kedua-dua pihak. Penulis percaya kontroversi ini terjadi kerana penggunaan perkataan Islam oleh pihak kerajaan. Andai kata perkataan Islam itu ditukar kepada perkataan lain seperti ‘tamadun’, ‘masyarakat’ atau sebagainya pasti kontroversi ini tidak berlaku. Hal ini demikian kerana masyarakat melayu sensitif dengan agamanya sejak dahulu lagi, lebih-lebih lagi Islam ini suci dan sempurna dan tidak seharusnya ditambah lagi dengan perkataan lain. Apabila melihat kepada pengkritik penggunaan Islam Hadhari ini, terutamanya PAS memang mengkritik dengan alasan dan hujah yang tersendiri. Islam Hadhari bukan hanya dikritik oleh pihak pembangkang sahaja tetapi daripada mufti, ahli akademik, dan daripada ahli UMNO juga. Penulis ingin mengambil pandangan daripada Dr Yusuf Qardawi (2007) dalam temuramah beliau oleh TV al-Jazeera, beliau telah disoal tentang istilah-istilah baru seperti Islam Siasi, Islam Iktisodi dan Islam macam-macam. Beliau mengatakan ini adalah permainan golongan sekular hendak memotong-motong Islam dalam aspek-aspek tertentu dan memaksa Islam dengan pandangan mereka. Maka ada benarnya apa yang diperkatakan PAS ini. Mereka mempunyai hujah dan sebab apatah lagi PAS lebih mahir dalam isu ini kerana mereka dipelopori oleh golongan yang berpendidikan agama yang tinggi.
4 SKPD 1053 KETRAMPILAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKASI 1. Garis ayat tesis (dalam teks). 2. Gariskan ayat judul perenggan tiga dan perenggan empat. Bulatkan idea pengawal (dalam teks) 3. Nyatakan kaedah perenggan pengenalan. -Penyataan secara umum. 4. Nyatakan kaedah perenggan penutup. -Merumuskan keseluruhan perbincangan. 5. Nyatakan kaedah pengembangan perenggan empat. -Kaedah Penyenaraian.
5 RUJUKAN Abdul Hadi Awang. 2005. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. Shah Alam: Nufair Street Sdn Bhd. Abdullah Ahmad Badawi. 2004. Ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September 2004. Dlm. http//www.islam.gov.my/islam hadhari. Hishammuddin Hussein. 2004. Dipetik dalam. Hatta Al-Mukmin. 2005. UMNO Masa Depan. Kuala Lumpur: Mukminin Publications. Jaafar Salleh. 2008. Falsafah Hadhari dalam Islam: Releven Sepanjang Zaman. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd. Mahathir Mohamad. 2008. Dlm. Siasah, 30 Mac- 5 April. Mohamad Agus Yusuf. 2008. Dlm. Siasah, 30 Mac- 5 April. Mohd Asri. 2008. ‘Kita ikut Islam Nabi bukanya Islam Hadhari’. Keluaran Khas Harakah, 1 Mei. Nik Abdul Aziz. 2005. Di petik dalam Abdul Hadi Awang. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. Shah Alam: Nufair Street Sdn Bhd. Nik Abdul Aziz. 2008. Dlm. Manifesto BN Kelantan- Manhaj Islam Hadhari kelirukan rakyat. Harakah, 16-31 Mac. Wan Nik Wan Yussof dan Asma’ Husna Sulaiman. 2006. Pengantar. Wan Abdul Rahman. Islam dalam politik Malaysia: Satu kritikan terhadap Islam Hadhari. Kota Bharu: Centre for Political Analysis and Strategic Development PASD Enterprise.
6 Yusuf Qardawi. 2007. Dipetik dalam http://www.harakahdaily.net/ Dr. Hj. Syarifuddin Muhammad. 2005. Manhaj Islam Hadhari: Konsep & Metodologi. Kuala Lumpur : Konsortium Warisan Maju Bersatu Sdn. Bhd.