Internet
Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1
Buku Thomas Friedman, yang bertajuk The World is Flat, beliau membahagikan tempoh globalisasi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama bermula apabila Christopher Columbus mengelilingi dunia pada 1492-1800, era globalisasi ini digerakkan oleh negara dan kudrat. Peringkat kedua globalisasi bermula pada 1800 hingga 2000 yang digerakkan syarikat multinasional. Manakala peringkat mutakhir globalisasi yang diistilahkan beliau globalisasi 3.0, bermula pada alaf ketiga abad ke-21 yang digerakkan individu dan kumpulan yang memanfaatkan perisian bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
2
Teknologi Komunikasi dan Maklumat – atau lebih dikenali dengan kata singkat ICT (Information and Communication Technology) merupakan suatu medium yang merangkumi semua jenis teknologi yang digunakan untuk mencipta, menyimpan, serta menukar maklumat dan informasi dalam berbagai bentuk (data perniagaan, suara, gambar, perangkaan firma, persembahan multimedia, dan sebagainya). Walaupun ICT sering dikaitkan dengan pendekatan serta penggunaan komputer, namun ianya juga merangkumi teknologi maklumat lain seperti telefon, surat khabar (konvensional dan digital), serta televisyen. Namun isu dan fokus utama kita adalah internet.
3
Terdapat empat jenis kawalan Internet seperti yang digariskan Lawrence Lessig dalam bukunya, Code and other Laws of Cyberspace : 1. Undang-Undang: Undang-undang kes dan duluan menggariskan, banyak tindakan di Internet boleh dikawal oleh perundangan konvensinal. Kawasan seperti perjudian, pornografi kanak-kanak, dan frod diregulasi dalam cara yang serupa pada alam nyata. Meskipun satu daripada kawasan yang paling kontroversi dan tidak jelas adalah penentuan forum mana yang mempunyai bidang kuasa terhadap aktiviti subjek yang dilakukan di Internet, khususnya pada urusniaga antara sempadan yang mempengaruhi bidang kuasa tempatan, dan ia tentunya jelas yang cebisan-cebisan besar aktiviti Internet tertahluk pada pengawalan tradisional, dan perlakuan yang menyalahi undang-undang pada dunia nyata juga salah pada dunia maya, dan tertakluk pada undang-undang dan pengawalan yang sama. Skandal dengan syarikat gergasi membuat perundangan Amerika Syarikat memikirkan semula pemerintahan kawalan syarikat seperti Akta Sarbanes – Oxley. 4
2. Arkitek: Kanun Pantai Barat: mekanismamekanisma ini termasuk parameter bagaimana informasi boleh dan tidak boleh dihantar menerusi Internet. Semuanya dari perisian menyekat Internet (yang mencari kata kunci atau URL yang spesifik dan menyekat mereka sebelum mereka boleh dilihat pada komputer yang meminta mereka), ke program penguncian, ke perarkitekan protokol TCP/IP, termasuk dalam katagori pengawalan ini. Ia dihujahkan bahawa cara megawal Internet yang lain sama ada bergantung kepada, atau disokong, pengawalan Kanun Pantai Barat.
5
3. Kebiasaan atau Kelaziman: Seperti semua jenis interaksi sosial yang lain, perlakuan dikawal oleh norma dan kebiasaan yang signifikan. Meskipun aktiviti atau jenis perlakuan pada alam maya tertentu tidak dihalang oleh kanun arkitek Internet, atau tidak secara terang dipersalahkan undang-undang, tetapi aktiviti-aktiviti ini atau perlakuan ini akan secara tersembunyi dikawal oleh piawaian komuniti, dalam kes ini "pengguna" Internet. Dan sepertimana sesetengah perlakuan menyebabkan satu individu dipulaukan oleh masyarakat sebenar, juga perlakuan yang serupa akan dikritik atau dikawal oleh norma-norma komuniti di Internet.
6
4. Pasaran: Terikat dengan kawalan kebiasaan sosial, pasaran juga mengawal sesetengah paten perlakuan di Internet. Walaupun pengaruh pasaran ekonomi terbatas dalam cebisan-cebisan tidak komersial di Internet, Internet juga mewujudkan pasaran maya maklumat, dan maklumat ini mempengaruhi kesemuanya dari perbandingan servis ke penetapan harga stok. Secara tambahannya, ketambahan populariti Internet sebagai satu medium urusniaga komersial dan satu forum beriklan, telah membawa hukum penawaran dan permintaan pada alam siber.
7
Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
8
Kerana Internet menyanggah sempadan geografi, undang-undang nasional tidak beraplikasi. Penggantinya adalah kanun undang-undang yang dicipta khas berkenaan hakcipta dan hak individu. Dengan ini, Internet akan wujud sebagai negara berdaulatnya sendiri.
9
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Walaubagaimana pun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Namun kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
10
Struktur unik Internet telah membimbangkan pelbagai sistem kehakiman. Meskipun terdapat dalam komputer fizikal dan peralatan elektronik di alam nyata, Internet itu sendiri bersifat maya. Bila individu-individu benar melayari Internet dan berhubungan dengan yang lainnya, ia berkemungkinan untuk mereka memalsukan maklumat peribadi mereka. Sekiranya ada undang-undang yang memerintah Internet, semestinya ia harus berbeza dengan undangundang yang negara-negara geografi menggunakan hari ini
11
Terdapat undang-undang di Amerika Syarikat yang menyekat sesetengah akses ke bahan-bahan internet namun ia tidak menyekat Internet secara langsung. Ada negara-negara di Asia dan Timur Tingah menggunakan pelbagai regulasi berasaskan kod untuk menyekat bahan-bahan yang kerajaan mereka telah menggariskan sebagai tidak wajar dilihat. Sehubungan itu negara China dan Arab Saudi adalah dua contoh terbaik negara yang berjaya menyekat Internet.
12
Sebaliknya pula, Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
13
Malaysia menyenaraikan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai elemen penting memacu pembangunan negara. Perubahan itu disemarakkan lagi dengan ledakan maklumat, revolusi teknologi multimedia dan komunikasi. Secara relatif dengan media percetakan tradisional, kebolehaksesan dan kebolehcapaian dan ketidaktahuan yang wujud di alam siber telah memansuhkan benteng halangan antara satu individu dan kebolehannya menerbit. Sesiapa yang mempunyai kebolehan berinternet mempunyai potensi untuk mencapai penonton yang berbilang berjuta-juta dengan hanya sedikit atau tiada kos pengedaran. 14
Sungguhpun Malaysia mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendakwa pesalah jenayah siber tetapi masih lemah daripada segi penguatkuasaan. Oleh itu, Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang siber sedia ada bagi membendung aktiviti berkaitan jenayah siber.
15
Malaysia perlu melabur lebih banyak dalam latihan penguatkuasaan undang-undang dan membina infrastruktur undang-undang yang dapat bertindak sebagai pencegahan kepada aktiviti jenayah siber. "Malaysia juga patut mengikuti perkembangan terkini aktiviti jenayah siber, supaya ia tidak menjadi subjektif, dan lebih mudah untuk mendakwa pesalah. "Sesetengah negara telah mula menyemak semula undang-undang sedia ada atau mengeluarkan undang-undang baru mengenai siber untuk menangani isu baru mengenai ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi).
16
Prof. Hashim Kamali di dalam bukunya Freedom of Expression in Islam, menolak pemikiran orientalis yang mengatakan bahawa Islam hanyalah agama yang mementingkan perihal ritual ibadah sahaja. Malah, katanya, terdapat banyak hakhak asasi manusia yang dipandang tinggi dalam Islam.
17
Prof. Hashim Kamali menjelaskan bahawa hak bersuara boleh dimanifestasikan dalam beberapa keadaan. Pertama hak untuk memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesalahan (Nasihah). Kedua, hak untuk berunding dan bermesyuarat (Syura). Ketiga hak untuk membuat `ijtihad. Keempat hak untuk mengkritik orang lain (Hurriyyat al Mu'aradah). Kelima kebebasan pendapat (Hurriyyat al-Ra'y) dan keenam kebebasan untuk berpersatuan dan ketujuh kebebasan beragama (al-Hurriyyah al-Diniyyah). Kesemua hak ini adalah bersandarkan kepada nas-nas al-Quran yang `sarih' (nyata). Daripada penulisan Prof. tersebut, jelaslah konsep kebebasan bersuara adalah bukan suatu konsep yang ganjil dan tidak diiktiraf dalam Islam, malahan sebaliknya. 18
Keunggulan Internet sebagai alat komunikasi yang canggih seharusnya tidak dipandang sebagai satu ancaman. Kebebasan bersuara yang sekarang dipraktikkan dalam dunia siber di Malaysia mampu membawa banyak kesan yang positif. Ia dapat melahirkan rakyat yang celik dan cerdik, yang terdedah kepada perkembangan, pemikiran, ideaidea yang terkini dan ini menyemarakkan lagi budaya ilmu dan fikir di kalangan masyarakat. 19
Transformasi siber menjadikan perhubungan dunia menjadi bertambah mudah dan pantas sekelip mata di mana segala urusan kehidupan berada di dalam satu sistem yang cukup sempurna dan teratur. Internet umpamanya adalah pelengkap kepada alam siber dan menjadikannya medium paling berpengaruh dan cukup mustahak kepada kehidupan manusia hari ini. Malaysia sebagai sebuah kerajaan elektronik (e-kerajaan) dalam hal ini tidak pernah ketinggalan dan dengan sokongan politik yang cukup kuat, kemudahan siber diaplikasikan hampir dalam segala bidang sama ada urusan berkaitan perkhidmatan awam, perbankan, perhubungan dalam dan luar negara, pendidikan, komunikasi dan sebagainya. 20
Malaysia adalah di antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang siber yang komprehensif seiring dengan perkembangan pesat Koridor Raya Multimedia (MSC) negara seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, pindaan Akta Hak Cipta 1997 dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007. Sehubungan bahawa kerajaan Malaysia yang mesra ICT maka adalah diharapkan jangan pula ada warga siber menyalahgunakan dimensi ini kepada dan untuk memporakperandakan kerangka politik Malaysia khususnya status quo Ketuanan Melayu.
21