Imam Syafie

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Imam Syafie as PDF for free.

More details

  • Words: 796
  • Pages: 6
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) ROHANI BINTI ARIFEEN (JEA080115) TAJUK : tokoh falsafah (imam as-syafie)

NAMA PEnSYARAH: DR AMRAN BIN MUHAMMAD

PENGENALAN

Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan, iaitu perkataan “philo” bermaksud “cinta” dan “Sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Dengan ini dapat ditakrifkan ilmu falsafah diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”.

Falsafah juga boleh ditakrifkan

sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta. Daripada sudut praktis pula,”Alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu.

Nama penuh Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie. Dilahirkan di Gaza,Palestin pada tahun 150 Hijrah. Nama beliau amat dikenali dalam kalangan umat islam kerana ketokohan dan kebijaksanaannya dalam bidang fikah dan usul fikah. Dalam usia sembilan tahun , beliau telah berjaya menghafal seluruh juzuk Al-Quran, Imam Syafie juga tertarik dengan bidang sastera Arab.

Iman Syafie juga seorang bangsawan yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan iktikad, iaitu bersungguh-sungguh dalam mempercayai atau berpegang teguh dengan hati kepada kebenaran. Iman Syafie juga seorang yang bermurah hati, mengetahui hadis salih, menghafal Al-Quran dan mempunyai kemahiran mengarang.

Beliau juga merupakan salah

seorang penyebar ilmu yang unggul sehingga menjadi ikutan kepada sebahagian besar umat Islam seluruh dunia. Bahan-bahan penulisan serta kajiannya menjadi sumber rujukan.

Dalam era ketokohan Imam Syafie amat menekankan tentang aspek ilmu khususnya ilmu agama Islam yang akan menjurus atau membawa manusia ke arah kebaikan, kemuliaan, dan ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Beliau menyatakan cara-cara untuk mendapatkan atau memperolahi ilmu melalui beberapa aspek seperti kecerdasan, kecerdasan yang di maksudkan adalah manusia seharusnya mempunyai kecerdasan dari aspek mental mahupun fizikal.

Cara yang seterusnya adalah melalui semangat yang kental. Kita seharusnya memiliki semangat yang kental ataupun kekuatan dari pelbagai sudut untuk mendapatkan ilmu. Ilmu juga dapat diperolehi melalui sikap yang rajin dan tabah. Kerajinan dan ketabahan adalah salah satu tunjang utama untuk mendapatkan ilmu. Dalam hal ini, dapat kita lihat dengan sikap Iman Syafie yang sanggup mengembara untuk menutup ilmu. Semasa mengembara beliau banyak mengetahui tentang adat istiadat bangsa-bangsa lain yang dapat membantunya dalam mengembangkan fatwa dalam mazhabnya.

Alternatif ataupun cara yang seterusnya ialah bersahabat dengan guru.

Bagi

mendapatkan ilmu kita seharusnya berhubung rapat dengan guru ataupun individu yang lebih matang dari segi pemikirannya, mestilah seorang yang berilmu pengetahuan, bijak dalam menangani masalah, tidak terburu-buru dalam mengambil keputusan dan sebagainya. Iman Syafie tidak mengenal erti putus asa ataupun rasa jemu dalam menuntut ilmu. Beliau sering berdamping dengan para ulama untuk mendapatkan ilmu daripada para ilmuannya.

Semasa riwayatnya Iman Syafie banyak menulis atau menghasilkan buku yang kebanyakannya ke arah ilmu fikah dan usul fikah. Beliau telah mengarang 113 kitab dalam ilmu usul, tafsir, fikah, adab dan lain-lain. Antaranya kitab Ar-Risalah yang merupakan kitab tentang ilmu usul fikah yang termasyur, agung yang telah dikarang oleh Iman Syafie.

Terdapat beberapa pendekatan yang dilakukan oleh Iman Syafie di dalam kitab Al-Risalah. Beliau memulakan tulisannya dengan menceritakan golongan manusia yang ada ataupun wujud sebelum pengutusan Rasulullah s.a.w, iaitu golongan “ahli kitab” dan golongan “mushrikum” atau “kafirun” yakni masyarakat yang belum mempunyai pegangan agama yang jitu di mana masyarakat pada masa itu masih berada dalam zaman jahiliyah. Mereka pada masa itu sangat jahil dan tidak mengetahui apa-apa pun yang berkaitan dengan agama, kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Mereka juga jahil dalam tulisan di mana tidak tahu menulis dan membaca.

Seterusnya, Iman Syafie juga menerangkan tentang kadudukan Al-Quran dalam perundangan Islam. Di mana Allah S.W.T juga telah menerangkan tentang ayat-ayat Al-Quran yang jelas maksudnya tanpa perlu kepada bahan rujukan lain. Terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang samar maksudnya dan memerlukan as-sunnah sebagai penerang kepada Al-Quran. Sehubungan dengan ini juga diterangkan dengan jelas tentang kedudukan Rasulullah s.a.w yang ditugaskan untuk menerangkan segala persoalan yang timbul dalam kalangan umat islam ketika itu. Dinyatakan juga segala penerangan Rasulullah s.a.w yang tidak terdapat dalam Al-Quran

adalah diakui oleh Allah S.W.T kerana segala yang datang daripada Rasulullah s.a.w itu merupakan wahyu daripada Allah S.W.T. Akhir sekali dinyatakan juga Allah S.W.T menyeru manusia supaya berijitihad yang juga dinamakan kias.

Kesimpulannya, Iman Syafie merupakan seorang tokoh ulama dan pengasas mazhab syafie yang sangat dihormati dan dikagumi oleh seluruh umat Islam. Beliau juga merupakan tokoh yang mengasaskan ilmu usul fikah secara sistematik. Sikapnya yang sangat suka menuntut ilmu yang sistematik, dalam menuntut ilmu beliau amat tekun dan tidak pernah berasa jemu. Ketokohan beliau terserlah di mana sejak umur 9 tahun beliau sudah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logikal Melayu. Selangor. Dicetak Midmodal Industries Sdn.Bhd Hasyim Bin Haji Musa Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori, Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Samsu Adabi Mamat. 2002. Cendekiawan Islam Perintis Peradaban Manusia. Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Siri Cendekiawan Islam 163 Tokoh Terkenal Islam. http://.ms.wikipedia.org/wiki Muhammad bin Idris As.syafie Cendekiawan Islam.12.08.2008.

Related Documents

Imam Syafie
October 2019 51
Imam Syafie
May 2020 32
Imam Syafie
May 2020 36
10 Wasiat Imam Syafie
November 2019 38
Imam As-syafie
October 2019 34
Pemikiran Imam Syafie
November 2019 33

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48