Imam As-syafie

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Imam As-syafie as PDF for free.

More details

  • Words: 964
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH IMAM AS-SYAFIE

NAMA : NOR HAZIRAH BINTI HARUN NO.METRIK : JEA 080073 NAMA PENSYARAH : DR AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDOL RAHMAN

SEMESTER SATU SESI 08/09 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Nama penuh beliau ialah Muhammad Bin Idris As-Syafie, beliau juga turut digelar ''Abu Abdillah''. Dilahirkan di Gaza iaitu di selatan Palestin pada tahun 150 hijrah. Namun kampung asalnya ialah di Mekkah (Hijaz). Sebelum beliau dilahirkan ibu bapa beliau telah berpindah ke Gaza. Imam Syafie mempunyai pertalian darah dan keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Bapanya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan menyebabkan beliau semasa kecil dan ibunya hidup dalam kedaifan. Semasa kelahiran beliau telah berlaku suatu kejadian iaitu ibunya bermimpi bahawa sebutir bintang telah keluar dari perutnya dan terus naik menjulang tinggi,

kemudian

bintang itu pecah berderai dan berselerakan memenuhi daerah-daerah di sekelilingnya. Kejadian yang kedua pula iaitu pada hari Imam Syafie dilahirkan dua ulama besar iaitu Imam Abu Hanifah(Imam Mazhab Hanafi) dan Imam Ibn Jurej al-Makky(Mufti Hijaz) telah meninggal dunia. Kedua-dua kejadian itu ditafsirkan bahawa akan lahir seorang putera yang akan menyinari alam dengan ilmu dan bakal mengantikan kedua-dua tokoh ilmuan itu. Beliau banyak menghabiskan zaman mudanya dengan menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan. Beliau telah belajar membaca Al-Quran dan berjaya menghafal seluruh juzuk Al-Quran ketika berumur sembilan tahun.

Walaupun beliau hidup dalam kesusahan,

semangat untuk belajar terus membara sehingga beliau sanggup mengumpul batu-batu, pelepah tamar dan tulang unta untuk ditulis di atasnya. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 179 hijrah iaitu pada usia 54 tahun.

'' Bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar perkataan yang keji, sebagaimana engkau membersihkan lidahmu dari mengeluarkan kata-kata yang keji dan kotor. Seseorang yang hodoh dan keji selalu menumpahkan kekejiannya itu untuk mengisi kebersihanmu, jika engkau jawab dengan kekejian pula, engkau akan berbuat keji sebagaimana perbuatan orang yang keji itu.'' Imam Shafie. Masyarakat Melayu terutama beragama Islam dan penganut agama lain di larang

dan

diharuskan mengelak dari mendengar perkataan yang keji atau tidak elok seperti mendengar tentang keburukan seseorang dan sebagainya.

Ini kerana jika kita mendengar tentang

keburukan orang berkemungkinan besar kita akan menceritakan pula kepada orang lain. Masyarakat yang saling mencari keburukan orang lain akan menjejaskan hubungan sesama anggota masyarakat dan ini boleh menyebabkan tercetusnya pergaduhan. Apabila anggota masyarakat saling bermusuhan,

maka terputuslah hubungan seperti kekeluargaan,

persahabatan dan sebagainya yang sudah lama terjalin. Umat Islam haruslah bersatu padu supaya hubungan yang erat dan kemesraan antara sesama masyarakat dapat di jalinkan. Apabila bersatu, kerja yang susah atau berat dapat diringankan dan dapat dipikul bersama seperti pepatah Melayu ada berkata “Berat sama dipikul,

Ringan sama dijinjing.” dan juga “ Bulat air kerana pembentung,

Bulat manusia kerana muafakat”. Masyarakat Melayu juga di wajibkan menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata yang keji,

kotor dan tidak bersopan seperti mengumpat,

mengeluarkan kata-kata yang

kesat dan sebagainya terutama apabila sesorang itu dalam keadaan tertekan atau marah, berkemungkinan akan mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir dahulu baik dan buruk sesuatu percakapan tersebut.

Pepatah Melayu ada berkata

“Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata boleh

binasa”. Begitulah jikalau kita tidak pandai menjaga setiap perkataan yang kita tuturkan sehari-harian. Perkataan orang yang cerdik pandai juga boleh mematikan ayat orang yang bodoh atau orang yang hanya pandai bercakap besar tapi tidak melakukan apa yang di kata itu. Masyarakat yang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak berasas dan keji akan menjadi perkara yang biasa bagi mereka malah mereka tidak akan berasa malu dengan percakapan yang dituturkan oleh mereka tersebut. Apabila mereka dinasihati supaya bertutur dengan lebih baik dan lebih bersopan terutama anak-anak muda lebih-lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa atau tua daripada mereka. Tetapi jikalau mereka melawan dan tidak mengendahkan segala nasihat dan teguran yang diberi, kita sebagai manusia yang dianugerahi oleh ALLAH akal yang cerdik dan bijaksana tidak sepatutnya melawan kata-kata yang kesat tersebut dengan kata-kata yang kesat juga. Masyarakat Melayu harus pertahankan maruah bahawa masyarakat Melayu mempunyai sikap bersopan-santun, maka masyarakat yang berfikiran terbuka dan matang haruslah menangani semua masalah itu dengan cara yang bijak agar mereka cepat sedar dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Seterusnya, apabila kita tidak menjaga percakapan dan pendengaran kita dengan mendengar atau bercakap perkara-perkara yang tidak elok dan tidak berfaedah, maka kita boleh di samakan dengan orang yang selalu bercakap keji tersebut. Malahan, masyarakat yang beragama Islam juga percaya jikalau kita bercakap bohong atau mengeluarkan katakata yang kesat kita akan di hukum oleh ALLAH pada hari kiamat kelak Hukuman yang dikenakan seperti memotong lidah dan sebagainya. Malahan masyrakat Melayu juga selalu menasihati anak-anak mereka terutama anak-anak kecil supaya tidak bercakap bohong, mendengar perkara-perkara yang tidak elok dan juga mengeluarkan katakata yang kesat. Oleh itu kita sebagai masyarakat yang telah dewasa dan berfikiran terbuka, kita seharusnya menjaga setiap percakapan yang kita tuturkan agar ia tidak akan menjadi ikutikutan terutama kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka adalah generasi dan bakal mewarisi negara suatu hari nanti.

KESIMPULAN

Daripada kata-kata oleh Imam Syafie yang telah dipetik dari buku 163 Tokoh Terkenal Islam mukasurat 264 tersebut jelaslah mengatakan tentang pentingnya menjaga percakapan, pendengaran dan juga tingkah laku sesorang agar dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebagai masyarakat Melayu yang terkenal dengan sikap bersopan santun, kita perlulah menjaga setiap percakapan dan tingkah laku kita.

Maka disini dapatlah kita

simpulkan bahawa kita sebagai masyarakat Melayu yang matang dan bertamadun kita haruslah menjaga setiap tingkah laku, pendengaran dan juga percakapan kita agar tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat,

mendengar tentang keburukan seseorang dan

sebagainya. Masyarakat Melayu percaya setiap perkara tidak elok yang dilakukan akan dikenakan hukuman yang setimpal diakhirat kelak.

Bibliografi Awang Sariyan, 2007, Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Synergymate Sdn. Bhd. Hasyim Bin Haji Musa, 2001, Falsafah, Logikal, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. PhD. Akademi Pengajian Melayu. Samsu Adabi Mamat,

Wan Ramli Wan Muhammad,

Cendekiawan Islam-Perintis

Peradaban Manusia. Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Siri Cendekiawan Islam, 163 Tokoh Terkenal Islam.

Related Documents

Imam
May 2020 43
Imam
April 2020 52
Imam
June 2020 32
Imam Syafie
October 2019 51
Imam Syafie
May 2020 32

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48