Ibnu Sina

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Sina as PDF for free.

More details

  • Words: 1,037
  • Pages: 8
NAMA PELAJAR

:

SITI ZURAINI BINTI MOHAMAD.

NO. MATRIK

:

JEA 080178.

SESI

:

SEMESTER 1 2008/2009.

NAMA PENSYARAH

:

DR. AMRAN MUHAMMAD.

NAMA TUTOR

:

CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN.

FAKULTI/AKADEMI

:

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU.

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan …………………………………………………………………..

1

Falsafah pemikiran tokoh............……………………………………….......

2- 4

Penutup …………............................…………………………………………

5

Bibliografi .......................................................................................................

6

PENGENALAN

Nama sebenarnya dikenali sebagai Abu Ali Husen bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina. Nama terkenal beliau ialah Ibnu Sina. Dalam buku-buku Barat pula, beliau digelar AVICENNA. Ibnu Sina dilahirkan pada 370H/980M di Turki. Semua perkara tentang Ibnu Sina dijadikan bahan penyelidikan iaitu, bermula daripada nama, kelahiran, dan seterusnya sehingga meninggal dunia serta soal fahaman dan cara berfikir. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti Fikah, Tasawuf, Tauhid daripada keluarganya sebagai panduan hidup.

Selain mempelajari ilmu agama, beliau

juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi. Beliau juga telah mula menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi doktor ketika berusia 17 tahun. Ketokohan Ibnu Sina terserlah apabila beliau digelar sebagai ahli falsafah Islam dan berjaya menjadi ahli perubatan yang telah menghuraikan 760 jenis penyakit serta cara pengubatannya. Selain mempunyai kepakaran dalam bidang –bidang tertentu, Ibnu Sina juga digelar sebagai ‘Bapa Perubatan Moden’. Kepintaran dan ingatan yang luar biasa yang dimiliki oleh Ibnu Sina telah menjadi kekaguman kebanyakan tetangganya. Ibnu Sina juga telah menyumbang beberapa hasil karangan dalam bidang perubatan iaitu Qanun Fit At-Tib, Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabi serta Kitab As-syifa’ dalam bidang perubatan yang merupakan buku kedoktoran yang menjadi rujukan utama dari dahulu hingga sekarang.

Selain kemasyhuran di dalam bidang-bidang yang lain, Ibnu Sina sangat masyhur dalam bidang falsafah.

Ibnu Sina telah menyumbangkan beberapa falsafah

pemikirannya, terutama dalam Islam.

Sehubungan dengan itu, Ibnu Sina telah

memberikan perhatian yang khusus terhadap perbahasan kejiwaan. Semua ini dapat kita lihat daripada buku-buku khusus tentang kejiwaan atau berbagai persoalan tentang falsafah. Memang tidak sukar untuk mencari unsur-unsur fikiran yang membentuk teori tentang kejiwaan seperti Aristotle dan ahli falsafah lain, namun tidak bererti bahawa Ibnu Sina tidak mempunyai keperibadian sendiri. Ibnu Sina percaya akan kekuasaan akal yang tidak terbatas. Selain itu ,dalam ilmu fizikal pula, ilmu Ibnu Sina sangat berbeza daripada Aristotle yang hanya mempercayai akan dinamiknya kekuatan.

Ibnu Sina pula

menggunakan banyak metode eksperimen dan lebih terpengaruh kepada perbahasan dalam lapangan kedoktoran.

Permikiran terpenting yang dihasilkan oleh Ibnu Sina

adalah falsafah tentang jiwa. Ibnu Sina menganut fahaman pancaran iaitu daripada Tuhan memancar akal pertama dan dari akal pertama sehingga seterusnya. Klasifikasi ilmu-ilmu falsafah Ibnu Sina diakui dalam kalangan masyarakat di Zaman Tengah Eropah dan ia sangat disenangi oleh kaum Scholatic. Selain itu Islam dalam tafsiran Ibnu Sina bukanlah dapat dijadikan bahan pendebatan tetapi Islam telah memberi jalan kepada Ibnu Sina merumus falsafahnya. Beliau juga telah berjaya menulis

sebuah buku yang berjudul Al- Najah yang membincangkan tentang falsafah. Falsafah yang dibawa oleh Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi.

Ibnu Sina memperkenalkan dirinya sebagai muslim yang percaya, namun dia menempatkan falsafahnya dan hukum syara’ daripada al-Quran dengan tahap yang sama. Beliau telah membawa aliran agama Islam ke dalam falsafah terutamanya dalam taksiran tehadap Aristotle, keadaan ini telah menyebabkan pihak Katolik mencurigai Ibnu Sina. Ilmu keagamaan yang mendalam daripada Ibnu Sina turut mengambil bahagian dalam pengaruhnya kepada ilmu falsafah. Pelajaran agama dan pertemuan falsafah, terutamanya dilapangan metafikasikan menuju kepada tujuan yang sama. Falsafah Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh Peripatetes dan Neo Platoni tetapi konsepnya cukup tegas. Beliau mendiskusikan ajaran Aristotle sebagai orang sedarjat. Keaslian pemikiran Ibnu Sina menjadi petunjuk bagi pelapor dari teori-teori ilmu pengetahuan moden. Ibnu Sina mempunyai pemikiran-pemikiran yang baru, baik didalam menafsir doktrin yang ditinggalkan oleh Aristotle mahupun penemuan –penemuan yang diperolehi sendiri. Namun beliau tetap meningkatkan falsafah kepada iman agama iaitu Islam. Beliau mengatakan bahawa akal mempunyai dua sifat iaitu sifat wajib, wujudnya sebagai pancaran dari Allah dan sifat mungkin apabila ditinjau pada hakikat sebenar. Beliau juga menyatakan bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan, tetapi ia disangkal oleh imam al-Ghazali. Ibnu Sina menyatakan lagi, setiap individu mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.

Walaupun teori tersebut tidak tepat, tetapi dapat meletakkan satu

landasan yang kukuh dalam dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang dihadapi oleh manusia. Daripada itu, Ibnu Sina telah mengkaji dan menapis teori-teori kosmogoni Yunani dan seterusnya mengislamkannya. Pemikiran, falsafah dan konsep ketuhanan yang dicetuskan oleh beliau tentang adanya susunan akal dan nutus langit serta jirim atasan telah mencetuskan kontrovesi iaitu disangkal oleh al-Ghazali.

Salah satu pencanggahan yang menyebabkan

penyangkalan al-Ghazali ialah terhadap penafian Ibnu Sina mengenai jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan atau kesengsaraan di syurga dan neraka. Menurut Ibnu Sina, sifat seseorang bergantung kepada jiwa yang sangat berpengaruh. Menurut beliau lagi, jiwa manusia mempunyai satu unit yang tersendiri dan mempunyai wujud terlepas dari badan, ia timbul dan tercipta setiap kali ada badan yang sesuai menerima jiwa. Walaupun jiwa manusia tidak mempunyai fungsi- fungsi fizik untuk menjalankan tugasnya untuk berfikir maka wujudlah badan untuk membantu jiwa manusia untuk berfikir. Dalam aspek lain pula, Ibnu Sina menyifatkan sifat yang paling rendah kepada Allah kerana sejak awal lagi ia mengambarkan kemestian kepada Allah dari semua sudut. Allah telah mengurniakan kepada manusia akal metarial yang begitu kuat sehingga tanpa melalui latihan juga dapat berhubung dengan akal aktif dan dengan mudah menerima wahyu dari Tuhan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah pemikiran yang dimiliki oleh Ibnu Sina tiada tandingannya dan sangat mendalam. Pemikiran keagamaan yang dimiliki oleh beliau sangat penting dalam menegakkan Islam. Selain itu, pemahaman yang dimiliki oleh Ibnu Sina sangat dipengaruhi pandangan falsafahnya. Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau seperti daya fikir yang tajam dan keyakinan yang mendalam dalam bidang agama secara keseluruhan mewarnai alam fikirannya. Walaupun pendapat beliau sering disangkal oleh ahli falsafah lain, tetapi semua itu tidak melemahkan semangat beliau memperjuangkan Islam.

Melalui pendapat-

pendapat yang dikemukakan oleh beliau memainkan peranan penting dalam diri seseorang. Menurut beliau, alam ini dicipta dengan jalan emanasi. Tuhan adalah wujud pertama immateri dan darinya menghasilkan segalanya. Pemikiran Ibnu Sina tentang kenabian merupakan manusia paling unggul iaitu lebih unggul dari ilmu falsafah kerana nabi memiliki akal yang aktual tanpa sebarang latihan. Akhirnya kata falsafah pemikiran Ibnu Sina memainkan peranan penting dalam memperkukuh segala pendapat beliau mengenai Islam.

H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina (AVICENNA) Sarjana dan Filosoof Besar Dunia. Jakarta : Penerbit Bulan Bintang. http://www.alhakelantan.tripod.com./tokoh/id3.html http://www.abahsyauqiy.wordpress.com/2007/11/29/filasat.ibnu.sina http://www.id.wikipedia.org/wiki/ibnu_sina http://www.freewebs.com.ibnu.sina/

Related Documents

Ibnu Sina
October 2019 48
Ibnu Sina
October 2019 53
Ibnu Sina
October 2019 58
Ibnu Sina
October 2019 50
Ibnu Sina
October 2019 47
Ibnu Sina
October 2019 46

More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48