Ibnu Rush

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rush as PDF for free.

More details

  • Words: 1,391
  • Pages: 8
Tajuk Kursus:- Falsafah Dan Logika Melayu Kod Kursus:- JXEA 1104

Nama:-

Muhammad Syahaadatain Bin Mahadi

Nombor Matrik:- JEA 080059 Nama Pensyarah:- Prof. Dr. Amran Muhammad Nama Tutor:-

Siti Hadijah Binti Abdul Rahman

Tokoh Falsafah :- Ibnu Rush Semester 1 Sesi 2008/2009 Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

IBNU RUSH Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah terkenal dalam bidang astronomi, sains am, matematik, perubatan, fizik dan lain-lain lagi.

Salah seorang

daripada mereka adalah Ibnu Rush. Nama sebenar beliau adalah Abul Walid Muhammad bin Ahmad ibn Rush. Beliau lahir pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Ibnu Rush dikenali sebagai Failasuf Cordova kerana beliau lahir dan membesar di kawasan tersebut..

Ibnu Rush berasal dari keluarga yang terkenal dan mempunyai

kedudukan yang tinggi kerana ahli keluarganya bekerja sebagai hakim di Cordova. Beliau merupakan seorang yang rajin dalam mempelajari sesuatu perkara, menurut riwayat, beliau tidak pernah putus membaca dan mempelajari sesuatu kecuali pada hari ayahnya meninggal dunia dan pada hari perkahwinannya. Di awal kerjayanya sebagai seorang ahli falsafah, beliau telah mendapat tempat yang tinggi dan mulia tetapi disebabkan oleh fitnah beliau telah dibuang ke negeri Maghribi dan segala karyanya telah dibakar. Ibnu Rush memandang Aristotel sebagai seorang manusia yang sempurna serta segala perkara yang dihasilkan oleh Aristotel itu benar dan tiada sedikit pun kesalahan atau kecacatan. Ibnu Rush menjadikan Arisstotel sebagai panduan dalam menghasilkan falsafah. Beliau juga mengulas dan mengkaji semua falsafah Aristotel.

Pekara ini

menyebabkan beliau digelar sebagai Komentator Aristotel yang bermaksud pengulas Aristotel. Antara semua ahli falsafah Islam, hanya beliau yang berpegang teguh kepada falsafah Aristotel. Beliau yakin bahawa semua yang dihasilkan oleh Aristotel itu tiada salahnya jika pekara ini difikirkan dengan sebaik-baiknya.

Pada peringkat permulaan dalam bidang falsafah, beliau hanya sekadar untuk mengkaji dan menterjemah karya dan falsafah Aristotel tetapi perkara tersebut menyebabkan ia menghasilkan falsafahnya sendiri. Hal ini disebabkan oleh dua perkara. Perkara yang pertama adalah kerana beliau memahami falsafah Aristotel melalui aliran Neo-Platonisme. Neo-Platonisme merupakan satu campuran falsafah daripada beberapa orang ahli falsafah seperti Plato, Pitagoras, Aristotel, Stoa dan tasawuf timur. Disebabkan campuran ini dikutip dari orang yang berbeza, alirannya agak sukar difahami kerana bercanggah sesama sendiri dan berbeza pendapat. Perkara yang kedua pula disebabkan hasil pemikiran Aristotel yang masih belum jelas dan agak sukar untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Aristotel. Ibnu Rush merupakan seorang pemikir Islam yang hebat memperkatakan mengenai akal. Ibnu Rush menyatakan yang akal merupakan limpahan akal Tuhan, kerana itu lah manusia itu hidup dengan Tuhan. Jika seseorang itu mati, akalnya itu akan kembali kepada Tuhan. Hal ini boleh diibaratkan seperti kitaran air di muka bumi ini. Pada peringkat awal molekul-molekul air ini berkumpul di dalam awan. Kemudian molekul air tersebut akan turun ke bumi dalam bentuk hujan. Apabila sudah sampai masanya molekul-molekul air tersebut akan tersejat kembali ke awan. Perkara yang dinyatakan oleh Ibnu Rush itu mempunyai persamaan dengan kitaran air di muka bumi ini. Limpahan akal tuhan yang dikatakan oleh beliau sama seperti kejadian hujan dan kembalinya akal kepada Tuhan pula boleh disamakan dengan air yang tersejat kembali ke awan. Ibnu Rush menggunakan perkataan limpahan kerana pada masa itu beliau kekurangan model untuk menyatakan kurniaan tuhan tersebut kepada manusia. Hal ini

terjadi kerana pada masa itu beliau hanya nampak sungai atau laut yang mampu digambarkan bagaimana akal itu dikurniakan kepada manusia.

Di sini kita dapat lihat

yang Ibnu Rush merupakan salah seorang ahli falsafah yang mengaitkan sesuatu yang terjadi ke atas diri manusia itu mempunyai persamaan dengan apa yang terjadi di alam semesta ini.

Sebagai contoh, darah yang mengalir dalam tubuh manusia dapat

diibaratkan dengan sebatang sungai yang sedang mengalir. Limpahan akal Tuhan terbahagi kepada dua, iaitu akal yang dimiliki oleh setiap manusia dan wahyu. Bagi Ibnu Rush, akal yang dimiliki oleh manusia biasa itu terdapat dua jenis, iaitu praktik dan teori. Akal praktik adalah sama bagi setiap manusia kerana ianya berfungsi dalam membantu manusia berfikir. membezakan antara manusia dan binatang.

Akal praktik juga lah yang

Sebagai contoh, sarang burung dibina

sebegitu rupa kerana fitrahnya tetapi manusia pula membina rumah yang kukuh dan selesa kerana akalnya. Perbezaan yang ketara ini sudah mampu untuk menjelaskan apa itu akal praktik. Akal teori pula berfungsi dalam memahami sesuatu perkara. Perkara yang difahami itu dinamakan konsepsi yang tidak mempunyai batasan.

Ibnu Rush

menyatakan yang setiap manusia itu berbeza akal teorinya dan perbezaan itu sendiri akan menghasilkan satu corak pemikiran yang baru. Perbezaan akal teori yang dimiliki oleh setiap manusia dapat dilihat dalam kefahaman seseorang itu terhadap sesuatu perkara. Walaupun Ibnu Rush menyanjungi kehebatan akal dalam memikirkan dan memahami sesuatu perkara , beliau masih memerlukan wahyu untuk memikirkan sesuatu yang tidak tercapai dengan menggunakan akal sahaja. Tuhan menurunkan wahyu sebagai pelengkap akal.

Sebagai contoh, eseorang manusia itu tidak akan mampu untuk

mengungkapkan tentang kejadian hari kiamat jika dia hanya menggunakan akal sahaja

tetapi dengan adanya wahyu sebagai pelengkap, perkara seperti hari kiamat juga mampu untuk diungkapkan. Dalam buku yang dihasilkan oleh Ibnu Rush iaitu Tahafut-ut-Tahafut ada menyatakan semua yang tidak dapat difikirkan oleh akal akan disampaikan oleh wahyu oleh Tuhan dalam bentuk yang mampu difahami. Beliau juga menyatakan yang Tuhan mempunyai daya fikir yang tidak mampu ditandingi. Perkara di atas dapat menerangkan betapa hebatnya akal yang dimiliki oleh Tuhan sehinggakan segala perkara mampu difikirkan oleh-Nya. Pernyataan ini juga memperlihatkan yang Ibnu Rush mempunyai pendapat yang sama dengan Aristotel dalam membicarakan perkara ini. Aristotel menyatakan yang salah satu sifat Tuhan adalah akal yang berfikir dan fikiran-Nya itu diberikan kepada zat-Nya. Albert The Great dan muridnya iaitu Aquinas juga mempunyai pendapat yang sama dengan Ibnu Rush. Mereka berdua menyatakan yang akal dan agama(wahyu) mempunyai daerah kekuasaan masing-masing. Aquinas turut menyatakan yang akal itu akan sesat jika dibiarkan berjalan berseorangan. Walaupun kedua-dua mereka ini berfahaman rasionalisme, pendapat mereka mengenai akal dan agama masih sama dengan pendapat Ibnu Rush.

Rasionalisme merupakan satu aliran falsafah yang

menyatakan segala ilmu pengetahuan diperoleh daripada operasi fakulti akal sahaja. Maknanya, rasionalisme menolak ilmu yang datang dari pengalaman dan menolak kejadian luar biasa yang berlaku di bumi ini termasuk lah kewujudan Tuhan. Selain mereka, Ibnu Maimun iaitu seorang ahli falsafah Yahudi juga mempunyai pendapat yang hampir sama. Beliau menyatakan bahawa akal mempunyai batas untuk mengetahui sesuatu perkara yang kemudiannya akal itu akan menuju dan berlindung pada

wahyu dalam soal alam dan langit. Soal alam dan langit ini membawa maksud kejadian luar biasa atau kejadian yang tidak dapat diterima dan difikirkan oleh akal. Kebanyakkan ahli falsafah dan pemikir dunia ini mempunyai pendirian yang sama dengan Ibnu Rush dalam menyatakan tentang akal dan wahyu, walaupun mereka semua berbeza aliran fahamannya. Ibnu Rush merupakan pencipta aliran pemikiran bebas kerana gayanya berfikir dan mengkaji sesuatu perkara itu tidak tetap dan tidak menyebelahi mana-mana aliran pemikiran yang lain. Beliau pandai menyesuaikan dirinya dengan tempat, keadaan dan persoalan yang diberikan kepadanya. Menurut Mehren, Ibnu Rush mempunyai dua corak pemikiran yang cenderung kearah rasionalisme dan agamis. Dalam soal-soal pokok, Ibnu Rush akan membahagikan cara beliau berfikir kepada dua cabang tersebut dan pada akhirnya baru dia akan menyatukannya. Dr. M. Yusuf Musa juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mehran mengenai aliran atau cara Ibnu Rush berfikir. Beliau menyatakan yang Ibnu Rush akan menggunakan fahaman agamis dalam menghadapi orang kebanyakkan yang tidak suka berfikir.

Semasa menghadapi orang yang bijak pandai pula, Ibnu Rush akan

menggunakan fahaman rasionalisme kerana orang seperti mampu untuk menggunakan akal teori yang dimiliki oleh mereka.

Kadangkala rasionalisme dan agamis akan

disatukan oleh Ibnu Rush dalam memantapkan hujahnya. Dapat kita ringkaskan di sini yang setiap manusia itu mempunyai akal tetapi berbeza cara pemahamannya. Akal yang dimiliki itu pada mulanya bersendirian, untuk mengelakkan akal itu sesat ianya telah ditemani oleh wahyu. Apabila tiba masanya, akal itu akan kembali kepada pemilik asalnya. Perlu lah kita ingat bahawa semua yang terjadi

di muka bumi ini bermula daripada akal. Pada masa yang sama juga kita perlu ingat akan jasa Ibnu Rush yang besar ini kerana jasanya itu kita dapat mengenali akal. Sebelum pemergian Ibnu Rush, beliau sempat menyatakan yang rohnya akan mati apabila falsafahnya mati.

BIBLIOGRAFI

A. Hanafi, 1969. Filsafat Islam, Jakarta: N.V Bulan Bintang. Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Lojika Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ayadurai Letchumanan & Sivachandralingam Sundara Raja, 2001. Tamadun Dunia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Hashim Hj. Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Idris Zakaria, 2000. Falsafah Hidup Manusia: Perbandingan Antara Islam, HinduBuddha, Kristian dan Ideologi Moden, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu . Oemar Amin Hoesin, 1961, Filsafat Islam, Jakarta: N.V Bulan Bintang.

Related Documents

Ibnu Rush
October 2019 28
Ibnu Rush
October 2019 31
Ibnu
November 2019 53
Rush Limbaugh
December 2019 41
Rush Calendar
October 2019 26
Gold Rush
May 2020 46

More Documents from "Ilan Herman"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48