IBN SINA
AVICENNA Latar Belakang
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Husain ibn Abdullah ibn Hasan ibn Ali ibn Sina.Di Eropah Ibn Sina disebut “Avicenna” iaitu perkataan yang berasal dari Hebrew,‘Aven Sina’.Beliau dilahirkan pada Safar 370 H bersamaan Ogos 980 M di Kampung “Afshanah”.Walaupun beliau banyak mendapat gelaran, namun gelaran yang biasa didengar ialah “Syeikh al –Ra’is sementara di Barat beliau digelar sebagai “Prince of Physicians”.Ibunya bernama Satarah(Afshanah).Ibn Sina telah meninggal dunia pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan tahun 428 H bersamaan ( 1037 M ) di Hamadan.Ketika itu usianya berumur 58 tahun .
Makam Ibn Sina di Hamadan, Iran
FALSAFAH KEJIWAAN IBN SINA & SUMBANGANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA. Antara karya asli Ibn Sina adalah al – Najat , al – Risalah , al – jabiyah dan al – Syifa. Dalam bidang falsafah ,bukunya yang terkenal ialah “al – Syifa” yang dikenali di Eropah sebagai
‘The Book
of Remedy’.Buku ini telah menghuraikan falsafah Aristottle dan disesuaikan dengan Islam.Ia merupakan Encyclopedia Falsafah yang mengandungi 18 jilid.Ia dapat dibahagikan kepada empat bahagian yang besar iaitu logika, fizika, matematik, metafizik. Ibn Sina banyak terpengaruh dengan Falsafah Yunani terutama daripada pemikiran Plato & Aristottle.Kata beliau ‘ manusia harus meneliti kekurangan & kecelakaan diri agar ia dapat mengetahui , lalu memperbaikinya’.Dalam ilmu psikologi beliau ada menyatakan tentang permasalahan jiwa atau ‘ al – nafs’.Jiwa merupakan tempat tumbuhnya kebahagiaan .Jiwa atau al – nafs bererti jasad , darah insan , zat sesuatu atau kebesaran , kemuliaan , cita –cita atau harapan , kelembutan dan sifat – sifat manusia.Sementara itu dalam kamus dewan pula , jiwa bermaksud nyawa dan roh (spirit ), dalam bahasa Perancis jiwa bererti “ ame ” , bahasa Inggeris “ soul ” dan bahasa Latin “ anima ”. Perkataan psikologi pula beerti ilmu jiwa, tentang roh, atma, sukma dan nafas hidup.Roh merupakan kompenen utama dalam diri manusia.Ia menjadi punca kehidupan yang mengandungi ‘ al- nafs’ ‘al- qalb’ dan ‘al- aqq’. Permasalahan remaja kini. Remaja merupakan aset penting negara untuk kehidupan masa depan.Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara kelak.Namun begitu, akhir-akhir ini masyarakat sering didedahkan tentang masalah sosial remaja yang semakin menjadi-jadi.Terdapat kaedah-kaedah ikatan untuk membantu permasalahan jiwa atau ‘al – nafs’remaja berdasarkan falsafah kejiwaan Ibn Sina yang akan dikupas dalam tugasan ini. Pertama ialah kaedah interaksi.Seperti yang diketahui umum jiwa remaja menginginkan kebebasan sepenuhnya tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak.Dalam hal ini Ibn Sina pernah menyatakan keadaan jiwa dalam qasidhnya yang dikenali sebagai ‘al- qasidah al- ainiyyah’ yang menyebut ‘habathat ilaika mina i maha,
al- arfa i’di mana beliau berpegang pada teori Plato yang menyatakan bahawa adanya jiwa di alam tinggi.(idea) lalu turun ke dalam jasad.Jiwa dalam jasad diibaratkan sebagai burung dalam sangkar yang selalu rindu untuk terbang bebas di udara.Demikian halnya jiwa yang terkurung dalam sangkar jasad sentiasa rindu kepada kebebasan yang memungkinkan menyatu kembali dengan alam rohani ,iaitu alam asalnya.Setiap kali mengingati alam asalnya ia pun menangis kerana rindu ingin kembali. Seterusnya ikatan akidah.Remaja harus dididik dengan penuh kasih sayang dan perhatian selain daripada didikan agama yang sepatutnya daripada ibu bapa.Oleh itu tidak hairanlah Ibn Sina menyatakan bahawa kesejahteraan hidup berpunca daripada kedamaian hati, iaitu jiwa yang dapat menghubungkan kepada makrifah Allah kerana sumber kebahagiaan di dunia dan akhirat datangnya daripada Allah s.w.t.Kenyataan ini diakui oleh A.A Grill seorang psiko-analisis yang menyebut ‘individu yang benar-benar beragama tidak akan pernah menderita jiwa sebaliknya mereka akan terlindung daripada keresahan, selalu terjaga keseimbangan dan selalu siap untuk menghadapi segala malapetaka yang terjadi. Ikatan yang seterusnya ialah ikatan rohani.Kesedaran dalam diri amat penting untuk membendung penyakit sosial yang semakin serius melanda golongan remaja.Penyakit sosial bukan berasal daripada saraf tetapi daripada faktor-faktor kejiwaan.Berdasarkan pengalaman Ibn Sina sendiri yang pernah mengubati pesakitnya melalui kesedaran kejiwaan pesakit (bidang psikitari ).Hal ini disebabkan pengubatannya tidak dapat dilakukan melalui ubat-ubatan zahir seperti biasa.Ibn Sina menulis iaitu: “ Kita harus memperhatikan bahawa salah satu cara terbaik untuk mengubati orang sakit, satu yang paling mujarab ialah memperbesarkan kekuasaan mental pesakit serta mendorongnya untuk berani melawan penyakit ”
(Rujukan: Ibn Sina , Mabhath an al – Quwwa al –nafsiyyah , op – cit , hlm 16 )
Ikatan yang seterusnya ialah ikatan pemikiran. Pemikiran yang sihat dapat melahirkan personaliti yang berhemah tinggi. Untuk mewujudkan pemikiran yang sejahtera , ia hendaklah melalui proses pendidikan yang sempurna.Ibn Sina pernah menyatakan bahawa “ manusia itu berbuat dan bertindak menurut perasaannya . Buktinya , rasa malu , tangisan dan tertawa . Kadang – kadang manusia terbawa – bawa perasaannya mengikut perasaan orang lain dan berbuat sesuatu yang kadang – kadang tidak patut dibuat oleh emosi psikologikal.” Oleh itu , pendidikan amat penting untuk membentuk personaliti seseorang lebih – lebih lagi di peringkat remaja yang nalurinya sentiasa bergelora mengikut tahap emosinya . Oleh yang demikian , pendidikan perlu diselaraskan dengan tuntutan Islam untuk membentuk jiwa remaja yang dinamik serta unggul dan tidak mudah tergelincir dari batasan sosial. Seterusnya ialah ikatan sosial. Ibn Sina pernah manyatakan bahawa “ seseorang itu boleh memberi kesan mempengaruhi pembentukan ego seseorang dan gangguan – gangguan ego. Remaja kini mudah terpengaruh dengan unsur – unsur negatif dan sering bersifat egosentrik iaitu selalu memikirkan tentang kedudukan dan masa depan. Selain itu ialah ikatan rekreasi.Rekreasi merupakan satu aktiviti yang boleh menyegarkan kembali tubuh badan dan akal fikiran dengan beristirehat serta menghiburkan hati.Ikatan rekreasi mampu bertindak selaku teknik penyelesaian konflik seperti merentasi lautan atau perkara –perkara yang disukai remaja.Sehubungan itu, Ibn Sina pernah menyatakan bahawa salah satu cara terbaik untuk mengubati orang sakit ialah mencipta lingkungan yang baik di sekelilinya seperti memperdengarkan muzik yang indah. Seterusnya ialah kaedah pengawasan. Para ibu bapa dan pendidik terpaksa berlawan dengan pelbagai hal dan pengaruh luar yang negatif untuk mengawasi remaja kini.Hal ini kerana remaja merupakan insan yang paling banyak menghadapi masalah emosi.Menurut Ibn Sina dalam ‘al- Syifa’ beliau menegaskan bahawa manusia itu berbuat dan bertindak menurut perasaannya malah kadang-kadang terbawa-bawa perasaannya mengikut perasaan orang lain.
( Zulkifli Yusof. Op – cit hlm 21 )
Ibn Sina merupakan tokoh falsafah yang begitu berpengaruh dikalangan cerdik pandai Barat sehingga meluas ke dunia Timur sampai ke hari ini. Perdampingannya yang agak rapat dalam bidang falsafah nampaknya menterjemahkan kemampuan inteleknya dalam jurusan perunatan yang membawa kepada matlamat jumlah kejayaannya dengan menyatupadukan serta mensistematkkan semua teori ilmiah serta amalan perubatan yang berasal dari abad – abad terdahulu daripadanya.
Terbukti Ibn Sina adalah seorang yang mempunyai daya ‘genius’ yang amat tinggi jika ditinjau dari penguasaannya dalan bidang ilmu pengetahuan.Pencapaiannya dalam bidang falsafah amat dikagumi di samping bakatnya sebagai seorang penyajak,ahli geometri dan ahli falak.
Dalam menyifatkan tentang jiwa,beliau berpendapat ia merupakan penyempurnaan pertama yang bukan berbentuk ‘madda h’ dan akan kekal selama-lamanya meskipun setelah bercerai dari jasad.Sehubungan itu, beliau telah membezakan jiwa dengan jasmani manusia.Telah ditegaskan bahawa jiwa selamanya bukan material tetapi ia adalah aturan dari satu bentuk (form).Walaupun jiwa ini kekal,ianya hanya terbatas kepada manusia sahaja kerana tidak bagi binatang dan tumbuh-tumbuhan.Hal ini kerana manusia akan disoal di akhirat kelak kerana manusia telah dianugerahkan akal untuk berfikir..
RUJUKAN:
Encyelopedia Ahli – ahli falsafah Islam . 1995 / 96. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.(API) Ibn Sina, Mabhath an al – nafsiyyah, op –cit.halaman 16. Tahun 1994 Permasalahan Sosial Remaja. Buku Remaja KarangKraf Sdn BHD. Julai 2007