Ibn Sina

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Sina as PDF for free.

More details

  • Words: 1,152
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH (IBN SINA) NAMA : JESSICA ANAK MINGGU NO. MATRIK : JEA080027 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pengenalan Tokoh yang saya pilih ialah Ibn Sina. Nama sebenar Ibn Sina ialah Abu Ali Husein Ibn Abdillah Ibn Sina. Beliau lahir di Afsyana pada tahun 980 M. Orang tua Ibn Sina

berkedudukan pegawai tinggi pada pemerintahan Dinasti Samani. Menurut sejarah hidup yang disusun oleh muridnya, Ju r jani, Ibn Sina telah banyak mempelajari ilmu pengetahuan yang ada pada zamannya seperti ilmu fizik, matematik, kedoktoran, hukum, dan lain-lain sejak kecil lagi. Beliau pernah digelar doktor sewaktu berumur 17 tahun. Malah, beliau pernah dipanggil ke istana untuk mengubati Pangeran Nuh Ibn Mansur sehingga sembuh. Setelah orang tuanya meninggal, beliau berpindah ke Djuzdjan , suatu kota berdekatan Laut Kaspia, di situlah beliau mula menulis ensiklopedianya tentang ilmu kedoktoran yang kemudian terkenal dengan nama ‫( القنون في الطب‬The Canon). Kemudian beliau pindah ke Ray, sebuah kota yang terletak di sebelah selatan Theran, dan bekerja untuk Ratu Sayyedah dan anaknya Majd al-Dawlah. Kemudian Sultan Syams al-Dawlah yang berkuaasa di Hamdan (di bahagian Barat dari Iran) melantik Ibn Sina menjadi menterinya. Selepas itu sekali lagi beliau berpindah ke Isfahan dan meninggal pada tahun 1037 M.

Ibn Sina telah mengemukakan 3 falsafah iaitu (1) Falsafah Jiwa, (2) Falsafah Wahyu dan Nabi, dan (3) Falsafah Wujud.

(1) FALSAFAH JIWA

Falsafah tentang merupakan pemikiran terpenting yang dihasilkan oleh Ibn Sina. Sebagai anak murid al-Faribi, beliau juga menganut fahaman pancaran yakni dari Tuhan memancar Akal Pertama, dan begitulah seterusnya sehingga tercapai Akal Kesepuluh dan bumi. Dari Akal Kesepuluh pula memancar segala yang terdapat di bumi yang berada di bawah bulan. Akal Pertama merupakan malaikat tertinggi manakala Akal Kesepuluh ialah Jibril. Ibn Sina mempunyai pendapat yang berlainan dengan al-Faribi dengan mengatakan bahawa Akal Pertama mempunyai dua sifat: (1) sifat wajib wujudnya sebagai pancaran dari Allah, (2) sifat mungkkin wujudnya jika ditinjau dari hakikat dirinya. Oleh yang demikian, Ibn Sina mempunyai tiga objek pemikiran iaitu (1) Tuhan, (2) Dirinya sebagai wajib wujudnya dan (3) dirinya sebagai mungkin wujudnya. Daripada pemikiran Tuhan maka timbul akal-akal, dari pemikiran tentang dirinya sebagai wajib wujudnya maka timbul jiwa-jiwa, dan dari pemikiran tentang dirinya sebagai mungkin wujudnya maka timbul pula langit-langit. Ibn Sina telah membahagi jiwa kepada tiga bahagian: (1) Jiwa tumbuh-tumbuhan, (2) Jiwa binatang dan (3) Jiwa manusia. Jiwa tumbuh-tumbuhan ialah daya makan, tumbuh, dan berkembang biak. Jiwa binatang pula ialah daya bergerak dan daya menangkap. Seterusnya pula ialah jiwa manusia dengan dua daya iaitu praktis yang hubungannya adalah dengan badan dan teoritis yang hubungannya adalah dengan hal-hal abstrak. Daya ini mempunyai empat tingkat iaitu (1) akal material yang semata-mata mempunyai potensi untuk berfikir dan belum dilatih walaupun sedikit, (2) Intellectus in habit yang telah mulai dilatih unttuk berfikir tentang hal-hal abstrak, (3) akal aktuil yang telah dapat berfikir tentang hal-hal abstrak, dan (4) akal mustafad yakni akal yang telah sanggup berfikir tentang hal-hal abstrak dengan tidak perlu pada daya upaya: akal yang

telah terlatih begitu rupa , sehingga hal-hal yang abstrak selamanya terdapat dalam akal yang serupa ini: akal serupa inilah yang sanggup menerima limpahan ilmu pengetahuan dari Akal Aktif. Sifat seseorang bergantung pada jiwa yang wujud dalam dirinya sama ada jiwa binatang, jiwa tumbuh-tumbuhan, dan jiwa manusia. Jika jiwa tumbuh-tumbuhan dan binatang yang berkuasa pada dirinya, maka orang itu dapat menyerupai binatang. Akan tetapi, jika jiwa manusia yang mempunyai pengaruh ke atas dirinya, maka orang itu dekat menyerupai malaikat dan dekat pada kesempurnaan. Dalam hal ini,‫ (القنون العامة‬kekuatan perbuatan) mempunyai kedudukan penting. Daya inilah yang berusaha mengawal badan manusia, sehingga hawa nafsu yang terdapat dalam badan tidak menjadi halangan bagi ‫ ( القوة النظرية‬kekuatan pandangan) untuk membawa manusia kepada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai kesempurnaan.

(2) FALSAFAH WAHYU DAN NABI Tahap di atas akal mempunyai empat tingkat dan antara peringkat yang terendah akal material. Kadangkala Tuhan menganugerahkan manusia akal material yang besar dan kuat, Ibn Sina menamakannya sebagai instusi. Menurutnya, daya yang ada pada akal material itu, dengan tidak memerlukan latihan dapat berhubung dengan Akal Aktif dan dapat menerima cahaya atau wahyu dari Tuhan dengan mudah. Akal begini mempunyai ‫ (القوة قدسية‬kekuatan niat ) iaitu bersifat suci. Tahap ini merupakan bentuk akal tertinggi yang dapat dicapai oleh manusia yakni bentuk akal yang ada pada nabi-nabi.

(2) FALSAFAH WUJUD

Bagi diri Ibn Sina, sifat wujud merupakan perkara yang terpenting walaupun dibandingkan dengan essensi. Menurut Ibn Sina, essensi terdapat dalam akal manakala wujud terdapat di luar akal. Tanpa wujud, essensi tidak mempunyai makna yang yang besar. Oleh sebab itu, wujud lebih penting dari essensi. Tidak menghairankan jika dikatakan bahawa Ibn Sina terlebih dahulu menimbulkan falsafah wujudiah atau existentialism dari ahli-ahli falsafah lain. Jika digabungkan, essensi dan wujud boleh mempunyai gabungan berikut: (1) Essensi tidak boleh mempunyai wujud dan Ibn Sina merujuk hal ini sebagai sesuatu yang mustahil berwujud. Sebagai contoh, wujud juga kosmos lain selain daripada kosmos yang ada sekarang. (2) Essensi yang boleh mempunyai wujud dan boleh juga tidak mempunyai wujud. Perkara ini disebut sebagai sesuatu yang mungkin wujud tetapi mungkin juga tidak wujud. Contohnya, ala mini yang pada mulanya tidak ada, kemudian ada dan akhirnya akn hancur menjadi tidak ada. (3) Essensi yang mesti mempunyai wujud. Essensi ini wajib mempunyai wujud selamalamanya. Perkara ini disebut mesti berwujud (‫ واجب الوجود‬Necessary Being ) iaitu Tuhan. Wajib al-Wujud inilah yang mewujudkan mumkin al-wujud. Ibn Sina ingin membuktikan adanya Tuhan menurut logika melalui argumen ini.

Kesimpulan Setelah membaca dan memahami falsafah yang dikemukakan oleh Ibn Sina, saya mendapati Ibn Sina merupakan ahli falsafah yang berfikiran terbuka. Sebagai bukti, Ibn Sina menyampaikan pendapat yang berlainan daripada gurunya, al-Faribi. Bukti yang

boleh kita ambil ialah Ibn Sina mengatakan bahawa Akal Pertama mempunyai dua sifat ; sifat wajib wujudnya sebagai pancaran dari Allah dan sifat mungkin wujudnya jika ditinjau darisudut hakikat dirinya. Bahagian ini menunjukkan bahawa Akal Pertama mempunyai tiga objek pemikiran iaitu Tuhan, dirinya sebagai wajib wujudnya dan dirinya sebagai mungkin wujudnya. Ketajaman pemikiran Ibn Sina dapat kita kenalpasti apabila pembahagian jiwa iaitu jiwa tumbuh-tumbuhan,jiwa binatang, dan jiwa manusia melalui kenyataan beliau. Jiwa manusia yang dikemukakan oleh beliau dapat kita jadikan sebagai rujukan. Menurut Ibn Sina, jiwa manusia terbahagi kepada dua daya iaitu praktis dan teoritis. Jiwa manusia timbul dan tercipta setiap kali ada badan yang sesuai dan dapat menerima jiwa yang lahir di dunia ini. Saya mendapati bahawa Ibn Sina cuba mengetengahkan bahawa manusia jauh lebih sempurna berbanding haiwan dan tumbuhan dan perbezaan status tersebut adalah kekal untuk selama-lamanya. Falsafah wahyu dan Tuhan, dan falsafah wujud ayng dikemukakan oleh Ibn Sina pula memberi motif bahawa beliau ingin membuktikan adanya Tuhan menurut logika. Sebagai contoh, beliau mengatakan bahawa kadangkala Tuhan menganugerahkan manusia akal materil yang kuat dan besar iaitu instusi. Satu lagi bukti ialah beliau menyatakan bahawa akal yang ada pada nabi-nabi ialah bentuk akal yang tertinggi yang dapat dicapai oleh manusia.

Bibliografi Dr. Harun Nasution, 1973. Falsafat Dan Misticisme Dalam Islam Jakarta : Bulan Bintang

Related Documents

Ibn Sina
October 2019 36
Ibn Sina
October 2019 26
Jarh- Ibn Sina
May 2020 5
Sina
May 2020 14
Ibnu Sina
October 2019 48
Sina Transfers
May 2020 13

More Documents from "Gregg Hennigan"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48