Ibn Bajjah

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Bajjah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,024
  • Pages: 7
FALSAFAH TOKOH FALSAFAH (IBN BAJJAH) JXEA1104 AL FATIHAH BT AMRAN JEA080003 PROF. DR. AMRAN BIN MUHAMMAD SEM 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih dikenali sebagai Ibn Bajjah. Beliau telah dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 (M). Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan Negara, ahli bahasa, ahli muzik, pemain gabus, hafiz al- quran, dan pakar dalam bidang perubatan dan menaji doctor yang teragung yang pernah di lahirkan oleh Andalusia (Sepanyol). Sumbangannya dalam bidang keilmuan amat besar sekali. Dalam bidang falsafah umpamanya Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf dengan ahli falsafah lain seperti alFarabi dan Aristotle. Ibn Bajjah telah mengemukakan gagasan falasafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa ‘ al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibn Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Gazali. Apabila berfikir menggunakan akal yang waras dan menggunakan ilmu pengetahuan serta berlandaskan agama Islam seseorang itu akan terhindar daripada perbuatan atau sifat haiwaniah yang terkurung dalam diri dan hati manusia apabila keutamaan dan perbuatan yang bermoral dapat mengusai jiwa. Pada pandangan Ibn Bajjah lagi seseorang atau individu itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama dengan masyarakat ataupun secara terpisah. Jikalau sesuatu masyarakat

atau kumpulan tidak baik atau tidak bermoral maka

seseorang itu harus menyendiri dan menyepi .

Aliran falsafah yang wujud berdasarkan peredaran zaman dan pandangan pendukungnya berbeza antara satu sama lain.

Aliran falsafah Eksistensialisme

umpamanya berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ibn Bajjah. Aliran eksistensislisme dimonopoli oleh agama Kristian dan di kaitkan dengan Krekergwwrd (1813-1855) yang menekakan aliran falsafah pewngalaman dan penghidupan sebenar manusia menjadi focus segala pemikiran dan menolak aliran falsafah lain. Aliran ini menekakan keutamaan, hak dan tanggungjawab individu dan menolak keutamaan dan hak masyarakat. Pada pandangan ibn Bajjah pula seseorang harus mengupakan perjuangannya berhubung dengan alam secara bersama dengan masyarakat dan jikalau masyarakat tidak baik barulah seseorang itu harus meneruskan perjuangannya secara sendiri untuk mendapat kaebahagian dinia dan akhirat.

Berbanding dengan aliran falsafah yang

didukung oleh agama Kristian yang menolak konsep secara berjemaah atau kemasyarakatan. Ibn Bajjah dikatakan setaraf dengan al- Farabi adalah ketara melalui persamaan mereka yang meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Apabila akal dan wahyu dipisahkan akan melahirkan individu, sesebuah masyarakat yang kucar- kacir dan sebuah negara yang pincang. Ibn Bajjah menekakan bahawa akal dan wahyu menjadi asas dan menjadi dasar kepada pembentukan peribadi setiap individu dan pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia dan aman damai.

Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan sediri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.

Aliran falsafah Rasionalisme

menekan hal yang

sebaliknya atau berbeza dengan pandangan Ibn Bajjah. Aliran ini menekakan falsafah iaitu segala imlu pengetahuan berpunca daripada akal dan bukan daripad wahyu atau kurnian Tuhan. Aliran ini juga menekakan bahawa sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh akal adalah tidak wujud dan segala kejadian dalam alam ini merupakan gejala alam semula jadi yang biasa bukan daripada kuasa luar biasa atau Tuhan, dan kepercayaan agama dan etika mulia merupakan bentuk-bentuk aspirasi dan gerak hati suci insan bukan berpunca daripada petunjuk otoriti yang kudus (Tuhan). Aliran secara terang menolak kewujudan Tuhan atau wahyu yang ditekankan oleh Ibn Bajjah yang menekan bahawa akal dan wahyu adalah pekara atau sesesuatu yang padu dan tidak dapt dipisahkan. Pada pandangan saya seseoarang itu harus berpegang pada sesesuatu atau pada sebuah agama yang dapat membawanya kearah yang lebih baik dan diberkati.

Agama Islam umpamanya berpegang teguh kepada al Quran dan

wahyu yang diturunkan oleh tuhan( Allah) kepada umatnya dan bergantung kepada individu tersebut untuk mengikutinya atau menjalankannya untuk mendapt kerehdaan Tuhan.

Ibn Bajjah merupakan seoarng ahli falsafah yang dikagumi di negaranya kerana telah banyak jasa dan sumbangannya kepada negara dan dunia Islam. Sebenarnya, banyak lagi pekara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunkn logik akal hal ini di jelaskan. Jadi Ibn Bajjah belajar ilmu-ilmu lain yang dapat menbantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafizik. Ilmu sains dan fizik misalnya dugunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud.

Oleh sebab itu, kita boleh

menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza. Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidangmatematik dan fizik sememangnya diperakui tetapi beliau tidak cuba menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sebaliknya ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik. Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakkan di beberapa perpustakaan di Eropah. mendahului zamannya.

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas

Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan

ungkapan manusia sebagai makhluk sosial,sebelum para sarjana Barat berbuat demikian.

Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam

tulisannya secara tidak langsung.

Kesimpulan yang dapat disimpulkan mngenai falsafah yang dipengang oleh Ibn Bajjah iailah,Ibn Bajjah merupakan seorang pemikir falsafah Islam yang terulung yang mencipta atau mengusulkan beberapa gagasan yang bermakna dan berlandaskan sumber agama Islam dan berdasarkan wahyu daripada Tuhan. Segala gagasan yang dikemukakan olehnya adalah berpandangan dengan ajaran agama Islam. Beliau juga telah menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk dimanfatkan kepad masyarakat dan negara khususnya agama dan masyarakat Islam. Ibn Bajjah juga telh menggunakan atau mengikuti perintah Tuhan iaitu setiap atau segala kejadian yang berlaku atau yang ada di dunia ini yang dijadikan oleh Tuhan adalah mempunyai makna dan maksudnya tersendiri. Menjadi tanggungjawab manusia atau sebagai amat Islam untuk menkaji dan menyelik yang selebihnaya yang tidak di nyatakan oleh Tuhan secar jelas dalam al Quran. Ibn Bajjah telah meninggal dunia pada usia yang masih muda akibat diracuni oleh mereka yang berperasaan dengki dan kianat terhadapnya, beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1138 (M). Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi pemikiran dan sumbangannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan, (Falsafah dan Logika Melayu) Selangor : Synergate Sdn. Bhd. Hashim Musa, 1998. (Falsafah) . Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu Http://www.friendster Http://en, wikipedia.org/wiki/Ibn Bajjah

Related Documents

Ibn Bajjah
October 2019 42
Ibn Bajjah
October 2019 35
Ibnu Bajjah
June 2020 18
Ibn
July 2020 34
Ibn Rushd
July 2020 37
Ibn Khaldun.pptx
May 2020 19

More Documents from "Norezati Marwan"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40