Ibn Bajjah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Bajjah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,074
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 11O4 TAJUK : TOKOH FALSAFAH NAMA : MOHAMMAD YUSRI BIN SAWAL@SHAWAL NO. MATRIK : JEA 080039 SESI : 2008/2009 NAMA PENSYARAH : Dr. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Ibn Bajjah Umat islam telah dipercayai sampai ke Sepanyol atau dikenali sebagai Andalusia pada zaman sahabat lagi. Ramai cendi-kiawan dan sarjana dilahirkan dalam pelbagai bidang misalnya seperti ahli sains, matematik, astronomi, perubatan, falsafah, dan sastera. Antaranya ialah Ibn Bajjah. Ibn Bajjah atau nama penuhnya Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh. Beliau dilahirkan sebuah

tempat yang diberi nama Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M) dan

meninggal pada tahun 1938 Masihi akibat diracuni. Ibn Bajjah juga merupakan seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul. Ini di buktikan sewaktu beliau menjadi penyair bagi golongan al-Murabbatin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim ibn Tafalwit. Disamping itu, Ibn Bajjah merupakan seorang ahli muzik. Beliau amat handal dalam bermain gambus. Sungguhpun begitu, beliau juga seorang hafiz al-quran yang hebat. Selain itu, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan beliau juga merupakan salah seorang doktor teragung di Andalusia. Tambahan pula, kehebatan Ibn Bajjah bukan setakat itu sahaja. Beliau pernah menjadi menteri di Saragossa semasa pemerintahan Abu Bakr Ibrahim. Ini membuktikan bakatnya turut terserlah dalam bidang politik. Apa yang lebih menakjubkan di sini ialah Ibn Bajjah turut mampu menguasai dan mendalami ilmu fizik, matematik, dan falak. Kemampuan beliau menguasai pelbagai ilmu telah menjadikannya seorang sarjana yang terkenal dan teragung di dunia. Beliau juga banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik. Hal ini membuktikan bahawa beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang keilmuan. Sumbangan yang begitu besar sekali bagi kita. Dalam bidang falsafah, beliau boleh diletakkan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotle.

Ibn Bajjah telah mengemukakan gagasan tentang falsafah ketuhanan. Beliau telah menegaskan bahawa; “….manusia boleh berhubung dengan akal fa’al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan potensi manusia. ”. Menurut Ibn Bajjah, manusia boleh mendekati tuhan melalui pemikiran dan tidak semestinya berdasarkan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali. Melalui penghayatan ilmu dan amalan pemikiran, segala keutamaan, nilai murni, dan perlakuan akan dapat memimpin serta menguasai jiwa kita. Oleh itu, secara tidak langsung perasaan haiwainiah seperti hasad dengki, iri hati, dan sombong akan dapat disingkirkan atau dibuang daripada jiwa manusia itu. Maka akan terbentuklah masyarakat yang mempunyai peribadi, personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji. Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu juga harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Maksud beliau di sini ialah seseorang itu mestilah sentiasa meningkatkan atau berusaha memperjuangan kepentingan hubungan manusia terhadap alam sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Jika ada masyarakat ataupun individu yang mempunyai niat atau hati yang tidak baik, beliau menegaskan bahawa individu tersebut perlu hidup bersendirian dan menyepi. Ini berkemungkinan bagi mengelakan berlaku sesuatu perkara yang tidak baik ataupun pengaruh yang mungkin akan menjejaskan hubungan antara alam dan sesebuah kelompok masyarakat itu.

Ibn Bajjah juga telah meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Perkara ini merupakan persamaan yang amat ketara antara beliau dan al-Farabi. Mereka sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu dan tidak boleh dipisahkan. Sebarang percubaan untuk memisahkan keduanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang. Dalam erti kata lain, runtuhlah sebuah kerajaan itu. Kita boleh katakan di sini, pernyataan akal dan wahyu adalah sama seperti roh yang berpisah dengan jasadnya. Tanpa roh, jasad tidak akan berfungsi lagi ataupun pada hakikatnya kita boleh katakan seseorang itu telah mati. Oleh sebab itu, akal dan wahyu haruslah dijadikan dasar atau asas bagi membina sebuah negara serta masyarakat yang bahagia dan harmoni. Seperti yang kita ketahui, akal membolehkan manusia mengenali apa sahaja kewujudan dan mampu menghuraikan segala kejadian alam. Tambahan pula, manusia boleh berfikir, mengetahui sesuatu yang nyata dan tidak nyata, serta membezakan yang baik dan buruk. Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali kewujudan sesuatu benda atau tuhan. Akal juga boleh mengenali sendiri perkaraperkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf. Kita boleh simpulkan di sini bahawa akal dan wahyu amat berkait rapat antara satu sama lain. Setiap pemikiran akal mestilah disertai dengan wahyu. Hal ini akan mengukuhkan lagi kewujudan sesuatu benda atau kejadian itu. Ibn Bajjah juga ada menulis sebuah buku yang bertajuk “al-Nafs” di mana isi kandungannya membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Perbicaraan dalam karya ini banyak dipengaruhi oleh ahli falsafah Yunani. Oleh sebab itu, beliau banyak membuat ulasan berpandukan hasil karya atau tulisan daripada Aristotle, al-Farabi, dan al-Razi.

Selain itu, Ibn Bajjah turut mengetengahkan atau membicarakan persoalan ilmu logik. Ibn Bajjah berpendapat bahawa:

“…sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. ” Secara harfiahnya, maksud Ibn Bajjah di sini ialah apa yang kita yakin itu benar merupakan suatu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi benar ataupun tidak benar. Apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu pula ialah kemampuan akal kita dalam mempersetujui atau meyakini kewujudan sesuatu itu secara logik walaupun kita tahu banyak benda di dunia ini tidak dapat di huraikan secara logik. Oleh itu, Ibn Bajjah sendiri telah mempelajari ilmu-ilmu lain bagi membantunya untuk memahami hal-hal yang berkaitan. Sebagai contoh, penggunaan ilmi sains dan fizik di gunakan oleh beliau dalam menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah; “ benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda boleh wujud. ” Disebabkan itulah apabila kita membuat andaian atau imaginasi dalam menggambarkan sesuatu bentuk dan rupa, ianya boleh menjadi pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Beliau tidak hanya menggunakan ilmu matematik dan fizik semata-mata untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul tetapi ilmu matematik dan fizik itu juga digunakan oleh beliau untuk menguatkan atau memperkukuhkan hujah atau pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik.

Kesimpulannya, persoalan falsafah yang ditimbulkan oleh Ibn Bajjah telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat. Sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah. Bahkan kesan falsafah dan ilmu yang di keluarkannya masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Melalui falsafah ketuhanan yang di kemukakan oleh beliau, kita menyedari bahawa untuk mendekati tuhan bukanlah dengan amalan

tasawuf semata-mata tetapi dengan amalan berfikir juga kita boleh meyakini kewujudan tuhan. Tambahan pula, amalan berfikir ini membolehkan kita menyingkirkan sifat haiwaniah yang ada dalam diri kita. Perbincangan beliau tentang persoalan ilmu logik juga membolehkan kita tahu banyak benda di dunia ini yang tidak boleh di huraikan berdasarkan ilmu logik semata-mata tetapi mesti ada ilmu lain yang mampu menguatkan hujah-hujahnya. Oleh itu, kita harus

Bibliografi http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id16.html http://www.google.com.my http://www.yahoo.com

Related Documents

Ibn Bajjah
October 2019 42
Ibn Bajjah
October 2019 35
Ibnu Bajjah
June 2020 18
Ibn
July 2020 34
Ibn Rushd
July 2020 37
Ibn Khaldun.pptx
May 2020 19

More Documents from "Norezati Marwan"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48