Hubungan Etnik.docx

  • Uploaded by: Nik Nur Anis
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hubungan Etnik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,392
  • Pages: 5
1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik karana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati dikatakan rambut sama hitam, hati lain-lain dan memerlukan proses perpaduan dan integrasi antara kaum (Shamsul Amri Baharuddin, 2008). Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik manakala perpaduan pula ialah proses menyatukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air(Ibn Khaldun, 2002). Sedarsawarsa ini, kehidupan yang penuh sejahtera merupakan idaman setiap orang. Melalui kehidupan yang sejahtera, masyarakat yang harmoni dapat dibentuk. Kesejahteraan hubungan antara kaum di Malaysia sejak kebelakangan ini tampak semakin luntur disebabkan oleh perbuatan fitnah menfitnah. Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh itu, pelbagai usaha yang perlu dilakukan terutamanya dari masyarakat untuk mengintegrasikan hubungan antara kaum supaya lebih mantap dan harmoni.

2.0 USAHA-USAHA

YANG

DAPAT

DILAKUKAN

OLEH

MASYARAKAT

UNTUK

MENGINTEGRASIKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM Integrasi kaum di Malaysia boleh dimantapkan apabila masyarakat berusaha dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama dengan mengadakan rumah terbuka. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Tambahan pula, masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan tentang adat dan budaya kaum lain bukan dari segi teori sahaja, bahkan praktikal dengan lebih mantap. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat

antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Selain itu, usaha yang boleh dilakukan dalam untuk memantapkan integrasi dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotongroyong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya tanpa mengira warna kulit. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni. Aktiviti sukan dan permainan yang perlu dipergiatkan lagi dalam kalangan masyarakat merupakan salah satu usaha yang perlu dimantapkan. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa. Seterusnya masyarakat hendaklah juga menfokuskan program di sekolah kerana sekolah merupakan satu pusat integrasi antara murid pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan murid. Perpaduan dan integrasi kaum perlu dipupuk sejak awal lagi kerana murid-murd diibaratkan kain putih yng masih suci dan perlu dicorakkan dengan betul. Sekolah boleh menganjurkan sukan, perkhemahan, program motivasi dan sebagainya agar murid dari aliran lain dapat turut menyertainya. Sikap bekerjasama dan berganding bahu untuk menyempurnakan sesuatu dapat memupuk hubungan yang baik di antara mereka. Lama-kelamaan hubungan baik ini akan melahirkan satu semangat kekitaan dan perpaduan antara murid. Sekolah juga boleh menganjurkan program anak angkat yang merupakan satu rancangan pertukaran pelajar

untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan murid. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang murid dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini,wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Usaha yang perlu dimantapkan juga ialah penggunaan media massa oleh masyarakat pada generasi sekarang. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan integrasi kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur integrasi perkauman dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran pro1gram sudah pasti dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, integrasi kaum akan tercapai dengan lebih mudah melalui peranan media massa. Seterusnya, sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk integrasi kaum dan perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia. Kawasan kejiranan Rukun Tetangga merupakan aktiviti yang memainkan peranan penting dalam melihat kewujudan integrasi pellbagai kaum dipraktikkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Rukun Tetangga di Malaysia telah berusia lebih 30 tahun. Dalam usia ini, Rukun Tetangga telah mengalami beberapa transformasi, sesuai dengan perubahan zaman dan modenisasi negara. Mahani Abu Bakar (2008) menyatakan bahawa Rukun Tetangga sekarang ini adalah lebih berkonsepkan pembangunan komuniti berbanding

dengan Rukun Tetangga pada masa dulu yang lebih berkonsepkan kejiranan dan keselamatan setempat. Namun begitu, konsep kejiranan masih diterapkan dan tidak diabaikan, selaras dengan matlamat Rukun Tetangga yang mengutamakan perpaduan dan semangat kejiranan. Walhal, dalam konteks ini hubungan pelbagai kaum adalah menjadi keutamaan dalam penduduk hidup berjiran dan pelaksanaan aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan,bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Alias Mohamad, 2005). 3.0 PENUTUP Tuntasnya, pelbagai langkah konkrit, sistematik dan pragmatik semua pihak terutamanya masyarakat Malaysia perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan kita hingga ke akar umbi. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan

liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah

membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai (Ruslan Zainuddin, 2005).

RUJUKAN Alias Mohamad. (2005). Managing Rukun Tetangga In A Multiracial Society. Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Ibn Khaldun. (2002). Mukadimah (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahani Abu Bakar. (2008). Semangat kejiranan. Kuala Lumpur: Pustaka Buana. Ruslan Zainuddin. (2005). Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Related Documents

Hubungan Metakognisi
October 2019 36
Hubungan Kejiranan
November 2019 24
Hubungan Etnik.docx
November 2019 19
Hubungan Gen.docx
December 2019 23
Hubungan Terapeutik
June 2020 15

More Documents from "rahmani"