Laporan Aktiviti Promosi Dan Pemasaran.docx

  • Uploaded by: Nik Nur Anis
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Aktiviti Promosi Dan Pemasaran.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 698
  • Pages: 5
LAPORAN AKTIVITI PROMOSI DAN PEMASARAN

Pada zaman era globalisasi ini, perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang dalam kehidupan. Komputer dan perisian telefon menjadi pemudah cara menyampai maklumat dengan berkesan dan cepat serta berfungsi. Oleh itu, saya telah memilih dan menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran dengan hanya menggunakan media sosial. Contoh media sosial yang telah saya gunakan ialah Facebook, Twiter dan Instagram. Promosi ialah segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang dan pemasaran pula ialah perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017). Bagi

meningkatkan

jualan

barang,

saya

telah

membuat

sebaran

dengan

menggunakan poster. Saya membuat poster tersebut dengan hanya menggunakan telefon bimbit kerana amat senang dan aplikasi dapat didapati dengan mudah hanya di Playstore. Poster perlu dibuat mengikut tema dan pemilihan warna dan maklumat yang bersesuaian dengan produk (Nursyuhada Asyikin Ramli, 2013). Nama aplikasi yang telah saya gunakan ialah Flyers, Posters, Adverts, Graphic design Templates. Saya telah membuat poster berdasarkan tema produk saya iaitu Taman Rekoder untuk menarik perhatian dan bertujuan untuk aktiviti pemasaran. Saya telah memilih warna pink untuk menggambarkan tema sebuah taman dengan meletakkan beberapa kuntum bunga dan gambar rekoder. Saya juga membuat poster tersebut dengan hanya meletakkan maklumat berkaitan dengan Karnival Inovasi iaitu pameran produk inovasi yang telah dijalankan dengan jayanya di Blok Baru, IPGKPP pada 21 Mac iaitu hari Khamis pada jam 2 hingga 4 petang. Saya juga telah menyediakan ‘booklet’ untuk menjelaskan maklumat secara ringkas berkaitan dengan produk inovasi digital yang telah saya hasilkan. Saya telah menghasilkan ‘booklet’ ini dengan hanya menggunakan Microsoft Word kerana aplikasi ini juga amat senang dan mudah didapati. Aplikasi ini boleh didapati di komputer mahupun telefon bimbit yang canggih. ‘Booklet’ ini juga amat menarik untuk digunakan apabila mempunyai pelbagai maklumat berkaitan dengan produk dan warna-warni. ‘Booklet’ ini hanya terdapat semasa pameran inovasi dijalankan. Saya telah melakukan pemasaran berstrategi dengan menggunakan pemasaran bermaklumat dan peruncitan dalam talian. Pemasaran ini amat mudah kerana hanya menggunakan internet (Sazelin Arif, 2010). Contohnya, saya telah menggunakan media sosial saya sendiri iaitu Whatsapp, Instagram, Facebook dan Twitter sebagai medium unutk menyebarkan poster yang telah dihasilkan. Saya juga menyediakan telefon saya untuk dihubungi sekiranya pembeli mempunyai pertanyaan atau maklumat dengan lebih lanjut.

Tambahan pula saya mempunyai ramai kenalan khususnya guru-guru yang mengajar di sekolah rendah di laman sosial. Hal ini dapat meningkatkan hasil jualan saya apabila mempunyai pemasaran yang luas. Saya juga menyediakan pembelian secara talian untuk memudahkan urusan pembeli sekiranya tidak dapat membeli di Karnival Inovasi. Pembeli hanya perlu menghubungi saya di Whatsapp dan membuat pembayaran termasuk harga pos. Selain itu, kaedah pemasaran saya juga tidak melibatkan kos yang begitu banyak kerana hanya menggunakan tenaga kecil saya sahaja dan boleh didapati dengan mudah. Hal ini dapat menjimatkan kewangan dan dapat memasarkan produk dengan murah dan berpatutan. Kelemahan yang terdapat bagi aktiviti promosi dan laporan produk ini ialah saya mempromosikan di media sosial pada waktu yang tidak sesuai atau waktu yang kurang masyarakat bermain di laman sosial kerana kebiasaannya masyarakat akan bermain di laman sosial sebelum tidur atau waktu rehat dan makan. Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah saya sepatutnya mempromosikan pada waktu yang tepat untuk mendapat lebih sambutan daripada masyarakat. Kelemahan yang dapat saya kenali juga ialah sambutan yang kurang menggalakkan semasa pameran inovasi dijalankan berbanding kelas yang berada di dewan peperiksaan kerana kelas saya diasingkan dan sedikit tertutup walaupun poster teah ditampal di hadapan bilik pameran. Hal ini berlaku kerana kelas saya menggunakan inovasi yang memerlukan ruang dan audio yan kuat dan jelas. Cadangan penambahbaikannya ialah pameran ini boleh diadakan di kawasan yang lebih luas dan terbuka. Secara tuntasnya pelbagai langkah konkrit, sistematik dan pragmatik boleh diambil untuk meningkatkan lagi promosi dan pemasaran yang dilakukan hingga ke akar umbi. (588 patah perkaatan)

RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nursyuhada Asyikin Ramli. (2013). Strategi Promosi Kraftangan Kristal. diperoleh dari https://ir.unimas.my/id/eprint/19926/1/Strategi%20promosi%20kraftangan%20kristal %20(24%20pages).pdf Sazelin Arif. (2010). Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan Halal di Melaka Tengah diperoleh dari http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_10_2009/a11%20sazelin.pdf

LAMPIRAN

1. Gambar rajah dibawah menujukkan poster yang telah dihasilkan.

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan pemasaran yang telah dilakukan di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

3. Gambar rajah dibawah menunjukkan pameran karnival inovasi di Blok Baru.

4. Gambar rajah menunjukkan contoh pembeli di Whatsapp.

Related Documents


More Documents from ""