Hubungan Etnik.docx

  • Uploaded by: Ain Ibrahim
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hubungan Etnik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,204
  • Pages: 11
PENGENALAN Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Hal ini disebabkan oleh kegiatan imperialisme dan penjajahan kuasa barat ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah membawa kepada kedatangan imigran-imigran luar ke Tanah Melayu. Kepelbagaian kaum dan etnik ini yang telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia merupakan hasil perjuangan semua kaum yang berpegang pada prinsip perpaduan, permuafakatan dan persefahaman antara satu sama lain (Aszlan Selamat, & Mohamad Iszuan Safarudin, 2016). Namun, kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan merupakan badan yang memainkan peranan paling penting untuk memastikan keharmonian negara dapat dicapai dan dikekalkan.

SOALAN 1 1.1 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL Sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Semasa pemerintahan kuasa asing itu, pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik telah dilaksanakan. Dalam melaksanakan dasar-dasar penjajahan, secara langsung ataupun tidak langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Dasar ini telah membahagikan kaum mengikut fungsi-fungsi dan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi, politik, tempat tinggal dan sistem pendidikan yang berbeza. Disebabkan keadaan sedemikian, kaum-kaum ini terpisah dan tidak memungkinkan hubungan baik terjalin di antara mereka. Konsep hubungan etnik dari perspektif sosial boleh dilihat melalui dasar pendidikan British. Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Setiap kaum terpisah dan mereka hanya mempelajari silibus yang berkaitan dengan kaum mereka sendiri sahaja tanpa didedahkan dengan maklumat-maklumat kaum lain. Semasa penjajahan British, sekolah Melayu sekadar menekankan keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala, kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berpandukan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Pendidikan Barat yang diperkenalkan bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Kaum Melayu tidak diberikan peluang untuk mentadbir pentadbiran kerana lebih fokus kepada kegiatan pertanian dan sara diri sahaja. Sebaliknya, hal-hal perkhidmatan awam dan kegiatan berkaitan perdagangan dan perniagaan banyak diuruskan oleh kaum Cina, mubaligh Kristian dan pihak British. Prasangka perkauman yang mula dipupuk oleh penjajah British dan dikuatkan lagi dengan dasar penjajahan Jepun yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum, telah menyebabkan konflik antara orang Cina dan Melayu menjadi begitu tegang dan berakhir dengan pertumpahan darah (Kassim Thukiman, 2009). Hal ini disebabkan pentadbiran Jepun menggariskan pembahagian yang jelas dalam bentuk layanan mereka terhadap kaum-kaum ini, terutamanya kepada orang Melayu dan bukan Melayu. Orang Melayu dan India lebih disukai oleh Jepun berbanding dengan kaum Cina yang kerap diberi layanan buruk dan dianiaya. Kekalahan Jepun pada 1945 telah menimbulkan semangat dendam orang Cina

kepada orang Melayu kerana membantu Jepun menjadi tali barut dan menentang Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang didominasi oleh orang Cina. Hal ini telah menimbulkan konflik, khususnya antara orang Melayu dan Cina apabila Komunis yang didominasi oleh kaum Cina keluar dan menyerang kampung-kampung Melayu. Keadaan ini telah menyemai dan menimbulkan perasaan curiga dan dendam antara kaum di Tanah Melayu. Di samping itu, hubungan etnik juga boleh dilihat dari perspektif ekonomi. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi. Kaum Melayu tinggal di luar bandar dan bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini telah menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan kerana mereka tidak diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang yang lebih maju. Kesannya, kehidupan orang Melayu jauh mundur ke belakang dan mereka tidak dapat meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih maju. Manakala, orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Bagi kaum India pula, mereka bekerja di ladang-ladang getah dan tinggal berhampiran ladang-ladang (estet). Kegiatan ekonomi bagi masyarakat India juga sama seperti orang Melayu iaitu bercorak sara diri. Mereka bekerja hanya untuk menyara kehidupan sehari-hari dan keluarga. Tuntasnya, kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Menurut Hamidah Ab Rahman, Muhammad Daud, & Norli Ahmad (2009), untuk memulihkan struktur ekonomi setiap kaum di Tanah Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan untuk mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang bercorak serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal. Seterusnya, konsep hubungan etnik juga dapat dihurai dari perspektif politik. Semasa pemerintahan British, Malayan Union ditubuhkan sebagai suatu sistem pentadbiran dan perundangan kolonial secara terus dari kerajaan Britain. Penubuhan Malayan Union telah menimbulkan banyak masalah, dan seterusnya memperlihatkan kebangkitan menentang cadangan tersebut melalui penubuhan parti politik oleh setiap kaum. Orang-orang Melayu bersatu

membentuk

Pertubuhan

Kebangsaan

Melayu

Bersatu

(UMNO)

untuk

memperjuangkan kepentingan negara dan bangsa Melayu. Orang India pula menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama dengan kaum lain. Manakala orang Cina

menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) bagi melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu serta bekerjasama dengan kerajaan British dalam menentang keganasan komunis. Hakikatnya, pergerakan setiap parti politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Namun, pada tahun 1954, ketiga-tiga parti terbesar yang mewakili tiga kaum Melayu, Cina dan India telah bersepakat untuk bergabung telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Kerjasama kaum ini ternyata berhasil apabila Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan Dari sudut hubungan etnik, kemenangan ini memperlihatkan keistimewaan kerjasama antara kaum dan manifesto Parti Perikatan yang berjaya memikat hati penduduk Tanah Melayu. Manifesto Parti Perikatan ialah hasil tolak ansur dan kerjasama yang padu antara kaum di Tanah Melayu dalam usaha mempercepatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah British (Fadhilah Zaini, & Kassim Thukiman, 2009). Kesimpulannya, penjajahan meninggalkan banyak kesan yang turut dirasai oleh semua etnik di Malaysia. Salah satu di antaranya ialah Dasar Pecah dan Perintah yang dijalankan semasa penjajahan British dan kesannya turut dirasai oleh semua kaum yang ada di Malaysia sehingga kini. Namun, penjajahan ini telah banyak membuka mata banyak pihak bahawa betapa pentingnya negara kita diperintah oleh bangsa kita sendiri.

1. 2 PERANAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI ALAT UNTUK MEMBINA JATI DIRI BANGSA DALAM KONTEKS MASYARAKAT PLURALISTIK Perlembagaan merupakan dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Terdapat banyak peranan perlembagaan yang dapat membina jati diri bangsa dalam konteks masyarakat pluralistik. Kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Contoh lainnya adalah dalam Perkara 3(1), perlembagaan

memperuntukkan

bahawa

agama

Islam

adalah

agama

rasmi

negara

Malaysia.

Walaubagaimanapun, perlembagaan masih melindungi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai (Nor Izadtul Abdullah, 2018). Masyarakat bukan Islam juga mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan di dalam agamanya sendiri. Oleh hal yang demikian, dapat dilihat bahawa setiap individu diberi kebebasan berbahasa dan beragama yang diberikan sepenuhnya kepada setiap warganegara Malaysia. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Menurut Perkara 10(1)(a), setiap warganegara berhak ke atas kebebasan bercakap dan bersuara kebebasan bersuara dalam mengekspresikan pandangan masing-masing dalam konteks peradaban masa kini (Ilyani Khuszairy, 2018). Namun, kebebasan

ini

tidaklah

memberikan

jaminan

mutlak

kepada

warganegara

untuk

menggunakan hak tersebut secara semberono kerana kebebasan itu juga mempunyai had atau sekatan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(2). Hal ini sangat bermakna bagi mengelakkan individu bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain. Selanjutnya, perlembagaan ini dapat menjamin keselamatan setiap rakyat daripada berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa (Ravi, 2014). Menurut Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan. Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan sekaligus dapat menghalang penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah yang mungkin menggunakan kuasa yang dimiliki untuk melakukan perkara di luar bidangkuasanya. Kesimpulannya, perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara orang yang memerintah dengan orang yang diperintah. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat, generasi tua dan generasi muda, harus mengetahui, memahami dan menghayati kandungan Perlembagaan Malaysia agar hubungan etnik di Malaysia dapat dijaga.

SOALAN 2 2. 1 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DALAM MENANGANI MASALAH INTEGRASI NASIONAL MASYARAKAT MALAYSIA KINI Menurut Mohd Asraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin, & Amaran@Amran Abdul Malek (2013), integrasi merujuk kepada satu proses yang diusahakan untuk menyatukan kelompok-kelompok dengan kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan dalam sebuah masyarakat dengan identiti yang sama. Manakala nasional pula merupakan satu konsep kebangsaan yang menjurus kepada semangat cinta akan negara. Integrasi nasional merupakan usaha merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum ke arah meningkatkan semangat muhibbah dan rasa kekitaan demi keharmonian dan kesejahteraan negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2016). Integrasi nasional penting kerana ia akan menentukan sentimen perkauman yang boleh merobohkan benteng perpaduan sebagaimana yang telah berlaku pada 13 Mei, 1969. Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum (Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, & Salma Ishak, 2004). Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan integrasi nasional. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk integrasi nasional dalam masyarakat Malaysia kini adalah dengan menubuhkan organisasi Rukun Tetangga. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969 (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Kini, Rukun Tetangga (RT) berkembang sebagai organisasi sukarela diperingkat akar umbi berlandaskan Akta Rukun Tetangga 2012 yang melaksanakan aktiviti atau perkhidmatan untuk tujuan memupuk, meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, kesejahteraan dan kualiti hidup di dalam kalangan masyarakat. Aktiviti yang dilakukan boleh dikategorikan kepada beberapa aktiviti seperti sosial, pendidikan, sukan, kebajikan, agama dan sebagainya. Secara tidak langsung, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan sikap bersatu padu antara jiran tetangga walaupun berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, setiap keluarga yang datang dari pelbagai latar belakang mempunyai masa untuk berkumpul, saling bertanyakan khabar, saling berkongsi keunikan budaya masing-masing, saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Justeru, perpaduan dapat disemai dalam diri setiap masyarakat di Malaysia.

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru. Pelaksanaan program ini berdasarkan Buku Panduan RIMUP diterbitkan kementerian pada 2004 lalu yang menyokong terus Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) di bawah teras Membina Negara Bangsa. Aktiviti program RIMUP meliputi lima elemen iaitu kesenian dan kebudayaan, sukan dan permainan, jati diri dan patriotisme, akademik, dan khidmat masyarakat. Empat objektif utama RIMUP adalah untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan Bersama; mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong; melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah; dan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas. Sebagai contoh, dengan adanya sambutan Hari Raya di sekolah, murid- murid dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya dan adat pelbagai etnik yang ditunjukkan menerusi program ini seperti fesyen baju pelbagai kaum dan merasai makanan tradisional Melayu. Langkah ini mampu meningkatkan lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar. Seterusnya, kerajaan juga telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Menurut Mohd Asraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin, K. T., & Amaran@Amran Abdul Malek (2013), PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul; Modul Fizikal merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan); Modul Kenegaraan (pengetahuan tentang pembinaan negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter (penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal); dan Modul Khidmat Komuniti (merangkumi aktiviti gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriaka Kawasan sekitar). Walaupun pada awal tahun pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positif di kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling berolak ansur antara peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul Kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan perpaduan kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan integrasi nasional serta saling

kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa. Konklusinya, tanpa dasar integrasi yang tepat dan sesuai pasti akan memberikan kesan yang besar kepada pembangunan negara. Program dan projek pembangunan akan sukar dilaksanakan apabila masa, tenaga dan kos terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan konflik dalaman negara. Justeru memahami integrasi nasional adalah sangat relevan kerana mengenal pasti masalah dan cabaran semasa menjadi input kepada dasar awam yang dilaksanakan pada masa akan datang.

2.2 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI MASALAH INTEGRASI NASIONAL MASYARAKAT MALAYSIA KINI Pada hari ini, usaha dalam merealisasikan integrasi semakin mencabar. Walaupun banyak usaha telah dilakukan, namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukkan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam persoalan hak sering kedengaran atas nama demokrasi. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam menangani masalah integrasi nasional masyarakat Malaysia kini seperti cabaran sosial, politik, dan nilai antara etnik. Antara cabaran yang perlu ditempuh dalam menangani masalah integrasi nasional adalah cabaran sosial. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun, isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerengangan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang kerap kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu, dan isu kemasukan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi. Menurut Kamarulzaman Askandar (2006), isu penggunaan Bahasa Melayu telah membangkitkan rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu kerana mereka beranggapan bahawa pengunaan bahasa Melayu akan menyebabkan jatuhnya kedudukan martabat bahasa ibunda mereka. Di samping itu, kerajaan juga turut menghadapi cabaran dari sudut politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mengukuhkan semangat perkauman sekiranya penyuaraan terhadap kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Kewujudan parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkukuhkan lagi syak wasangka antara etnik. Setiap parti hanya akan memperjuangkan kepentingan hubungan etnik yang diwakili. Isu-isu seperti bahasa,

kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain menjadi cabaran dalam usaha mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan wujud perpaduan tanpa ada sebarang sengketa berdasarkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Mohd Asraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin, & Amaran@Amran Abdul Malek, 2013). Selanjutnya, cabaran nilai antara etnik juga wujud dalam masyarakat Malaysia kini. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapat pekerjaan dan mewujudkan polarisasi antara etnik. Amalan dan layanan berat sebelah yang memihak kepada tenaga kerja bukan Melayu, wujud secara jelas dalam sektor swasta bukan milik bumiputera. Ini dicerminkan oleh gaji rendah pekerja bumiputera, kenaikan gajinya yang dilambatkan, dan peluang latihan yang terhad (Rais Saniman, & Ruhanie Ahmad, 2018) . Kebanyakan sektor swasta memberikan pelbagai alasan untuk tidak membuka peluang pekerjaan kepada bumiputera. Antaranya, masalah graduan bumiputera yang tidak boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Amalan diskriminasi ini turut memburukkan tahap tidak saksama (inequality) dalam penyediaan peluang pekerjaan, pembahagian pendapatan, dan pengagihan kekayaan nasional yang melibatkan bumiputera. RUMUSAN Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Menurut Ismail Ibrahim (2009), integrasi kaum dan hubungan etnik juga sangat penting supaya perpaduan terus terjalin. Integrasi nasional adalah agenda yang sangat penting bagi kelestarian kestabilan politik negara. Untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar, asas pembinaan negara bangsa Malaysia perlu kukuh dan mampu bertahan. Hal ini kerana, perpaduan yang terjalin antara kaum dapat mewujudkan suatu suasana yang harmoni dalam negara seterusnya memberi kemajuan kepada pelbagai bidang di Malaysia iaitu selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara.

RUJUKAN Aszlan Selamat, & Mohamad Iszuan Safarudin. (2016). Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional. Jurnal Kinabalu, 19. Diakses

daripada

file:///C:/Users/User/Downloads/504-Article%20Text-1035-1-10-

20161227.pdf Fadhilah Zaini, & Kassim Thukiman. (2009). Pembangunan Politik dalam Hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 115-140. Diakses daripada

http://eprints.utm.my/id/eprint/14762/1/FadilahZaini2009_Pembangunan

PolitikdalamHubunganEtnik.pdf Hamidah Ab Rahman, Muhammad Daud, & Norli Ahmad. (2009). Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 185198. Diakses daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/14760/1/HamidahAbdulRahman 2009_PembangunanEkonomidalamHubunganEtnik.pdf Ilyani Khuszairy (12 Mac 2018). Antara hak dan batasan bersuara. Utusan Online. Diakses daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-hak-dan-batasan-bersu

ara-1.625445 Ismail Ibrahim. (2009). 1 Malaysia Dalam Konteks Kepelbagaian Agama. Kuala Lumpur: JAKIM. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2016). Perpaduan dan integrasi nasional. Diakses daripada http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/perpaduan_integrasi _nasional/files/downloads/perpaduan_integrasi_nasional.pdf Kamarulzaman Askandar. (2006). Perpaduan dan perdamaian etnik. Utusan Online. Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0820&pub=utusan_ malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive Kassim Thukiman. (2009). Hubungan Etnik Pada Zaman kolonial. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 71-87. Diakses daripada http://eprints.utm.my /id/eprint/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonial.pdf Mohd Asraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin, K. T., & Amaran@Amran Abdul Malek. (2013). Hubungan etnik. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nor Izadtul Abdullah. (2018). Perlembagaan Malaysia dalam Perspektif Hubungan Etnik. Diakses daripada https://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=80429

Rais Saniman, & Ruhanie Ahmad. (2018). Pekerja bumiputera ditindas? Utusan Online. Diakses

daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pekerja-bumiputera-

ditindas-1.791752 Ravi Kumar Nadarashan. (2014). Perlembagaan Malaysia Full. Diakses daripada https://www.pdfcoke.com/document/205782197/Perlembagaan-Malaysia-Full Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, & Salma Ishak. (2004). Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Diakses daripada http://repo.uum.edu.my/1833/1/19.pdf Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubugan Etnik. Putrajaya: Maskha Sdn. Bhd.

Related Documents

Hubungan Metakognisi
October 2019 36
Hubungan Kejiranan
November 2019 24
Hubungan Etnik.docx
November 2019 19
Hubungan Gen.docx
December 2019 23
Hubungan Terapeutik
June 2020 15

More Documents from "rahmani"

Hubungan Etnik.docx
November 2019 19
Rph Bola Jaring.docx
November 2019 19
Report Ino.docx
November 2019 10
Essay Inno.docx
November 2019 16
Edup Temubual.docx
November 2019 34