Hikayat Nakhoda Muda

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Nakhoda Muda as PDF for free.

More details

  • Words: 1,080
  • Pages: 7
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA MELAYU KLASIK: HIKAYAT NAKHODA MUDA Nama Pelajar: STACEY INDA ANAK LAYANG No. Matrik : JEA080143 No. Kumpulan Tutorial : RABU-12-1 PETANG Nama Pensyarah : DR.AMRAN MUHAMMAD Nama Tutor : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

1

Pengenalan:

Hikayat ini tergolong dalam sastera zaman peralihan kerana masih terdapat unsur Hindu digandingkan dengan unsur Islam.Permulaan hikayat ini dimulai dengan Bismillahhirrahmanirrahim dan ditamatkan dengan meyebut tahun Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. serta perkataan Arab Taslim kathiran,menyebut hal yang berlaku ialah kehendak Allah dan mengagumi kebesaran Allah.

Petikan diambil dari Hikayat Nakhoda Muda,halaman 10 sehingga 11.

“.Syahadan kata sahibulhikayat maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Rakna Kemala sepeninggal kakanda baginda itu sudah belayar / maka tuan puteri menangis juga kerjanya sangatlah baginda bercintakan saudaranya itu kerana sudah tujuh tahun lamanya belum juga baginda kembali pulang ke negeri baginda.Maka tuan puteri pun menyuruh memanggil Perdana Menteri;itu pun datanglah maka segera ditegur oleh tuan puteri seraya kata baginda “silakanlah duduk mamanda Perdana Menteri .”Seraya baginda memberi puan sirih kepada Perdana Menteri,kata baginda,”Silakanlah sirih mamanda .”Syahadan maka segeralah disambut oleh Perdana Menteri lalu dimakannya.Sebermula maka kata tuan puteri,”Hai mamanda,betapalah gerangan halnya kakanda itu maka belum juga baginda dating kerana janjinya tiadakan lama.Baiklah mamanda menyuruh orang

2

perbaiki sebuah bahtera kerana beta hendak pergi mencari kakanda itu,apa gerangan sebabnya maka baginda belum juga kembali dan betapakah halnya di dalam negeri orang sekarang.Maka khabarnya pun tiada.Entah mati gerangan baginda atau karamkah di dalam laut gerangan siapa tahu akan hal yang demikian itu;maka tiadalah baginda kembali-kembali lagi.”

Sinopsis petikan diambil dari Hikayat Nakhoda Muda,halaman 10 sehingga 11

Setelah menunggu selama tujuh tahun,akhirnya Tuan Puteri Rakna Kemala tidak dapat menunggu lagi kepulangan abangnya.Puteri Rakna Kemala membuat keputusan untuk mencari abangnya sendiri dengan melakukan pelayaran.Tindakannya itu mendapat bantahan daripada Perdana Menteri tetapi tuan puteri tetap berkeras.Namun,Perdana Menteri terpaksa akur dengan permintaan tuan puteri.Perdana Menteri mengarahkan orang untuk membina bahtera untuk tuan puteri.Tuan puteri juga sentiasa bertanya akan keadaan abangnya di negeri orang samada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Kupasan Hikayat Nakhoda Muda dari segi wataknya 1.

Watak Nakhoda Muda atau Puteri Rakna Kemala: Berdasarkan kajian teks yang saya telah buat watak Nakhoda Muda berpegang kepada falsafah kasih sayang terhadap saudara kandung.Watak ini dapat dilihat apabila Nakhoda Muda sanggup

3

melakukan pelayaran yang mengambil tempoh selama tujuh hari tetapi menjadi tiga hari sahaja kerana bahteranya dibina dengan baik sekali untuk mencari abangnya,Maharaja Johan Syah yang sudah tujuh tahun tidak balik ke negerinya.Hal ini adalah disebabkan Maharaja Johan Syah ingin melihat temasya dan adat bahasa negeri lain.Namun malangnya,dia melakukan satu kesilapan semasa bertaruh dengan Maharaja Digar Alam iaitu raja negeri Berantah Indera sehingga menyebabkan dia menjadi gembala kuda maharaja.Nakhoda Muda membuktikan kasih sayangnya kepada abangnya dengan setia menunggu kepulangan abangnya selama tujuh tahun.Oleh kerana sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu kepulangan abangnya,Nakhoda Muda melakukan pelayaran sendiri walaupun dia sedar akan cabaran-cabaran yang akan terpaksa ditempuhi sepanjang pelayaran.Tambahan pula,pelayaran bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang wanita dan hanya orang tertentu sahaja yang berjaya melakukan pelayaran dengan selamat.Nakhoda Muda dapat membuktikan bahawa dirinya dapat menempuhi segala cabaran tersebut kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap abangnya sehingga dia sanggup bertindak sedemikian.Demi kasih sayangnya kepada abangnya juga,Nakhoda Muda sanggup melakukan penyamaran dengan menyamar menjadi seorang laki-laki bagi mengelakkkannya dipandang rendah oleh pelayar lain dan juga memudahkan pergerakknya untuk mencari abangnya.Selain daripada itu,dalam tempoh tujuh tahun,Nakhoda Muda sangat merindui abangnya sehinggakan dia banyak menangis daripada melakukan aktiviti lain.Nakhoda Muda juga selalu memikirkan keselamatan abangnya samada masih hidup atau sudah mati atupun sesat di negeri orang.Hal ini jelas membuktikan

4

bahawa pertalian saudara tidak akan terputus walau apapun yang terjadi bak kata pepatah “air yang dicincang tidak akan putus.””Syahadan kata sahibulhikayat maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Rakna Kemala sepeninggal kakanda baginda itu sudah belayar / maka tuan puteri menangis juga kerjanya sangatlah baginda bercintakan saudaranya itu kerana sudah tujuh tahun lamanya belum juga baginda kembali pulang ke negeri baginda.”Petikan ini membuktikan lagi bahawa di antara Puteri Rakna Kemala dan Maharaja Johan Syah amat menyayangi antara satu sama lain sehinggakan mereka tidak boleh dipisahkan dalam jangka masa yang lama kerana petikan ini membuktikan juga bahawa Puteri Rakna Kemala sangat menderita iaitu dia hanya menangis sahaja sepanjang tempoh dia berjauhan dengan abangnya.

2.

Watak Perdana Menteri:Berdasarkan kajian teks yang saya telah buat watak Perdana Menteri berpegang kepada falsafah taat dan setia kepada rajanya.Hal ini dapat dibuktikan sepanjang peninggalan Maharaja Johan Syah iaitu selama tujuh tahun dia selaku wakil maharaja telah mentadbir negerinya dengan adil dan saksama.Buktinya negeri tersebut berada dalam kaedaan aman damai tanpa berlaku sebarang peperangan mahupun rampasan kuasa.Perdana Menteri juga seorang pemimpin yang amanat dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya di mana dia menjalankan tugas-tugas tersebut dengan penuh kewibawaan dan mematuhi etika kehidupan di istana.Antara contoh tugas yang telah Perdana Menteri laksanakan dengan berjaya ialah pembinaan bahtera untuk tuan puteri mencari abangnya.Oleh sebab bahtera tersebut dibina lebih baik daripada bahtera Maharaja Johan Syah yang

5

terdahulu maka tempoh pelayaran tuan puteri dapat disingkatkan menjadi tiga hari sahaja iaitu berbanding tujuh hari tempoh pelayaran Maharaja Johan Syah.Hal ini juga menunjukkan komitmen Perdana Menteri yang tinggi terhadap tugas-tugas yang diamanatkan kepdanya.Selain daripada menjadi seorang perdana menteri,dia juga bertindak menasihati maharaja dan tuan puteri terhadap segala tindak-tanduk yang bakal diambil oleh kerabat di raja.Hal ini jelas juga membuktikan bahawa betapa besarnya peranan seorang perdana menteri dalam kelicinan pemerintahan sesebuah negeri.Namun begitu,Perdana Menteri tetap menghormati maharaja sebagai pemerintah yang paling berkuasa dalam menentukan segala hal.Dalam Hikayat Nakhoda Muda ini juga menunjukkan Perdana Menteri ini adalah suatu watak yang amanah iaitu semasa Maharaja Johan Syah hendak belayar,baginda berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga adiknya yang masih kecil yakni Tuan Puteri Rakna Kemala sepanjang tempoh baginda berada di negeri orang kerana maharaja dan adiknya ialah yatim piatu.Jadi,sepanjang tempoh tujuh tahun tersebut Perdana Menteri mengasuh tuan puteri dengan penuh tanggungjawab.

Kesimpulannya,Hikayat Nakhoda Muda ini adalah sebuah karya klasik yang mengetengahkan falsafah kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan lenyap begitu sahaja kerana ikatan antara ahli keluarga adalah satu anugerah Tuhan yang patut kita hargai.Dalam sesebuah ikatan kekeluargaan juga perlu adanya pengorbanan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga misalnya.Hikayat Nakhoda Muda ini juga mengangkat martabat wanita dan membebaskan wanita

6

daripada norma masyarakat pada zamannya.Watak Puteri Rakna Kemala menggambarkan watak wanita yang berjuang untuk membuktikan kasih sayang antara saudara walaupun terpaksa menyamar untuk membuktikan kemampuannya itu.Disamping itu,watak pemimpin seperti Perdana Menteri juga membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap rajanya iaitu wajarlah pemimipin sekarang mencontohinya.

RUJUKAN 1.Wahyunah Abd. Gani,2004,Hikayat Nakhoda Muda,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.http.//www.google.my

7

Related Documents

Hikayat Nakhoda Muda
October 2019 37
Hikayat Raja Muda
October 2019 42
Hikayat
June 2020 38
Hikayat
June 2020 32
Hikayat Iblis
November 2019 38
Cerita Hikayat
June 2020 14

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40