Gpi Esei.docx

  • Uploaded by: Muhammad Aslam Abdul Hashim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpi Esei.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,152
  • Pages: 7
Wanita Islam yang berkerjaya dan solehah adalah intipati penting untuk membentuk rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya jika mereka yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan mewujudkan rumahtangga yang kucar-kacir. Bertitik tolak dari itu, wanita adalah penentu buruk baik sebuah masyarakat kerana masyarakat yang baik lahir dari rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Berikut adalah dalil mengapa Islam memandang boleh wanita juga bekerja dan melakukan aktiviti ekonomi:

(Surah An-Nisa:32)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah

kamu)

dan

pohonkanlah

kepada

Allah

akan

Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

1

limpah

kurnianya.

Beberapa

pendekatan

berikut

perlu

ditanggapi

secara

objektif

dalam

membincangkan peranan wanita dalam perjuangan untuk mengislahkan masyarakat kini. Pertama bekerja di luar rumah sebagai memenuhi peranan wanita islam dalam pengislahan masyarakat. Bertitik tolak dari itu, kita sewajarnya mengetahui bahawa keluarnya wanita bekerja sebagai satu langkah untuk berhubung dengan masyarakat dan melaluinya pendidikan Islam yang berterusan akan dapat dilakukan. Peranan wanita tidak hanya terhad kepada menjadi ibu dan isteri sahaja namun kini wanita juga boleh menjadi pendakwah. Sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud, “Dunia ini semuanya perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”.

Namun demikian, Wanita telah dikurniakan kemampuan dan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak. Oleh sebab itu, memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah salah satu tanggungjawab terbesar bagi wanita. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Islam telah memberikan kesempatan yang secukupnya kepada wanita untuk menunaikan tanggungjawabnya. (Abd Aziz Bin Harjin, 2008)

Gambar 1.0: Mendidik anak-anak

2

Isteri mempunyai tanggungjawab terhadap suaminya apabila telah berkahwin. Dia wajib mengutamakan keluarganya dalam segenap perkara. Dia juga perlu memikirkan cara untuk menjadikan dirinya sentiasa disayangi dan dicintai oleh suami serta anakanaknya. Tanggungjawb ini bermula sebaik sahaja akad nikah dilafazkan, bermakna bermulalah tugas wanita sebagai isteri. Antara perkara yang penting bagi seseorang wanita Islam untuk menunaikan tanggungjawab dalam rumahtangga ialah dengan menyediakan segala keperluan suami dan anak-anak. Meskipun alam rumahtangga penuh dengan kepenatan dari bekerja, namun para wanita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab ini. Sudah terang lagi bersuluh, tanggungjawab seorang isteri ialah mengurus segala makan, minum dan pakaian keluarga. Isteri yang baik tidak akan terlepas pandang dengan tugasnya dan sentiasa memastikan suami dan anak-anak mendapat perhatian sewajarnya. (Siti Nor Bahyah Mahamood, 2009, hlm. 84) Setelah penat bekerja bagi suami dan lelah menuntut imu bagi anak-anak, mereka tentunya inginkan perhatian daripada tulang belakang keluarga yang bergelar isteri serta ibu. Wanita Islam harus mengetahui bahawa segala yang dilakukannya untuk keluarga, terutamanya terhadap suami akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T, lebih-lebih lagi apabila wanita itu bekerjaya dan menanggung pengorbanan yang sangat besar.

Bukan itu sahaja, berdoa untuk anak-anak sangat penting untuk kesejahteraan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Dalam seseorang ibu bapa itu mencari rezeki yang halal, seharusnya tidak melupakan anak-anaknya. Doa yang paling makbul adalah doa daripada seorang ibu. Ingat lah ada sebuah hadis yang menyatakan,

Yang bermaksud “Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.” (HR. Ahmad, an-Nasaai, Ibn Maajah dan al-Hakim). Jika mempunyai lapan anak, sebutlah nama mereka satu persatu. Mohon supaya anak-anak sentiasa kekal dalam iman dan beramal baik. Semoga Allah S.W.T. menjauhkan mereka daripada perkara-perkara yang merosakkan iman. Berzikirlah sekalipun ketika mengacau gulai. Semoga apa yang dimasak dan dimakan menjadi berkat untuk anak-anak. Nampak macam kekampungan tetapi mungkin daripada usaha sebegini yang berterusan, kita akan dikurniakan anak-anak yang sentiasa sejuk mata memandang.

3

(Surah At-Tahrim:6) Firman Allah yang bermaksud: Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. (Rashidah Mustaffa, 2011, hlm. 31) "Golongan isteri bekerjaya berperanan sebagai tulang belakang kepada suami untuk menambah pendapatan keluarga.Tiada halangan budaya atau agama kepada kemajuan wanita kerana Islam membenarkan wanita keluar bekerja dan membina karier selagi tanggungjawab hakiki kepada keluarga tidak terabai". Statistik dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menunjukkan peningkatan peratusan wanita di Malaysia yang bekerja iaitu 44.7% tahun 1995 kepada 47.3 tahun 2004.Grant Thornton International Business Report (IBR) menyebut peratusan wanita bekerja di Malaysia adalah paling tinggi iaitu 40% berbanding Thailand, 37% dan Singapura 36%. Malahan, 26% daripada 40% wanita Malaysia yang bekerja terlibat sebagai pembuat dasar di posisi penting sesuatu organisasi antaranya di sektor perniagaan dan korporat (Syazlyna Jamil, 2015). Berdasarkan pemerhatian tersebut, wanita yang bekerjaya sudah pasti akan terdedah dengan masalah pergaulan bebas dengan rakan sekerja berlainan jantina.

Gambar 2.0 : Aurat yang sempurna 4

Apa yang perlu dilakukan ialah menjaga aib suami mahupun keluarga. Selain itu juga perlulah menjalankan tanggungjawab mereka sekiranya melihat anak-anak terjerumus dalam pergaulan bebas di pejabat walaupun sudah berkahwin. Hendaklah sentiasa beringat tentang bahaya pergaulan tanpa batasan yang boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah rumahtangga. (Noor Hajidah Hassan, 2014, hlm. 25)Tegasnya, apabila para wanita ini menghayati konsep baiti jannati yang sebenar, mereka tidak akan mencari keseronokkan di luar, malah sentiasa menganggap keluarga adalah amanah daripada Allah S.W.T. yang perlu dilindungi sebaik mungkin.

Sehubungan dengan itu, Meskipun sibuk menguruskan kerjaya, wanita seharusnya mengasuh anak-anak melakukan sebarang kerja dengan teratur dan sitematik (Muhammad Zakaria, 2012, hlm. 45) Anak-anak sebenarnya mempunyai potensi diri yang sangat tinggi, yang belum dicemari dan diterokai sepenuhnya. Ia ibarat hutan belantara yang menyimpan pelbagai hasil yang berharga seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, pokok herba dan sebagainya. Jika salah meneroka, hutan akan menjadi gondol, keseimbangannya

tergugat,

hakisan

tanah-tanih

berlaku

dan

banjir

akan

menenggelamkan tempat yang rendah. Lebih teruk lagi, spesies flora dan fauna yang terkawal juga akan pupus. Begitulah juga dengan anak. Potensi diri yang amat berharga dalam jiwa anak muda ini harus dipupuk serta dikembangkan dengan cermat dan bukan diabaikan dan ditinggalkan oleh para wanita. Oleh sebab itu, pupuklah mereka agar menjadi generasi yang bakal mendatangkan input yang maksimum kepada ibu pertiwi serta sokongan yang padu dapat meningkatkan keberhasilan anak-anak menjadi aset Islam itu sendiri.

Gambar 3.0 : Wanita Islam yang berkerjaya 5

Tuntasnya, dapatlah kita lihat bahawa tanggungjawab seorang wanita yang bekerjaya adalah penting dalam alam perkahwinan kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang sejahtera, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jelaslah, dengan menganggap sudah miliki diploma, sekeping ijazah, ada sarjana dan PHD maka dia sudah tahu segala-galanya adalah tidak tepat untuk menghadapi bahtera rumahtangga. Sebenarnya, pengalaman bersusahpayah pertahankan prinsip agama, latihan agar kreatif menangani masalah di waktu susah dan senang sebelum melangkah ke institusi rumahtangga.

6

Bibliography Abd Aziz Bin Harjin. (2008). Didapatkan dari Blogspot: http://076115islam.blogspot.my/2009/04/halatuju-dan-peranan-wanita-islam.html Muhammad Zakaria. (2012). Memupuk Potensi Anak-anak. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Noor Hajidah Hassan. (2014). Cegah Sebelum Terlanjur. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. quran.com. (2017, Februari 19). Didapatkan dari https://quran.com/4/32 Rashidah Mustaffa. (2011). Ibu Bapa Luar Biasa. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Siti Nor Bahyah Mahamood. (2009). KEWAJIPAN WANITA SEBAGAI ISTERI. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Syazlyna Jamil. (2015, Julai 25). PORTAL BERITA USIM. Didapatkan dari http://news.usim.edu.my/en/berita-penyelidikan-penerbitan/item/374-wanitamalaysia-mampu-seimbang-keluarga-dan-kerjaya-dr-rafidah

7

Related Documents

Gpi Esei.docx
December 2019 19
Gpi Workers New Template
November 2019 11
Gpi Esquema Grupo01
November 2019 10
Gpi Prototype Trifold
June 2020 2
Gpi Bank Account
November 2019 17

More Documents from ""

Rubrik.docx
December 2019 14
Gpi Esei.docx
December 2019 19
Ulasan Artikel Math.docx
November 2019 10
Model Assure.docx
November 2019 8