Model Assure.docx

  • Uploaded by: Muhammad Aslam Abdul Hashim
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Model Assure.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,035
  • Pages: 11
A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: - Ciri-ciri umum pelajar. - Pengetahuan/pengalaman sedia ada. - Gaya belajar.

1.

Ciri-ciri umum:-

Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih dan digunakan.Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.

2.

Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-

Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.

3.

Gaya pembelajaran pelajar:-

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey

dan Mumford. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif. - Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)? - Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)? - Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)? - Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?

1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)? Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” ---“pada akhir pengajaranpembelajaran, pelajar dapat.....”

2. Bentuk tingkah laku baharu. “apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaranpembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.

3. Situasi atau prasyarat perlakuan Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaranpembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

4. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaranpembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif

atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif yang baik. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: a. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan. b. Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurangkurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul. c. Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam kumpulan berempat.

S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials) Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut: -Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners) -Bentuk objektif (the nature of the objectives) -Pendekatan pengajaran ( the instructional approach) -Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan -Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar? - Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar? - Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar? - Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu? - Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar? - Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah berikut:

1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. 2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. 3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1.

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

2.

Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?

3.

Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?

4.

Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?

5.

Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?

6.

Adakah bahan ini ada kualiti?

7.

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

8.

Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

9.

Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaranpembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)

Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaranpembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan. Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan      



Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu? Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak disampaikan? Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri? Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut? Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu ditayang? · Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa elektrik? Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan. Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan       

Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan? Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya? Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer atau member maklum balas? Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons? Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan apakah cara mengatasinya? Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar? Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?

E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)

Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1.

Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?

2.

Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?

3. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan? 4.

Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?

5.

Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?

6. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan perancangan lebih baik? 7.

Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya

Related Documents

Model Model
April 2020 51
Model
November 2019 70
Model
August 2019 67
Model
May 2020 45
Model
October 2019 47
Model
October 2019 43

More Documents from ""

Rubrik.docx
December 2019 14
Gpi Esei.docx
December 2019 19
Ulasan Artikel Math.docx
November 2019 10
Model Assure.docx
November 2019 8