Ulasan Artikel Math.docx

  • Uploaded by: Muhammad Aslam Abdul Hashim
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Artikel Math.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,044
  • Pages: 5
ULASAN ARTIKEL

Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, dasar yang meliputi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, intelek, soaial dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah prasekolah.

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak–kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat

Bagi mengupas lanjut mengenai dasar pendidikan awal kanak-kanak ini, saya telah mengambil beberapa artikel untuk merumuskan perkara tersebut. Secara umumnya artikelartikel ini membincangkan soal kepentingan pendidikan awal untuk kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanakkanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanakkanak yang bawah umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, sebahagian besar perkembangan otak berlaku secara optimum sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. Ini merujuk kepada perkembangan kognitif yang pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009). Antara idea yang dapat di fokuskan daripada artikel-artikel yang telah di kaji ialah pendidikan awal kanak-kanak memberi kesan kepada perkembangan mental kanak-kanak yang sihat. Hal ini memberi impak kepada pemilikan ciri-ciri personaliti yang positif disamping dapat memberi kesan kepada pengurangan kadar jenayah yang berlaku di dalam negara.

Perkara pertama yang dibincangkan oleh penulis-penulis ialah berkenaan tahap perkembangan kanak-kanak. Beliau berpendapat diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkatperingkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Saya amat bersetuju dengan pandangan penulis ini. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun." Ini jelas menunjukkan kanakkanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan (Hassan, 1997). Menurut satu laporan yang ditulis oleh Sir Christopher Ball (1994) pendidikan awal adalah asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang. Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, moral dan jasmani.

Bukan itu sahaja, dengan pendidikan seawal umur lima tahun, negara Malaysia mampu mengeluarkan tenaga kerja mahir pada umur yang muda. Oleh itu, ia akan memberi impak yang positif kepada sosial dan ekonomi negara ini. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sekiranya terlalu ditekankan kepada pendidikan prasekolah yang tertalu ketat akan menjejaskan kehidupan zaman kanak-kanak tersebut. Kehidupan kanak-kanak haruslah dilalui dengan keseronokan, kasih sayang serta nilai murni yang tinggi bagi membentuk seorang insan yang berperikemanusiaa. Mereka yang terlalu mengejar kejayaan tanpa memperdulikan perkembangan moral dan rohani akan memberi kesan yang negatif kepada sosial dan perkembangan negara.

Idea seterusnya ialah, kanak-kanak haruslah diberikan kasih sayang, pengajaran adab dan nilai murni semasa pendidikan prasekolah. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah haruslah disesuaikan dengan sifat kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain sambil belajar serta belajar dalam keseronokan. oleh yang demikian, pengajaran berkaitan akademik adalah perlu, akan tetapi tidaklah terlalu ketat dan mengetepikan perkembangan holistik kanak-kanak tersebut. Melalui idea ini, saya amat bersetuju dengannya kerana manusia yang mempunyai nilai murni yang tinggi akan menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. Bukan itu sahaja, menurut statistik kes buli, sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan kekurangan kasih sayang, oleh itu pemberian kasih sayang yang secukupnya mampu membentuk insan yang gembira dan harmoni.

Pendidikan awal juga dapat memastikan kanak-kanak di kawasan luar bandar mempunyai hak yang sama bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Bagi ibu bapa, seharusnya memberikan kepentingan kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang luas bermula daripada prasekolah. Saya juga bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sememangnya kawasan luar bandar sukar untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti berbanding dengan kawasan bandar. Oleh itu dengan kewujudan prasekolah di kawasan luar bandar mampu merapatkan jurang pendidikan antara luar bandar dan dalam bandar.

Selain itu, pembentukan sekolah sebagai sebuah kompleks pendidikan yang mempunyai pendidikan di peringkat sekolah prasekolah hinggalah ke peringkat menengah. Ini dapat membantu guru-guru bagi mengenal pasti prestasi murid sejak di peringkat prasekolah. Bukan itu sahaja, terdapat juga idea berkaitan kelayakan guru prasekolah yang harus mempunyai sekurang-kurangnya ijazah bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan adalah yang terbaik. Idea yang di tulis di dalam artikel tersebut adalah baik namun akan berlaku masalah apabila sikap guru pada peringkat sekolah yang seterusnya tidak mengendahkan laporan analisis murid daripada peringkat sekolah sebelumnya. Hal ini berkemungkinan

kerana

guru

yang

berpengalaman

lebih

gemar

menyampaikan

pengajarannya dengan gaya yang tersendiri tanpa mengambil perhatian berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid tersebut.

Seterusnya, guru serta ibu bapa haruslah memelihara kanak-kanak daripada terpengaruh dengan budaya barat yang mampu merosakkan moral dan akidah seseorang itu. Walaubagaimanapun, perkara yang baik daripada masyarakat barat boleh diambil dan dijadikan panduan untuk mendidik kanak-kanak disebabkan tidak semua yang dibuat oleh masyarakat barat bertentangan dengan amalan budaya dan agama di negara kita. Oleh itu, perkara yang baik kita ambil untuk disepadukan dengan nilai-nilai murini yang dibawa oleh masyarakat kita.

Sebagai kesimpulan daripada ulasan artikel ini, kanak-kanak haruslah dijaga dan diberi pendidikan sebaiknya serta seimbang dari aspek jasmari, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Oleh itu, pendidikan yang komprehensif

adalah penting bagi memastikan

pembangunan yang holistik bagi semua kanak-kanak.

(990 patah perkataan)

RUJUKAN

Aminudin Mansor. (2018). Apa Pentingnya Pendidikan Awal Kanak-kanak ?. Pendidik, 40-41

Jabatan Perdana Menteri. (2009). Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. Diperoleh pada (5 Ogos 2018) Daripada www.permata.jpm.my/.../ Dasar_Asuhan_dan%20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan. 24/3/2012

Mastura Badzis.(2012). Pendidikan Anak-Anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum

yang

Integratif.

Diperoleh

pada

(4

Ogos

2018)

Daripada

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/.

Pendidikan awal kanak-kanak dititikberatkan. (19 November 2014) Utusan Borneo Online, Diperoleh pada (3 Ogos 2018) Daripada, https://www.utusanborneo.com.my /2014/11/19/pendidikan-awal-kanak-kanak-dititikberatkan

Prapersekolahan kesan pendidikan seawal lima tahun. (11 Januari 2000). Utusan Online, Diperoleh pada (3 Ogos 2018) Daripada, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y =2000&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm

Related Documents


More Documents from "Muhammad Aslam Abdul Hashim"

Rubrik.docx
December 2019 14
Gpi Esei.docx
December 2019 19
Ulasan Artikel Math.docx
November 2019 10
Model Assure.docx
November 2019 8