Fikirlah bahawa kita masih bangsa Melayu ! Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1
ALLAH takdirkan seorang Islam berbangsa Melayu. Budak lagi. Tapi genius tahap profesor matematik universiti. Menyalaklah pemimpin-pemimpin Melayu ini, ada yang kata dia perlu ikut silibus yang ada, ada yang kata perlu ubah silibus, ada yang tumpang semangkuk. Diusung budak kecil itu ke seluruh negara. Sudah macam pertunjukkan bangsawan pula. Tapi cuba budak yang bijak tadi mengkritik pemerintahan Melayu kerana kegeniusannya. Mesti budak tadi dikecam, dihina. Maka kisah budak yang dibunuh oleh Sultan Melayu kerana genius mencadangkan batang pisang bagi menghalang Temasik dilanggar todak pun bermula semula ....... BANGANGNYA Melayu .......
2
Bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar. Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita?
3
Melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan.
4
Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?
5
Kalau kita lihat Perlembagaan Persekutuan Malaysia, sudah cukup lengkap peruntukan dan Perkara seperti 3, 32, 38, 152 dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu ?
6
Perjuangan seolah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini dibicarakan - sebagai perjuangan ?
7
Kepada orang Melayu, kalah menang politik adalah soal maruah. Biar papa asal bergaya. Politik itu maruah, bukan kuasa. Politik adalah kuasa dan angka! Dan kuasa yang berguna, ada di tangan rakyat yang mengundi mengikut perhitungan, bukan perasaan.
8
Jika kita mahu menjadi ahli politik yang baik, kita mesti tahu juga dua perkara penting iaitu "sejarah" dan "kebudayaan". Negara-negara maju dan berkuasa hari ini wujud kerana rakyat mereka memahami sejarah dan kebudayaan mereka.
9
Masalah Malaysia, rakyatnya tidak pernah diberi keutamaan dalam pembelajaran sejarah dan kebudayaan. Mata pelajaran itu dianggap tidak penting sehingga mengakibatkan rakyat tidak ada haluan sebaliknya lebih banyak membincangkan perkara yang tidak berilmu.
10
Pembentukan jati diri dan budaya bangsa, langsung tidak disebut. Tarian dan persembahan kesenian tradisional (warisan), amat sedikit membentuk peribadi bangsa, lebih banyak bersifat komesial. Mengapa tidak disebut sedikit pun untuk memperkasakan bahasa Melayu? Bukankah bahasa itulah yang akan membentuk peribadi bangsa? Bukankah bahasa itu merupakan budaya yang penting bagi sesuatu bangsa untuk membentu peribadi dan jati diri?
11
Kita semua adalah “product of history” atau anak penghasilan sejarah maka suka atau tidak, sedar atau alpa, jahil atau mengetahui, tanggapan kita mengenai sejarah keluarga kita, masyarakat kita dan apatah lagi sejarah bangsa kita menjadi faktor penentu tentang apa yang dianggap hak kita atau hak orang lain.
12