Elemen 1 Bangunan: Bangunan Stadthuys Sumber: a) Internet-
http://ws.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Stadthuys b) Buku ilmiah-MALAYSIA Gerald Cubitt, MALAYSIA WONDERS AND CONTRASTS, MELAKA HISTORIC TOURISM, History of the Dutch in Malaysia dan Malacca Ftraits of Enchantment c) Orang sumber- bapak aku (Husin Bin Aman) dan temu bual orang summer (bapak aku) d) Melawat- tiket melawat, tarikh melawat, alamat: Jalan
Kota Melaka Tengah 75000 Melaka, risalah bangunan stadthuys e) Majalah- xxxxxxxxxx (aku x tau)
RUJUKAN
1. Orang Sumber NAMA: Husin bin Aman. UMUR: 48 tahun ALAMAT: BT 19 ¼ Kampung Kesang Tua 77000 Jasin, Melaka 2. Melawat Tempat Kajian Perbandaran Muzium Melaka Kompleks Stadthuys Jalan Kota, Melaka Tengah 75000 Melaka 3. Buku Ilmiah ♦MALAYSIA Gerald Cubitt: Wendy Moore ♦MALAYSIA Wonder And Contrasts: Peter Chay’s ♦MELAKA HISTORIC TOURISM: Melaka State Goverment ♦History of the Dutch in Malaysia: Dennis De Witt ♦MALACCA FTRAITS of ENCHANTMENT: Viscom 4. Internet http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_SStadthuys
Elemen 2 Bangunan Stadthuys Nama Calon :xxxxxxx
Tingkatan : xxxxxxxx Nombor kad. Pengenalan : xxxxxxx Nama sekolah : xxxxxxxx Nama guru : xxxxxxx
Tajuk Kajian
SEJARAH BANGUNAN STADTHUYS PENGHARGAAN Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya ingin memberi penghargaan dan terima kasih kepada banyak pihak. Pertama, saya ingin mengucapkan tarima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Zabedah Binti Aman kerana telah banyak memberi binbingan sepanjang masa saya melakukan tugasan ini. Jasa beliau cukup besar sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya juga tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa saya iaitu Husin Bin Aman dan Meriam Binti Abdul Wahab kerana telah banyak menyumbang dari segi kawangan dan masa untuk saya mendapatkan bahan
bagi membuat tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka berdua kerana turut memberi sokongan moral sepanjang tugasan ini dijalankan. Terima kasih juga saya ucapkan buat Encik Husin Bin Aman keranan sudi ditemu bual oleh saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat sejarah Bangunan Stadthuys. Beliau sanggup meluangkan masa untuk ditemu bual dan banyak memberi kerjasama dalam menjawab soalan temu bual kami. Akhir sekali, tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Hafizzah Binti Abu Hassan, Nur Fatihah Diyana Binti Abu Hassan, Noraida Binti Kamarudin dan Siti Noor Hasirah Binti Shari yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat,serta cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi baeik kalian.
ISI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.
PERKARA Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian –A. Nama bangunan B. latar belakang. Asal usul pengasas, tarikh pembinaan, lokasi tujuan enubuhan bangunan, kos pembinaan (jika ada) perasmian (jika ada)
M/S
C. keistimewaan bangunan bersejarah, reka bentuk pelan, bahan binaan, pengubahsuaian hiasan dalaman, kegunaan dahulu dan sekarang cara pembinaan. 7. 8. 9.
Rumusan Lampiran rujukan
OBJEKTIF KAJIAN Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Stadthuys di Melaka. Kajian ini merangkumi objektif-objektif berikut : a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih ♫ Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat b) Menambah pengetahuan tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air ♫ Kajian ini dapar menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya menyedarkan kita untuk menjaga dan
membertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia c) Menanam semangat patriotisme di dalam diri
♫ Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generas muda memalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :Melayari internet : Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan melayari internet. Banyak maklumat yang saya perolehi memalui memalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta memaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah yang ada di perpustakaan. Di dalamnya terdapat sedikit sebanyak sejarah tentang Bangunan Stadthuys. Buku ilmiah : Melalui kajian ini juga saya telah mencari maklumat melalui buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan awan Jasin. Salah satu buku ilmiah ialah Kesan Sejarah Dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melaka, Malaysia, Malaysia Wonders And Contrasts, Melaka Historic Tourism serta History of the Dutch in Malaysia. Ter dapat banyak maklumat menganai bangunan Stadthuys di dalam buku ilmiah ini. Melawat tempat : saya dan rakan-rakan telah pergi kajian melawat tempat kajian. Pelbagai maklumat yang saya dapat seperti risalah yang telah di jual di sana. Pelbagai maklumat yang ada di dalam risalah itu seperti asal-usul bangunan, tarikh bangunan di bina dan sebagainya.
Orang sumber : saya dan rakan-rakan telah menembual dengan seorang orang yang lebih tahu pasal bangunan ini. Nama orang sumber saya ialah Husin Bin Aman. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan banyak menerangkan tentang bangunan Stadthuys ini.
HASIL KAJIAN
1. Nama Bangunan Stadthuys adalah membawa maksud State House (Dewasan Bandaran) 2. Latar Belakang ♥Asal usul Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. ♥Tarikh pembinaan Tiada rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini di bina. Ada yang mengatakan bangunantersebut telah dibina di antara tahun 1641 hingga 1656 dan ada pula pendapat yang menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an. ♥Lokasi Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St. Paul.
♥Tujuan penubuhan bangunan Dizaman pemerintahan Inggeris di Melaka, mereka juga mengunakan bangunna ini sebagai pusat pentadbirannya. Setelah Melaka mencapai kemerdekaan, bangunan ini terus digunakan sebagai pusat pebtadbiran kerajaan Negeri dan Persekutuan sejak dari tahun 1957 hinggalah ke tahun 1980. setelah pejabat-pejabat kerajaan berpindah ke bangunan baru, tidak lama selepas itu beberapa bahagian dari bangunanini (terutama di ruang utama) telah pula di guna oleh badan-badan berkanun. Pejabat Antikuiti Wilayah Setalan yang dulunya dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatan yang berpejabat di Muzium Melaka Lama, juga menggunakan ruang atas bangunan ini yang dulunya merupakan ruang pejabat kapada Ketua Menteri Melaka, pada tahun 1980. Di akhir tahun 1982 , di ruang utama bangunan Stadthuys ini telah di jadikan muzium sejarah sementara ianya beroperasi. 3. Keistimewaan Bangunan Bersejarah ♥Reka bentuk pelan Mengenai bentuk asal bangunan Stadthuys tidak banyak rujukan yang dapat di jadikan panduan. Hanya tulisan Laurena Vis dalam The Stadthuys Of Malacca yang menyentuh Stadthuys secara menyeluruh dan hanya menumpukan bangunan ini dalam bentuk pelan asal bangunan yang dibina di zaman Belanda yang di keluarkan pada tahun 1982 dan juga kertas kerja mengenai bangunan ini yang dibuat oleh En. Amir Hamzah bin Mohd. Yunus. Di dalam sebuah lukisan yang di lukis pada tahun 1807 dan di petik penerangannya “The Two Plate Of Malacca Engraved For The Eight Volume Of Pinkertones General Collection Of Voyages Published In 1811, from a scetches made by E.H Locker in 1807”. Dari ilusterasi atau lukisan yang
dibuat oleh E.H Locker ianya menunjukkan bangunna Stadthuys yang asal yang dibina di zaman Belanda yang belom di tokok tambah Bangunan Stadthuys di zaman Belanda mengandungi dua tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat dan dua tingkat di bahagian belakang. Oleh kerana kedudukannya di liring bukit St. Paul, bangunan ini kelihatan seperto bertingkat-tingkat. ♥Bahan binaan Asas dan bahan binaan bangunan Stadthuys berbeza dengan bahan binaan bangunan masa kini. Ukuran tembok yang diperbuat dari batu bata laterite yang telah dibentuk empat segi bujur tidak menentu. Bahagian atas tembok di susun bercampur-campur batu laterite dan juga batu bata (batu bata zaman Belanca) Lantai pada bangunan ini pula terdiri dari tiga bahan uatama iaitu tarakota, grinite dan kayu.lantai grinite dan lantai tarakota merupakan lantai dibahagian bawah manakala lantai yang tidak berasaskan tanah dari lering bukit dan lantai dibahagian atas menggunakan lantai kayu. Plaster yang digunakan pada keselurukan tembok menggunakan motar kapur. Agak sukar untuk menentukan campuran yang digunakan di dalam adunan motar kapur ini. Kulit kerang yang tidak hancur di kesan pada motar plaster. Menurut cerita, kulir kerang direndam dan dihancurkan menjadi kapur. Didalam membuat bancuhan motar, kulir kerang ini dicampurkan dengan pasir dan air serta bahan pelekat yang dikatakan dari putih telur dan madu. Kayu-kayu yang digunakan untuk membina bangunan Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik. ♥pengubahsuaian Laurens Vis juga mencadangkan binaan tambahan yang merupakan binaan kongkrit yang dibina bercamtum dengan bangunan utama di musnahkan dan diganti dengan binaan asal. Walaupun cadangan tersebut di persetujui, kerana peruntukan
yang terhad, tambahan binaan mengikut bentuk asal di kawasan tersebut tidak dapat di laksanakan. Oleh kerana binaan kongkrit yang tidak lagi kukuh, di dalam kerja-kerja fasa pertama ini ianya di runtuhkan dan kawasan tersebut di biarkan sebagai bahagian dari ruang terbuka (cordyard). Di masa-masa yang mendatang pihak pengurusan bangunan Sadthuys harus menimbangkan semula untuk mewujudkan semula binaan tersebut yang boleh di manfaatkan sebagai ruang pameran dan perkara-perkara yang di fikirkan sesuai. Seperti yang dinyatakan, kerja-kerja restorasi di bangunan Stadthuys ini di bahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama pada tahun 1986 di mulakan dengan memecah dan membersihkan binaan-binaan tambahan baru terutama binaan-binaan berbentuk sementara seperti tandas dan setor yang dibina di ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang terbuka. Selain itu juga tumpuan kerja pada fassa pertama ini dulakukan di bahagian bumbung bangunan. Di sebabkan ini adalah kerja-kerja restorase pertama yang di laksanakan oleh pihak JKR baik di Melaka mahupun di lain-lain tempat, walaupun hasratnye untuk mengekalkannya dalam bentuk asal, di sebabkan kurangnya pengalaman di dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan, banyak dari bahan-bahan yang boleh di gunakan semula telah tidak digunakan sepenuhnya. Ini di sebabkan beberapa faktor yang diantaranya tidak dapat memastikan akan kekuatan bahanbahan lama. Tidak pula teknik yang boleh dijadikan garis pandu terhadap kerja-kerja pemuliharaan kerana pemuliharaan terhadap gangunan Stadthuys ini akan di jadikan sebagai landasan. Antara kerja-kerja yang di lakukan di fasa pertama adalah seperti berikut :1Meruntuhkan bangunan-bangunan binaan baru dan membersihkan dari kawasan tersebut. Antara binaan tersebut ialah bangunan talikom, setor pejabat daerah dan binaan tandas yang terdapat di halaman bahagian dalaman bangunan. 2Membuka atap genting Belanda di cuci dan digunakan semula. Menukat atap genting India, china dan asbestos kepada corak asal genting Belanda.
3-
4-
Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan menggantikan kayu-kayu dari jenis yang terbaik kepada kerja kayu yang telah rosak teruk dan tidak boleh dirawat. Menguat dan membaik pulih beberapa bahagian tembok bangunan yang telah retak dan merawat plaster yang masih boleh di kekalkan. Plaster yang tidak boleh dihendaki di tanggalkan dan di plaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti plaster asal.
Kerja-kerja fasa ke-2 di mulakan pada bulan ogos,1988. jabatan Muzium tidak terlibat secara langsung dan hanya di perlukan di dalam kes-kes yang melibatkan temuan-temuan yang tidak di duga. Tumpuan kerjanya pula adalah di bahagian luar bangunan. Antara kerja-kerja yang di lakukan adalah seperti berikut :1Membersihkan tambahan-tambahan baru (sekatan ruang-ruang pejabat) yang terdapat di dalam bangunan Stadthuys. 2Baik pulih tembok-tembok ruang dalam menggunakan bahan dari jenis yang seakan bahan binaan asal. 3Meruntuh dan membersihkan binaan tambahan baru di ruang terbuka. 4Membaik pulih kerja kayu pintu dan tingkap yang asal. Pintu dan tingkap buatan baru di gantikan dengan bentuk pintu zaman Belanda. 5Mengantikan lantai yang telah rosak mengikut jenis dan bentuk ruangruang yang berlainan di bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, grinite, batu bata dan lantai kayu. 6Melaksanakan kerja-kerja di luar jangka yang tidak di duga. ♥kegunaan dahulu dan sekarang Keguanan bangunan di zaman Belanda :-
Di tingkat satu ruang bangunan utama di percayai di gunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Di bahagian belakang dari ruang utama adalah dipercayai sebagai kentin atau tempat berehat pembesarpembesar dan askar-askar Belanda kerana kedudukannya bertentangan dengan binaan yang di panggil sebagai dapur Belanda. Dapur ini di bina berasingan dengan bangunan utama. Saiz dapur yang agak besar memberi gambaran jumlah masakan yang banyak dalam satu-satu masa. Anjung kecil selebar pintu yang di buat bertentangan dengan kedudukan beranda diantara dua tangga asalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor berucap atau pun tempat gabenor memberi tabik hormat di harihari perbarisan, Kegunaan bangunan di zaman Inggeris :Penggunaan ruang yang semakin mendesak, di akhir-akhir zaman pemerintahan Inggeris telah membina bangunan-bangunan dilering bukit yang dicantum dengan Bangunan Stadthuys. Diantaranya dubuatkan halaman sebagai pemisah. Kegunaan bangunan selepas merdeka :Penggunaan berterusan sebagai pusatpentadbiran Negeri. Antara jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Jabatan Tanah dan Daerah, Pendaftaran dan lainlain. Setelah jabatan-jabatan berkenaan berpindah pada tahun 1979, bangunan Stadthuys tidak ditinggalkan kosong begitu sahaja. Lain-lain jabatan pula memenuhi ruang-ruang terutama di ruang bangunan utama. Pejabat Antikuiti Wilayah Selatan yang sebelum ini di kenali sebagai Arkeologi Zom Selatan berpindah e ruang tingkat atas yang terdapat lukisan kaligrafi china pada tahun 1980.
Pada tahun 1982 diatas daya usaha Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tambu Chik, ruang uatama bangunan Sadthuys ini telah di jadikan Muzium Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. ♥cara pembinaan Ukuran kaju untuk tujuan pembinaan ini tidak menentu dan mengikut keperluan. Kabanyakan kayu-kayu tidak di ketam halus. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan di tarah menggunakan kapak atau gergaji sahaja. Siling bagi bangunan utama merupakan siling dua lapis. Siling sebelah atas merupakan papan lebar manakala siling di bahagian bawahnya pula merupakan papan yang disusunrapi. Siling dibahagian balakang merupakan siling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Atap asal bangunan ini merupakan atap genting seperti corak yang terdapat di negera Belanda Lantai tarakota di tempatkan dibahagian anjung bertentangan dengan jam besar dan di beranda bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penahan dan banggunan lama di lering bukit St. Paul. Manakala lantai dari batu grinite pula digunakan pada hampir keseluruhan ruang dan beranda iringan yang bertentangan batu asa pembinaan Muzium Sejarah. Di ruang bahagian daam bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun dari batu bata zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang merangkumi lantai kayu, grinite, tarakota dan batu bata menjadi ianya sebuah bangunan yang unik yang pernah di bina di zaman pemerintahan Belanda di Melaka. Tingkap-tingkap dibangunan utama merupakan tingkap empat petak dan ianya merupakan tingkap dua lapis. Dibahagian luar di perbuat dari kayu dan ruang tingkap ini merupakan kayu nako yang boleh di gerakkan ke atas dan ke bawah. Tingkap di bahagian dalamnya pula merupakan tingkap cermin. Tingkap-tingkap di bahagian belakangnya pula merupakan tingkap dua muka dan dibuat hanya selapis. Ukurannya juga lebih kecil dari tingkap di bangunan utama.
RUMUSAN Secara keseluruhanya, dalam usaha mengumbal maklumat untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini saya mendapat banyak pengalaman baru misalnya dalam proses menemubual orang sumber bersama rakan kumpulan. Kami dapat mengetahui bahaimana persediaan sebelum, semasa dan tindakan selepas proses temubual dibuat. Selain itu, pada sepanjang tugasan ini dibuat banyak mengajar saya bagaimana cara berkerjasama, bertolak ansur dan bantu membantu dalam kumpulan. Saya juga, sedar betapa pentingnya untuk mengekal, memelihara dan memulihara bangunan Stadthuys ini. Tidak ketinggalan juga, saya dapat mendalami bagaimana cara sebuah bangunan bersejarah yang telah lama di bina termasuk bahanbahan yang digunakan, pengubahsuaian dan reka bentuk pelan yang dibuat. Oleh yang demikian, ia dapat menerapkan perasaan bangga dan cinta terhadap bangunan bersejarah ini. Rumusan daripada tugasan ini, saya berpendapat kerja kursus seumpama ini wajar diteruskan agar dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada generasi akan dating. Selain dapat menerapkan rasa bangga dan cinta kepada bangunan bersejarah yang ada di sekeliling kita
LAMPIRAN
RUJUKAN 5. Orang Sumber NAMA: Husin bin Aman. UMUR: 48 tahun ALAMAT: BT 19 ¼ Kampung Kesang Tua 77000 Jasin, Melaka 6. Melawat Tempat Kajian Perbandaran Muzium Melaka Kompleks Stadthuys Jalan Kota, Melaka Tengah 75000 Melaka 7. Buku Ilmiah
♦MALAYSIA Gerald Cubitt: Wendy Moore ♦MALAYSIA Wonder And Contrasts: Peter Chay’s ♦MELAKA HISTORIC TOURISM: Melaka State Goverment ♦History of the Dutch in Malaysia: Dennis De Witt ♦MALACCA FTRAITS of ENCHANTMENT: Viscom 8. Internet http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_SStadthuys