Fonetik

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fonetik as PDF for free.

More details

  • Words: 537
  • Pages: 16
INDEPENDENT STUDENT LEARNING (ISL)

ABDUL HADI B MOHAMMAD AHMAD IKHWAN B CHE RAHIM MOHD ARIFF HAKIM B ZULKIFLI

SOALAN TUGASAN • Bincang dan klasifikasikan bunyibunyi konsonan asli bahasa Melayu beserta contoh-contoh yang saintifik.

Fonetik • Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan ucapan • Kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa, dan pendengaran.

Fonologi • Bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. • Bunyi bermakna ialah bunyi bahasa. • Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

BUNYI-BUNYI ASLI KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU • Terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,konsonan dan diftong. • Konsonan dihasilkan:gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara terganggu (disekat@dihalang) dan keluar melalui ronga mulut dan ronga hidung.

• Terdapat 18 bunyi konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman. • Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. • Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej.

• Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. • Konsonan asli bahasa Melayu: [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [ć], [ĵ], [f], [v], [ŋ], [ŝ], [s], [z],[x], [h], [r], [l], [w], [y].

Konsonan letupan • Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. • Konsonan [p] dan [b]: lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.

• Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. • Contoh konsonan letupan lain adalah: – Konsonan [k] dan [g] – Konsonan [c] dan [j]

Konsonan Geseran • [s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu

• [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.

Konsonan Getaran • [r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

Konsonan Sisian • [l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].

Konsonan Sengauan (nasal) • [m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m]. • [n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n].

• [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n]. • [n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].

• Huraikan peranan fonetik dan fonologi dalam pembinaan bahasa Melayu berdasarkan contoh-contoh saintifik.

Related Documents

Fonetik
April 2020 11
Fonetik
May 2020 15
Fonetik & Fonologi2
November 2019 22
Bm Fonetik
May 2020 14
Fonetik Fonologi.docx
December 2019 24