TUGASAN 2 : DRAF PENULISAN REFLEKSI
Nama : Eliani Binti Uyen No.Kad Pengenalan : 960402-12-5024
1
DRAF PENULISAN REFLEKSI Kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sangat luas dan banyak dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan seperti pokok dan juga bunga-bungaan yang dijaga oleh pekerja swasta. Namun begitu, terdapat beberapa kawasan yang menunjukkan kurang ceria dan tidak menampakkan kehijauan. Saya dan rakan telah memilih kawasan berdekatan Dewan TSSK. Kami memilih kawasan Dewan TSSK kerana dewan tersebut menjadi tumpuan orang ramai khususnya orang luar yang datang ke IPG Kampus Keningau apabila mengadakan program lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan orang-orang berjawatan tinggi. Di samping itu, kawasan Dewan TSSK ini kelihatan sangat kering dan membosankan kerana tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni yang dapat menarik mata memandang dan mencergaskan minda. Tumbuhan yang ditanam depan dewan nampak berserabut dan tidak ceria kerana ia tidak disusun mengikut jenis tumbuhan dan ditanam begitu sahaja tanpa mengikut kedudukan dan jenis bunga yang sesuai. ANALISIS SWOT Kekuatan
Jika kawasan dewan ini diceriakan dan dilaksanakan projek penghijauan, ia akan menjadi salah satu tarikan orang luar yang datang. Khususnya kawasan taman kecil depan dewan TSSK tersebut berpotensi untuk menjadi tempat orang ramai mengambil gambar kenang-kenangan.
Menjadikan dewan sebagai tempat terkenal di IPG Kampus Keningau dan menjadi pilihan oleh orang luar untuk membuat apa-apa projek atau program. Dan ia akan membawa nama IPG Kampus Keningau terkenal di media sosial apabila orang ramai mengambil gambar di kawasan dewan yang penuh kehijauan dan ceria.
Membuatkan kawasan dewan ceria, sejuk mata memandang, tidak membosankan dan menarik untuk dikunjungi oleh sesiapa pun.
2
Kelemahan
Memerlukan kos, tenaga dan masa yang panjang untuk melakukan projek penghijauan.
Bekas pokok yang telah ditebang masih meninggalkan akar yang menonjol dan mengganggu tanaman lain. Ia perlu dicabut dan memerlukan masa.
Rajah 1.0 Akar pokok yang menganggu pertumbuhan tanaman lain
Tambahan lagi, keadaan tanah halam dewaan yang kering menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kosong dan tidak bermaya. Keadaan ini juga menyebabkan tanaman-tanaman hiasan menjadi kurang ceria dan tidak dapat menarik minat warga IPG Kampus Keningau.
Rajah 2.0 Keadaan tanah yang kering
Keadaan yang kering ini juga menyebabkan tanaman kurang subur dan akhirnya layu. Selain itu, pemilihan tanaman yang tidak bersesuaian juga menyebabkan kawasan ini kelihatan muram dan sedih. Rajah 3.0 menunjukkan bahawa tanaman yang ditanam di kawasan halaman dewan TSSK adalah tanaman yang tidak menunjukkan keceriaan kawasan tersebut.
3
Rajah 3.0 Keadaan tanah yang kering
Rajah 4.0 Susun atur landskap yang tidak menarik
Selain daripada itu, susun atur landskap dan tanaman di kawasan ini juga menjadi kelemahan bagi kawasan ini. Landskap penyusunan atur tumbuhan yang tidak teratur menyebabkan kawasan ini tidak menarik bagi pelawat. Hal ini merosakkan imej IPG Kampus Keningau kerana tempat ini merupakan pusat utama bagi pelaksanaan sebarang aktiviti yang melibatkan orang luar.
Peluang Pelaksanaan
Boleh dilaksanakan dengan kerjasama agensi swasta yang berkenaan
setiap
masa,
kerana
ia
sudah
menjadi
tanggungjawab mereka dan pelatih LASS3013.
Mendapat
sokongan
pihak
atasan
untuk
melakukan
penghijauan di kawasan IPG Kampus Keningau yang dapat menaikkan nama IPG Kampus Keningau.
Menjadi kawasan tarikan oleh orang luar dan dapat menjadikan kawasan Dewan TSSK malar hijau dengan landskap yang lebih ceria.
4
Ancaman
Dari aspek masa, masa untuk pelaksanaan sukar ditentukan kerana kesibukan. Selain itu, siswa dan siswi guru juga perlu membuat
perbincangan
dengan
pihak
tertinggi
bagi
memastikan mereka diberi peluang untuk menambah baik dan menyusun atur semula landskap kawasan halaman Dewan TSSK IPG Kampus Keningau. Cadangan
Meminta kepada pihak pentadbiran dan yang berkenaan untuk melaksanakan “1 Opsyen 1 Kebun”. Jadi, setiap opsyen akan
Penambahbaikan
diminta untuk memilih tempat dilakukan penanaman mengikut jadual yang diberi setiap petang selasa sahaja. (Mengikut tarikh yang ditentukan).
Ia bukan sahaja mengajar alam sekitar secara formal (kepada yang mengambil subjek alam sekitar sahaja) tetapi juga sekali gus menerapkan nilai cinta akan alam sekitar kepada setiap pendidik.
Kerana alam sekitar sama pentingnya dengan kesihatan, jika program “Extra Kokurikulum” dilaksanakan ada baiknya program “1 opsyen 1 Kebun” dilaksanakan bersama dengan mentor kelas masing-masing.
Tambahan
lagi.
pengubahsuaian
landskap
juga
perlu
dilakukan. Hal ini kerana. susun atur dan landskap bagi kawasan dewan Tan Sri Suffian adalah landskap yang lama dan perubahan perlu dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut terjaga dan indah dilalui oleh orang ramai.
Kesimpulan Secara keseluruhannya, kawasan Dewan TSSK ini menjadi amat penting untuk dilakukan penghijauan kerana ia mampu menjadi tarikan untuk orang luar untuk melakukan program atau aktiviti. Ini kerana sebaik sahaja orang luar melihat suasana landskap kawasan menarik sudah tentu mereka akan memuat naik gambar mereka berada di kawasan Dewan yang menarik ke media sosial. Hal ini akan membantu menaikkan nama IPG Kampus Keningau dengan landskap yang cantik dan penuh dengan pelbagai tumbuhan hijau yang menyenangkan mata dan fikiran apabila dipandang.
5
6