Pengenalan Backup.docx

  • Uploaded by: Eiyl Yann Ie
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Backup.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 331
  • Pages: 2
Pendidikan sejarah dalam sistem pendidikan formal di setiap negara adalah penting bagi pembinaan negara bangsa, khususnya mendidik golongan muda mengenai perjuangan golongan terdahulu untuk menjadikan negara mereka sebuah negara yang berjaya. Malahan pendidikan sejarah juga digunakan untuk memupuk sifat-sifat positif di kalangan penduduk supaya kagum dengan bangsa dengan sejarah negara sendiri. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sejarah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2014 bagi menggantikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan Kajian Tempatan (KT). Mata pelajaran Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah bagi murid tahap dua bagi menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah dari peringkat awal lagi agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tuan Muhyiddin Yassin (2011), juga telah menyatakan yang “Hidup tanpa mengenal Sejarah adalah ibarat hidup tanpa negara.” dalam karyanya yang bertajuk “Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin”. Kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah ini mencakupi sejarah awal hingga masa sekarang yang bertujuan untuk menanam minat murid dalam mata pelajaran sejarah ini. Menurut Booth (1993); Goodwin dan Stevens (1993) pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi guru yang baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan dalam pedagogi, berupaya memilih sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, memiliki kemahiran teknologi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar serta mempunyai sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor dan berkeyakinan. Kemmis dan McTaggart (2000) mengenal pasti dua jenis penyelidikan tindakan yang boleh diamalkan oleh para pendidik. Yang pertama ialah penyelidikan tindakan bilik darjah di mana fokus adalah pada penyiasatan tentang amalan guru di bilik darjah ke arah memahami diri demi menambah baik amalan. Ini adalah di peringkat individu. Jenis kedua adalah kolaboratif dan participatory dengan penglibatan komuniti guru. Kedua-dua jenis penyelidikan tindakan ini adalah sesuai untuk sekolah kerana ia mengalakkan pendekatan dan kaedah yang demokratik dan fleksibel, memangkinkan perubahan amalan yang berdasarkan ilmu pribumi dan menerapkan nilai-nilai seperti menghormati orang lain, sikap yang terbuka dan pembelajaran yang berterusan.

Related Documents

Pengenalan
October 2019 67
Pengenalan
June 2020 41
Topik1-pengenalan
July 2020 19
Pengenalan Pengaturan
June 2020 13
Pengenalan 1
December 2019 26
Pengenalan Statistik.docx
December 2019 34

More Documents from "Unit BTM Jun 2015"