Doa Majlis Pembukaan Minggu Pen Gurus An

  • Uploaded by: Ahmad Rusli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Majlis Pembukaan Minggu Pen Gurus An as PDF for free.

More details

  • Words: 589
  • Pages: 3
‫ه‬ ْ َ ‫ست‬ ِ ‫غ‬ ِ َ ‫ست‬ ِ ‫مدُ لل‬ ْ َ‫ ن‬، ‫ه‬ َ ‫اَلـ‬ ْ َ ‫ون‬ ْ َ ‫ون‬ ُ ‫فُر‬ ُ ُ ‫عيْن‬ ُ ُ‫مد‬ َ ‫ح‬ ْ ‫ح‬ َ ‫ه‬ َ ‫ه‬ ُ ْ ‫ر أَن‬ ُ ‫ن‬ ‫ت‬ ِ ‫سيِّئَا‬ ِ ‫و‬ ِ ‫ف‬ ِ ‫ه‬ ِ ‫وذُ بِالل‬ ُ َ ‫ون‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ْ ‫م‬ َ ‫سنَا‬ ْ ‫شُر‬ ْ ‫ع‬ َ ِ ‫و‬ َ َ ‫ه‬ ّ ‫ض‬ ‫ه‬ ْ َ‫أ‬ ْ ُ‫ن ي‬ ِ ‫م‬ ِ ‫د‬ ِ ‫ه‬ ْ َ‫ن ي‬ ْ ‫م‬ ْ ‫م‬ ُ َ ‫فل‬ ُ ‫ه الل‬ َ ‫مالِنَا‬ َ ‫ع‬ َ ‫و‬ ُ َ‫ل ل‬ ُ ْ ‫ضلِل‬ َ ‫ه‬ َّ ‫وال‬ َّ ‫وال‬ َ ‫ولِنَا‬ َ ‫م‬ َ َ ‫فل‬ ُ َ ‫سل‬ ُ ‫ى َر‬ َ ‫هاِد‬ ُ َ‫ي ل‬ ْ ‫س‬ َ ُ‫صلَة‬ َ ،‫ه‬ َ ‫عل‬ َ ‫على آل ِه وأ َصحاب‬ .‫ن‬ ِ ‫م‬ ِ ِ َ ْ َ ِ ِ َ ‫ال‬ ْ ‫هأ‬ َ ْ ‫عي‬ َ ‫جـ‬ َ ‫ن‬ َ َ ‫و‬ ِ ْ ‫مي‬

, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis Pembukaan Minggu Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baru LPBS/KPLI Sekolah Rendah ambilan Ogos 2004. Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea

dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang , Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta . Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan , Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya . Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasangpasangan , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬ ‫وقنا عذاب النار‬ ‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬ ‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬ ‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

Related Documents

Pen Gurus An Hem
December 2019 31
Pen Gurus An Islam
December 2019 33
Pen Gurus An
May 2020 23
Pen Gurus An Tekanan
November 2019 37
Pen Gurus An
May 2020 27

More Documents from "ismi"

Doa Mesyuarat
November 2019 33
Doa Hari Peperiksaan (1)
November 2019 40
Doa Mesyuarat Pibg
November 2019 48
Doa Antara 2 Khutbah
November 2019 45