Doa Penutup Kursus Pended Ah An Kurikulum 2002

  • Uploaded by: Ahmad Rusli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Penutup Kursus Pended Ah An Kurikulum 2002 as PDF for free.

More details

  • Words: 399
  • Pages: 2
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد لله رب العالمين والصلة والسلم على‬ ‫ وعلى خلفائه‬، ‫محمد سيد النبياء والمرسلين‬ ‫الراشدين وأصحابه المهتدين والتابعين وتابعي‬ . ‫التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين‬ ُّ ‫اللهم إن ال‬ ، ‫ والجمال جمالك‬، ‫حاءَ ضحاؤك‬ َ ‫ض‬ ، ‫ والعظمة عظمتك‬، ‫والقدرة قدرتك‬ . ‫ والكبرياء كبرياؤك‬، ‫والقوة قوتك‬ ‫اللهم إن كان رزقنا في السماء فأنزله وإن كان‬ ‫ وإن كان معسرا فيسره‬، ‫في الرض فأخرجه‬ ‫وإن كان بعيدا فقربه بفضل ضحائك وجمالك‬ . ‫وقدرتك وعظمتك وقوتك وكبريائك‬ Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama 5lima hari dalam kursus Pendedahan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Teras Pelaksanaan 2003 . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya . Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan . Ya Allah

Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan , Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ; Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ; Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah klami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ; Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka stukanlah hati-hati kami dan berikanlah ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur , Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini .

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا‬ ‫عذاب النار والحمد لله رب العالـمين‬

Related Documents


More Documents from ""

Doa Mesyuarat
November 2019 33
Doa Hari Peperiksaan (1)
November 2019 40
Doa Mesyuarat Pibg
November 2019 48
Doa Antara 2 Khutbah
November 2019 45