Oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia PENGURUSAN membabitkan proses pengumpulan dan penggemblengan sumber ekonomi termasuk manusia dan modal penting dalam mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Dalam pengurusan moden berasaskan pendekatan Barat, beberapa pendekatan pengurusan diperkenalkan dan konsep diperkenalkan F W Taylor pada 1909 digunakan secara meluas bertujuan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Taylor berpendapat, untuk meningkatkan produktiviti hanya hal cara saintifik saja boleh digunakan di mana pekerja tidak perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah kerja mereka sebaliknya akan dilatih untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan oleh pengurusan. Pendekatan konsep pengurusan itu ada kecenderungan untuk menilai segala sesuatu dari segi keuntungan ekonomi. Penekanan adalah terhadap prestasi dan kecemerlangan yang diukur daripada keuntungan ekonomi berasaskan petunjuk kebendaan. Ada pakar pengurusan yang berpendapat konsep itu tidak sesuai dipraktikkan kerana ia melihat pekerja dalam perspektif negatif. Mengikut konsep pengurusan itu, pekerja harus diawasi dan hanya perlu buat apa disuruh tanpa perlu memberi sebarang pandangan kepada pengurusan. Pakar itu berkata, Taylor tidak langsung ambil peduli mengenai perasaan pekerja walaupun pada hakikatnya, perasaan pekerja boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Jika seseorang pengurus mengamalkan sepenuhnya model pengurusan Taylor, bentuk pengurusan menjadi kaku dan menjejaskan produktiviti kerja disebabkan pekerja rasa terkongkong. Beberapa pakar pengurusan Barat membuang istilah pengurus dan pengurusan serta menggantikannya dengan konsep pemimpin dan kepemimpinan. Andainya manusia sebagai tenaga kerja dalam organisasi tidak boleh diurus, dikerah, diarah atau diatur, mereka perlu dipimpin supaya dapat menyumbang dengan cukup berkesan dalam proses mewujudkan nilai tambah kepada sistem ekonomi. Pakar pengurusan menekankan kepemimpinan ialah semangat, menghendaki personaliti contoh dan wawasan ke hadapan. Pengurusan perlu tetapi ketua penting. Kepemimpinan dan pengurusan tidak sama. Kepemimpinan mengenai beri arahan, membina kumpulan dan menjadi penggerak kepada yang lain melalui teladan dan perbuatan.
Justeru, satu lagi model pengurusan moden sudah dibentuk ke arah mementingkan kesejahteraan pekerja. Pengurusan moden juga memberi penekanan kepada nilai sejagat atau pandangan meluas dalam mengutamakan nilai murni dianggap sebagai nilai positif. Jepun memperkenalkan pendekatan pengurusan seperti Just-In-Time, Quality Control Circles (QCC), dan Tota; Quality Management (TQM). Negara Barat memperkenalkan konsep Management by Objectives (MBO), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Outside (MBWO). Jepun, dalam pendekatan pengurusannya memberi penekanan kepada pengurusan pekerja dengan melihat sikap, ketaatan kepada organisasi, mementingkan kualiti, peningkatan teknologi dan kepuasan pelanggan. Ini bermakna pendekatan pengurusan Jepun dan Barat mementingkan pengamalan nilai murni. Model pengurusan saintifik diperkenalkan Taylor dan model pengurusan yang mementingkan kesejahteraan pekerja mempunyai persamaan dengan konsep Pengurusan Islam. Konsep Pengurusan Islam merangkumkan kedua-dua pendekatan di mana pekerja harus mengikut hukum syarak yang ditetapkan Allah, dan sebaliknya manusia tidak perlu pengawalan rapi. Pekerja diamanahkan melaksanakan tugas masing-masing dan berdasarkan amanah itu, mereka perlu memberi perkhidmatan yang baik tanpa perlu diawasi atau dipaksa. Sistem pengurusan Barat kini menekankan konsep nilai bersama sebagai asas untuk maju ke depan dalam organisasi. Tom Peters dalam bukunya In Search Of Excellence menekankan nilai bersama akan mengawal kemahiran, strategi, struktur, sistem dan gaya pengurusan. Di Jepun, pegangan Zen Buddhism menjadi teras syarikat seperti Matsushita kerana pengasasnya percaya moral dan agama memainkan peranan penting dalam organisasi. Penekanan kepada sistem nilai dalam konsep pengurusan moden adalah sama dengan konsep Pengurusan Islam. Dalam konsep pengurusan moden, sistem nilai yang diterima oleh satu masyarakat berbeza dengan masyarakat lain. Sistem nilai diamalkan dalam pengurusan moden adalah sistem nilai yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Krisis nilai timbul dan bertapak dalam kehidupan manusia apabila kemahuan hawa nafsu dan pengaruh syaitan menjadi pegangan dan manusia tunduk kepada keduanya dalam membuat keputusan serta peri laku.
Manusia sanggup melakukan perkara bercanggah dengan nilai sejagat, menyeleweng dan mengubah nilai diamalkan supaya dapat memenuhi kepentingan kebendaannya. Sistem nilai Islam mengatasi masalah bertukarnya nilai sejagat sesuatu masyarakat. Ini membezakan konsep pengurusan moden dengan pengurusan dalam Islam yang bermula dengan hakikat setiap manusia melihat peranannya sebagai khalifah serta pemegang amanah di dunia. Perspektif tauhid memberikan ukuran sejagat dan memberikan takrif tepat mengenai sistem nilai yang harus diikuti setiap manusia. Pokoknya, ia berasaskan pada teras bahawa setiap manusia dilahirkan di dunia sebagai hamba Allah dan perlu sentiasa setia kepada Allah. Mereka perlu memainkan peranan penting sebagai khalifah dan pemegang amanah. Jawatan, ilmu, kemahiran dan segala keupayaan termasuk masa adalah amanah Allah kepada kita untuk digunakan dengan berkesan. Kita akan dihisab atas tindak tanduk di dunia apabila tiba hari akhirat nanti. Ini satu bentuk pengawalan yang menentukan kita tidak akan mengubah sistem nilai. Dengan itu, pengurusan Islam tidak menghadapi perubahan nilai. Islam mengikat manusia dengan iman, ilmu dan amal. Islam menguasai manusia dengan hukum 'pahala-dosa'. Dalam Islam, tauhid menekankan kesetiaan kepada Allah dan Rasul SAW sebagai nilai utama yang mengatasi segala nilai lain diwujudkan dalam sistem organisasi. Ia memberikan implikasi bahawa setiap manusia berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat keredaan Allah bukan untuk matlamat kebendaan. Sebagai pemegang amanah kepada Allah, manusia akan menggunakan segala ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan dirinya untuk kepentingan ummah. Kerja dan kegiatan adalah sebagai satu proses ibadah, motivasinya bukan ganjaran dunia tetapi pengharapan balasan di akhirat. Berasaskan paradigma tauhid, kita dapat memupuk satu matlamat hidup yang jelas dapat dipraktikkan termasuk memainkan peranan sebagai pemimpin, pengurus dan usahawan. Kita menyedari kehidupan di dunia mempunyai tujuan lebih jauh dan tinggi daripada kesenangan di dunia untuk mencapai keredaan Allah.
Go!
•
Home
•
Selamat datang !!
Pengenalan Pengurusan Islam October 30, 2007
PENDAHULUAN
Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia. Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.
KEPERLUAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN ISLAM Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam bidang tugas.
Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem pengurusan masakini. Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang cemerlang dan seimbang. Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah : Bersifat Rabbani Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik. Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang diizinkan oleh syara’ sahaja. Segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara pasti, hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalik atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh itu ketetapan konsep halal dan haram mampu mengawal setiap tindakan manusia. Kaedah pengurusan Islam adalah sama dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah s.w.t seperti Firman-Nya :
Maksudnya : Kami telah meurunkan Al-Kitab padamu (Muhammad) sebagai penjelasan segala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan petunjuk, kerahmatan dan kegembiraan untuk sekalian muslimin Ini bermaksud dari segi metodologi dan asas pengurusan Islam adalah merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah. Perkara yang boleh berubah ialah berhubung dengan aspek-aspek teknikal dan perlaksanaan yang sememangnya perlu dikembangkan serta disesuaikan dengan pelbagai keadaan, masa dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh dipinda dan diubah, tetapi perlu juga dijadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebgai rujukan. Kaedah ini dikenali sebagai « ijtihad » yang merupakan akal fikiran manusia. Ini menjadikan pengurusan Islam cukup berbeza dengan sistem pengurusan moden yang hanya berasaskan kebijaksanaan akal manusia yang terbatas dan terhad tanpatanpa panduan Wahyu. Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa wujud berbagai kelemahan kerana fikiran manusia yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak sihat. Aktiviti yang selaras hukum syara’ Kesemua aspek pengurusan Islam melibatkan aktiviti yang dibenar dan diluluskan oleh syara’. Ini merupakan sebahagian dari standard yang ada dalam sistem pengurusan Islam secara berkekalan di seluruh dunia sejak dari awal kedatangan Islam lagi. Apa jua aktiviti yang diharankan oleh syara’ adalah ditegah sama sekali penglibatannya. Oleh itu sebarang aktiviti yang memang jelas pengharamannya seperti perjudian, arak, pelacuran, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah dilarang qat’i (mutlak dan pasti) Firman Allah s.w.t : Maksudnya : « hendaklah kem menghukum antara seluruh manusia itu dengan peraturan yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu » Pemisahan sistem nilai Kebanyakan teori masa hari ini hanya menumpukan fokus kepada bidang kerja atau tugas kepada organisasi sahaja, tanpa mengambilkira faktor-faktor lain. Nilai-nilai murni masyarakat setempat tidak diberi ruang yang sewajarnya, sedangkan itulah nilai yang telahsebati dengan diri mereka
sejak zaman berzaman. Nilai-nilai agama diketepikan. Hasilya hilangnya budaya berbudi bahasa, adab sopan. Hormat menghormati, kerja itu ibadah dan sebgainya. Kesannya, timbul pelbagai gejala negatif yang kurang sehat dalam pengurusan organisasi itu sendiri seperti rasah, pecah amanah, kasar, bahasa yang kurang sesuai dan seumpamanya. Sistem yang tidak seimbang. Teori-teori yang dilahirkan untuk tujuan amalan lebih memberi tumpuan kepada soal dalaman organisasi sahaja tanpa memberikan tumpuan kepada nilai kerohanian dan kemanusiaan t sendiri yang dianggap cukup penting. Kegagalan menghasilkan manusia yang cemerlang samalah seperti menghasilakn organisasi yang gagal dan bermasalah. Segala teori yang dihasilkan hanya memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan produk yang dihasilkan. Sistem pengurusan Islam alternatif terbaik Untuk menghasilkan pembaharuan, kelainan dan peningkatan kualiti pengurusan, susah tentu umat Islam perlu kembai kepada ajaran Islam. Ini adalah disebabkan sistem pengurusan Islam bersifat sepadu dan seimbang dengan menekankan semua aspek yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia termasuklah dalam pengurusan Islam. Aspek-aspek material, rohani, fizikal dh psikologi diambil kira dalam bentuk yang sepadu untuk menentukan halatuju sesebuah organisasi. Pengurusan Islam berlandaskan acuan dan nilai sendiri Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia gemar meniru sesuatu yang baru dan pada mereka cukup baik jika turut sama dapat melakukannya. Peniruan yang membuta tuli selalunya membawa kepada lebih banyak kegagalan dan kelemahan, Pemikiran pentadbiran barat sudah tentu berteraskan kepada anti-agama (fahaman sekular) iaitu melakukan pemisahan antara agama dan kehidupan. Sekiranya hendak diterima pakai, ia harus melaui pelbagai bentuk tapisan dan penyaringan. Oleh itu, alternatif yang terbaik ialah dengan memilih sistem pengurusan Islam mengikut acuan dan kacamata Islam itu sendiri kerana ia bukan hanya berpandukan kepada kebijaksaan akal manusia semata-mata, tetapi juga berpandukan kepada sumber-sumber yang tidak diragui kesahihan dan kebenarannya. Ada ketikanya sumber tersebut menetapkan ketaatan penuh tanpa tolak ansur dan ada ketikanya diberikan ruang untuk melakukan sebarang bentuk perubahan
Asas pengurusan Islam Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidupyang cukup luas dan sentiasa relevan dengan kehendak masa, keadaan dan tempat. Namun, Islam tidak pernah menolak pembaharuan, tetapi perlu seiring dan selari dengan ketetapan hukum syarak. TAKHTIT-PERANCANGAN •
Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetap cara untuk mencapai matlamat tersebut dengan menagambil kira keupayaan dan kemampuan yang dimiliki.
•
Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan. Proses perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya :
• 1. magenalpasti matlamat 2. menilai keupayaan sumber 3. membuat jangkaan atau ramalan 4. memperkenalkan plan tindakan •
dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas samada matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat perlu merangkumi serampang dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat.
•
Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari sudur kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Semuanya ini penting untuk menetukan samada sesuatu matlamat itu boleh dan mampu dicapai atau sebaliknya. Juga perlu diambil kira segala peluang yang ada atau yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat yang telah dirangka. Selain itu, perlu juga difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengembelingkan segala keupayaan yang ada untuk mingkatkan produktiviti.
•
Keupayaan untuk membuat jangkaun, andaian atau ramalan juga penting dalam menyediakan strategi tertentu dalammemastikan matlamat tercapai. Oleh itu perlu dilakukan pelbagai kajian dari segenap sudut seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, harga sumber, pilihan gantian sumber dan sebagainya.
•
Akhir sekali disediakan plan tindakan yang difikirkan sesuai diambil untuk menjayakan setiap misi yang disasrkan. Ia perlu meliputi perancangan utama dn langkah susulan serta langkah pilihan sekiranya plan utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu yang diluar jangka. Oleh itu penentuan fungsi, tugas dan tanggungjawab perlu diketahui oleh setiap kakitangan yang terlibat supaya mereka boleh bertindak mengikut bidnag tugas yang ditetapkan.
Rasulullah s.a.w sendiri merancanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Beliau tidak bertindak membuta tuli tanpa terlebih melakukan perancangan yang teliti. Antara contoh peracangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah :
Era Mekah Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu secara sulit dan terang-terangan. Nabi mrancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi mengambil langkah berdahwak secara terang-terangan. Era Madinah 1.
Program al-Muakha’- ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlmat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka.
2.
Mendirikan masjid-Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam atas dasar Islam dn bukan atas semangat perkauman yang sngat menbal ketika itu. Selian itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang.
3.
Menggubal Piagam Madinah- Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah.
TANZIN-PENGORBANAN/PENYUSUNAN Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu proses penglokasian atau penempatan setiap sumber yang wujud dalam sesbuah organisasi samada sumbr tenaga manusia, benda atau barang, susunan organisasi, bidang kuasa, fungsi dan tugas setiap faktor tersebut untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu penyusunan setiap faktor yang terlibat perlu diambil kira pelbagai aspek sampingankerana kegagalan mengambilkira akan mengundang kepada kegagalan. Antara nilai dan perkara yang perlu diambil kira dalam menyusun sesebuah organisasi ialah : 1. Sumber manusia-iaitu memastikan jumlahnya mencukupi dan menyusun fungsi dan
tugas mereka berdasarkan kemahiran, keupayaan dan kebolehan mereka. Ia penting untuk menjamin mereka benar-benar berfungsi dan mampu menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Mereka perlu mengetahui dengan jelas fungsi dan bidang tugas mereka untuk megelak pertindihan kerja atau pembaziran faktor sumber tanpa digunakan seoptima yang mungkin. Oleh itu, carata organisasi perlu diwujudkan dengan menentukan jawatan yang diperlukan, jumlah tenaga kerja untuk setiap jawatan, pegawai-pegawai sokongan (jika perlu) dan taraf jawatan mereka. 1. Sumber tabi’i-sumber tabai’i merupakan sumber alam semulajdi yang juga penting
kepada organisasi seperti turun naik harga pasaran, sumber pengganti sekiranya
berlakunya kekurangan penawaran di pasaran, pembekal yang bersesuaian dan sebagainya. Begitulah juga dengan nilai modal yang diperuntukan untuk faktor sumber tabi’i perlu juga disusun untuk mengelakkan beban hutang di masa hadapan dan seumpanya. 1. Gabungan sumber- Antara nilai-nilai yang perlu diambil kira dalam menyusun
penempatan setiap sumber faktor yang terlibat ialah kecekapan intelektual, kemurnian peribadi, kecanggihan peralatan yang terkini, kedudukan dan fungsi yang sesuai. Semuanya perlu disusun dengan teratur disamping keupayaan menyepadukan keupayaan fizikal dan mental serta nilai-nilai akhlak setiap sumber tersebut. Nilai-nilai positif perlu ditekankan kepada setiap faktor sumber untuk menjamin keharmohian dan kesepakatan antara mereka. Oleh itu sikap hormat mengjormati, saling Bantu membantu, berbudi bahasa dan bersikap sopan perlu ditekankan. Peralatan yang canggih tidak akan membantu sesebuah organisasi seandainya sikap dan tabiat kakitangan mereka tidak seiring dengan kecanggihan tersebut. Rasulullah s.a.w sendiri mengambil pendekatan yang sama kearah memperkenalkan jentera pentadbiran dan pengurusan negara, antara pengurusannya ialah : •
Penyusunan jentera pentadbiran- baginda Rasulullah s.a.w menyusun jentera pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan 2 sistem pentadbiran yang berbeza iaitu:
1. Pentadbiran Pusat 2. Pentadbiran Wilayah Pentadbiran pusat Pentadbiran peringkat ini dibahagikan kepada tujuh jabatan iaitu : I. Timbalan (nai’bin) Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepali pentadbiran Negara terutamanya menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah s.a.w di Madinah.
II. Penasihat (mushir) Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk perkembangan Islam. Majlis penasihat (syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar antaranya ialah : Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Ammar, Huzaifah, Abu Zar, Miqdad dan Bilal III. Setiausaha (Katib) Katib bermaksud penulis, pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai setiausaha. Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan memerlukan golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu, surat kepada raja-raja dan sebagainya. IV. Wakil (Rasul) - Duta Duta mestilah cerdik, perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta mengusai bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas mereka ialah mengajak kepada Islam, membuat perjanjian, memberi perlindungan, memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di negara untuk pulang, mengirim hadiah dan lain-lain. V. Pesuruhjaya Kebiasaannya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia adalah tugas berat seperti politik dan pelaksana undang-undang.
VI. Penyair dan pemidato (syu’ara’ dan khutaba’) Penyair seperti Hassan bin Thabit bertindak balas kepada penyair bukan Islam yang mengeji dan mencela sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun penyair Islam dilarang daripada melampaui dan keterlaluan. VII. Pegawai tugas-tugas am Pelbagai nama diberikan kepada mereka seperti azin (pemanggil), Bawwab (penjaga pintu) dan hajib (penajaga pagar)
PENTADBIRAN WILAYAH 3 jawatan besar dan penting iaitu : I. Wali (Gabenor) Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah s.a.w meliputi semenanjung tanah Arab dan sebagainya perbatasan negeri-negeri jiran seperti syria (syam) dan lain-lain. Baginda telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut seperti Yaman (Muaz bin Jabal), Ta’ef(Uthman b Abi Al Aaas), Mekkah (Attaa b Usiad) II. Hakim (Qadi) Tugas mereka ialah untuk melaksanakan keadilan serta melaporkan terus kepada Rasulullah s.a.w yang merupakan ketua hakim, khususnya kota Madinah. Ali b Abi Talib dan Mua’adz b Jabal antara para hakim yang dilantik baginda. III. Amil (pemungut cukai) Tugas mereka berkait dengan ekonomi negara dan umat Islam seperti memungut zakat, derma, jizyah, al-fai, al-Kharaj, al-usyur dan sebagainya dari umat Islam dan bukan Islam yang berada dan mendapat perlindungan dalam daerah pemerintahan Islam. QIYADAH-PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN •
Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (disetiap peringkat pengrusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi(manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masingmasing berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan.
•
Kepimpinan melibatkan meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi
•
Kepimpinan adalah : a)
Umpama kepala dalam anggota manusia-menentukan segala tujuan dan matlamat serta semua maklumat terhimpun kepadanya.
b)
Lambang kesatuan- Ia adalah lambang kepada kesatuan, keutuhan dan disiplin sesebuah organisasi.
c)
Pemilihan secara berhati-hati – sikap waspada dan berhati-hati perlu ada ketika memilih seorang pemimpin untuk menjamin keadilan. Dasar pilih kasih perlu dielakkan.
• Perkara yang perlu dilihat disini ialah ciri-ciri pemimpin yang unggul, ciri-ciri petugas satu pekerja yang cemerlang, serta ciri organisasi yang diwakili. Antara ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang pemimpin yang baik dan berjaya ialah : I.
Amanah
– Pemimpin perlu memahami bahawa tugasnya adalah satu
amanah untuk mengelak sikap tidak bertanggungjawab II.
Ikhlas
– Sifat Ikhlas penting untuk melahirkan sikap jujur dan benar dalam menjalankan tugas.
III.
Muraqabah – iaitu sentiasa menyedari dirinya sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t pada setiap masa dan setiap tindak tanduk yang dilakukannya.
IV.
Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab penting untuk melahirkan sikap waspada dalam menunaikan amanah yang dipikul dan turut
melahirkan
sikap
bersungguh-sungguh
dalam
menjalankan tugasnya. V.
Kemesraan dan keakraban – antara perkara yang banyak membantu sesorang pemimpin ialah kemampuannya untuk menjalinkan hubungan yang mesra dan baik dikalangan para pekerja. Ia penting untuk memenangi hati para pengikut dan orang bawahannya. Sikap meninggi diri dan sombong adalah sikap yang akan membawa perpecahan dan perasaan benci orang bawahan.
VI.
Mengenali persekitaran – iaitu memahami di mana dia berada, siapa yang dipimpinnya dan fungsinya kepada organisasi. Keputusan yang tepat dapat diambil dengan memahami persekitarannya, disamping
mampu
mencapai matlamat.
merancang
startegi
berkesan
untuk
VII.
Berilmu - Pemimpin perlu memiliki keilmuan yang mencukupi untuk mengurus dan mentadbir.
VIII.
Memiliki nilai kemanusiaan – nilai ini penting untuk membantunya berjaya dalam kepimpinannya. Sikap hormat tolak ansur, mempercayai kemampuan dan kebolehan orang bawahan, sikap hormat kepadaorang lain, menunjukkan dengan dan berhemah. Disamping itu sikap keterbukaan juga penting iaitu sedia mendengat pendapat dan pandangan orang lain dan bukannya bersifat ditaktor.
Untuk menambah nilai kejayaan dan keupayaan sesorang pemimpin dan kepimpinannya maka Islam telah menunjuk dan memberikan model terbaik yang boleh dicontohi iaitu amalan yang menggambarkan corak kepimpinan yang berkesan. Contoh itu terdapat dalam sholat berjemaah. Antara nilai-nilai yang dapat dicontohi ialah : a. b.
Pengamalan konsep nasihat menasihati serta konsep tegur menegur Pemahaman konsep „setiap kamu adalah pemimpin dans etiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin“
c.
Perlantikan ketua yang berkelayakan dan berkebolehan
d. Pemahaman konsep taat dan patuh kepada ketua e.
Lahir sikap hormat dan menghormati
f.
Sikap peka kepada kebajikan orang lain
g. Semangat kerjasama atas dasar persaudaraan teamwork •
Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan
berjaya menyatupadukan umat Islam •
Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang
Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. •
Sistem syura diperkenalkan dengan melakukan berbagai perundingan
bersama para sahabat. Akhirnya dapat membuahkan startegi yang baik dalam banyak hal
yang dihadapi dan ditangani bersama kerana memperolehi berbagai idea yang bernas dan menarik •
Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental
fizikal serta elemen yang adalah kunci kepada kejayaan.
WIQAYAH-PENGAWASAN/PENGAWALAN •
Wiqayah bolehlah diertikan sebagai yak muru nal bil ma’ruf wan bahyu ‚anil munkar
•
Islam menekankan konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Inilah sebenarnya kaedah pengawasan dan pengawalan yang paling berkesan yang mampu melahirkan kejayaan dan kecemerlangan kepada sesbuah organisasi dan kepada kehidupan itu sendiri.
•
Tujuan utama kepada Wiqayah adalah untuk : I.
Asas pengurkur kejayaan – ia merupakan asas dalam menentukan matlamat
organisasi tercapai atau tidak II.
Penjamin kelicinan organisasi – Ia juga sebagai alat untuk mengukur dan
menentukan kelicinan perjalanan sesuatu program yang dilaksanakan. Dorongan yang kuat akan membantu untuk menaikkan semangat bekerja dan seterusnya mengecapi kejayaan. III.
Langkah pencegahan – mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi
sesuatu masalah yang timbul. Ia penting untuk memastikan tidak wujudnya unsurunsur negatif dalam sesbuah organisasi. IV. Langkah dorongan – Ia juga penting sebagai langkah untuk mendorong manusia agar berwatak dan bersikap positif serta berubah tanpa perlu dipaksa secara kekerasan. V.
Fungsi akhir – pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul. Hukuman yang setimpal akan dikenakan sebagai langkah terakhir untuk mencegah sebarang bentuk kemungkaran dan salah laku para pekerja. Budibicara adalah jalan diplomasi yang perlu digunakan pada peringkat awal untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul.
•
Perlu diingat bahawa dalam proses ini manusia yang diawasi dan dikawal itu punya
perasaan, maruah dan harga diri. Maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin ataupun benda. Manusia tidak boleh diaibkan dengan apa cara sekalipun. Maruah manusia perlu sentiasa dipeihara. Kaedah dan cara kawalan/pengawasan : •
Secara umumnya cara dan kaedah pengawasan dapat dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu : I. Pengawasan dalaman diri manusia •
Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri. Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah Khalifah serta hamba kepada Allah. Mereka perlu yakin segala-galanya akan dihitung, dinilai dan dihisab oleh Allah s.w.t dari sekecil-kecilnya sehingga kepada sebesar-besar perkara.
•
Sebagai Khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau melicinkan perjalanan alam. Mereka tidak boleh merosakkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
•
Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya. Sikap patuh dan taat kepada peraturan Allah s.w.t adalah kunci yang terbaik yang mampu mendorong manusia melakukan kebaikan dan mengelak mereka terjebak kepada perkara yang negatif
II. Pengawasan dari masyarakat •
Masyarakat yang prihatin akan memastikan tanggungjawab terlaksana. Tugas
pencegahan ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja tetapi juga kepada masyarkat keseluruhannya kerana merekalah yang paling hampir antara satu dengan yang lain. •
Merujuk kepada satu hadis Nabi yang bermaksud “barangsiapa antara kamu
yang melihat kerosakan (kejahatan, kemungkaran dan lain-lain) hendaklah ia mengubahbya dengan tangan (kuasa), sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia
mengubahnya dengan lidah (lisan seperti nasihat atau tunjuk ajar dan sebagainya) dan sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan hati (seperti membenci kejahatan tersebut) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” •
Dalam organisasi perkara ini mesti dilakukkan. Ini kerana organisasi merupakan
sebahagian daripada masyarakat dan ia tidak boleh terpisah. Ini bermakna tugas pencegahan ini bukanlah untuk menjaga tepi kain orang lain tetapi merupakan satu tanggungjawab agama. III. Pengawasan dari pihak pengurusan •
Dalam aspek ini pengurusan amat berperanan melihat perjalanan organisasi
mereka supaya ianya selamat dan mengikut spefikasi yang diberikan •
Oleh itu peraturan, garis panduan dan etika tertentu perlu diwujudkan untuk
membasmi sebarang perkara negatif yang wujud dn berlaku dalam sesebuah organisasi. Malah ia dianggap sebagai jalan keluar yang terakhir yang terpaksa diambil untuk mengatasi setiap masalah yang timbul setelah melalui proses nasihat menasihati dan tegur menegur antara mereka.
KESIMPULAN Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan tercapai. Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya ialah : 1. Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin. 2. Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas. 3. Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan. 4. Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
KE ARAH PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh Ketua, Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
PENDAHULUAN
Secara umum, pembangunan mempunyai konotasi positif. Dalam pemahaman lazim, pembangunan kebanyakannya dihubungkan dengan ukuran-ukuran kuantitatif seperti peningkatan produktiviti, peningkatan pendapatan per kapita, peningkatan keluaran negara kasar, peningkatan kadar pertumbuhan dan peningkatan penggunaan[1]. Kalau pun ada perkiraanperkiraan yang lebih kompleks yang menghubungkaitkan pembangunan ekonomi ini dengan unsur-unsur sosial, budaya dan politik, ianya dikatakan tetap untuk kebaikan manusia[2]. Peningkatan taraf hidup ekonomi itu dikatakan menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan kesejahteraan semua bidang kehidupan masyarakat yang lain seperti pelajaran, kesihatan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sebagainya (S. Husin Ali 1976)[3]. Penghujjahan dan penghuraian tentang perkara ini terangkum di dalam teori-teori pembangunan, sama ada di dalam teori yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal[4]. Kesan-kesan sampingan seperti hedonisme, materialisme, gejala sosial, dekadensi moral, penindasan, ketidakadilan dan sebagainya dianggap sebagai masalah-masalah biasa yang boleh diatasi. Ia tidak membawa kepada berubahnya imej positif pembangunan itu[5]. Dalam mengurusi pembangunan secara Islam, ada tiga persoalan yang harus ditanya. Pertama, apakah pembangunan berbentuk lazim ini yang hendak diurus? Kedua, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengurus pembangunan secara Islam; bolehkah pengurusannya dilakukan secara Islam manakala pembangunannya bertunjangkan kepada pembangunan lazim seperti di atas? Dan ketiga, dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, kaedah apakah yang terbaik dalam mengurusi pembangunan secara Islam ini? Kertas ini akan cuba menjawab ketiga-tiga soalan ini. BENTUK PEMBANGUNAN YANG HENDAK DIURUS Secara idealnya, pembangunan yang hendak diurus secara Islam mestilah berbentuk Islam dan tidak boleh bercampur aduk dengan bentuk pembangunan lazim. Dengan lain perkataan, pembangunan yang hendak diurus itu bukan pembangunan lazim, tetapi ialah pembangunan berteraskan Islam sendiri. Syarat ini sangat penting kerana terdapat perbezaan yang amat ketara antara pembangunan lazim dengan pembangunan berteraskan Islam. Malah asas-asas pembangunan lazim adalah bertentangan dengan asas-asas ajaran Islam sendiri. Perbezaan dan pertentangan ini tidak mudah dilihat secara sepintas lalu. Ia hanya dapat dilihat dengan meneliti dua persoalan penting. Pertama ialah persoalan akar-umbi falsafah kepada pembangunan lazim itu. Dan kedua, persoalan perkaedahan penganalisaannya. Kedua-dua
persoalan inilah yang membuatkan pembangunan lazim berbeza dan bertentangan dengan pembangunan berteraskan Islam. Kalau akar umbi ini bertentangan, tentulah hal-hal teknikal seperti yang didokong oleh pembangunan lazim itu juga menjadi bertentangan. Pembangunan lazim terikat kuat dengan falsafah dan perkaedahan Sains Sosial Barat. Ia tumbuh dari teknik-teknik sains fizik yang didasari oleh sifat-sifat saintifik, empirikal dan fakta-fakta yang dapat diamati oleh pancaindera (observable facts). Ia juga bersifat anti-dogmatis, anti a priori, anti-teologi dan cenderung kepada sifat bebas nilai (value free). Lebih dari itu, tidak kira sama ada pembangunan lazim itu bertunjangkan kepada falsafah pasca-klasikal atau radikal, ia percaya kepada sekurang-kurangnya lima perkara berikut. Pertama, substruktur (ekonomi) menentukan superstruktur (agama, undang-undang, budaya, sosial dan sebagainya)[6]. Kedua, kemahuan manusia tidak terhad manakala sumber-sumber alam adalah terhad. Ketiga, dalam proses pembangunan itu, masyarakat tradisi mesti dihapuskan[7]. Keempat, pengalamanpengalaman pembangunan di Barat adalah kaedah mutlak untuk diikuti oleh semua negara yang ingin membangun. Dan kelima, pembangunan adalah merupakan matlamat akhir hidup manusia. Oleh itu, kalau mengurus pembangunan secara Islam itu bermaksud mengurus pembangunan lazim, ertinya pengurusan itu terpaksa mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada kepercayaan di atas. Dengan lain perkataan, pengurusan yang dikatakan Islam itu terpaksa mengurus pembangunan yang falsafah, dasar dan perkaedahannya tidak selari dengan Islam. Sebenarnya Islam tidak terhad kepada hal-hal saintifik, empiris dan fakta-fakta yang boleh diamati dengan pancaindera. Ini semua boleh disuluh hanya dengan ilmu daruri dan dalil-dalil aqli. Lebih dari itu, Islam menjangkau ke dalam hal-hal ghaib dan metafizik. Hal ini perlu disuluh dengan ilmu nadhari dan dalil-dalil naqli[8]. Begitu juga, pembangunan berteraskan Islam mesti bersifat dogmatis, menerima konsep a priori dan berbentuk teologikal sebagai asasnya, serta terikat kuat dengan nilai Islam itu sendiri. Yang menentukan sesuatu ialah agama, atau superstruktur (dalam istilah teori pembangunan radikal), bukan ekonomi atau substruktur. Kemahuan manusia diakui tidak terhad tetapi ada cara untuk menghadkannya manakala sumbersumber alam secara fizikal adalah terhad, tetapi dari perspektif Tauhid ianya tidak terhad. Allah SWT menetapkan rezeki untuk setiap makhluk dan ukuran kepada kepuasan kepenggunaan ialah barakah, bukan kuantiti. Dalam proses pembangunan, Islam tidak memusnahkan masyarakat tradisi selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Pengalaman dan kaedah pembangunan negara-negara Barat bukanlah pengalaman dan kaedah mutlak yang mesti diikuti. Begitu juga,
pembangunan hanyalah alat mencapai keredhaan Allah SWT, bukan matlamat akhir hidup manusia. Kesemua keyakinan di atas bertunjang kuat kepada tasawwur (worldview) Islam sendiri. Asas kepada tasawwur ini ialah keyakinan bahawa roh manusia telah naik saksi bahawa Allah SWT adalah Tuhan dan manusia adalah hamba-Nya[9]. Perjanjian ini telah dibuat di alam roh. Hidup manusia di dunia, di mana proses pembangunan berlaku, hanyalah merupakan medan untuk membuktikan penyaksian tersebut. Benar tidaknya penyaksian itu dibuktikan manusia di dunia manakala ganjarannya, sama ada baik atau buruk, akan dikurniakan di akhirat. Dengan kata lain, pembangunan hanyalah merupakan alat manusia membuktikan ketaatannya terhadap penyaksian mereka. Kerana penyaksian itu bermaksud menjadi hamba Allah, maka tujuan hidup di dunia ialah untuk membuktikan bahawa sepenuh hidupnya, dalam apa jua aspek dan aktiviti hidupnya, pada setiap saat, adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT[10]. Untuk memudahkan usaha manusia membuktikan penyaksiannya itu, Allah SWT mengurniakan satu lagi status kepada manusia, yakni sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini[11]. Konsep khalifah di sini cukup memberi gambaran bahawa asal kejadian manusia memanglah sebagai pengurus sumber alam di atas dunia ini. Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang mempamirkan hal ini. Antaranya adalah seperti berikut[12]: “Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di antaranya untuk tumbuh-tumbuhan; di sana kamu mengembala ternakan” (al-Nahl: 10). “Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal layar di laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu bersyukur” (al-Nahl: 14). “Dialah (Tuhan) yang menjadikan bumi itu rendah untukmu, maka berjalanlah kamu pada beberapa penjurunya dan makanlah rezeki kurniaan-Nya, dan kepada-Nyalah kamu dibangkitkan” (al-Mulk: 15). Perkataan ‘mengembala’, ‘keluarkan’ dan ‘berjalan dan makanlah rezeki’ cukup mempamirkan tugas-tugas kepengurusan manusia. Sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, manusia adalah pengurus segala makhluk alam dunia. Ertinya, pembangunan adalah merupakan alat manusia membuktikan kepada Allah SWT tentang ketaatannya sebagai pengurus, sebagai khalifah Allah. Ia adalah merupakan alat untuk membuktikan kehambaannya kepada Allah SWT dalam pengurusannya itu.
Kalau tugas sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini dilaksanakan manusia mengikut perjanjiannya dengan Allah SWT, maka redhalah Allah SWT. Keredhaan Allah SWT ini tidak mungkin dapat dicapai kecuali pembangunan dijadikan alat beribadah kepada Allah SWT. Dan ibadah ini berhubung rapat dengan alam roh dan alam akhirat. Tidak mungkin seseorang dapat beribadah kecuali dengan pembangunan kerohaniannya yang tinggi. Penyaksiannya dibuat di alam roh, pelaksanaannya dibuktikan di alam dunia, manakala ganjarannya dikurniakan di alam akhirat. Ertinya pembangunan mengikut Islam mempunyai skala waktu yang panjang. Ia meliputi alam roh, alam dunia dan alam akhirat, di samping merangkumi kedua-dua pembangunan rohani dan jasmani. Walaupun ia adalah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat (hasanah fid duniya wal akhirah), tetapi rangkakerjanya berasal dari alam roh. Jadi hidup manusia di atas muka bumi tidak lengkap disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat sahaja. Ia patut disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat melalui pelaksanaan penyaksian manusia dengan Allah SWT di alam roh. Ertinya ia meliputi tiga alam (alam roh, dunia dan akhirat), bukan dua alam sahaja. Berdasarkan tasawwur ini, pengurusan pembangunan Islam meliputi pengurusan kesemua tingkat pembangunan. Ia meliputi tingkat pembangunan rohani, individu, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat. Di samping itu ia juga merangkumi semua aspek kehidupan, dari sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Oleh itu pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan yang holistik, sebagaimana yang didefinisikan oleh Islam, bukan pembangunan terberai dan superfisial yang didokong oleh pembangunan lazim. Pengurusan pembangunan Islam bukan sahaja bertunjang kepada falsafah Islam itu sendiri, tetapi juga menggunakan perkaedahan analisis Islam. ERTI MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM Berdasarkan hujah-hujjah di atas, adalah tidak munasabah sesuatu pengurusan pembangunan itu dipanggil pengurusan pembangunan Islam jika yang diurus itu sebenarnya bukan pembangunan berteraskan Islam, tetapi sebaliknya pembangunan lazim, tidak kira yang lahir dari falsafah pembangunan pasca-klasikal atau radikal, yang bersifat pemusatan Barat (western ethno-centric) atau pemusatan Eropah (eurocentric). Secara idealnya, pengurusan pembangunan Islam hanya boleh menjadi Islam sekiranya kedua-dua pengurusan dan pembangunan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam. Ertinya pengurusan itu mesti menentukan maksud pembangunan itu. Tidak ada makna apa-apa sekiranya pembangunan diurus secara Islam sedangkan pembangunan yang
diurus itu ialah pembangunan lazim. Begitu juga, tidak ada apa-apa erti sekiranya pembangunan itu berteraskan Islam tetapi pengurusannya adalah bersifat tidak Islamik. Secara lebih tegas, dalam mengurus pembangunan secara Islam, kedua-dua pengurusan dan pembangunan mestilah Islam. Ia tidak boleh dicampur-aduk, sama ada pembangunannya Islam tetapi pengurusannya bukan Islam, atau pembangunannya tidak Islam tetapi pengurusannya Islam. Campur aduk ini cukup mengelirukan kerana sebagaimana yang telah dihuraikan di atas, erti pembangunan dari kacamata Islam mempunyai maksud yang tersendiri. Tidak boleh pengurusan pembangunan itu dikatakan Islam sekiranya pembangunan masih dianggap dimanifestasikan oleh bangunanbangunan besar dan hebat serta hotel-hotel empat dan lima bintang[13]. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan Islam itu sendiri? Kalau mengikut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), maksud umum pengurusan Islam tidak banyak bezanya dengan pengurusan lazim. Kedua-duanya merujuk kepada “kajian ilmiah dan juga satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus” (1991:37). Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada sekurang-kurangnya tiga pendapat umum tentang pengurusan. Pertama, bahawa pengurusan adalah merupakan satu pengkhususan yang berasaskan kepada beberapa prinsip dan peraturan-peraturan tertentu. Kedua, bahawa pengurusan adalah merupakan satu bentuk kesenian yang berasaskan kemahiran dan bakat seseorang. Dan yang ketiga, bahawa pengurusan itu merupakan satu kajian ilmiah yang berpandukan prinsip-prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa dan serentak dengan itu ia merupakan seni dan kebolehan seseorang yang akan memimpin dan mempraktikkan rancangan itu. Berdasarkan erti pengurusan yang merujuk kepada perkara-perkara ini, maka Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:39) berpendapat kalau ada pun perbezaan antara pengurusan masakini dengan pengurusan Islam, ia hanya berlaku dalam beberapa aspek sahaja, terutamanya dalam aspek matlamat. Katanya matlamat pengurusan lazim atau masakini yang dianggap sekular ialah berbentuk duniawi semata-mata manakala matlamat pengurusan Islam ialah berbentuk dunia dan akhirat. Pengertian begini agak tidak jauh berbeza dari pengertian umum pengurusan yang dikemukakan Yusof Ismail (1991). Secara khusus, Yusof Ismail (1991:35) melihat pengurusan sebagai “satu proses yang dilalui untuk mencapai matlamat tertentu” melalui ”kerjasama antara pihak pengurusan dan kakitangan umum” dan melibatkan unsur-unsur “matlamat (nilai), sistem, kaedah, pengurus, kakitangan dan teknologi (alat)”[14]. Pengertian yang agak sama juga dikemukakan Mohd Shahar bin Sidek (1996:123) yang menyimpulkan bahawa pengurusan
adalah merupakan “proses pengembelengan usaha dan tindakan secara bersama, terselaras dan sistematis, dengan penggunaan punca-punca yang diperolehi dengan diarahkan kepada mencapai tujuan tertentu”. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996)[15] pula menyenaraikan elemen-elemen yang terkandung di dalam pengurusan seperti berikut: 1- Kemahiran dalam merancang dan melaksanakan sesuatu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 2- Pelaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam. 3- Menyelaras tenaga manusia dan sumber-sumber mengikut perancangan bagi mencapai sesuatu objektif, misi ataupun visi dan 4- Satu pengkhususan yang berasaskan kepada prinsip, sistem, metodologi dan peraturan tertentu dalam mengendali, mengawas, melaksana dan menilai sesuatu tugas atau kerja[16]. Secara kasar, pengertian sebegini, sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), nampak tidak berbeza dengan pengertian pengurusan lazim. Tetapi pada hakikatnya, ianya berbeza kerana pengurusan Islam, seperti kata Yusof Ismail (1991:46), berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut: 1- Mencari keredhaan Allah (At-Taubah 9:72), Al-Rum 30:38) dengan mentaati Allah SWT dan Rasulallah SAW (An-Nisaa 4:59)[17]. 2- Melaksanakan makruf dan mencegah mungkar (Ali Imran 3:104, 110). 3- Menjaga kesejahteraan masyarakat (Al Baqarah 2:148), Al Qasas 28:77, Al Mujaadilah 58:9). 4- Membangunkan individu semaksimum mungkin (Ali Imran 3:139, Al Hujurat 49:13, Asy Syams 91:8-10, Al ‘Asr 103:1-3). 5- Melaksanakan syura (Ali Imran 3:159, Asy Syuura 42:38). 6- Mewujudkan jamaah (As Saff 61:4). 7- Berlaku adil (Al Maaidah 5:8, An Nisaa’ 4:129). 8- Berlaku ihsan (kebajikan) (An Nahl 16:90), dan 9- Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam (Al Maaidah 5:44, 45, 47, 50). Kesemua ini mempamirkan bahawa yang membezakan pengurusan Islam dengan pembangunan lazim ialah teras falsafahnya. Pengurusan lazim terhad kepada pengertian-pengertian yang telah disebutkan di atas. Pengurusan Islam sebaliknya menjangkauinya dengan mengambil falsafah Tauhid sebagai terasnya. Oleh itu pengurusan Islam lebih bersifat jitu dan komprehensif. Dalam apa sahaja aspek yang bersangkutan dengan pengurusan seperti proses membuat keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di
antara majikan dan pekerja, etika kerja dan sebagainya, semua mestilah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh ajaran dan pandangan hidup Islam (Wan Liz Ozman Wan Omar 1996:67). Pendek kata pengurusan Islam merangkumi seluruh rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia sebagaimana ditetapkan oleh Allah SWT[18]. Boleh dikatakan semua penulis melihat pengertian pengurusan Islam secara holistik begini dan menghubungkannya dengan Tauhid. Yang paling ketara dan agak jitu ialah penghuraian Mohd Affandi Hassan (1992). Beliau telah mempamirkan maksud pengurusan yang holistik ini melalui apa yang beliau panggil pendekatan tawhidic. Mohd Affandi Hassan (1992:56) berkata begini: “Management and administration, from the tawhidic approach, is the fulfilment of the primordial contract (the amanah) between God and man, in which man as servant of God, and His vicegerent on earth (khalifah) performs righteous deeds (‘amal salih) based on the principles of cooperation and consultation (shura). The purpose of management/administration is the building of a civilization based on tawhidic ethical values; thus management must, at the same time, ensure the abolishment of corruption, mischief, and injustice (al-fasad) in order to establish ‘adl (justice) both in organizations as well as in society. The ultimate objective of management is to attain al-falah (felicity)”[19]. Dari definisi Mohd Affandi Hassan ini, dapat kita simpulkan begini. Pertama, rangkakerja pengurusan ialah rahsia penciptaan dan fungsi kehidupan manusia yang termeterai dalam perjanjian manusia dengan Allah SWT (bahawa manusia adalah hamba dan khalifah Allah SWT). Kaedah pengurusan Islam ialah kerjasama dan musyawarah yang terkandung dalam konsep syura[20]. Tujuan pengurusan Islam ialah untuk melahirkan tamaddun yang adil tanpa perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Dan matlamat akhir pengurusan Islam ialah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Kalau begini pengertian pengurusan Islam, apakah pula pengertian pengurusan pembangunan Islam? Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia, dari peringkat rohani hinggalah kepada peringkat keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat, maka pengurusan pembangunan Islam juga merupakan pengurusan segala aspek kehidupan manusia ini sama ada dari perspektif sosial, ekonomi dan politik serta gabungan antaranya, secara Islam. Ia oleh itu melampaui pengurusan lazim yang hanya terhad kepada pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia, atau pengurusan perniagaan semata-mata. Pendeknya pengurusan pembangunan meliputi segala kegiatan yang diamalkan oleh setiap orang, sama ada
untuk dirinya, keluarganya, organisasi pekerjaan, organisasi sosial, di peringkat kampung, daerah, negeri, negara atau antarabangsa. Ia meliputi, umpamanya, usaha Khalifah Umar Abdul Aziz membersihkan jentera kerajaan seperti menghapuskan percukaian yang tidak adil. Begitu juga dengan usaha Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal menjalankan kerja-kerja tajdid mereka tanpa bantuan pemerintah; usaha Imam Al Ghazali membersihkan aqidah masyarakat yang bercampur aduk; usaha Ibnu Taimiyah menentang taqlid buta dan mempelopori ijtihad; dan usaha Syaikh Ahmad Sirhindi membersihkan ajaran tasawwuf songsang dengan memberikan ajaran tasawwuf tulen (Yusof Ismail 1991:5-6). Semuanya boleh dianggap sebagai pengurusan pembangunan Islam, asal saja ianya berlandaskan kepada aqidah dan tasawwur Islam. Pendeknya pengurusan pembangunan Islam meliputi segala pengurusan Islam yang bersangkutan dengan segala aspek kehidupan manusia, dari aspek pengurusan kerohanian hinggalah kepada pengurusan pemerintahan[21]. MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM DALAM REALITI SOSIO-EKONOMI DAN POLITIK MASAKINI Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, tidak dinafikan bahawa pengurusan pembangunan Islam yang ideal di atas tidak mudah direalisasikan. Tambahlagi di Malaysia yang keadaan sosialnya berbilang kaum dan agama, ekonominya liberal kapitalis dan politiknya demokrasi berpandu. Malah di seluruh dunia, tidak dapat dikesani mana-mana negara pun yang telah menjadi negara Islam dan melaksanakan pembangunan berteraskan Islam sepenuhnya, apatah lagi pengurusan pembangunan Islam. Rata-rata pembangunan masih didominasi oleh falsafah Sains Sosial Barat, dengan sama ada falsafah pasca-klasikal yang melahirkan teori pembangunan pertumbuhan dan pengagihan-dengan-pertumbuhan atau falsafah radikal yang melahirkan teori pembangunan strukturalis dan pergantungan. Walaupun ada usaha membangunkan negara dan pembangunan secara Islam seperti yang cuba dilakukan di Pakistan, Sudan, Iran, Malaysia, atau secara lebih mikro seperti yang cuba diusahakan di Kelantan dan Terengganu[22], namun semuanya masih belum dapat lepas lari dari falsafah pembangunan lazim Barat tadi. Dalam keadaan demikian, yang manakah yang patut dilaksanakan dahulu, negara Islam atau pengurusan pembangunan Islam? Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) berpendapat bahawa satu ‘organisasi Islam’ (dalam konteks perbincangan kita barangkali boleh diistilahkan sebagai negara Islam) mestilah diwujudkan sebelum model yang meliputi
kebendaan, kerohanian, etika dan prinsip-prinsip Islam direalisasikan[23]. Begitu juga dengan pendapat kebanyakan pejuang Islam seperti Parti Islam SeMalaysia, PAS[24]. Namun begitu usaha pembentukan negara Islam dalam keadaan masakini juga terbukti tidak mudah. Malah di negara-negara yang telah cuba membentuk negara Islam, pengurusan pembangunan Islam belum berlaku sepenuhnya. Pakistan telah mengistiharkan dirinya sebagai sebuah Republik Islam tetapi ternyata pembangunan dan pengurusan pembangunannya belum Islamik. Malah secara amnya, hampir tidak ada usaha membangunkan Republik itu secara Islam, kecuali dalam urusan zakat dan perbankan Islam[25]. Iran juga telah menubuhkan Republik Islam selepas Ayatollah Rohullah Khomeini menjatuhkan Shah Pahlavi dalam tahun 1979. Tetapi usaha pengIslaman pembangunannya sedang menuju kembali ke arah pembangunan Barat. Pada peringkat awal pemerintahan Islam (1979-81), Iran mengamalkan teori ekonomi ‘divine harmony’[26]. Kemudian ia berubah kepada kaedah India-Soviet[27]. Dan bermula pada tahun 1989, Republik Islam Iran mengalihkan model pembangunannya kepada model China-Saudi Arabia[28]. Sekarang ia dianggap sebagai beransur-ansur kembali kepada cara hidup lama yang dikenali di Iran sebagai ‘Westoxication’ (Amuzegar 1993:328-329). Kelantan juga, dalam pusingan kedua sekarang, sudah hampir satu dekad diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia, PAS. Tetapi pembangunannya belum boleh dianggap sebagai pembangunan Islam sepenuhnya. Begitu juga dengan pengurusan pembangunannya. Dengan berbagai keterhadan yang ada, Kelantan hanya mampu melaksanakan beberapa aspek Islam dalam pembangunan, tetapi tidak dapat melepaskan dirinya dari rangkakerja pembangunan lazim[29]. Kesemua contoh ini mempamirkan bahawa dalam keadaan realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, tidak mudah meruntuhkan negara sekular untuk menubuhkan negara Islam sepenuhnya. Begitu juga, dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, tidak mudah meruntuhkan pembangunan lazim sepenuhnya dan menggantikannya dengan pembangunan berteraskan Islam. Tambah lagi dalam menguruskan pembangunan, tidak mudah menguruskan pembangunan berteraskan Islam sebagaimana idealnya kerana tidak mudah membentuk negara, pengurusan dan pembangunan berteraskan Islam secara menyeluruh dan komprehensif. Namun begitu, kepayahan ini bukanlah manifestasi pandangan pesimistik. Dalam realiti sosioekonomi dan politik masakini, peluang melaksanakan pengurusan pembangunan Islam tidaklah segelap itu. Walaupun tanpa negara dan pembangunan Islam yang cukup Islam, pengurusan pembangunan Islam tetap boleh dilaksanakan, cuma tidaklah secara idealnya. Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, pengurusan pembangunan Islam boleh bermula dengan
menguruskan pembangunan lazim tanpa menunggu wujudnya negara dan pembangunan Islam yang cukup Islam. Adalah sangat mustahil pengurusan dan pembangunan Barat, tambah lagi negara yang berasaskan kepada perundangan Barat, dapat diruntuhkan secara mendadak dan total serta digantikan dengan pembangunan berteraskan Islam secara sekaligus. Oleh itu, mengurus pembangunan secara Islam pada masakini bererti menguruskan pembangunan yang tidak Islam agar ianya menjadi Islam. Tugas utama pengurusan pembangunan Islam pada peringkat ini ialah pengislaman pembangunan itu sendiri. Ia berbentuk evolusi, bukan revolusi. Kaedahnya ialah kaedah akomodatif, tetapi jangan apologetik dan permisif. Yang perlu ialah kebijaksanaan dan hikmah untuk menerapkan prinsip-prinsip Islam tersebut dengan sifat-sifat yang dinamik dan fleksibel asal ianya tidak bertentangan dengan Islam. Semua ini memerlukan satu perancangan dan strategi yang kemas dan sistematik. Ia tidak boleh dilakukan secara ad-hoc, bermusim atau impromptu. Ia tetap memerlukan satu blue-print dan pelan induk. Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam bererti pembangunan kedua-dua rohani dan jasmani, maka blue-print dan pelan induk itu mesti meliputi kedua-dua bidang ini secara bersepadu, bukan berpisah. Pembangunan rohani mesti dibangunkan dalam konteks pembangunan jasmani. Mengurus pembangunan rohani bererti mengurus iman dan nafsu manusia. Iman mesti ditingkatkan daripada iman taqlid dan iman ilmu yang rendah kepada iman ‘ayan, iman haq dan iman haqiqat yang tinggi. Nafsu pula mesti ditingkatkan dari nafsu ammarah, nafsu lawwamah dan nafsu mulhamah yang jahat kepada nafsu mutmainnah, nafsu radhiyah dan nafsu kamilah yang terpuji. Dengan peningkatan ini, maka pembangunan jasmani tidak akan mempunyai kesan-kesan sampingan seperti yang dialami oleh pembangunan lazim. Malah pembangunan rohani sebagai tunjang akan melahirkan pembangunan jasmani yang kemas dan kuat. Ertinya kesemua perancangan ini perlu disepadukan ke dalam satu pelan induk. Dan dengan pelan induk yang sepadu ini, pembangunan lazim dapat diurus hingga akhirnya ia dapat diIslamkan sepenuhnya. KESIMPULAN Secara idealnya, pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan berteraskan Islam dengan menggunakan kaedah pengurusan Islam. Tetapi pada realitinya, dalam keadaan sosio-ekonomi dan politik masakini, hal ini tidak mudah dilaksanakan. Pembangunan dan pengurusan lazim masih menjadi model dominan, manakala negara Islam yang diperlukan untuk mendaulat pengurusan dan pembangunan Islam ini masih belum benar-benar wujud lagi.
Mahu tidak mahu, pengurusan pembangunan Islam terpaksa direalisasikan melalui kaedah akomodatif dan evolusi. Ia pertamanya perlu mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada ideologi lazim, agar sedikit demi sedikit pembangunan sedemikian dapat diIslamkan. Untuk ini, satu perancangan dan strategi yang sistematik dan dinamik perlu diatur, umpamanya dengan mengadakan pelan induk dan blue-print yang boleh menjadi panduan kepada perjalanan ke arah merealisasikan pengurusan pembangunan Islam sepenuhnya. NOTA [1] Sebenarnya pengertian pembangunan itu sendiri berkembang mengikut masa. Dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20, pembangunan disamakan dengan kemajuan (lihat Chodak 1973:21). Pada awal abad ke-20 pula, kemajuan ini digantikan dengan perubahan sosial (lihat Parsons 1951 dan Coser 1967). Selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dalam tahun-tahun 1950-han, pembangunan merujuk kepada perindustrian, modenisasi atau pertumbuhan ekonomi (lihat Sunkel 1977:6-7, Galeski 1972:275, Rostow 1956, 1960). Ini ditambah kemudiannya dengan perubahan dan tindakan sosial (lihat Goulet 1971:6). Kini maksud pembangunan diperluaskan mengikut kehendak semasa. Untuk perbincangan ringkas tentang perkembangan ini, lihat Rahimah Abdul Aziz 1989:27-34. [2] Misalnya Todaro (1977) menghubungkaitkan pembangunan dengan perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. Seers (1977, 1979) merujuk pembangunan kepada penghapusan kemiskinan, kekurangan jumlah pengangguran dan ketaksamaan. Rahimah Abdul Aziz (1989:45-48) pula merujuk kepada satu senarai yang agak panjang. Pembangunan dikatakan berhubungkait dengan pemenuhan keperluan asas, barangan dan perkhidmatan serta penggunaannya, penggunaan tenaga, keselamatan, keadilan, matlamat sosial, budaya dan politik, penyediaan pekerjaan, nilai kesusilaan, perkembangan pemikiran dan sikap, penggunaan teknik-teknik baru, perindustrian, perbandaran, modenisasi, pembebasan dari pergantungan, penghapusan eksploitasi dan penindasan, penyertaan kesemua pihak terutama kumpulan sasaran, memenuhi kepentingan kumpulan sasaran, penghapusan masalah-masalah yang dialami majoriti manusia, peningkatan perasaan harga-diri, perluasan pilihan individu, faedah kepada sebilangan besar rakyat, peningkatan kualiti hidup, pengambil-kiraan nilai, kepercayaan dan sistem kelas, pemenuhan keperluan ekonomi, pelaksanaan agihan kuasa dan keadaan politik. [3]Tanggapan bahawa ekonomi merupakan faktor penentu kepada kesejahteraan bidang-bidang kehidupan yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan, agama, undang-undang dan
sebagainya itu adalah merupakan asas kepada penganalisaan teori pembangunan lazim, sama ada yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal. Teori pembangunan radikal mengistilahkan ekonomi itu sebagai substruktur manakala bidang-bidang kehidupan yang lain itu sebagai superstruktur. [4] Antara teori pembangunan yang berteraskan falsafah pasca-klasikal yang telah menjadi landasan kepada sistem kapitalisme ialah teori pertumbuhan dan teori pengagihan-denganpertumbuhan. Manakala yang berteraskan kepada falsafah radikal yang telah menjadi landasan kepada sistem sosialisme dan komunisme ialah teori strukturalis dan teori pergantungan. [5] Imej positif pembangunan ini berlaku dalam kedua-dua falsafah pembangunan pasca-klasikal dan radikal. Walaupun falsafah pembangunan radikal nampak agak berbeza dengan falsafah pembangunan pasca-klasikal, namun asas ideologi kedua-duanya adalah sama. Perbezaan antara keduanya, kalaupun ada, hanya bersifat metodologikal dan teknikal serta hanya berlaku di peringkat operasional. Misalnya, teori pembangunan radikal hanya menyerang kaedah-kaedah pembangunan dan pengagihan hasil yang dilagang oleh teori-teori pembangunan pasca-klasikal, manakala andaian asasnya seperti konsep ‘kekurangan (scarcity) sumber-sumber’ dan ‘kemahuan tidak terhad’ tetap tidak ditolaknya. [6] Untuk melihat kritik Islam terhadap perkara ini, khususnya terhadap pendapat S.Husin Ali, lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:69-70. [7] Ahli teori pembangunan pasca-klasikal Rostow (1960) misalnya, percaya setiap masyarakat yang ingin membangun mesti melalui lima tahap berikut: masyarakat tradisi, prasyarat untuk mengorak langkah, mengorak langkah, menuju ke arah kematangan dan zaman penggunaan secara besar-besaran. Ahli teori pembangunan radikal Karl Marx pula menyarankan tiga tahap berikut: masyarakat pra-kapitalis (yang bersifat feudal dengan ragam pengeluaran Asiatic yang tidak mempunyai konflik antara kelas dan oleh itu statik), masyarakat kapitalis dan masyarakat pasca-kapitalis, yakni sosialis atau komunis. Dalam kedua ideologi pembangunan ini, masyarakat tradisi (istilah Rostow) atau masyarakat pra-kapitalis (istilah Marx) mesti dihapuskan kalau ingin membangun. Puncak pembangunan bagi Rostow ialah kepenggunaan secara besarbesaran, manakala bagi Marx ialah masyarakat komunis. [8] Untuk perbincangan lanjut tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:20-48. [9] Lihat Surah al-A’raf ayat 172 yang bermaksud: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami terlupa terhadap hal ini”. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Surah al-Zaariyat ayat 56-57
yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga meminta mereka memberi Aku makan”. [10] Ibadah terbahagi kepada tiga bentuk. Pertama ialah ibadah asas (merangkumi penegakan rukun Islam dan iman); kedua, amalan utama (fadho-ilul-amal) seperti amalan-amalan sunat; dan ketiga, ibadah umum seperti mengatur rumahtangga, anak isteri, berkhidmat untuk masyarakat dalam soal-soal ekonomi, pendidikan, perubatan, sosial, negara serta alam sejagat (Muhammad Syukri Salleh 1987:55). [11] Allah SWT berfirman maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka: Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada Malaikat, lalu Allah berfirman: “Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika kamu yang benar”. Jawab mereka: “Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada Kami, sesungguhyna Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Hai Adam, beritahulah kepada Malaikat nama barang-barang ini” (al-Baqarah: 30-32). [12] Perkataan-perkataan dalam bentuk italic adalah penekanan saya. [13] Hal ini misalnya tercatat dalam ruangan Cakap-Cakap Orang Kelate yang diterbitkan akhbar rasmi PAS, Harakah. Lihat “Pembangunan Goyang Kelantan?” Harakah, 13 April 1998, ms 28. [14] Untuk melihat Model Pengurusan Islam Yusof Ismail ini dalam gambarajah, lihat Lampiran I. [15] Wan Liz Ozman Wan Omar (1996) ini, seperti juga Mustafa Haji Daud (1994), menyamakan maksud pengurusan dengan maksud pentadbiran. [16] Un tuk melihat Model Sistem Pengurusan Islam yang dikemukakan oleh Wan Liz Ozman Wan Omar ini dalam gambarajah, lihat Lampiran II. [17] Prinsip ini diperkuatkan oleh penjelasan Rasulallah SAW (Hasyr 59:7) bersandarkan pada Al-Qur’an (Al Jathiyah 45:20) yang menjadi petunjuk dan penawar (Fussilat 41:44). [18] Sebenarnya persoalan tentang rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia ini ada juga dibincangkan Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:3-18) di awal bukunya ini tetapi secara agak terpisah dari penghujjahannya tentang pengurusan di atas. Untuk melihat bagaimana beliau
menghubungkan perkara ini dengan teori pengurusan dalam Islam dalam gambarajah, lihat Lampiran III. [19] Untuk meneliti definisi Mohd Affandi Hassan ini dalam bentuk gambarajah, lihat Lampiran IV. [20] Mohd Affandi Hassan (1992) telah mengemukakan model pengurusan dengan syura (management by shura) di bahagian akhir penulisannya ini. Lihat mukasurat 59-74. [21] Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa pemikiran pengurusan merupakan badan tindak dan pelaksanaan falsafah politik secara terperinci, teliti dan amali. Pengurusan dikatakan berfungsi untuk membuat perancangan, penyusunan, memberi arahan, panduan, melaksana dan menyeliakan apa yang telah diputuskan oleh politik. Lihat pendapat Mustafa Haji Daud (1994:18) yang dipetiknya dari Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:283-290). [22] Untuk perbincangan tentang usaha Kelantan dan Terengganu ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1995, 1996b and 1998. [23] Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) mengatakan demikian ketika menyarankan pelaksanaan model untuk menerapkan ajaran Islam dalam urusan perjawatan organisasi, motivasi dan penilaian prestasi. Organisasi Islam di sini merujuk kepada sebuah organisasi ekonomi yang mengikuti sepenuhnya prinsip-prinsip dalam al-Qur’an dan Sunnah. [24] Untuk perbincangan tentang perkara ini secara lebih terperinci, lihat Muhammad Syukri Salleh 1996a. [25] Koresponden penulis dengan Timbalan Auditor-General Republik Islam Pakistan yang juga ahli ekonomi Islam terkemuka, Muhammad Akram Khan, Mac 1998. [26] Premis asas ‘divine harmony’ ini bukan kekurangan (scarcity) dan keperluan peruntukan sumber-sumber sepertimana yang menjadi premis asas teori pembangunan lazim. Sebaliknya premis teori ‘divine harmony’ ini ialah banyak (plenty) dan tugas pengagihan semula pendapatan. Walau bagaimanapun, teori ini tidak hidup lama seperti tidak lamanya karier politik penulisnya, Abol Hassan Bani-Sadr. [27] Kaedah India-Soviet ini dicirikan dengan insulariti ekonomi (economic insularity) dan kecenderungan ke arah saradiri, dominasi negara ke atas ekonomi, penolakan terhadap budaya pengguna (consumerism), dan penekanan ke atas penggantian impot (import substitution) dan bukannya ke atas perluasan ekspot.
[28] Model ini bersifat nasionalis/pragmatis di mana kapitalis, pasaran bebas, ekonomi pasaran wujud bersama dengan ideologi bukan-kapitalis sebagai bahan rujukan mutlak dan pengawasan politik (political beacon). [29] Antara keterhadannya ialah kekurangan konseptual, keterhadan politik yang meliputi kekurangan pengalaman, kekurangan bantuan dari PAS Pusat, kekurangan pakar pembangunan Islam, konflik antara Persekutuan dan Negeri, dan keterhadan undang-undang Persekutuan. Untuk perbincangan terperinci tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1995.