نحمده ونستعينه، الـحمد لله ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فل مضل له ومن يضلله فل والصلة والسلم على، هادي له رسولنا المين وعلى آله وأصحابه . أجـمعين Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukartukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini. Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi , Pada kesempatan ini sudilah kiranya Engkau mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Tun Mohd. Suffian b. Hashim di atas sumbangan beliau kepada sekolah ini . Mudah-mudahan ia di tempatkan bersama-sama para Nabi-nabi , para Siddiqin , para Syuhada’ dan para Solihin di Syurga-Mu Ya Allah. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء والمرسلين سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين