Definisi Teknik Dan Kaedah.docx

  • Uploaded by: Nur Ain
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Definisi Teknik Dan Kaedah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 225
  • Pages: 1
Definisi Teknik dan Kaedah

Menurut Edward M.Anthony (1963) oleh Najib Ghaffar (2012) mendefinisikan bahawa teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran sesuatu kemahiran dalam sesuatu subjek secara optimum. Teknik adalah sangat penting bagi mewujudkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagainya. Tujuan lain bagi menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Seseorang guru perlulah mahir dalam menarik minat murid untuk belajar agar pembelajaran yang dilaksanakan memberi impak positif kepada murid itu sendiri. Ahmad Ghazie Ibrahim (2000) mendefinisikan kaedah adalah sebagai cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah pengajaran memberi impak dalam penyempurnaan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tuntasnya, kaedah dan teknik adalah saling berkait dan sangat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah.

Related Documents


More Documents from "yuli"