DEDIKASI
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelumn membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama enam bulan bermula pada 12 JANUARI 2008 sehingga 12 JUN 2008 di sebuah firma swasta iaitu Syarikat Dunco Sdn Bhd. Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna apabila saya menempuh alam pekerjaan kelak. Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan pelajar-pelajarnya yang sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku Laporan berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat dijalani. Buku laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di firma Syarikat Putra Jaya Sdn Bhd. Penyediaan buku laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
ii
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilmya buku laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Poloteknik Kota Kinabalu untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang.
iii