Dedikasi Ku

  • Uploaded by: zahidan
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dedikasi Ku as PDF for free.

More details

  • Words: 1,209
  • Pages: 3
DEDIKASI KU… Alkisah tersebut lah kisah dari Kubang Pekan nun jauh di mata. Pada tahun 1967 iaitu sebelum teman bersekolah darjah satu, musim hujan, orang kampung pun tak menoreh, keluarga teman, anak Pak Jit masa tu tinggal bersama 9 orang anaknya di pondok yang sunyi di tepi sungai Perak (sebatu dari RnR Menora.) Apabila musim hujan tiba dalam bulan 11 dan 12 biasa la makan ubi diselang seli dengan nasi dan bubur pengat sebab masa tu tak menoreh, jadi “resources” pun kureng dan almaklumlah adik pun ramai. Masa tu mak teman Wan Kiah rajin menanam ubi keledek (ubi jalo), jagung, sayo dsb. Kalau berlebih tanam hanto ke kedai Pak Ya di delo dapat juga beli ikan rebus dsb. Pada tahun 1967 tersebut belakulah banjir yang teramat beso yang teman ngeri tengok air di sungai Perak sebab tak pernah tengok air yang begitu deras dan dalam nak hampir sampai rumah teman. Air semakin naik dan melimpahkan pelbagai kayu, pokok, dan menghanyutkan sampan, bot, rakit dan termasuk rumah nampak berpaparan ngelo mengikuti arus sungai Perak. Sehinggakan ayam-itik pun ada yang hanyut. Dalam kekecohan tersebut, rupanya Tok Jidin, (tok teman) ada lah sampan yang digunakan untuk menyauk ikan pakai pengilo. Banyak jasa sampan tersebut, kekadang menahan taut… dapat la bocat ke lampamke. Sampan tersebutlah digunakan untuk berpindah ke atas bukit. Sampan itulah yang mengangkut teman dari rumah tok melalui sungai Menora ke Tanjung Boyang dan Bukit Resat. Pada waktu itu seluruh penduduk Kg Kubang Pekan berpindahlah ke Bukit Resat iaitu terletak hampir dengan Tanjung Boyang dekat gotak tu. Berpindah di atas bukit dan tidur selama beberapa hari dan makan apa yang ada sementara menanti air surut. Setelah selang beberapa hari, air pun surut dan adalah diketahui bahawa rumah teman yang tinggi tu pun air bah jejak paras lantai. Alhamdulillah tak hanyut. Dan diketahui juga bah tersebut merupakan yang paling dahsyat dalam beberapa puluh tahun atau ratusan tahun (tak dapat dipastikan.) Air selut tak terkira la hinggakan tanah jadi semakin tinggi dek selut. Tapi yang seronoknya bebudak dapat main air, yang susah mak bapak nak nyuci rumah. Ini adalah pengalaman yang tak dapat dirasai lagi oleh budak sekarang. Mengenang kembali ke belakang, skg tak lagi berlaku banjir besar-besar di tempat kita. Walaupun peristiwa tersebut telah berlalu selama 42 tahun, masa sangat pantas berlalu. Alhamdulillah Syukur atas Anugerah Allah dan segala kesusahan dahulu terlerai sudah.. tetapi perjuangan harus diteruskan. Kesusahan dahulu tak macam sekarang kerana masa tu letrik takda, air paip takda dan kalau nak solat ke wuduk ke kena pergi sungai. Yang jerihnya kalau waktu subuh, rasa azab benor nak cecah air yang sejuk dan jauh tu.. Pelita pun pakai cemni, pelita jobang atau kebait. Yang ada lebih skt tu pakai pelita pam tu (geslin atau gasoline).

Tapi Alhamdulillah berkat didikan apak teman tu dia memang tiap pagi kejut teman dan adik abang teman waktu subuh. Dia memang strict (org kampung kata strit) sikit dgn anak anak, sehinggakan suara apak teman tu terdengar seperti nyata pada satu hari apabila teman tido. Suara tersebut mengejut teman suruh sembahyang subuh… tapi waktu tu dia telah kembali kerahmatullah. Alfathiah. Kenangan kenangan begini sangat mengingatkan teman kepada kampung halaman dan tempat asal teman datang dan jasa ibu bapa teman yang telah membesokan teman dalam kecemiye nya mereka, dengan cukup serba sedikit walaupun jauh dari kemewahan… Berkat pemberian tersebut jugalah teman telah merasalah hinggap di 3 menara gading selama 9 tahun “bertapa” dan menuntut ilmu Allah yang Maha luas dan mencari mata pencarian sekadar yang termampu. -DAN 3 Komen »

3 Respons 1. sunting di 8 Disember 2009 pada 5:59 PM | Balas

Cikgu Ahmad

seronok baca cerita dr. sebab tu selalu buka web.

○ sunting di 8 Disember 2009 pada 9:58 PM | Balas

Zainal Abidin Abd Aziz

oohhh tu le sebabnya bilangan pengunjung melambung dah lebih 1000 orang. Cik gu mat sorang aaje pun 4-5 kali sehari…. Tapi tak apa. Cik gu mat ada tarikan. Murid rame sayang pada dia. Diapun dah lebih 16 tahun kat SKM. Tak pa cik gu, kita cari member SKM rame-rame. Kita nak cari banyak dana ni, nak sumbang kat SKM. ZAA

2. sunting di 8 Disember 2009 pada 6:36 PM | Balas

zahidana

Mengimbas ke belakang lagi, dalam tahun 1973 lebih kurang, masa tu ekonomi meleset, dan orang terutamanya org politik dan surat khabar sibuk menyebut zaman inflasi dan berjimat cermat. Semua orang bercakap pasal INFLASI sehinggakan orang kampung pun pandai cakap orang Putih. Keluarga kami juga tidak kurang kesannya terutamanya apak. Kerana apak ku Pak Jit memang kaki sembang, kaki seloro dan suka melawak dan bila

dia cakap org suka dengar. Sapa yang kene Pak Jit tu tau la. Itulah kelebihannya yang saya sangat kagum (walaupun apak sendiri.) Tapi zaman 1972-73 tu lain sikit. Pendek kata zaman tu, orang senyum sedikit, muram banyak sebab kena kurang belanja, kena ration, kena berjimat cermat dan berbelanja dalam ketiadaan (maknanya makan apa yang ada seperti buah-buah, tangkap ikan, sayo tanam sendiri, kadang beras abih dsb). Satu perkara yang tak boleh lupa ialah dalam kepayahan apak menoreh dan membiayai 9 orang kami semua, harga getah jatuh menjunam dan orang terpaksa jual ayam (ayam betul) untuk menampung perbelanjaan sekolah. Alkisah masa tu aku tingkatan 1 (Sek Men. Clifford, KK). Yuran beberapa bulan tak terbayo, aku dah susah hati. Satu hari apak datang ke sekolah dan jumpa guru besar minta tangguh. Mungkin masa tu guru besar izinkan apak ku menangguh bayaran yuran sekolah, tak tau la apa di bincang kat bilik guru beso. Tapi yang menyedihkan apak ku ni telah pergi ke kelas aku dan cakap kuat kuat pada cikgu kelas minta tangguh bayaran yuran, semua kawan kawan ku dengo. Malu tak terkata. Katanya nantila dapat duit nanti bayola.. lebih kurang begitu. Semua orang dengo satu kelas. Tapi dalam malu tu, bila aku flashback balik, aku terfikir bahawa itulah pengorbanan apak ku yang aku sendiri tak sanggup buat pada anak-anak ku… Itulah budi yang tak terhitung dan tak terbalas aku, bagaimana susahnya apak ku dan bagaimana malu dia terpaksa tempuh juga halangan dan kesusahan untuk menyara dan menyekolahkan 9 anaknya. Dia tak mahu anaknya susah, jadi dirempuhnya juga kesusahan walaupun orang kata macam macam. Menyambung sedikit cerita tersebut, apak ku minta lah scholarship untuk menampung pembelajaran aku ke sekolah clifford tu. Apak ku ni jenis rajin jumpa orang dan minta rekomen. Tah sapa yang dijumpanya aku tak tahu, tapi aku agak YB Syafie Mat Saman iaitu ADUN Kuala (Bukit Candan ke?) kerana dia rajin bekawan dengan YB tu. Tah macam mana satu hari dalam kelas diumumkan pelajar yang mendapat scholarship. Nama ku disebut dengan kuat dan semua pelajar tahu. Aku bangga juga. Rasa terubat juga malu yang lama tu kerana hanya 2 / 3 orang je yang dapat. Aku rasa berterima kasih pada apak ku kerana applicationnya tulah yang menyebabkan aku dapat RM30 sebulan (kalau tak silap, dah lupa) Aku dapat Federal Scholarship. Lepas lah duit baik basikal, belanja sana sini dll. Masa tu RM30 tu sangat beso. Tapi aku tak gunakan untuk benda benda yang tak berfaedah seperti stgh murid skg belanja download lagu je berpuluh puluh RM. Aku beli buku, baju, baik basikal dsb.. Tapi lupa pulak aku ada ke bagi Mak Apak ku… nak tanya Yeop atau Yang atau Co le.. deme tau le he teman dulu.. DAN Dari Laman Web http://sekolahmenora.wordpress.com

Related Documents

Dedikasi Ku
July 2020 18
Dedikasi
June 2020 20
Dedikasi
October 2019 18
A2. Dedikasi
June 2020 19
Ku
April 2020 40
Dedikasi Komuter A3_01
June 2020 13

More Documents from "Elisa Sutanudjaja"