(deb)dasar Ekonomi Baru1

  • Uploaded by: chinese stream
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View (deb)dasar Ekonomi Baru1 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,649
  • Pages: 26
KAJIAN MASYARAKAT CINA AAEA2305

NAMA PELAJAR: NAHUI IMM

(TEA070065)

TING YIING YIING (TEA070113)

NAMA PENGAJAR: THOCK KER PONG

TAJUK TUGASAN:SOALAN 2

Soalan 2:Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai tahun 1971 telah mendatangkan impak kepada kegiatan ekonomi orang cina. Setujukah anda dengan pendapat ini? Bagaimanakah usahawan-usahawan cina dapat mengadaptasikan diri mereka dengan cabaran-cabaran natijah daripada pelaksanaan DEB dan semangatnya?

Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluangpeluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Namun

dasar

ini

telah

digantikan

dengan

Dasar

Pembangunan

Nasional(DPN) pada tahun 1991.

Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar

dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladangladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang

kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Oleh sebab, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala kebanyakan orang Melayu menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960, memburukkan lagi keadaan.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan

anti-Melayu.

Kejadian-kejadian

tersebut

akhirnya

menyebabkan

berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini menyebabkan hubungan antara kaumkaum di Tanah Melayu terjejas dan semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah

memaksa

Pengisytiharan

ini

kerajaan telah

untuk

mengisytiharkan

menyebabkan

sistem

perintah

kerajaan

darurat.

berparlimen

digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu

sebagai

pengarah

Majlis

Gerakan

Negara

(MAGERAN)

yang

bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis

Perundingan

keberkesanan

Negara

MAGERAN,

telah

Majlis

ditubuhkan Perundingan

bagi

memastikan

Negara

yang

bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:



Kepercayaan kepada Tuhan



Kesetiaan kepada Raja dan Negara



Keluhuran Perlembagaan



Kedaulatan Undang-Undang



Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Ia juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan dan ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain, maka Dasar Ekonomi Baru telah diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. Dasar Ekonomi Baru dirancang sebagai satu program jangka panjang

yang akan berjalan selama 20 tahun, iaitu bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi :



penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.



pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua, beberapa strategi telah dirancangkan seperti:



Struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama menjelang tahun 1990.



Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.



Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan.



Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar

Pembangunan

Nasional

pada

tahun

1991

yang

kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

merupakan

IMPAK DASAR EKONOMI BARU DALAM KEGIATAN EKONOMI CINA

Di Malaysia, masyarakat Cina membentuk lebih kurang 25 peratus daripada jumlah penduduk seluruh Malaysia. Masyarakat cina bukan sahaja menguasai bidang ekonomi tetapi juga memainkan peranan yang penting di dalam politik dan pemerintahan negara. Kebanyakan daripada orang Cina tinggal di kawasan bandar dan membentuk komunitinya yang tersendiri sehingga terbentuk penempatan yang dikenali sebagai kampung baru. Kedudukan ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mampu membentuk jaringan perniagaannya sendiri. Keupayaan yang dicapai oleh masyarakat cina telah membawa mereka kepada tonggak ekonomi di Malaysia. Namun hal ini juga memberi kesedaran kepada kerajaan untuk memerhatikan kestabilan ekonomi di kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Maka Dasar Ekonomi Baru telah dirancang supaya kaum-kaum yang lain mempunyai peluang dalam menceburi bidang ekonomi supaya pasaran ekonomi tidak dimonopoli sepenuhnya oleh masyarakat cina. Walaupun Dasar Ekonomi Baru ini dikatakan satu dasar yang ingin mencapai perpaduan negara dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara, namun pelbagai aspek bantuan ekonomi lebih mengutamakan kaum melayu dan kaum bumiputera yang berkelompok kecil

supaya mereka mempunyai peluang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan

ekonomi

mereka.

Hal

ini

secara

tidak

langsung

akan

mempengaruhi kedudukan ekonomi masyarakat cina di Malaysia.

“oleh kerana terdapat bantuan kerajaan dalam perkembangan perniagaan dan pembangunan luar bandar bagi orang-orang melayu, maka terdapat tindakan tentangan yang dibuat oleh kaum-kaum yang lain .” (Khadijah Muhamed&Halimah Awang 1991:75)

Hal ini telah membuktikan terdapat tentangan dari pelbagai kaum termasuk kaum cina di Malaysia semasa Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dengan jelasnya pelbagai bantuan telah diberikan kepada kaum melayu dan Bumiputera. Masyarakat

cina

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

membangunkan ekonomi negara Malaysia. Tetapi masalah kecurigaan atau prasangka di kalangan kaum-kaum di Malaysia masih wujud dan ia merupakan salah satu tekanan yang perlu dihadapi oleh kaum cina apabila kedudukan ekonomi mereka di Malaysia semakin hari semakin kukuh. Sesetengah lapisan masyarakat beranggapan bahawa orang cina merupakan pendatang asing yang dibawa masuk oleh pihak pemerintah British sejak zaman dahulu lagi, namun pada masa kini masyarakat cina

mempunyai kedudukan ekonomi cina yang begitu kukuh jika dibandingkan dengan kaum melayu dan bumiputera yang merupakan warga asal di Tanah Melayu. Maka hal ini telah mengakibatkan wujudnya jurang perbezaan ekonomi di antara berbilang kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru telah berjaya menyelesaikan masalah yang timbul atas suara bantahan tentang masalah perbezaan jurang ekonomi pelbagai kaum tetapi ia juga mendatangkan masalah yang besar ke atas ekonomi masyarakat cina kerana kebanyakkan peluang ekonomi kaum cina telah diberikan kemudahan atau bantuan yang lebih kepada kaum-kaum yang lain. Oleh sebab peningkatan sebanyak satu per tiga peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada orang melayu pada tahun 1970, ia telah menyebabkan kedudukan ekonomi cina tergugat dan peluang pekerjaan kaum cina dalam sektor awam semakin menurun. Pada tahun 1985, peratusan orang cina yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah 27.1% berbanding dengan orang melayu yang bilangannya mencecah 61.7%. Bilangan kaum cina yang terlibat dalam pengurusan pentadbiran dan perhubungan awam adalah 6.3% pada masa kini yang telah menurun sebanyak 20.8%. Mengikut kata-kata Puan Chong Eng(2008), ahli parlimen Bukit Mertajam di Pulau Pinang:

“Kita tidak boleh membiarkan Melayu merupakan penduduk

majoriti mendapat subsidi dari kerajaan. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa masyarakat cina tidak puas hati dengan tindakan kerajaan yang sentiasa memberi bantuan ekonomi kepada kaum melayu dan tidak memberi prihatin dalam ekonomi kaum-kaum yang lain pelbagai masalah ekonomi yang telah timbul impak daripada Dasar Ekonomi Baru.” (http://wengsan.blogspot.com/2008/02/orang-cina-mahukan-islam-yangadil.html)

Oleh demikian, Dasar Ekonomi Baru telah mendapat tentangan yang hebat daripada kaum cina kerana dasar ini telah mendatangkan impak dan merupakan bebanan kepada orang cina Malaysia. Objektif yang dikemukakan dalam Dasar Ekonomi Baru dikatakan bersifat diskriminasi dan tidak adil terutamanya terhadap orang cina . Kewujudan ketidakadilan sosial yang melampau dan pengagihan kekayaan dan pendapatan tidak sama rata yang serius di Malaysia menyebabkan kegiatan ekonomi cina terjejas dan menurun di mana banyak peluang pekerjaan diberi kepada orang melayu dan bumiputera serta hak istimewa orang melayu dalam beberapa sektor ekonomi tertentu seperti pengendalian perkhidmatan awam, angkatan tentera, polis, dan lain-lain. Pemonopolian oleh kaum melayu dalam beberapa sektor ekonomi seperti perkhimatan awam, angkatan tentera dan dalam penerokaan tanah

baru (FELDA) telah menyebabkan kekuatan ekonomi cina terhakis dan mengancam kehidupan dan masa depan komuniti cina . Kewujudan Dasar Ekonomi Baru bertindak sebagai penghalang kepada pelaburan swasta orang cina dan seterusnya kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh dalam jangka panjang kerana ia menyekat inisiatif dan daya maju orang cina dalam kegiatan ekonomi dengan mengenakan peraturan-peraturan yang ketat. Disamping itu,masyarakat cina juga menganggap bahawa Dasar Ekonomi Baru telah banyak mendatangkan kerugian dalam bidang ekonomi cina. Menurut kata-kata Dr.Lim Keng Yaik bagi pihak Gerakan: “Bukan Bumiputera secara keseluruhan menganggap mereka telah kerugian akibat DEB yang dilihat sebagai memberi manfaat kepada ramai sekali Bumiputera, terutamanya lapisan pertengahan dan atas komuniti mereka. Lebih buruk lagi, bukan Bumiputera melihat keuntungan-keuntungan yang didapati oleh Bumiputera sebagai telah dicapai dengan menjejaskan kehidupan mereka.” (Jack Parkison & Rais Saniman, 2005:179) Selain itu, Bank Negara Malaysia telah membuka permohonan kredit kepada kaum bukan bumiputera pada akhir tahun 1986 sedangkan sebelum ini permohonan tersebut hanya dibuka kepada kaum Bumiputera kerana peratusan pemohon bumiputera tidak mencukupi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia lebih mementingkan kaum Bumiputera jika dibandingkan dengan kaum bukan Bumiputera.

Tidak syak lagi bahawa kata-kata beliau telah membuktikan bahawa masyarakat Cina memang mempunyai anggapan bahawa Dasar Ekonomi Baru ini secara langsung telah mendatangkan kesan buruk ke atas ekonomi mereka.

Cara-cara Usahawan Cina Mengatasi Cabaran-cabaran Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Oleh kerana kaum Melayu memiliki kekuasaan politik dan kaum Cina mempunyai kelebihan dalam bidang ekonomi maka hubungan kedua-dua kaum ini bersifat persaingan sejak dahulu lagi. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah mencetuskan ketidakpuasan perkauman. Masyarakat cina banyak memprotes

dan

menentang

dasar-dasar

Negara

yang

pro-melayu

termasuklah Dasar Ekonomi Baru. Apabila kita memerhatikan orang Cina, kita dapat mengetahui bahawa bangsa cina merupakan kaum yang agak berhemah dalam isu-isu mengenai hak kepentingan kaum mereka. Walaupun kaum cina mengfokus dalam bidang pendidikan dan ekonomi, namun semasa pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kaum cina juga menghadapi tekanan ekonomi yang amat serius. Usahawan-usahawan

cina

telah

menggunakan

pelbagai

cara

untuk

mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan dasar

tersebut.

1. Persatuan dan Parti-parti politik Cina

Dalam mengatasi masalah tekanan dari segi ekonomi cina, orang cina telah menggunakan cara yang rasional. Contohnya orang cina mempunyai banyak saluran untuk menyuarakan pandangan mereka sendiri melalui organisasi-organisasi atau parti-parti politik cina. Bagi golongan cina yang terdiri daripada peniaga-peniaga, mereka boleh menyuarakan masalah mengenai ekonomi mereka dalam persatuan peniaga cina. Pola tentangan bermula daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bertindak sebagai kumpulan pertama yang memimpin serangan di mana selepasnya diikuti oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Parti Tindakan Demokratik (DAP) DAP menyokong kesamaan ras dan konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’sambil bersedia membuat konsesi dengan menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Encik Lim Kit Sing(2005), Setiausaha Agung DAP menyatakan bahawa

DAP menerima objektif-objektif DEB mengenai pencapaian perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan tidak kira ras, dan penstrukturan semula masyarakat Malaysia untuk menghapuskan pengenalpastian ras dengan pekerjaan, kerjaya dan tempat tetapi mengemukakan syarat bahawa DEB perlu memberi jaminan bahawa dalam perlaksanaannya tiada kumpulan tertentu akan mengalami sebarang kerugian atau merasai sebarang perasaan dirampas hak-haknya atau keistimewaannya, pendapatan dan peluang perkerjaan mereka. Selain

itu,

beliau

juga

mencadangkan

agar Akta

Penyelarasan

Perindustrian (APP) dimansuhkan yang khususnya pelaksanaan DEB dari segi penghapusan perlindungan bagi pelabur tempatan dari segi undangundang, terutamanya pelabur bukan melayu. Hal ini dianggap tidak adil bagi setiap pelabur bukan melayu.

Persatuan Cina Malaysia (MCA)

Pelbagai alasan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru selepas tahun 1990 yang telah diajukan oleh Persatuan Cina Malaysia kecuali objektif pembasmian kemiskinan dalam dasar tersebut. Persatuan Cina Malaysia

(MCA) telah mengkritik bahawa Dasar Ekonomi Baru ini merupakan dasar yang antipertumbuhan kerana ia mengenakan terlalu banyak bebanan termasuk peraturan-peraturan yang berat terutamanya tidak menggalakkan pelaburan swasta Cina. Mengikut kata-kata Dato Kok Wee Kiat:

“objektif Dasar Ekonomi Baru iaitu penstrukturan semula tidak boleh diterima kerana ia memerlukan pengorbanan orang bukan melayu termasuklah penghakisan identiti budaya mereka. ” (Jack Parkison & Rais Saniman, 2005:176)

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM)

Semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, usahawan-usahawan cina di Malaysia tidak mempunyai kebebasan persaingan yang sihat kerana kebanyakkan peraturan-peraturan dalam ekonomi ataupun perniagaan telah di tetapkan oleh Kerajaan. Untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi cina yang terpaksa dihadapi ini, maka gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) telah ditubuhkan. Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian cina Malaysia (ACCCIM) telah banyak membantu dalam mengatasi cabaran-cabaran perlu dihadapi oleh usahawan-usahawan cina diMalaysia semasa pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru. Penubuhan ini adalah untuk meningkatkan daya tahan dan kemampanan perniagaan masyarakat cina. Majoriti ahli perniagaan Cina di Malaysia memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, Untuk membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ekonomi cina di Malaysia, suara-suara ketidakpuasan telah disuarakan melalui Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia. Mereka ingin menuntut hak-hak peniaga cina semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dianggap tidak adil terhadap ekonomi masyarakat cina. Usahawan-usahawan cina telah mengemukakan suara – suara ketidakpuasan mereka dalam Dasar Ekonomi Baru terutamanya yang mengenai hak – hak keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera. Mereka menceritakan keperluan membentuk Malaysia untuk orang Malaysia (Malaysian Malaysia) dan ada pula di kalangan masyarakat cina yang berpendapat bahawa hak – hak keistimewaan Melayu tersebut adalah punca yang membawa kepada

kaum Melayu menjadi malas. Dasar tersebut

dikatakan telah keterlaluan memihak kepada kaum-kaum melayu dan kaum Bumiputera. Salah Satu kejayaan yang dicapai oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ialah perasmian Kongres Ekonomi Cina Malaysia. Terdapat Kongres Ekonomi Cina Malaysia Pertama dan Kongres Ekonomi Cina Malaysia Kedua yang telah dilaksanakan untuk membantu usahawan-usahawan Cina di Malaysia.

Pelaksanaan

Kongres

Ekonomi

Cina

Malaysia

adalah

untuk

membincangkan cara-cara meningkatkan usaha bersama di antara kaum Bumiputera dan kaum bukan Bumiputera. Langkah-langkah seperti ini dilaksanakan supaya tercapainya integrasi ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi tersebut. Di samping itu, bantuan usahawan-usahawan cina terhadap usahawan Bumiputera dalam memasuki bidang perniagaan dengan berkesan juga akan menghapuskan syak wasangka di antara kedua-dua pihak dan akan mengurangkan perasaan perkauman yang tebal. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru telah menyebabkan kaum melayu terlalu mengharap kepada bantuan kerajaan dan menjadikan mereka tidak mempunyai daya kemajuan dalam bidang ekonomi. Maka melalui usaha bersama diantara kaum cina, kaum melayu dan Bumiputera, orang-orang Melayu dan Bumiputera boleh menjadikan usahasama seperti ini sebagai satu cara untuk mempelajari selok-belok perniagaan dan bukan hanya untuk memperolehi keuntungan semata-mata.

Ahli perniagaan Cina telah memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan kerana berkongsi perniagaan mereka dengan Bumiputera. “"Ia telah membantu kejayaan DEB……” (Dr Mahathir, Berita Malaysia)

Kerjasama di antara kerajaan dengan usahawan-usahawan dikalangan masyarakat cina sudah pasti dapat mencapai integrasi ekonomi pelbagai kaum di Malaysia dan menyelesaikan masalah ketidakadilan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

2. Budaya perniagaan dan usahawan cina

Kaum-kaum cina yang terdiri daripada peniaga-peniaga telah berusaha untuk mengatasi pelbagai masalah yang perlu dihadapi sepanjang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.Kebanyakkan perancang ekonomi cina telah menetapkan pelbagai matlamat yang perlu mereka melayani dan nilai yang mesti mereka patuhi, mereka mengutamakan kepentingan kesemua individu tanpa mengira kaum. Masyarakat cina telah lama terdedah dengan sistem kapitalis dalam sektor swasta dan mempunyai daya saing yang kuat dalam bidang ekonomi. Daya bersaing dan keberanian mengambil risiko merupakan sebahagian dari budaya ataupun kemampuan dikalangan masyarakat cina. Untuk mengatasi masalah tekanan ekonomi yang dihadapi semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, masyarakat cina mempunyai semangat bersaing yang mencukupi untuk mencapai kejayaan ekonomi bagi pihak mereka sendiri. Selain itu, kaum cina mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan

kewangan perniagaan yang sistematik. Sejak zaman dulu lagi, masyarakat mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang perniagaan. Walaupun Dasar Ekonomi Baru mendatangkan pergelogaaan ekonomi yang hebat kepada ekonomi kaum cina, namun pengalaman dan nilai sanggup mananggung risiko telah mengurangkan masalah yang mungkin perlu dihadapi oleh masyarakat cina semasa pelaksanaan dasar tersebut. Selain itu, usahawan-usahawan cina terkenal dengan sikap pegang kepada janji semasa menjalankan perniagaan. Mereka mempercayai bahawa dengan mengamalkan sikap pegang kepada janji, maka akan mewujudkan kepercayaan diantara pelanggan dengan peniaga serta dapat menarik perhatian pelanggan tetap untuk terus berniaga dengan mereka. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa berada di kedudukan yang tinggi dalam bidang perniagaan ataupun bidang ekonomi. Usahawan-usahawan cina mempunyai pandangan yang jauh atau tajam semasa

menjalankan

sesuatu

perniagaan.

Mereka

berusaha

untuk

menjayakan sesebuah perniagaan dengan mengenalpasti setiap peluang perniagaan yang wujud di persekitaran mereka. 3. Media masa

Terdapat banyak aliran hujahan yang diajukan oleh komuniti Cina terhadap

DEB,

sepertilah

yang

dikatakan

pelbagai

hujahan

yang

dikemukakan oleh parti-parti politik mereka hinggalah kepada penulisan-

penulisan para intelek dan wartawan mereka, dan terhadap rungutanrungutan daripada penjaja dan pemandu teksi, penduduk di KampungKampung Baru, dan lain-lain. Ketidakadilan yang nyata di kalangan masyarakat cina dari segi permohonan lesen teksi, kredit fasiliti, lesen perniagaan, import permit dan utiliti. Selain itu, masyarakat cina yang tinggal di kawasan bandar telah di diskriminasikan dari segi peruntukan, pembahagian alat bantuan penjaja, warung dan penikmatan kos perumahan yang rendah.

Kesimpulan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 dan dilaksanakan sepanjang 20 tahun di Malaysia. Akhirnya dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991.

Dato’ Kok Wee Kiat, Naib Presiden MCA(Persatuan Cina Malaysia) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, iaitu rakan kongsi UMNO dalam Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah, barangkali memandatkan pandangan mereka :

DEB menjadi kenyataan pada 1970 dengan persetujuan tanpa tulisan daripada semua ras. Persetujuan tersebut jelas dibuat untuk dua puluh tahun. Tempoh 20 tahun itu akan luput pada 1990. Apabila ia luput pada 1990, biarlah ia luput dengan aman buat selama-lamanya. Apabila ia dalam keadaan aman, bayang-bayang polarisasi ras yang dahsyat

itu

pun

hilang.

Bersama-samanya

akan

terkuburlah

perdekatan ‘mereka’ dan ‘kami’ dalam cara kehidupan rakyat Malaysia kita. Biarlah rakyat Malaysia mula balik ke pangkal jalan atas

asas

perpaduan,

keharmonian

dan

persahabatan

yang

memberikan kepada kita Kemerdekaan pada 1957. (Jack Parkison & Rais Saniman, 2005:176)

Kata-kata beliau penuh dengan semangat perpaduan yang amat diperlukan oleh setiap warganegara Malaysia. Dasar Ekonomi Baru dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa berlakunya sebarang pergaduhan ataupun perselisihan faham di antara berbilang bangsa di Malaysia sepanjang 20 tahun adalah perkara yang amat diharapkan oleh setiap pihak kerana matlamat tersurat dasar tersebut adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru memberi pelbagai bantuan kepada kaum Bumiputera dan juga orang-orang melayu yang selama ini dianggap kurang maju dari segi kedudukan ekonomi,maka kaum cina di Malaysia

menghadapi tekanan ekonomi yang hebat di mana selama ini masyarakat cina mempunyai kedudukan yang agak penting dalam aspek ekonomi di negara Malaysia.

Bibliografi

Dasar

Ekonomi

Baru.

Retrieved

August

14,

2008,

from

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Norzah Kepol. (2008). Orang Cina Mahukan Islam Yang Adil Kepada Semua. Retrived August 15, 2008, from http://wengsan.blogspot.com/2008/02/orangcina-mahukan-islam-yang-adil.html

Tuntutan atau Rayuan Kaum Cina. Retrieved September 6, 2008, from http://www.umnoreform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=58&Itemid= 58

Kongres Ekonomi Cina Malaysia. Retrieved September 6, 2008, from http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PastPM.nsf/a310590c7cafaaae48256d b4001773ea/a44bd1c10cc7d0214825674a0018bf50?OpenDocument

Ketuanan Politik Melayu dan Ketuanan Ekonomi Cina. (June 09, 2006).

Retrieved

September

6

September,

2008,

from

http://smzakir.blogspot.com/2006/06/ketuanan-politik-melayuda_114985365105465502.html

Jack

Parkison,

dan

Rais

Saniman.(e.d)(2005).

Dasar

Ekonomi

Baru:Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur:Sanon Printing Corporation Sdn Bhd.

Lim lin Lean. The Future Of Malaysian Chinese. Kuala Lumpur:Malaysian Chinese Association. (p.p 37-55)

Chan Kwok Bun (e.d). 2000. Chinese Business Networks:State Economy and Culture. Singapore:Prentice Hall.

Related Documents

(deb)dasar Ekonomi Baru1
November 2019 14
Wimax Teknologi Baru1
April 2020 3
Ekonomi
June 2020 32
Ekonomi
May 2020 51
Ekonomi
May 2020 44

More Documents from ""